Kes guru wanita tampar pelajar masih belum selesai. Kesal dengan apa yang berlaku, bapa kepada Siti Nursyahida, Zulkifli Yunus, 58, mahu tindakan diambil terhadap guru yang menampar anaknya. Zulkfli berkata, sekiranya benar Siti Nursyahida melanggar peraturan sekolah, tindakan menampar anaknya sebanyak tiga kali adalah tidak wajar sama sekali. “Pada tahun lalu, Nursyahida pernah mengalami kecederaan […]
Sejak beberapa hari lepas media sosial kecoh dengan kisah seorang pelajar perempuan tingkatan tiga terlantar di hospital akibat masalah saraf selepas mendakwa ditampar guru wanita di sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan. Memetik sumber berita myMetro, dalam kejadian jam 8.30 pagi, itu, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, mendakwa ditampar di belakang kepalanya tiga kali selepas didakwa […]
Keputusan Liga Super 26 Julai 2016. Lima perlawanan Liga Super berlangsung dengan persaingan kedudukan teratas liga serta pertengahan semakin rancak. JDT dan Felda United kini bersaing dikedudukan teratas carta Liga Super disamping Selangor yang turut mencabar. Perlawanan tumpuan pasti kepada pertemuan di Stadium Shah Alam yang membabitkan The Red Giants menentang The Fighter. Felda United ...
Keputusan Liga Perdana 25 Julai 2016. Enam perlawanan berlangsung dalam aksi Malaysia Premier League dimana Melaka United terus menunjukan penguasaan selaku pendahulu liga. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang telah berlangsung. RESULT LIGA PERDANA 25.7.2016 Kuantan FA vs Melaka United 3-4 PKNS FC vs Negeri Sembilan 0-0 Sime Darby vs Sabah 1-2 ATM vs UiTM ...
You are subscribed to email updates from Info Semasa. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
LANGKAWI: Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong hari ini mencadangkan supaya hanya calon yang tidak merokok dipertimbangkan untuk menyandang jawatan dalam sektor awam atau swasta.
Beliau berkata pelaksanaan syarat itu boleh menjadi satu permulaan kepada usaha untuk membuang tabiat merokok dan menyemai amalan hidup sihat dalam kalangan tenaga kerja.
"Langkah ini jika dapat dibuat akan dapat menanam tanggapan 'kalau merokok susah nak dapat kerja' sekaligus boleh memaksa pencari kerja meninggalkan tabiat merokok," katanya ketika merasmikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2016 peringkat negeri di sini.
Menurutnya, penjawat awam dapat menjadi contoh kepada anggota masyarakat lain untuk menghentikan tabiat merokok dan seterusnya mengurangkan lagi masalah kesihatan yang dialami di negara ini.
"Visi kita untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada ancaman asap rokok akan dicapai melalui penyatuan dan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat," katanya.
Semasa ditemui media selepas majlis itu, Dr Leong berkata pelaksanaan syarat tidak merokok untuk pencari kerja adalah cadangan peribadinya dan beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak berhubung perkara itu.
"Memang ada pihak yang akan berkata berdasarkan hak asasi manusia, mungkin ini satu cadangan yang tak boleh dilaksanakan...terpulanglah untuk masyarakat sama-sama berbincang," katanya.
Menyentuh mengenai perancangan Jabatan Kastam untuk melaksanakan peraturan baharu mengehadkan penjualan rokok bebas cukai di Langkawi mulai 1 Ogos ini, beliau berkata langkah itu tidak mungkin dapat mengurangkan tabiat merokok mahupun masalah penyeludupannya dari pulau ini.
Menurutnya dalam keadaan sekarang, penambahbaikan aktiviti penguatkuasaan dan rondaan adalah langkah lebih baik berbanding memperkenalkan peraturan yang mungkin akan hanya menggalakkan lagi aktiviti penyeludupan.
"Pengawasan yang baik akan meminimakan atau sekurang-kurangnya kita tahu apa yang berlaku dan kita dapat menjejak (mereka yang menjalankan aktiviti penyeludupan)," katanya. - BERNAMA
Pas perlu bersikap lebih terbuka Wartawan Sinar Harian 25 Julai 2016
ALOR SETAR - Hasrat pembangkang untuk menjatuhkan BN dalam PRU akan datang tidak akan tercapai sekiranya masing-masing membawa haluan sendiri.
Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, parti pembangkang wajar bersatu atau mencapai kesepakatan sekiranya mahu melihat BN kecundang dalam PRU.
“Sampai bila pun impian pembangkang mahu terajui negara tidak akan tercapai jika tiada kesatuan sesama parti pembangkang. Hasrat pembangkang adalah untuk tewaskan BN, jika sesama sendiri tidak sepakat, seolah kita memberi jaminan kemenangan kepada BN,” katanya, ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka beliau, di Masjid Al-Maarif, Kampung Huma.
Menurut Ketua Pembangkang Dun Kedah itu, pimpinan Pas perlu berlapang dada dan bersikap lebih terbuka berhubung pandangan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru kepada gencatan senjata sesama pembangkang dan menggembleng tenaga menumbangkan BN.
“Saya mengalu-alukan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku. Sudah lama tunggu kenyataan seperti itu dikeluarkan pimpinan Pas, sepatutnya pendirian itu sudah lama dibuat,” katanya.
Amiruddin berkata, apabila Tuan Ibrahim menyebut perlunya gencatan senjata, ini bermakna beliau sudah mengenal pasti siapa musuh sebenar Pas.
“Musuh sebenar pembangkang hanya BN. Persefahaman perlu ada untuk pembangkang lawan 1-1 dengan BN, untuk elakkan pertandingan tiga penjuru kalangan pembangkang. Saya percaya rakyat juga mahukan begitu,” katanya.
Amiruddin secara terbuka turut mengesahkan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah sebelum ini, mempunyai kaitan dengan polisi parti.
“Saya berasakan polisi Pas memeterai kerjasama blok ketiga bersama Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak membawa kepada kemenangan dalam PRU, kerana akan wujudnya pertandingan tiga penjuru dan pecah undi,” katanya.
Menurutnya, diharap apa yang dinyatakan sebagai gencatan senjata itu menjadi dasar Pas, selain inisiatif parti untuk merealisasikan hasrat itu.
Mengulas mengenai pembentukan parti baharu diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad, katanya, mana-mana pihak sama ada Pas mahupun Mahathir, yang mahu bersama dalam usaha menjatuhkan BN perlu bersikap terbuka antara satu sama lain.
“Mungkin suatu ketika dahulu, mereka musuh politik kita.
"Berilah peluang kedua untuk masing-masing memperbaiki kesilapan lalu,” katanya.
SHAH ALAM – Peguam, Haniff Khatri Abdulla membidas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Haniff Khatri sebaliknya menyarankan agar kertas klausa yang difailkan AS itu dibaca dengan teliti terlebih dahulu.
“Sejak bilakah menteri Malaysia bertanggungjawab menjadi jurucakap untuk dua orang rakyat Malaysia yang disaman di luar negara atas dasar mengaut harta dan dana haram melalui penyelewengan di dalam syarikat milik Malaysia, yakni harta milik rakyat Malaysia?,” katanya dalam kemas kini status di Facebook.
Rabu lalu, DOJ dilaporkan akan menyita aset bernilai lebih RM4 bilion dan menamakan individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi mengubah wang haram daripada 1MDB iaitu, anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz; ahli perniagaan Jho Low serta dua individu lagi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Ahmad Shabery sebelumnya berkata, tidak adil dan tidak wajar untuk menghukum dan mendakwa seseorang itu bersalah dengan membuat andaian sendiri memandangkan kes itu masih dalam siasatan.
Sehubungan itu, Haniff yang mewakili bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua individu lain dalam kes pendakwaan berkaitan 1MDB berkata, sebagai seorang menteri Kabinet, Shabery sepatutnya membela nasib rakyat Malaysia bukannya dua individu yang disaman di luar negara itu.
“Soalan yang awak patut tanya adalah, ‘sekiranya benar harta milik Riza atau Jho Low yang dipohon untuk disita itu adalah hasil daripada penyelewengan curang dana 1MDB, maka bagaimanakah jemaah menteri dan kerajaan Malaysia akan peroleh atau siasat harta-harta lain mereka berdua di dalam negara, mahupun di negara luar yang lain?’
“Kenapa awak bagaikan hendak membela hak mereka jauh lebih tinggi daripada hak rakyat Malaysia? Ya ALLAH SWT, selamatkanlah negara kami ini,” katanya.
Bekas editor kanan New Straits Times, Firdaus Abdullah meramalkan beberapa pemimpin tertinggi Umno akan beralih kepada pembangkang ekoran tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas berbilion-bilion aset yang didakwa disalah gunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.
Laporan South China Morning Post hari ini memetik Firdaus sebagai berkata, para pemimpin Umno itu telahpun memulakan perbincangan dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Umno dalam keadaan gundah-gulana. Beberapa pemimpin kanan parti itu telah mula 'berbincang' dengan Mahathir," ujar Firdaus, memetik laporan yang sama.
"Di kalangan mereka ialah ahli-ahli Umno kanan, anggota-anggota kabinet dan para pemimpin parti komponen BN," dakwanya tanpa mendedahkan butiran lanjut.
Baru-baru ini, Mahathir mengumumkan penubuhan parti politik baru yang akan membawa agenda 'Selamatkan Malaysia' dan menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir yang merupakan ahli veteran Umno akhirnya keluar parti itu pada bulan Februari yang lalu.
Kata beliau, penubuhan parti itu akan menarik mereka yang mungkin tidak menyokong parti-parti pembangkang sedia ada.
South China Morning Post turut memetik kenyataan bekas menteri persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, Umno kini semakin tertekan tetapi ahli-ahli mungkin mengambil sedikit masa untuk melompat parti.
"[Ahli Umno] malu-malu. Ia akan berlaku tetapi perlahan-lahan. Saya rasa Najib akan didakwa oleh Amerika Syarikat, dan kemudian kamu akan lihat orang melompat parti," jelas Zaid.
Malaysiakini sedang cuba untuk menghubungi para pemimpin Umno untuk mengulas mengenai perkara ini.
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim menyambut baik kesungguhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata, langkah itu menunjukkan keseriusan SPRM untuk meneliti secara lebih dekat, dakwaan penipuan dana AS$1 bilion milik 1MDB menerusi saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS, awal minggu lalu.
“Sekurang-kurangnya SPRM boleh menyiasat segala bentuk tuduhan tersebut supaya dapat memberikan satu gambaran di peringkat dunia, keseriusan kerajaan untuk meneliti perkara yang dibangkitkan oleh DOJ.
“Rakyat jangan mempolemikkan apa yang dilakukan SPRM. Mereka benar-benar satu badan bebas dan bertindak bagi memastikan kredibiliti SPRM dipandang tinggi di peringkat dunia,” katanya, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang mengesahkan agensi itu menjalin kerjasama dengan FBI berhubung siasatan 1MDB.
Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB, dan turut terlibat dengan pengubahan wang haram sebelum membawanya ke AS.
Irmohizam yang juga ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) berkata, siasatan 1MDB melibatkan kedaulatan negara dan kerajaan perlu memastikan ia dilakukan tanpa campur tangan kuasa luar.
“Lebih baik Kerajaan Malaysia sendiri yang menyiasat kerana campur tangan kuasa luar boleh mempengaruhi persepsi yang tidak baik dalam kalangan masyarakat Malaysia dan antarabangsa.
“Malaysia sudah mempunyai agensi-agensi yang sangat bebas dan telus. Tak perlu pihak kuasa asing ingin menjadi hero di peringkat dunia,” katanya.
TITM mencadangkan supaya Amanah dibubarkan. Menurut beliau lagi “bubar Amanah dan pembangkang akan tenang”. Mungkin TITM lupa bahawa sebelum wujudnya Amanah sekalipun pembangkang dalam keadaan berbalahan satu sama lain.
Dari sejak 2008 lagi PAS menimbulkan banyak masalah terhadap usaha kerjasama dan kesatuan pembangkang untuk menghadapi UMNO/BN. Kami yang sekarang ini berada dalam Amanah yang telah berusaha mempertahankan kerjasama ini bersama Almarhum TGNA. Dan oleh kerana usaha mempertahankan kerjasama ini jugalah maka kami digelar ‘golongan Erdogan’, ‘Anwarinas’, ‘wala pada PR lebih dari wala kepada PAS’ dan sebagainya. Akhir sekali digelar ‘liberal’, ‘jebon’, ‘pengkhianat’ dan ‘khadam DAP’.
Tidak perlu saya ceritakan satu persatu, ini semua cerita lama yang diketahui umum. Memadai dengan disebut krisis MB Selangor yang merupakan kemuncak perbalahan ini di mana PAS telah sanggup berkerjasama dengan UMNO mempertahankan TSKI sehingga ke peringkat memecat exco-exco PKR dan DAP. Rakyat Selangor bernasib baik dengan adanya dua ADUN PAS yang telah berjaya menggagalkan pengkhianatan PAS! Akhirnya TSKI terpaksa letak jawatan sebagai MB.
Konsep di sebalik pengkhianatan ini jelas terkandung dalam mesej whatsapp Dr. Zuhdi yang telah disebar-luas suatu ketika dahulu. Tiada kekesalan dan permintaan maaf sama dari PAS selepas berlalunya episod ini. Sedangkan ianya tindakan menikam rakan sendiri dari belakang!
Masalah perbalahan antara parti pembangkang ini tidak akan selesai selagimana PAS tidak insaf dan terus ingin menegakkan benang basahnya. PAS sentiasa menyalahkan pihak lain sedangkan dirinya sendiri yang jauh lebih bersalah dan bermasalah. Mutakhir ini ingin menyalahkan Amanah pula! Dengan sikap angkuh sebegini, bagaimana kesatuan pembangkang boleh tercapai?
CADANGAN ‘GENCATAN SENJATA’
Saya ingin nyatakan kepada TITM, lihat sahajalah kepada respon pimpinan PAS terhadap seruan TITM untuk diadakan ‘gencatan senjata’. Saya yakin TITM sendiri kecewa dengan respon yang diterimanya, tetapi itulah hakikat pemikiran PAS dewasa ini. Kecuali pimpinan Selangor, hampir semua yang lain telah menolak cadangan TITM. Mungkin ini yang menyebabkan TITM marah dan dalam kekecewaannya menghalakan kemarahannya kepada saya.
Sedangkan saya sendiri menyokong cadangan TITM. Namun tiada masalah, saya faham dan saya maafkan. TITM perlu faham, walaupun saya diam seperti yang dicadangkan beliau sekalipun, masalah perbalahan PAS dengan pembangkang lain tetap tidak akan selesai. Ini adalah kerana punca masalah itu bukan datangnya dari suara saya tetapi dari sikap Hj. Hadi dan pimpinan PAS yang lain.
PERMINTAAN PAS SELANGOR
Jika difikirkan permintaan PAS Selangor, sepatutnya Hj. Hadi akur kepada kehendak PAS Selangor. Hj Hadi sering sebut “orang Mekah lebih tahu liku-liku jalan di Kota Mekah”. Maka sepatutnya diterimanya bahawa orang Selangor lebih tahu waqi’ di Selangor. Akan tetapi permintaan PAS Selangor akan tetap ditolak. Bukan kerana Hj. Hadi anggap dirinya lebih tahu waqi’ di Selangor, tetapi kerana hala-tujunya sudah berbeza. Jatuhnya Selangor kepada UMNO/BN sekalipun mungkin tiada masalah bagi beliau. Malahan mungkin dianggapnya lebih baik dari Selangor terus kekal bawah PH dan PAS! Maka gencatan senjata akan tetap dan terus ditolak.
Amanah setuju dan sokong supaya diadakan gencatan senjata antara parti pembangkang. Amanah setuju kita perlu bersatu dalam berhadapan dengan UMNO/BN. Itulah sebabnya Amanah ditubuhkan supaya kesatuan itu tercapai. Kerana PAS tidak setuju.
BERKERJA DI BAWAH SESEORANG
Dalam soal berkerja di bawah seseorang, ianya tiada masalah bagi saya. Tuduhan TITM bahawa saya dan rakan-rakan tidak boleh berkerja di bawah orang lain adalah tidak berasas. Sudah pasti dalam Amanah sekalipun bukan semua menjadi pimpinan terkanan. Oleh itu semestinya akan ada di kalangan kami yang berkerja di bawah yang lain.
Isunya bukan berkerja bawah orang lain, tetapi orang yang kita berkerja di bawahnya perlu membawa kita ke arah yang terbaik. Sebelum penubuhan Amanah kami telah berikan tempoh seratus (100) hari untuk melihat hala tuju pimpinan baru. Kami melihat ianya jauh terpesong dari hala-tuju yang dibawa Almarhum TGNA di mana beliau sentiasa menegaskan “kukuhkan PR” dan ‘jatuhkan UMNO’. Terbukti bacaan kami tepat. PAS telah pecah-belahkan PR dan sedang bermesra dengan pimpinan UMNO.
Apabila PAS tidak lagi menganggap perlu semua pembangkang berkerjasama untuk menghadapi UMNO/BN, ia bermakna menjatuhkan UMNO/BN bkan agenda utama. Dalam erti-kata lain kalau UMNO/BN tidak dijatuhkan sekalipun ianya bukan satu masalah. Seperti yang pernah dikatakan Hj. Hadi, “Najib tidak seburuk Firaun”.
Oleh itu terpaksalah kami tubuhkan Amanah supaya hala-tuju yang diusahakan sejak dahulu terus diusahakan. Kami istiqamah dengan usaha tersebut walaupun tidak istiqamah dengan jemaah PAS. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, yang penting risalahnya bukan jemaahnya.
AGIHAN KERUSI
TITM ingin memberikan gambaran bahawa masalah utama pembangkang adalah soal agihan kerusi. Sebenarnya ada masalah yang lebih utama, iaitu kejujuran dan keikhlasan dalam berpakat. Kalau tidak jujur atau ikhlas, maka agihan kerusi akan menjadi masalah. Apa guna diagihkan tetapi selepas itu watiqah tetap dikeluarkan apabila diminta menantu? Atau dipaksanya diserahkan kerusi dengan dituduh secara terbuka calon parti rakan menjual pil kuda? Dan yang lebih teruk, setelah dimenangi kerusi berkenaan secara berpakat, melalui sokongan dari semua parti rakan, mendakwa ianya milik PAS secara mutlak?
Kemuncak segala pengkhianatan ialah apabila dimenangi jumlah kerusi tertentu, dengan sokongan parti-parti rakan, digunakan kerusi-kerusi tersebut untuk berunding dengan UMNO/BN! Bukankah TITM sendiri pernah berkata, sekiranya PAS menang 20 dan pembangkang dan BN menangi jumlah yang sama, PAS boleh pilih hendak dengan siapa?
Dan inilah masalahnya. Tiada kejujuran dan keikhlasan maka rundingan kerusi sudah pasti tidak akan selesai. Jika berjaya diselesai sekalipun, dikhianati. Amanah adalah alterntif kepada pengkhianatan, komited kepada kejujuran, ikhlas dalam persahabatan dan tidak menikam rakannya dari belakang. Itu sebabnya Amanah ditubuhkan. Untuk menzahirkan politik Islam yang adil, ikhlas dan jujur.
NASIHAT PADA PIMPINAN PAS
Saya ingin berikan nasihat kepada TITM dan pimpinan PAS, walaupun saya yakin nasihat ini tidak akan diindahkan. Mereka merasakan mereka sahaja yang betul dan mereka sahaja kononnya yang dipandu Al-quran dan Sunnah. Ini punca keangkuhan mereka. Namun saya tetap bertanggung-jawab menasihati mereka. Terima atau tidak terpulang.
Nasihat saya adalah supaya jangan kita jadi seperti tentera Turki yang terlibat dalam usaha rampasan kuasa tempoh hari. Mereka ingat rakyat bersama mereka, bahawa mereka adalah sebagai pembela nasib rakyat dan apabila mereka melakukan rampasan kuasa, rakyat Turki akan sambut mereka sebagai penyelamat dan perwira negara. Namun amat sangat meleset andaian dan tanggapan mereka!
Kenapa andaian mereka begitu jauh tersimpang dari hakikat sebenar? Kerana mereka diindoktrinasi dengan fahaman dan maklumat yang songsang. Mereka hanya sesama mereka dan termakan dengan propoganda sendiri. Mereka menganggap rakyat bencikan Erdogan seperti mereka bencikannya. Sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.
Sememangnya amat benar Islam itu adil dan merupkan agama yang benar. Dan amat benar bahawa Islam apabila terlaksana sepertimana sepatutnya akan menghasilkan keadilan dan manusia akan datang berduyun-duyun untuk bersama Islam. Tetapi adakah benar bahawa pendekatan PAS dalam membawa risalah Islam itu menzahirkan keadilannya? Adakah benar bila rakyat melihat PAS maka dianggap PAS pembelanya? Atau sekadar yang bercakap mengenai Islam tetapi yang dilakukan tidak seperti yang dikatakannya? Lihat bagaimana sokongan bukan Islam telah hampir kesemuanya lari dari PAS di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Sedarlah akan keadaan yang telah berubah dan tidak seperti dahulu. Jangan kita seolah berada dalam perigi buta.
Ya benar, Amanah sebaliknya tidak mendapat undi Melayu, kecuali dalam lingkungan 10% - 13%. Sebagai sebuah parti baharu, itu tidaklah menghairankan. Amanah baharu ditubuhkan dan masih belum lagi dikenali. Tambah pula Amanah diserang bertubi-tubi oleh UMNO dan PAS, kedua-dua parti Melayu yang paling berpengaruh dalam arena politik Melayu selama ini. Namun alhamdulillah Amanah tetap mendapat 10% dalam tempoh hayat hanya 8 bulan. Potensi untuk Amanah adalah hanya ke arah semakin betambah banyak, tetapi adakah potensi ini turut dikongsi oleh PAS dalam keadaan semasa?
KESIMPULAN
Saya menyeru TITM untuk teruskan usaha mengubah pemikiran PAS supaya PAS mengakui kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukannya. Biar jujur dalam berkerjasama dan kembali kepada sikap UMNO/BN sebagai musuh utama. Saya sokong usaha TITM ke arah itu.
Tetapi sekiranya jelas bahawa PAS tidak akan kembali kepada pendekatan asalnya, iaitu bersama parti pembangkang dalam menentang UMNO/BN, maka TITM perlu mengakui bahawa usaha tersebut akan tidak ke mana. Pada ketika itu TITM perlu membuat keputusan ia itu untuk terus bersama PAS yang telah hilang hala-tujunya atau bersama PH dalam usaha menjatuhkan UMNO/BN.
Kami di Amanah telah membuat keputusan yang kami yakin dengan kebenarannya. PAS bukan lagi sebuah parti pembangkang dan menjatuhkan UMNO/BN bukan lagi salah satu matlamat utamanya. Itu adalah hakikat dan bukan lagi persepsi.
BLOG Sarawak Report (SR) telah menyiarkan beberapa dokumen yang dikatakan telah diambil daripada laporan Ketua Audit Negara mengenai syarikat milik kerajaan yang bermasalah, 1MDB.
Laporan ini seperti kita tahu telah pun dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), yakni undang-undang berkenaan dengan rahsia rasmi dan maklumat rasmi di negara ini.
Sekiranya benar SR telah menyiarkan dokumen-dokumen yang dikelaskan di bawah OSA, maka pemilik blog tersebut tentu sekali telah melakukan beberapa kesalahan di bawah OSA tersebut.
Seseorang yang menerima apa-apa rahsia rasmi melakukan kesalahan sekiranya orang itu memiliki atau mengawal apa-apa rahsia rasmi jika orang itu tidak mempunyai hak untuk menyimpannya.
Di samping itu, ia juga merupakan suatu kesalahan sekiranya orang itu secara terus atau tidak, memberi maklumat bawah OSA kepada orang lain, melainkan orang yang memberi maklumat itu telah diberikan kuasa atau merupakan tanggungjawabnya untuk menyampaikan maklumat itu.
Menurut OSA, ‘rahsia rasmi’ adalah termasuklah dokumen-dokumen dan rekod keputusan dan perbincangan Kabinet serta Majlis Mesyuarat Negeri (Exco).
Dokumen berkenaan dengan keselamatan negara, pertahanan dan hubungan antarabangsa juga secara automatik dikelaskan sebagai ‘rahsia rasmi’ di bawah OSA.
OSA juga memberi kuasa kepada menteri, menteri besar atau ketua menteri, dan juga kepada mana-mana penjawat awam yang dilantik oleh menteri, menteri besar atau ketua menteri untuk mengelaskan apa-apa maklumat atau bahan sebagai ‘Rahsia’, ‘Terhad’ atau ‘Sulit’, yang kemudian akan menjadikan maklumat atau bahan tersebut sebagai ‘rahsia rasmi’ di bawah OSA.
Oleh itu, kuasa untuk mengelaskan maklumat atau bahan sebagai rahsia rasmi diberikan dengan luas. Ini juga bermaksud bahawa banyak dokumen yang telah dikelaskan sebagai rahsia rasmi.
Akta tersebut tidak menghendaki menteri, menteri besar, ketua menteri atau penjawat awam yang berkenaan untuk memberi justifikasi mengapa sesuatu maklumat atau bahan itu harus dijadikan rahsia rasmi.
Maknanya, apa-apa jenis maklumat atau bahan boleh dijadikan rahsia rasmi, tidak kira sama ada ia ada keperluan untuk menjadikan ia sebagai rahsia. Maklumat tersebut tidak perlu berhubung dengan keselamatan awam atau pertahanan, contohnya.
Ini juga bermakna OSA ini boleh digunakan untuk menutup atau menyorok kecuaian, salah tadbir, salah laku ataupun kesalahan di dalam kerajaan tanpa perlu ada apa-apa justifikasi diberikan. Jika ada yang tidak kena, cara yang mudah untuk merahsiakannya adalah dengan menggunakan OSA.
Berkenaan dengan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, ramai yang mempersoalkan mengapa laporan ini masih di bawah OSA apabila ia dilakukan ke atas syarikat milik kerajaan dan digunakan untuk membuat laporan Jawatankuasa Kira-kira Parlimen (PAC).
Ia memberi persepsi, sama ada betul atau tidak, bahawa kerajaan tidak mahu orang ramai mempunyai akses kepada laporan tersebut.
Undang-undang lapuk seperti OSA tidak patut ada lagi dalam sebuah negara moden dan demokratik seperti Malaysia. Seluruh dunia kini menuju kepada mewujudkan kerajaan-kerajaan yang terbuka dan telus. Banyak negara telah menggubal undang-undang kebebasan maklumat untuk menggantikan undang-undang dengan rejim yang sama seperti OSA.
Ini sebab mengapa ramai yang memanggil supaya OSA ini digantikan dengan suatu akta yang mempromosikan ketelusan dan kebertanggungjawaban, di samping mendukung hak untuk kebebasan maklumat.
Memang untuk beberapa jenis maklumat dan bahan, perlu ada kawalan dan kerahsiaan. Tetapi ini mesti terhad kepada keselamatan negara, pertahanan atau hubungan antarabangsa. Bukan semua jenis maklumat atau bahan.
‘Rahsia rasmi’ mesti ditakrifkan dengan khusus untuk hanya merangkumi maklumat-maklumat seperti ini, dan bukannya luas sehingga ia boleh disalahgunakan.
Juga mesti ada mekanisme untuk memastikan apa-apa maklumat yang dijadikan rahsia boleh dijustifikasikan sebagai rahsia; apa-apa pengelasan yang salah dan dibuat dengan sengaja harus dijadikan kesalahan.
Dengan ini, akta yang baharu tidak lagi boleh dijadikan alat untuk menutup atau menyorok kesalahan dalam kerajaan.
* Penulis seorang peguam di sebuah firma di Kuala Lumpur
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal memberi jaminan kepada penyokongnya, Melayu Bumiputera tidak akan mati di negara ini meskipun tanpa parti kerajaan, Umno.
Beliau mengambil contoh tiga negeri yang diperintah pembangkang.
"Jangan takut, jangan bimbang, orang Melayu Bumiputera tidak akan mati tanpa Umno.
"Kelantan 20 tahun Pas pegang, DAP pegang Pulau Pinang dua penggal, di Selangor, PKR perintah dua penggal negeri itu...tak mati org Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Aidilfitri bersamanya di Kota Belud, hari ini.
Malah, bekas Naib Presiden Umno ini juga mengingatkan rakyat Sabah agar tidak bimbang walaupun bakal banyak parti politik tumbuh di negeri tersebut.
"Jangan bimbang...banyak parti nanti di Sabah...nak tambah kerusi lagi di Sabah. Tambahlah...banyak parti macam mana pun, biarlah. Itu tidak penting.
"Banyak parti pun, jangan sampai pecah belah dan jangan pilih parti tapi pilih pemimpin yang kita boleh bergantung, berteduh. Jangan pilih parti calon tempatan tapi hanya jadi kuda tunggangan," katanya.
Tegasnya, bukan parti mahupun jumlah kerusi yang menentukan kuasa di negeri itu sebaliknya ia terletak di tangan rakyat.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan atas tuduhan mengebom pusat hiburan Movida di Puchong, bulan lalu, yang menyebabkan lapan cedera dalam kejadian letupan itu.
Pejam celik pejam celik Lara Alana sudah pun berusia dua tahun dan menyambut ulangtahun kelahirannya beberapa hari lalu dengan meriahnya. Namun disebalik kemeriahan itu, Awal Ashaari ada memaklumkan bahawa beliau dan isteri belum merancang untuk menambah cahaya mata kerana merasakan Lara masih belum bersedia untuk mempunyai adik.
Pelakon Adi Putra mengaku isteri keduanya, Norshahida Zolkifly, 33, masih berstatus isteri ketika mengenali wanita tersebut. Bagaimanapun pengakuan tersebut dibuat Adi selepas diasak soalan yang sama berulang kali.
Menjawab segala persoalan mengenai kisah berkahwin dua baru-baru ini, Adi Putra dalam sidang media menjelaskan bahawa dia tidaklah berniat untuk merahsiakan pernikahannya itu. Malah Adi turut menolak dakwaan zuriat sebagai punca dia berkahwin dua.
KUALA LUMPUR: Dua individu bergelar 'Datuk' antara 14 yang ditahan berkaitan dengan kes penipuan syarikat pelaburan skim cepat kaya dikenali sebagai 'Highway Group'.
SETAHUN yang lalu, saya pernah menuntut cerai dari suami kerana dia berlaku curang terhadap saya ketika mengandung anak pertama. Tetapi kerana saya masih sayangkan perhubungan kami, saya dan dia rujuk semula.
Namaku Ana. Pertama kali aku berhubungan seks adalah tak lain dan tak bukan bersama ayah kandungku sendiri. Ceritanya begini. Saat itu umurku baru 14 tahun. Ibuku telah meninggalkan kami sejak aku kecil lagi untuk mencari kehidupan mewah bersama lelaki lain.
SETIAP pasukan dalam bidang permotoran pastinya akan menggunakan khidmat gadis litar dengan memakai pakaian seksi bagi menarik perhatian para penonton dalam setiap anjuran kejohanan yang diadakan.
KUALA LUMPUR: Pihak polis akan melakukan siasatan lanjut terhadap dakwaan pelakon Adlin Aman Ramlie yang mendedahkan dia dijadikan 'kambing hitam' dalam kes sindiket penipuan pelaburan haram yang berjaya dibongkar pada minggu lalu.
Khabar angin mendakwa pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran dan isterinya, Datuk Karthiyani Govindan yang juga pengasas bersama syarikat penerbangan itu lari ke India tersebar sejak minggu lalu.
KOTA BHARU - Setelah individu bernama Md Sukhairi Osman mendakwa mengetahui kejadian sebenar berhubung isu pelajar ditampar ustazah kerana kening dicukur, kakak kepada mangsa, Puteri Boneka, tampil mempertahankan adiknya, Nursyahida binti Zulkifli.
KUALA LUMPUR: Pakar penerbangan tempatan mencadangkan kawasan pencarian baharu MH370 dan berkata pasukan antarabangsa patut mencari di kawasan Broken Ridge, sedikit utara daripada di mana mereka sedang mencari sekarang.
Kisah Datuk Red bersama Ruhainies sehingga kini masih lagi cukup hangat diperkatakan. Malah, ini bukan kali pertama Datuk Red mencetuskan kontroversi dan spekulasi. Dahulu, beliau kahwin secara senyap dengan Adira dan ia turut menjadi perhatian ramai.
Ramai yang telah tahu apa itu G-Spot dan ramai juga yang tahu apa fungsi G-Spot ketika berasmara. Seperti yang diketahui umum, G-Spot pada wanita adalah satu titik yang menyerupai benjolan daging kecil pada dinding faraj, yang berfungsi untuk memberikan kenikmatan pada wanita apabila disentuh. Di manakah G-Spot? Titik ini boleh dikatakan wujud pada setiap wanita ...
Sekarang orang ramai juga sudah boleh membuat pinjaman untuk melabur dalam ASB2. Persoalannya ialah, adakah ia satu langkah menguntungkan apabila kita meminjam untuk melabur? Ini kerana apabila kita meminjam, pasti ada kos tambahan seperti kadar faedah yang perlu dibayar sedangkan apabila melabur menggunakan wang sendiri, kita menerima agihan pendapatan secara seratus peratus. Namun begitu, tidak ...
SEORANG wanita bernama Tania dari Bandung, Indonesia heboh diperkatakan di media sosial. Semuanya selepas wanita Sunda ini membuat pengakuan berani mati mendedahkan dia telah meninggalkan 3 suaminya gara-gara mereka tidak mampu melayan nafsu berahinya di ranjang. Tania yang merupakan bekas pembantu rumah di Hong Kong ini membuat pengakuan itu menerusi sebuah akhbar berbahasa Sunda. Artikel berjudul "Geus Tilu ...
You are subscribed to email updates from MummyNemo. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Pada suatu petang pada hari cuti soghang memba cheq mengajak cheq untuk menemaninya ke kedai spare parts cheq dengan rela menemaninya Kami ke bandaq Klang Usai membeli barangan dikehendaki di...
Penjawat awam barangkali perlu menyumbang untuk persaraan sendiri di masa hadapan menurut ketua agensi yang telah ambik alih operasi pencen kerajaan baghu baghu ni Dalam satu temubuai dengan The ...
Jakarta Gabenoq Jakarta Basuki Tjahaja Purnama memberi warnin memotong gaji penjawat awam yang bermain permainan di telefon bimbit termasuk Pokemon Go masa bertugaih Basuki atau lebih dikenali s...
Syarifah atau lebih dikenali sebagai Datin Red bagitau dia la nih langsung tak ambik pusin pasai hal hai tak berapa nak elok yang dikaitkan dengan suaminya Isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu ni ...
soghang pompuan bertelanjang telah dirakam oghang ghamai bergolek di ataih sebuah jalan di New York tak banyak yang diketahui pasai kejadian tu kecuali ia berlaku pada Prospect Avenue dalam keji...
Tahun lepaih tukang masak artis Chef Riz tak takmau mengaku terdapat sedikit konflik rumah tangga antara dia dengan isteri iaitu Shikin Maembong namun ia berjaya diselesaikan Bagaimanapun melal...
Minggu lepaih beberapa kepin gambaq Lufya Omaq bersama soghang jejaka yang dipercayai tunangnya telah tersebaq di media so siall Untuk mendapatkan kepastian adakah betoi Lufya dah bergelaq tunang...
baghu baghu ni pasangan awai Ashaari dan Scha Al Yahya telah mengadakan sambutan besday yang ke 2 buat anak depa Lara Alana Majlih dengan tema Hello Kitty dan Princess tu berlangsung dengan cuk...
Umum mengetahui pelakon Fiza Halim atau lebih dikenali sebagai Fiza Elite dah mempunyai buah hati baghu selepaih bercerai dengan Adam AF2 Sebelum ni beliau mengakui buah hatinya tu merupakan so...
Video Ruhanies yang keluaq bersama Dato Red serta gambaq lelaki tu merangkoi pinggangnya dah tersebaq luas di Internet Pelbagai kritikan dan tomahan yang dilempaqkan kepada depa berdua dan ada j...
Namkhin Kanyapak merupakan soghang pelajaran jurusan kejuruwatan di Thailand Gadih yang berumoq 22 tahun ni telah mendapat banyak perhatian apabila gambaq si cun dan comey ni dimuatturunkan di ak...
Jepun dan China la nih bersiap sedia untuk membida dalam projek gheta api berkelajuan tinggi menghubungkan Singapura dan kola Lumpoq menurut asia nikkei com Projek RM65 bilion yang mendapat jol...
Pada pagi Jumaat 22 Julai 2016 CNN memberitakan AS 1 bilion telah dirampaih oleh Kerajaan AS daripada pemilikan 1MDB di AS BBC pulak lantang kata sebanyak AS 177 juta dirampaih pihak berkuasa Sin...
Adlin Aman Ramlie pelakon pengacara dan pelawak percaya dirinya diperangkap dan telah disalahgunakan sebuah syarikat pelaburan hartanah artis berumoq 44 tahun tu yang kena tahan pada 20 Julai le...
Penyanyi yang femes dengan aksi lincah di pentaih Selena toknek tiba di kola Lumpoq pada Ahad untuk menggegaqkan konsert Revivai Tour di Malaysia Selena yang dianggap sebagai penyanyi remaja yan...
Bila dah hilang maruah dan malu inilah yang berlaku sanggup buat seks di tempat awam pada siang hari pulak Aksi pasangan ni buat seks hanya beberapa meter dari jalan utama telah menggempaqkan ...
Isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan bahawa dia dah masak betoi dengan perangai suaminya yang turut dikenali sebagai Dato Red Syarifah atau lebih dikenali sebagai Datin Red bagitau dia...
Usaha Pep Guardiola untuk membentuk semula Manchester City berdepan masalah apabila tujuh pemain senioq akan mengakhiri kontrak depa pada musim ni Tujuh pemain bertaraf bintang tu akan meninggaika...
Selepaih meraih kejayaan sebagai penyanyi Adele dilapoqkan bakai berlakon filem tak lama lagi Menurut media antarabangsa Xavier Dolan yang merupakan pengarah klip video lagu Hello nyanyian Adele...
Pengarah komposer dan penyanyi rap Namewee sekali lagi mencetuihkan gosip kali ni dengan muzik video Oh My God yang dilihat menghina pelbagai agama masa menjelaihkan pasai klip tu Namewee m...
Penyanyi Amy Mastura habaq faktoq dia jarang mendedahkan tentang pasai perihai keluarganya kepada umum antara kunci kebahagiaan bersama suami Alvin Tham Suffian yang dikahwininya sejak 16 tahun le...
Nemaja Matic menjadi sasaran utama Juventuih dalam pencarian bagi menggantikan Paul Pogba Pogba la nih semakin lebih kughang berhijrah ke Manchester Untied menerusi perpindahan yang akan memecah ...
Pelakon Aeril Zafrel bercadang untuk ambik cuti selepaih pementasan teater muzikai Lela meghap yang sedang berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya tamat pada 31 Julai ni Aeril atau nama sebena...
Dato Red ataupun dikenali sebagai Datuk Seri Adnan Abu yang la nih mempunyai dua oghang isteri dan bercita cita untuk menambah lagi jumlah isterinya telah memberikan nasihat untuk lelaki lelaki dil...
Beberapa minggu yang lepaih aplikasi Prisma telah diperkenaikan untuk iPhone sekaliguih menjadi salah satu aplikasi yang diminati ghamai Melalui aplikasi Prisma ni ia membolehkan pengguna meng...
Minggu lepaih industri hiburan tanah ayaq dikejutkan dengan berita tang mana pelakon Adlin Aman Ramlie kena tahan pihak polih ataih dakwaan terlibat didalam keh penipuan hartanah bernilai RM 500 00...
Setelah lama berdiam diri pelakon Adi Putra akhiaqnya admit beliau dah menikah buat kali kedua bersama soghang janda anak satu Pengakuan Adi tu dibuat menerusi satu temu buai bersama program Me...
Hafidz Roshdi antara pelakon yang baghu saja ingin meningkat naik didalam dunia lakonan Malaysia Walaubagaimanapun ada berita yang kughang enak kami dengaq pasai Hafidz yang bersikap dingin den...
Selepaih tersebaqnya video Dato Red merangkoi pinggang beliau pelakon Ruhainies habaq beliau ada menerima panggilan telefon daripada isteri kedua Dato Red iaitu penyanyi Adira Adira mau Ruhainie...
ceghita Dato Red bersama Ruhainies sehingga la nih masih dok lagi cukup hangat digembaq gemboq Malah ni bukan kali pertama Dato Red mencetuihkan gosip dan spekulasi Dahulu beliau menikah seca...
Pada suatu hari soghang budak lelaki sedang tidoq dan seseoghang telah datang mengetuk pintu rumahnya Dia mangkit berjalan ke pintu dan membuka sedikit pintu tu Lantaih kedengaran satu suagha...
Tatzelwurmmerupakan makhluk misteri yang menghuni Banjaran Alps dan jugak merupakan makhluk bias lagenda rakyat Swiss Dikenali dengan nama Alps Dragon keterangan pasai rupa bentuk makhluk misteri...
Adi Putra hari ini menerusi satu sidang media telah tampil menjelaskan dan menjawab segala persoalan mengenai pernikahan kali keduanya dengan ibu tunggal anak satu yang dikenali sebagai Norshahida Zolkifly yang tersebar luas itu.
Dalam sidang media tersebut, Adi memberitahu bahawa apa yang terjadi kepadanya bukanlah masalah dan beliau bukannya berkahwin lagi kerana zuriat.
Melalui muatnaik beberapa gambar terbaru Shikin Maembong di laman Instagram miliknya, beliau memberikan bayangan seakan beliau kini sudah kembali 'solo'.
Kata Shikin, tekanan yang dialaminya sudah pun semakin berkurang dan kini dirinya merasa lebih tenang. Beliau juga mengakui sudah tersilap langkah sebelum ini dan kini beliau bahagia hidup bersama anaknya, Putri Arianna Natasya.
Selepas disatukan pada Sabtu lalu dengan seorang ahli perniagaan iaitu Daniel Oakes (Dani Aaqil) Sabtu lalu, Hetty Sarlene memberitahu bahawa suaminya akur andai aktres yang pernah hit dengan drama 'Sembilu' terbitan Skop Productions Sdn Bhd itu mahu berlakon semula.
"Pada awalnya dia tidak tahu saya ini seorang artis, namun sewaktu kali pertama kami keluar dating di Universal Studio Singapura (USS) dia merasa hairan apabila ramai yang mendekati dan mahu bergambar dengan saya. Jadi, sejak itu saya beritahu siapa diri saya.
Baru-baru ini, Que Haider bersama isteri, Linda Jasmine serta tiga anaknya, Qalif Khan, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haida telah pergi bercuti di Avillion Port Dickson.
Menerusi laman Instagram Que dan Linda, pasangan ini telah berkongsi beberapa keping gambar sekitar percutian mereka sekeluarga.
Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red yang mengahwini penyanyi Adira tidak lama dulu sebagai isteri kedua dan 'kantoi' dengan pelakon baharu Ruhainies, sebenarnya hanya seorang pemandu lori sayur sebelum muncul sebagai usahawan berjaya.
Rahsia tersebut didedahkan sendiri oleh isteri pertamanya yang hanya mahu dikenali sebagai Datin Red atau Syarifah yang berkahwin dengan Adnan ketika usianya 19 tahun.
Malah katanya, dia sebenarnya sudah masak benar dengan perangai suaminya itu dan tidak pernah ambil pusing tentang hal-hal negatif melibatkan Adnan.
Semua mengetahui berita dimana pelakon, pengacara dan pelawak Adlin Aman Ramlie, 44, telah ditahan pihak polis atas dakwaan terlibat didalam kes penipuan hartanah bernilai RM500,000.
Tidak mahu ada pihak yang terus salah faham dan menghakimi dirinya tanpa mengetahui perkara sebenar, Adlin semalam telah mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan setiap butiran mengenai dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya.
Hari ini kami ada dengar khabar angin yang mengejutkan apabila ada pihak yang mendakwa rumah tangga Chef Riz dan Shikin Maembong sudah pun berakhir.
Dakwaan itu dibuat selepas melihat beberapa gambar terbaru Shikin di akaun Instagram miliknya yang memberikan bayangan seakan beliau kini sudah kembali solo dan hanya hidup berdua bersama anaknya Putri Arianna Natasya.
Menurut Shikin, tekanan yang dialaminya sudah berkurangan dan beluau kini merasa lebih tenang.
Malah, dalam muat naik yang lain pula beliau mengakui sudah tersilap langkah sebelum ini dan kini bahagia hidup bersama anaknya.
Hashtag #newjourneybegins #justthetwoofus yang disertakan oleh Shikin didalam fotonya itu juga mencetuskan pelbagai persoalan.
Terdahulu, Chef Riz pernah mengakui beliau menghadapi sedikit konflik bersama Shikin yang merajuk kerana beliau terlalu sibuk dengan kerjaya. Walaubagaimanapun, Chef Riz memberitahu masalah itu sudah selesai dan ia adalah lumrah untuk pasangan yang berkahwin mempunyai sedikit masalah.
Emmm, kami harap berita ini tidak benar. Iyalah, kesian juga pada anak perempuan mereka yang masih kecil. Tentu masih mahukan belaian dan kasih seorang ayah di sisi.
Namun, sedang kami melayari laman Instagram kami terlihat seorang lelaki telah memuat naik foto mesra bersama Fiza. Kami tertanya apa agaknya hubungan beliau dengan Fiza.
Selepas itu, kami terjumpa foto yang sama dimuat naik oleh Fiza menerusi akaun Instagramnya. Cuma kali ini, Fiza “crop” bahagian lelaki berkenaan. Walaubagaimanapun, ia foto yang sama dimuat naik oleh lelaki berkenaan atas akaun @ejataljefri.
Fiza juga ada menyertakan hashtag #missyoualready #mylove #myteddy #mybunny di foto berkenaan. Ia jelas menunjukkan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki berkenaan.
Tambahan pula, lelaki itu sememangnya bekerja sebagai seorang juruterbang berpangkat Kapten di Malindo Air.
Mungkinkah lelaki itu adalah kekasih hati Fiza yang disembunyikan selama ini? Ermm,kalau benar apa salahnya untuk Fiza berterus-terang. Kami pasti ramai yang mendoakan kebahagiaan anda.
Minggu lepas beberapa keping foto Lufya Omar bersama seorang jejaka yang dipercayai tunangnya telah tersebar di media sosial.
Untuk mendapatkan kepastian adakah benar Lufya sudah bergelar tunangan orang, pihak Media Hiburan telah menghubungi jejaka berkenaan iaitu Muhammad Hafiz Che Baharum.
Menurut Hafiz, beliau mengakui sudah pun mengikat tali pertunangan bersama Lufya pada awal bulan sebelum Ramadhan lepas. Mereka berdua sudah bercinta hampir setahun lamanya.
Majlis pertunangan mereka berlangsung secara sederhana sahaja di kediaman Lufya yang terletak di Damansara.
Kami telah berkenalan hampir setahun dan tahun kedua 2016 ini pada awal bulan sebelum puasa kami sudah pun mengikat tali pertunangan dengan dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga kami sahaja. Majlis sederhana itu diadakan bertempat di kediaman rumah Lufya sendiri di Damansara.
Walau bagaimanapun untuk resepsi persandingan yang bakal diadakan pada hujung tahun ini kami akan menjemput pihak media juga. Pun begitu, tempat dan lokasi resepsi masih lagi dalam perancangan, sampai masanya akan kami umumkan.
Antara sifat Lufya yang memikat hati Hafiz ialah wanita itu seorang yang ikhlas, amanah, jujur serta boleh bertolak ansur. Malah, Lufya juga memahami kerjayanya sebagai seorang doktor.
Lufya merupakan seorang yang jujur dan pegang amanah, bertolak ansur serta ikhlas dalam membuat sesuatu keputusan. Paling menambat hati saya, Lufya seorang yang sangat dekat dengan aktiviti dan pengajian agama Islam. Ada masanya ketika saya hubungi Lufya, dia sedang mengikuti kelas agama.
Soal kerjaya saya pun Lufya juga sudah faham. Walaupun sesibuk mana saya akan curi masa untuk menghubunginya.
Sama cantik dan sama padan Hafiz dan Lufya. Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua. Semoga segala perancangan untuk majlis raja sehari mereka berjalan dengan lancar.
Video Ruhanies yang keluar bersama Dato Red serta foto lelaki itu merangkul pinggangnya sudah tersebar luas di Internet.
Pelbagai kritikan dan tomahan yang dilemparkan kepada mereka berdua dan ada juga beberapa pihak menganggap tindakan Dato Red itu tidak akan menjadi sekiranya Ruhainies dengan tegas melarang Dato Red menyentuh tubuhnya.
Walaubagaimanapun menurut Ruhainies, beliau tidak rasa Dato Red ada merangkul pinggangnya. Ini kerana, beliau serta merta akan menepis perbuatan Dato Red.
Jelas Ruhainies lagi, mereka bukan keluar berdua sahaja tetapi ditemani oleh pembantu peribadi serta adik Ruhainies.
Seperti saya katakan sebelum ini, kami tidak keluar berdua-duaan, sebaliknya ditemani pembantu dan adik saya. Begitupun takkanlah orang nak rakam gambar mereka?
Berkenaan kejadian rangkul pinggang itu, saya tak rasa dia ada buat begitu. Kalau ada, tentu saya tepis. Lagipun, kejadian itu berlaku di tempat awam. Takkanlah saya nak membenarkan perkara itu berlaku di khalayak ramai?
Ruhainies juga menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang perasaan kasih ataupun cinta terhadap Dato Red dan sama sekali enggan menjadi isteri ketiga beliau.
Kalau ditanya sama ada saya bersedia untuk jadi isteri ketiga atau keempat, jawapannya adalah tidak. Saya seorang yang sangat cemburu. Dulu sewaktu ada teman lelaki, sama memang tidak suka apabila dia keluar dengan perempuan lain. Lagipun, ibu dan bapa saya pasti takkan membenarkan saya hidup bermadu.
Tambah Ruhainies lagi, sejak beliau melangkah ke dunia hiburan, beliau sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala cabaran bergelar anak seni.
Ermmmh, kalau lihat foto diatas, nampak jelas sekali Dato Red merangkul pinggang Ruhainies. Fikir positif mungkin Ruhainies tidak rasa kehangatan sentuhan Dato Red sebab dalam shopping mall kan sejuk dengan penghawa dingin..Err…
Baru-baru ini, pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah mengadakan sambutan hari jadi yang ke 2 buat anak mereka Lara Alana.
Majlis dengan tema Hello Kitty dan Princess itu berlangsung dengan cukup meriah sekali di Little Kingdom, Parkson Maju Junction Shopping Mall.
Beberapa rakan artis seperti Neelofa dan Fouziah Ghous bersama suami serta anaknya Muhammad Zeeshan turut hadir pada majlis berkenaan selain keluarga,teman rapat dan saudara-mara.
Dalam meyambut kemeriahan majlis Lara, Awal dan Scha juga memberitahu buat masa ini mereka belum mempunyai sebarang rancangan untuk menambah cahaya mata.
Buat Awal, beliau merasakan Lara tidak sedia untuk menerima adik dan masih lagi manja bersama mereka.
Belum ada lagi perancangan dalam masa terdekag kerana Lara belum bersedia untuk ada adik, dia masih perlukan kasih sayang. Dia seorang yang sangat sensitif dan cepat merajuk Jika dia ada adik dalam masa terdekat sudah tentu kasih sayang kami akan terbahagi, bagaimana perasaan dia pula yang masih kecil itu.
Saya rasa masa bersama dengan dia sangat singkat dan banyak perkara yang saya terlepas sehingga kadang-kadang saya cemburu jika dia belajar sesuatu perkara baru dengan orang lain. Sepatutnya pada usia ini kami ada disisi sentiasa, sebab itu saya kata bagi masa dia besar sikit untuk ada adik lain.
Rezeki untuk mendapat cahaya mata itu segalanya bergantung kepada ketentuan takdir juga. Kadang-kadang kita hanya mampu merancang. Hehe..
Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis sambutan hari jadi Lara Alana dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Dato Red ataupun dikenali sebagai Datuk Seri Adnan Abu yang kini mempunyai dua orang isteri dan berhasrat untuk menambah lagi jumlah isterinya telah memberikan nasihat untuk lelaki-lelaki diluar sana yang ingin berpoligami
Menurut Dato Red, seorang lelaki tu harus pandai menjaga hati semua isteri-isteri mereka dan jangan pernah menipu.
Perempuan, isteri-isteri kita paling pantang kalau kita berahsia atau menipu. Berterus-terang dalam segala perkara, itu yang utama dalam perhubungan suami isteri.
Dato Red bukan sahaja pernah dihimpit kontroversi kerana perkahwinan beliau bersama Adira, tetapi dalam kes terbaru apabila beliau merangkul pinggang Ruhainies dan mengakui beliau suka dengan pelakon baharu berkenaan sehingga tangannya automatik ingin menyentuh tubuh Ruhainies.
Ada sesiapa yang setuju dengan nasihat Dato Red? Emm..
Tidak mahu ada pihak yang terus salah faham dan menghakimi dirinya tanpa mengetahui perkara sebenar, Adlin semalam telah mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan setiap butiran mengenai dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya.
Menurut Adlin beliau sebenarnya diperangkap dan dijadikan "kambing hitam" oleh sindiket pelaburan haram.
Saya ingin tegaskan di sini saya langsung tidak terlibat dalam sebarang urusan pelaburan tidak sah melibatkan syarikat berkenaan. Saya secara peribadi merasakan diperangkap, dieksploitasi selain rangkaian sindiket ini telah menjadikan saya sebagai kambing hitam.
Adlin juga menafikan berita bahawa beliau ditahan reman selama empat hari. Sebaliknya, beliau hanya ditahan selama 24 jam untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Pada masa yang sama, Adlin mengakui beliau terlibat dengan pelbagai program MLM tetapi hanya sebagai penampilan khas untuk memberi ceramah motivasi. Adlin tidak pernah terlibat dengan sebarang pelaburan MLM.
Saya tidak menafikan mengenali ramai individu dalam rangkaian ini termasuk yang ditahan pihak polis baru-baru ini.
Bagaimanapun saya tidak mempromosikan apa juga yang mereka lakukan kerana kehadiran saya sama ada sebagai seorang profesional iaitu tetamu atau memberi ceramah motivasi. Malah kali terakhir saya muncul dalam program sedemikian adalah pada Disember tahun lalu.
Anak kepada pelakon vateran Ruminah Sidek itu juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya beliau sekali lagi dipanggil oleh pihak polis menumpaskan sindiket berkenaan.
Adlin juga berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana sindiket penipuan MLM.
Saya belajar daripada pengalaman ini dan akan lebih berhati-hati dalam setiap acara atau majlis yang akan saya hadiri.
Kejadian ini juga diharap dapat memberi pengajaran kepada orang ramai malah rakan selebriti agar tidak mudah terpengaruh dengan rangkaian seperti ini. Saya akan berikan kerjasama sepenuhnya sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian bagi memastikan sindiket seperti ini dapat dihapuskan.
Dari dahulu lagi kami tidak pernah percaya dengan mereka yang terlibat didalam MLM. Mereka ini licik sekali memperdaya orang ramai dengan menayang duit dan kereta mewah yang kononya milik mereka. Ingatlah, tiada jalan pintas untuk menjadi kaya dan jangan terpedaya dengan janji manis sindiket penipuan MLM. Kelak anda akan menyesal..
Setelah lama berdiam diri, pelakon Adi Putra akhirnya mengaku beliau sudah berkahwin buat kali kedua bersama seorang janda anak satu.
Pengakuan Adi itu dibuat menerusi satu temu bual bersama program Melodi TV3, malah video penjelasan beliau itu turut dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi beliau.
Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua. Ada yang bertanya kenapa saya berdiam diri mahupun melarikan diri. Saya rasa mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tidak, saya hanya menjalankan tanggungjawab saya, tanggungjawab bermaksud hal peribadi.
Ramai ingin tahu ya ataupun tidak. Ya saya akan jelaskan. Memang ya saya bernikah, bererti dua isteri. Disini, terjawablah segala persoalan dan andaian selama ini.
Adi juga menyatakan beliau tidak menyimpan perasaan dendam kepada mereka yang sebelum ini menghina serta mengkritik beliau serta membuat pelbagai andaian mengenai dirinya.
Pada masa yang sama beliau mengakui foto-foto beliau nikah bersama seorang wanita yang disebarkan sebelum ini adalah benar.
Malah, perkahwinan Adi juga diketahui oleh isteri pertamanya Aida Yusof. Namun, Aida sebelum ini tidak mahu memberikan sebarang komen kerana ingin menjaga aib Adi Putra.
Berikut video penuh penjelasan Adi Putra berhubung perkahwinan beliau :-
Adi Putra akan mengadakan sidang media khas pada jam 2 petang hari ini di Casa Ampang untuk menjawab segala persoalan dan menjelaskan perkara sebenar disebalik pernikahan beliau yang kedua.
Sama-sama kita nantikan penjelasan Adi mengenai isu berkenaan.
Apabila kes Dato Red bersama wanita lain hangat diperkatakan, ramai yang tertanya apakah perasaan isteri pertamanya Datin Red atau dikenali sebagai Syarifah.
Menurut Datin Red menerusi portal Utusan Online, beliau sudah cukup masak dengan perangai Dato Red dan kini tidak mahu lagi ambil pusing mengenai segala perkara negatif yang dikaitkan dengan suaminya itu.
Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja selesaikan, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya perlu pening kepala fikirkan masalah dia?
Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, yang pasti hubungan saya dengan dia bahagia.
Berbicara mengenai soal bermadu, Datin Red akui hatinya hancur saat Dato Red bernikah bersama Adira dan yakin bahawa madunya itu kini merasakan perkara yang sama.
Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, saya rasa mana-mana wanita juga sama. Macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini. Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya.
Sebenarnya Datin Red juga jujur berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Dato Red ingin berkahwin buat kali ketiga.
Sering tampak tabah, Datin Red memberitahu anak-anak merupakan kekuatan untuk beliau terus hidup dan menerima segala ketentuan takdir.
Apa yang kuatkan saya adalah anak-anak, dan satu tip untuk hidup bersama suami saya ini. Jangan bebankan dia dengan masalah di rumah. Sebab itu sehari dua yang lalu, ketika satu Malaysia kecoh mengenai kisah Datuk Red dengan artis Ruhainies, bila dia pulang ke rumah sepatah pun saya tidak bertanya soalan yang sama.
Datin Red berkahwin dengan Dato Red kira-kira 10 tahun lalu,pada waktu itu suaminya bekerja sebagai pemandu lori sayur.
Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun, memang selepas 10 tahun tiada apa yang saya dapat rasakan selain sayang kepada dirinya mungkin juga sebab anak-anak. Kami mula mengalami kehidupan yang lebih senang sejak tiga tahun yang lalu, apabila perniagaan suami semakin baik.
Seorang wanita itu mempunyai tahap kesabaran yang agak tinggi tetapi jika seorang lelaki yang disayangi dan dicintai menghancurkan segala perasaan kasih dan percaya maka hati wanita itu boleh jadi sekeras batu. Hmmph, kami harap Datin Red kekal tabah dalam menghadapi segala dugaan.
Hafidz Roshdi antara pelakon yang baru sahaja ingin meningkat naik didalam dunia lakonan Malaysia.
Walaubagaimanapun, ada berita yang kurang enak kami dengar mengenai Hafidz yang bersikap dingin dengan beberapa pihak media.
Menurut Cik Pang di portal Harian Metro, sikap dingin Hafidz itu jelas kelihatan apabila menjeling beberapa teman media yang hadir di majlis perasmian pementasan teater Lela Manja baru-baru ini.
Pelakon berkenaan dikatakan bersikap sebegitu kerana menyimpan perasaan tidak puas hati dengan beberapa wartawan yang hadir. Dek kerana sikapnya itu juga, wartawan seakan tidak mahu mempedulikannya .
Lebih teruk lagi, pihak wartawan akui lakonan beliau didalam teater berkenaan kelihat agak kayu dan tidak memberikan sebarang kesan kepada penonton. Buat wartawan, kalau mahu bersikap dingin tetapi masih memberikan persembahan lakonan cukup memberangsangkan mereka boleh lagi terima, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.
Ada juga beberapa pihak berpendapat watak Raja Muda tidak sepatutnya diberikan kepada Hafidz. Masih ramai pelakon lain yang sesuai untuk membawakan watak tersebut.
Kalau baru sahaja ingin meningkat naik dalam industri, tidak seharusnya Hafidz Roshdi bersikap dingin dengan wartawan. Wartawan adalah medium utama untuk seseorang artis itu popular dan sebaliknya. Karier anda juga haru mendapat sokongan pihak media untuk anda lebih dikenali nanti.
Berkahwin selama 10 tahun bersama Dato Seri Adnan Abu membuatkan isteri pertamanya yang mahu dikenali sebagai Datin Red masak dengan perangai suaminya itu. Kalau dahulu beliau berkahwin secara senyap dengan penyanyi Adira di Thailand dan kini muncul pula video mesra suaminya bersama pelakon baru, Ruhainies membuatkan beliau lali dengan perkara itu.
"Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja yang menyelesaikannya, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya pula perlu pening kepala fikirkan masalah dia. Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, tetapi apa yang pasti hubungan saya dengan dia tetap bahagia. Cukuplah saya kata saya sudah lali, sebab sudah masak benar dengan perangainya”
"Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini. Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya,” katanya kepada Utusan Online berhubung dengan perkara berkenaan.
Bercerita mengenai perkahwinannya, Datin Red telah berkahwin bersama suaminya pada usia yang agak muda, sejak beliau berumur 19 tahun, ketika itu kehidupannya sangat bahagia bersama suami yang mungkin disebabkan kehadiran anak-anak. Mula mengenali Dato Red sebagai pemandu lori sayur, selepas itu perniagaannya mula berjaya dan semakin baik sejak tiga tahun lalu.
Walau kelihatan begitu tenang dan tabah menghadapi krisis rumah tangga yang sudah beberapa kali melanda beliau, Datin Red akui hatinya juga dulu pernah rasa hancur melihat suaminya berkahwin bersama Adira. Namun apa yang menguatkan lagi dirinya adalah anak-anak di sekeliling yang membuatkan beliau untuk terus hidup dan menerima kententuan takdir. (rkty/w)
Umum sudah pun mengetahui pelakon, Adlin Aman Ramlie baru-baru ini telah ditahan polis untuk membantu siasatan berkaitan dengan penipuan pelaburan hartanah, namun semalam beliau dilepaskan dengan ikat jamin. Hari ini beliau tampil membuat sidang media menjelaskan dimana nama beliau telah disalah guna pihak tertentu untuk mempromosikan skim syarikat itu.
“Memang saya mengenali beberapa individu yang dikatakan terbabit dalam penipuan hartanah berkenaan. Cuma kecewa nama saya disalah guna sehingga ditahan polis bagi membantu siasatan kes ini dan berasa dijadikan kambing hitam. Pada jam 2.30 petang Rabu lalu, polis datang ke rumah meminta saya hadir ke Bukit Aman kemudian dibawa ke balai polis”
"Selepas berpuas dengan keterangan diberikan, saya dibebaskan dengan jaminan polis. Tujuan saya membuat sidang media ini bagi menjelaskan beberapa dakwaan tidak betul yang mengaitkan saya dengan penipuan ini seperti tersebar. Pada masa sama, saya akan terus membantu polis untuk menyiasat sindiket penipuan besar ini,” katanya kepada Harian Metro.
Bagaimanapun dalam masa yang sama, beliau turut menafikan desas-desus mengatakan beliau telah ditahan reman selama empat hari sebaliknya dirinya hanya dibawa ke balai polis hanya pada 20 Julai lalu untuk membantu siasatan. Malah beliau turut menegaskan untuk bersikap lebih berhati-hati memilih undangan selepas apa yang berlaku supaya ianya tidak berulang.
Sebelum ini, Adlin dilaporkan telah ditahan di kediamannya di Cyberjaya pada Rabu lalu selepas beliau dikatakan terlibat dalam satu sindiket penipuan pelaburan hartanah. Beliau kemudian telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengenai kes berkenaan yang dikatakan hampir berjumlah hampir RM500,000. (rkty/w)
Pelakon, Azrel Ismail yang juga teman lelaki kepada Ruhainies percaya bahawa kekasih hatinya tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu walaupun selepas rakaman video menunjukkan mereka keluar berduaan sambil berpegangan tangan dan berkelakuan mesra mula tersebar sejak beberapa minggu lalu.
“Saya sangat terkejut dengan berita dan video yang telah tersebar hari ini. Saya yakin Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan dengan lelaki itu dan mereka bertemu atas urusan kerja kerana sebelum ini mereka ada projek bersama.Saya kenal Ruhainies orang macam mana dan jika dia ingin keluar selalunya dia akan ditemani ahli keluarga atau pembantu peribadinya sahaja”
“Kami menjadi rapat sejak berlakon bersama dalam drama Menantu Tintong. Dia wanita yang baik dan manja dan boleh dikatakan paling istimewa daripada wanita lain yang pernah saya jumpa. Cuma kalau ditanya tentang perancangan peringkat seterusnya, kami masih belum ada apa-apa lagi ikatan yang boleh disahkan,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.
Tambah Azrel lagi, Ruhainies ada memaklumkan kepadanya untuk keluar pada hari khamis lalu bersama pembantu peribadinya, tetapi tidak dimaklumkan pula apakah tujuan beliau keluar pada hari itu. Malah katanya lagi, dalam keadaan sekarang beliau sememangnya tidak dapat menemani kekasihnya itu untuk ke mana-mana buat masa ini berikutan jadual kerja yang sangat padat.
Sebelum ini, sebuah rakaman video menunjukan Dato Red merangkul erat pinggang Ruhainies ketika berjalan di sebuah pusat membeli belah telah tersebar kepada umum. Namun ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Ruhainies menafikan sekerasnya dakwaan mengatakan beliau mempunyai hubungan istimewa bersama suami Adira itu dan menganggap dirinya diperangkap. (rkty/w)
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Hetty Sarlene yang dikhabarkan telah melangsungkan majlis perkahwinannya semalam dengan seorang jejaka pilihannya yang berasal dari London yang bernama Daniel Oakes atau nama Islamnya Dani Aaqil. Majlis perkahwinan yang cukup indah itu telah diadakan di Royal Palm @ Clarke Quay, Singapura.
Memetik Berita Harian Online, majlis akad nikah telah disempurnakan oleh kadi Salim Jasman dan berwalikan bapa Hetty sendiri, Abdul Hamid Hassan. Pada majlis itu juga, Dani Aaqil telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 berserta dulang hantaran, manakala pihak pengantin perempuan membalas lima dulang hantaran diiringi wang hantaran sebanyak RM53,500.
Dalam majlis yang diadakan secara sederhana tetapi meriah itu, Hetty kelihatan begitu anggun sekali mengenakan busana berwarna putih, manakala pasangannya pula segak berpakaian lengkap baju melayu yang sedondon warnanya. Lebih indah lagi apabila majlis tersebut turut bertemakan taman dan bunga menghiasi dekorasi keseluruhan majlis bahagia itu.
Pada masa yang sama, majlis resepsi serta persandingan turut diadakan di lokasi yang sama. Manakala bagi majlis resepsi disebelah pihak lelaki pula dijangka bakal diadakan di London pada akhir tahun ini. Apa pun tahniah diucapkan kepada Hetty Sarlene dan pasangan, Dani Aaqil, semoga perkahwinan ini akan terus bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu.
Dengan ini kami kongsikan beberapa keping gambar di sekitar perkahwinan dan majlis resepsi bagi perkahwinan Hetty Sarlene dan Dani Aaqil. Enjoice!(rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment