Sunday, 31 July 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 31 Jul 2016 07:56 PM PDT

ROTIKAYA


Fara Fauzana Bakal Kahwini Ahli Perniagaan?

Posted: 31 Jul 2016 06:25 PM PDT

Setiap tahun dihurung soalan sama mengenai jodoh dan secara tiba-tiba Fara Fauzana menghantar kad jemputan untuk sidang akhbar sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya dan juga spekulasi.

BACA: Fara Fauzana Mahu Beri Laluan Kepada Bakat Baru

Malah melalui sumber Kosmo! Online, dilaporkan bahawa hos dan juga bekas penyampai radio popular ini bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang juga seorang usahawan dalam waktu terdekat.

Maka sidang akhbar yang bakal diadakan hari ini berkemungkinan adalah untuk berkongsikan perkara menarik tersebut. Jika benar, semoga segala persiapan Fara Fauzana menjelang hari bahagia akan dipermudahkan.

Apa apa pun, kita tunggu laporan dan juga perkara sebenar yang akan diumumkan sendiri oleh Fara pada petang ini.(rtky/s)

5- Fara Fauzana Bakal Kahwin Ahli Perniagaan? - ROTIKAYA 4- Fara Fauzana Bakal Kahwin Ahli Perniagaan? - ROTIKAYA 3- Fara Fauzana Bakal Kahwin Ahli Perniagaan? - ROTIKAYA 2- Fara Fauzana Bakal Kahwin Ahli Perniagaan? - ROTIKAYA 7- Fara Fauzana Bakal Kahwin Ahli Perniagaan? - ROTIKAYA 6- Fara Fauzana Bakal Kahwin Ahli Perniagaan? - ROTIKAYA

“Setiap Hari Isteri Minta Cerai”

Posted: 31 Jul 2016 06:08 PM PDT

Ketika dakwaan menghalau isteri keluar dari rumah hebat melanda Along Raja Lawak atau turut dikenali sebagai Along Cham, akhirnya figura komedi itu sendiri menjelaskan situasi sebenar yang berlaku kepada BH Online.

BACA: Along Raja Lawak Halau Isteri Dari Rumah?

“Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya”

“Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya. Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak?”

“Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?” tegasnya selain menyatakan bahawa dia tidak pernah melarang isterinya bertemu anak lelaki mereka.

Tambah Along lagi, dia menfailkan saman nusyuz terhadap Zila baru-baru ini disebabkan tindakan isterinya itu keluar tanpa meminta izin suami. Apa pun, semoga apa yang terjadi di antara mereka dapat diselesaikan dengan jalan yang terbaik. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Utusan Malaysia

Adira AF Sah Hamil 7 Minggu

Posted: 31 Jul 2016 05:41 PM PDT

Tahniah kami ucapkan kepada Adira AF dan juga suaminya, Datuk Seri Adnan kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Perkara tersebut dikongsikan suami penyanyi tersebut di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

BACA: "Biar Adira Rasa Apa Yang Pernah Saya Rasa"

8- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA

“Alhamdulillah, doktor sudah sahkan dia hamil tujuh minggu selepas kami buat pemeriksaan di klinik minggu lepas. Dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk cuma peliknya setiap hari dia mahu makan kari mamak, walhal sebelum ini dia tidak suka,” jelasnya kepada mStar Online.

Selain mengimpikan cahaya mata lelaki bersama Adira, Datuk Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red di laman sosial menjelaskan bahawa dia juga kini sedang merancang untuk membawa Adira berbulan madu di bumi Eropah.

“Saya memang sudah lama merancang untuk bawa dia bercuti tapi masih cari masa yang sesuai lagi. Adira suka pantai dan laut dan saya pula tidak suka. Insya-Allah, kalau dimurahkan rezeki saya ingin bawa dia bercuti ke Eropah,” katanya. (rtky/s)

6- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 5- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 4- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 3- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 2- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 1- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA

Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang

Posted: 31 Jul 2016 12:57 AM PDT

Mungkin kerana statusnya yang masih bujang, Neelofa sering dikaitkan dengan beberapa jejaka sebelum ini. Namun baru-baru ini beliau didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan suami orang, malah Neelofa juga dikatakan bakal menjadi isteri kedua lelaki tersebut yang juga berstatus VIP. Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan tersebut sekerasnya.

BACA: Neelofa Rancang Tunaikan Haji Tahun Ini

“Saya tidak memerlukan lelaki itu, jauh sekali duit ringgitnya. Saya tidak perlu apa-apa daripadanya. Demi Allah, saya baru tahu cerita ini minggu lalu apabila seorang teman memaklumkannya. Sudah beberapa tahun, saya dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki itu. Ia bagaikan tiada berpenghujung, malah saya sudah jemu mendengarnya”

“Lagi dan lagi cerita karut seperti ini dibangkitkan. Sebelum ada pihak yang datang untuk mengasari, ingin saya maklumkan di sebalik kelembutan, saya juga mempunyai perwatakan seperti lelaki. Jangan ingat saya tiada upaya mempertahankan diri. Saya sudah cukup dewasa untuk melawan,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

Sementara itu, Neelofa turut meluahkan rasa terkilannya terhadap sesetengah pihak yang masih mengaitkan kontroversi berkenaan dengan dirinya walaupun ianya sudah lama berlalu. Pada masa yang sama, beliau turut menyangkal dakwaan mengatakan dirinya bersama lelaki terbabit hanya kerana statusnya sebagai seorang lelaki yang kaya dan ternama.

Dalam masa yang sama, Neelofa akui dirinya bukan seorang yang mudah jatuh cinta walaupun ramai jejaka ternama termasuk seorang lelaki dari Mesir ingin melamarnya. Malah ramai juga yang terus datang bertemu ibunya untuk mendekati beliau namun hatinya masih sukar untuk menerima jodoh yang diaturkan keluarga dan ingin mencari sendiri. (rkty/w)

2- Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang - jpeg 3- Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang - jpeg 4- Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang - jpeg 5- Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang - jpeg 6- Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang - jpeg 7- Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang - jpeg

Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin

Posted: 30 Jul 2016 11:49 PM PDT

Mengikat tali pertunangan sejak tiga tahun lalu, Indah Ruhaila tidak sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit demi mendapatkan perkahwinan yang eksklusif kerana dirinya lebih bersikap praktikal didalam hal ini. Malah katanya lagi, beliau juga tidak mahu sampai berhutang kerana ingin berkahwin kerana kehidupan selepas itu adalah lebih penting.

BACA: Peminat Puji Indah Ruhaila Selamatkan Budak Sesat

“Saya juga tidak mengharapkan majlis kahwin yang hebat keran apa yang penting, menguruskan hal yang wajib. Lagipun, banyak wang akan digunakan apabila memulakan hidup baru nanti. Saya hanya mengimpikan majlis perkahwinan yang sederhana dan tidak menyusahkan sesiapa. Saya juga tidak sanggup berhutang kerana mahukan perkahwinan yang gah”

“Saya tidak takut jika nama saya akan jatuh sejurus selepas berkahwin. Itu hanya andaian dan selagi saya boleh berjuang, saya tidak akan berhenti memperkenalkan bakat. Industri seni itu luas, banyak cabang yang boleh diteroka. Saya berharap semua pihak akan mendoakan saya,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung dengan perkara berkenaan.

Sementara itu, Indah turut berkongsi mengenai persiapan perkahwinan beliau dan pasangan yang bakal berlangsung pada awal tahun depan. Walaupun sudah terlewat baginya untuk melangsungkan perkahwinan dek kerana memberi ruang kepada kerjaya seninya, Indah tidak pernah menyesal dan bersyukur diberikan tunang yang sangat memahami. (rkty/w)

1- Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin - jpeg 2- Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin - jpeg 3- Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin - jpeg 4- Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin - jpeg 5- Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin - jpeg 6- Indah Ruhaila Elak Berhutang Untuk Kahwin - jpeg

Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red

Posted: 30 Jul 2016 10:56 PM PDT

Kontroversi video mesra diantara Ruhainies dan Dato Seri Adnan Abu mungkin sudah lama berlalu, namun masih ramai pihak yang menggunakan kontroversi itu mempersendakan beliau. Tidak mahu terus terpalit dengan kontroversi itu, Ruhainies memilih untuk menarik diri daripada terus bekerjasama dengan Datuk Red didalam sebuah iklan syarikat beliau.

BACA: Ruhainies Dan Datuk Adnan Kekal Berhubung

"Pertemuan kami untuk membincangkan projek filem pendek seperti iklan raya membabitkan saya dan dia baru-baru ini. Sebelum berlakunya lebih banyak masalah, lebih baik saya batalkan dan menarik diri. Saya tidak mahu terus dihimpit kontroversi lain. Seboleh-bolehnya saya mahu bekerja dalam suasana tenang dan selesa,” katanya kepada Projek MMO.

Dalam masa yang sama, Ruhainies turut meluahkan rasa terkilannya terhadap sesetengah pihak yang berterusan meletakkan kesalahan kontroversi yang tercetus diatas bahu beliau. Dengan itu, bagi mengelakkan masalah yang tidak sepatutnya berlaku, Ruhainies meletakkan jarak didalam perhubungan beliau dan suami kepada penyanyi, Adira itu.

Terdahulu, Ruhainies pernah mengeluarkan kenyataan dimana beliau masih akan mengekalkan hubungan baik bersama Datuk Red kerana dirinya yang bersikap profesional terhadap kerjayanya. Malah baginya, tiada sebab untuk beliau mengelak berhubung dengan ahli perniagaan itu kerana jelas tiada hubungan istimewa pernah terjalin diantara mereka. (rkty/w)

1- Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red- jpeg 2- Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red- jpeg 3- Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red- jpeg 4- Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red- jpeg 5- Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red- jpeg 6- Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red- jpeg

Wak Doyok & Azrinaz Mazhar Hakim Bertunang?

Posted: 30 Jul 2016 10:29 PM PDT

Jika sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan pasangan sama padan, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai hubungan istimewa kini mereka dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan pada 23 Julai lalu. Majlis pertunangan yang dilangsungkan secara tertutup itu telah diadakan di rumah personaliti TV3 itu di Desa Hartamas, Kuala Lumpur.

BACA: Wak Doyok Bengang Dituduh Gay Dengan Myo

“Majlis pertunangan mereka secara tertutup sahaja. Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tida ramai tetamu luar dijemput hadir. Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana,” tulis akhbar Utusan Malaysia didalam slot Mingguan Malaysia mengenai perkara berkenaan.

Menurut laporan Mingguan Malaysia lagi, majlis pertunangan yang telah diadakan secara sederhana dan tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat bagi kedua belah pihak lelaki dan perempuan sahaja. Malah pada majlis itu juga tidak dimaklumkan terdapat mana-mana selebriti tempatan yang turut hadir meraikan pasangan merpati dua sejoli itu bertunang.

Walau apapun, jika benar berita yang disampaikan ini sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim diatas majlis pertunangan mereka. Diharap selepas ini mereka tampil memberikan pengesahan supaya tidak timbul spekulasi yang tidak sedap kedengaran. Dan semoga segala perancangan perkahwinan dipermudahkan. (rkty/w)

1- Wak Doyok & Azrinaz Mazhar Hakim Bertunang? - jpeg 2- Wak Doyok & Azrinaz Mazhar Hakim Bertunang? - jpeg 3- Wak Doyok & Azrinaz Mazhar Hakim Bertunang? - jpeg 5- Wak Doyok & Azrinaz Mazhar Hakim Bertunang? - jpeg 6- Wak Doyok & Azrinaz Mazhar Hakim Bertunang? - jpeg 7- Wak Doyok & Azrinaz Mazhar Hakim Bertunang? - jpeg

Anak Dalam Kandungan Nadiya Nisaa Meninggal Dunia

Posted: 30 Jul 2016 10:07 PM PDT

Takziha kami ucapkan kepada pelakon Nadiya Nisaa kerana telah kehilangan cahaya mata kedua yang masih dikandungnya. Anaknya itu disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre, di sini hari ini.

BACA: Nadiya Nisaa Impikan Cahaya Mata Perempuan

8- Anak Dalam Kandungan Nadiya Nisaa Meninggal Dunia - ROTIKAYA

Selain itu, menurut laporan Utusan Online, suami Nadia, Saiful Razman Kasim, menyatakan bahawa jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak.

Katanya, Nadiya kini berada dalam keadaan sihat, walaupun masih lemah dan bersedih atas kehilangan tersebut. Sementara itu, kesedihan turut dapat dirasai melalui gambar terkini di Instagram pelakon tersebut yang ternyata teruja menanti cahaya matanya itu.

Malah peminat Nadiya juga dalam masa yang sama turut mengucapkan takziah selain berdoa agar pelakon ini tabah dalam menghadapi dugaan. Apa pun, semoga segala kesulitan yang dialami Nadiya ketika ini akan dipermudahkan. (rtky/s)

7- Anak Dalam Kandungan Nadiya Nisaa Meninggal Dunia - ROTIKAYA 6- Anak Dalam Kandungan Nadiya Nisaa Meninggal Dunia - ROTIKAYA 4- Anak Dalam Kandungan Nadiya Nisaa Meninggal Dunia - ROTIKAYA 3- Anak Dalam Kandungan Nadiya Nisaa Meninggal Dunia - ROTIKAYA 2- Anak Dalam Kandungan Nadiya Nisaa Meninggal Dunia - ROTIKAYA 1- Anak Dalam Kandungan Nadiya Nisaa Meninggal Dunia - ROTIKAYA

AMMBOI DOT COM

Posted: 31 Jul 2016 11:58 AM PDT

AMMBOI DOT COM


PENJELASAN ALONG CHAM BILA ISTERI DAKWA DILARANG JUMPA ANAK

Posted: 31 Jul 2016 10:08 AM PDT

Kecoh juga dun9ia hiburan beberapa hari lepas mengenai kisah krisis rumahtangga pelakon dan juga pelawak, Along Cham. Sebenarnya ammboi malas nak ambil tahu berkenaan isu rumahtangga orang ni. Namun begitu, berdasarkan kepada penjelasan dari Along, ammboi rasa ia berhak untuk disebarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar mengenai apa yang berlaku. Memetik sumber BH Online, setelah menjadi […]

The post PENJELASAN ALONG CHAM BILA ISTERI DAKWA DILARANG JUMPA ANAK appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 31 Jul 2016 10:16 AM PDT

KedahLanie.info


Isu 1MDB & Pemuda UMNO dengan konspirasi peringkat tertinggi, Pemuda PAS harap fokus isu utama

Posted: 31 Jul 2016 06:00 AM PDT


Pemuda Umno Malaysia tidak seharusnya mengalihkan isu utama dengan mengheret tiga tokoh utama negara dengan dakwaan wujud konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dalam skandal kewangan 1MDB.

Dakwaan berkaitan skandal kewangan 1MDB sangat berat, oleh sebab itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak mahu Pemuda Umno sewenang-wenangnya menimbulkan persepsi baru untuk mengaburi isu dan suspek sebenar, sedangkan kira-kira lapan buah negara luar sedang menyiasat skandal kewangan 1MDB sehingga menjejaskan reputasi politik dan ekonomi negara.

Rakyat telah sedia maklum bawah Bank Negara Malaysia, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah entiti yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan awal terhadap kes ini, tetapi hasil laporan mereka entah ke mana.

Malah, dua tokoh yang didakwa telah 'bersara' dan seorang lagi bakal 'menamatkan perkhidmatannya'.

DPPM juga tidak menolak kemungkinan sebelum skandal kewangan 1MDB diselesaikan, tiga tokoh tersebut boleh ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA). Penangkapan dan penahanan boleh dilakukan oleh pihak polis tanpa waran sehingga 28 hari.

Banyak klu yang masih samar. Laporan-laporan rasmi tidak didedahkan malah laporan audit berkaitan 1MDB pula telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Oleh itu, adalah lebih bijak sekiranya Pemuda Umno turut sama menggesa untuk mewujudkan terlebih dahulu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dianggotai oleh mereka yang tidak berkepentingan untuk menyiasat skandal kewangan 1MDB ini.

DPPM menegaskan dengan sekeras-kerasnya agar 'kleptocracy' mesti dihentikan dan 'damages' negara mesti dipulihkan!

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
28 Julai 2016 | 23 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 28/7/2016

Mukhriz harap ROS tak halang parti baru Dr M

Posted: 31 Jul 2016 05:00 AM PDT


Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharap Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak akan menghalang permohonan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti politik baru.

"Kami berharap ROS akan memberi pertimbangan sewajarnya dan memastikan tiada halangan, halangan yang tidak perlu dan sebagainya," katanya.

Minggu lalu, Mahathir mengesahkan bahawa parti politik baru akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Tidak lama lagi," katanya selepas majlis pelancaran buku isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Parti baru akan ditubuhkan bagi merealisasikan objektif pergerakan 'Selamatkan Malaysia'.

Sementara itu, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim yakin parti baru yang ditubuhkan Mahathir tidak akan mendapat sambutan khususnya di kalangan oleh orang Melayu.

Menurut Rais parti baharu itu bakal menempuh 'warna' dan suasana seperti yang pernah dialami oleh parti Semangat 46 dahulu yang gagal mendapat sambutan.

Semangat 46 akhirnya terkubur setelah bekerjasama dengan DAP, dan parti lain menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) demi bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1990.

FAKTA vs. AUTA RASIS UMNO - Kononnya Cina nak rampas dan terajui negara..??

Posted: 31 Jul 2016 04:06 AM PDT

FAKTA vs. AUTA RASIS-UMNO !!!


Masih ada yang percaya dgn doktrin perkauman UMNO..?? kononnya Cina nak rampas dan terajui negara..??

OTAK BEKU SAJA PERCAYA.... dari 31.7 juta rakyat Msia hampir 70% adalah Melayu/Bumiputra...ce citer celah tang mana DAP yang majoriti ahlinya dari kaum Cina boleh terajui negara..!!

Mengapa Pas tidak wajar kekal dalam kerajaan Selangor

Posted: 31 Jul 2016 03:57 AM PDT

KHALID SAMAD

Pakatan Harapan diwujudkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur.

Pakatan Harapan diwujudkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur.

Persoalan kedudukan Pas dalam kerajaan Negeri Selangor dewasa ini terus menjadi bahan perbincangan. Dalam menjelaskan keberadaan Pas dalam kerajaan Selangor walaupun Pas merupakan sebuah 'rogue party' atau parti yang bagaikan lawan terhadap Pakatan Harapan, bermacam-macam alasan dan hujah dikemukakan.

Ada beberapa hujah yang benar tetapi tidak tepat.

Dulu Pas ada, Amanah tidak ada

Antara hujah yang dikemukakan adalah "dulu Pas ada dan Amanah tidak ada". Kata-kata ini ditonjolkan media walaupun mungkin yang menyebutnya memberi penjelasan yang lebih lengkap.

Hakikatnya dulu pun Amanah sudah ada tetapi kami berada di dalam Pas. Kami adalah serpihan dari Pas, iaitu serpihan yang terdiri dari golongan pemimpin dan ahli yang menyokong secara bersungguh-sungguh Pakatan Rakyat.

Mungkin ada yang lupa betapa meruncingnya perbalahan antara Pas dan Pakatan Rakyat sebelum ini. Perbalahan ini telah menyaksikan peristiwa seperti:

1. Pertandingan antara Pas dan PKR sehingga berlakunya tiga penjuru di Kota Damansara dan beberapa kerusi lain.

2. Tuduhan tanpa bukti mahupun saksi bahawa ada calon PKR menjual pil kuda.

3. Usul kaji kembali kerjasama dengan Keadilan, dan

4. Berbagai-bagai lagi tindakan khianat Pas.

Kemuncak perbalahan ini adalah krisis Menteri Besar (MB) Selangor di mana Pas dengan sokongan Umno telah mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai MB, sedangkan PKR dan DAP telah menolaknya. Sebelum itu tersebar luas mesej whatsapp Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Zuhdi Marzuki dengan sikap khianat yang disyorkannya untuk Pas.

Ini telah akhirnya menghasilkan suasana muktamar Tahunan Pas tahun 2014 di mana golongan yang menolak TSKI dan memilih untuk bersama PKR dan DAP menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah digelar 'barua dan boneka' oleh Presiden Pas. Yang dimaksudkannya dengan kalimah 'barua dan boneka' itu adalah barua dan boneka PKR dan DAP. Ini adalah kerana mereka tidak mengikut arahannya untuk bersama mempertahankan TSKI sebagai MB dengan sokongan Umno/BN!

Perbalahan ini menyebabkan kami terpaksa keluar dari Pas untuk membentuk Amanah setelah dilihat pendekatan khianat dan berbalah ingin terus dilaksanakan Pas selepas muktamar 2015.

Kami berani mengatakan bahawa dengan adanya kami di dalam Pas maka Pakatan Rakyat telah muncul sebagai gabungan kerjasama parti pembangkang yang kukuh sehingga meningkatkan prestasinya dalam pilihan raya 2013 khususnya di Selangor. Oleh itu amat tidak tepat untuk mengatakan kami 'tiada' pada ketika itu.

Kalau kami 'tiada' pada ketika itu, mungkin keadaan Kota Damansara adalah keadaan di seluruh negara pada 2013 dan bukan sekadar di beberapa kerusi.

Kalau kami 'tiada' pada ketika itu mungkin kerajaan Selangor dan Perak pada 2008 adalah kerajaan gabungan Pas dan Umno/BN.

Kalau kami 'tiada' pada ketika itu, mungkin TSKI terus kekal sebagai MB hingga hari ini dan kerajaan Selangor sekarang ini adalah kerajaan Pas dan Umno/BN.

Oleh kerana kami ada pada masa itulah maka apa yang ada sekarang dapat dikawal dan dipertahankan. Maka jangan diketepikan hakikat kehadiran kami dan peranan yang telah kami mainkan.

Sikap Pas seperti yang disaksikan hari ini adalah sikap tanpa adanya kami. Sekiranya itulah sikap Pas sejak dahulu, sudah pasti Pakatan Rakyat tidak mungkin dapat wujud di alam nyata. Dan sikap Amanah hari ini adalah sikap yang telah memungkinkan wujudnya Pakatan Rakyat.

Oleh itu, harap maklum ya, kami telah ada sejak dahulu.

Mandat diberi kepada Pas, PKR dan DAP membentuk kerajaan Selangor

Ini juga satu kenyataan yang benar tetapi tidak tepat.

Sebenarnya mandat diberi kepada Pakatan Rakyat pada 2013 dan bukan kepada parti-parti secara individu. Mesti diingat bahawa pada 2013 kita telah menghadapi pilihan raya sebagai Pakatan Rakyat walaupun bertanding atas logo masing-masing atas sebab-sebab teknikal.

Manifesto yang ditawarkan adalah manifesto Pakatan Rakyat dan rakyat Selangor memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah. Dalam erti-kata lain, rakyat ingin ketiga-tiga parti ia itu Pas, DAP dan PKR berkerjasama memerintah negeri Selangor secara bersama berdasarkan manifesto tersebut.

Malangnya Pas khususnya tidak memahami maksud mandat tersebut dan sentiasa mendakwa Pas menang atas kekuatan Pas sendiri sehingga berterusan menempelak rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Pada awalnya yang menjadi sasaran Pas adalah PKR dan kemudiannya DAP. Akhirnya Pakatan Rakyat telah terkubur dan walaupun ianya dihidupkan di Selangor, hakikatnya ia hidup dalam keadaan bergantung kepada ehsan dari presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Semangat kerjasama sebenarnya tidak lagi dijiwai dan dihayati.

Dalam usaha untuk menghidupkan kembali kerjasama seperti mana yang diinginkan rakyat Selangor, maka ditubuhkan Pakatan Harapan (PH). Pakatan Harapan lebih menyerupai Pakatan Rakyat dahulu berbanding hubungan Pas, PKR dan DAP yang wujud di Selangor dewasa ini. Dalam erti-kata lain PH ditubuhkan untuk memenuhi mandat yang diberi rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat setelah Pas khianat. Ini adalah kerana kerjasama antara tiga parti yang diinginkan rakyat Selangor tidak mampu dilaksanakan lagi oleh gabungan Pas, Keadilan dan DAP. Ia hanya mampu dilaksanakan oleh Amanah, Keadilan dan DAP.

Kesimpulan

Saya tidak nafikan kebenaran apa yang dikatakan semua pihak dalam soal ini.

Hanya ianya tidak setepat mana yang sepatutnya kerana keadaan sudah berubah. Hubungan antara Pas, Keadilan dan DAP tidak seperti dahulu. Hanya yang berada dalam perigi buta sahaja yang tidak menyedari hakikat ini dan ingin berpura-pura menipu diri bahawa ianya tetap sama.

Bagi yang menyatakan Pakatan Rakyat masih wujud, sila panggil mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Sila keluarkan kenyataan atas nama ketiga-tiga Presiden dan buktikan kewujudannya. Kalau tidak boleh maka terimalah hakikat, ianya sudah tiada.

Move on!

Kita tidak perlu berpaut kepada dahan yang rapuh. Bina kekuatan atas apa yang ada.

PRU 14: Pas sasar pertahan Kelantan, ambil semula Terengganu dan Kedah

Posted: 31 Jul 2016 03:52 AM PDT

Pas sasar kekal Kelantan, ambil balik Kedah dan Terengganu dalam PRU 14, kata Mustafa Ali
Setelah selesai dua ijtima' (seminar) pilihan raya iaitu Pahang dan Kedah, Pas mensasarkan untuk mengekalkan Kelantan dan merampas semula Terengganu dan Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kelantan kita akan pertahankan kerajaannya dan Kedah diambil alih semula.

"Kita mensasarkan 20 kerusi Dun di Terengganu (dari 32). Target kita untuk memerintah. Perlu ditawan semula kerana negeri itu pernah di perintah oleh Pas," kata Mustafa ketika berucap di ijtima' pilihan raya Pas Terengganu dekat Rusila, Marang semalam.

Menurutnya, pengundi atas pagar menjadi undi penentu untuk kemenangan parti itu di Terengganu.

"Ini termasuk pegawai kerajaan, keluarga mereka dan peniaga, mereka perlu didekati," katanya.

Namun begitu, Mustafa berkata, Perlis sukar (untuk dimenangi Pas) kerana BN menggunakan 3M (Money, mechinery and Media). Parti itu kenal semua pengundi," katanya.

Untuk tujuan mencapai kemenangan itu, katanya, menjadi tugas jentera parti Pas untuk pastikan pengundi bukan Islam mengundi parti itu dalam PRU 14 nanti.

Mustafa, veteran pilihan raya Pas itu menjangkakan, PRU14 akan diadakan tahun depan iaitu 2017, tidak sampai 2018.

Ia berikutan kemenangan BN di pilihan raya negeri Sarawak dan dua pilihan raya kecil iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Bagi beliau, kemenangan tidak mustahil dalam pilihan raya umum akan datang kerana Umno dan BN semakin tidak kuat.

"Mereka hadapi masalah kredibiliti di kalangan pemimpinnya ekoran skandal 1MDB," katanya.

Langkah kekalkan Pas di Selangor kelirukan rakyat, kata Pemuda Amanah

Posted: 31 Jul 2016 01:00 AM PDT


Pemuda Amanah menganggap langkah mengekalkan Pas dalam kerajaan negeri Selangor akan terus mengelirukan rakyat kerana parti itu kini sudah nyata sangat cenderung kepada Umno dengan tidak lagi bersuara menentang isu-isu korupsi terutama 1MDB.

Timbalan ketuanya, Faiz Fadzil berkata perlu ditegaskan bahawa tidak timbul soal Adun Amanah mahukan jawatan Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana tidak pernah pun diminta.

Faiz FadzilFaiz FadzilNamun katanya, sejarah dua orang Adun Amanah ini menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah satu pengorbanan besar dan bukti jelas komitmen kepada kesinambungan dan pengukuhan Pakatan Rakyat.

"Pertembungan tiga penjuru dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini adalah 'precedent' jelas bahawa Pas tidak lagi mahu bersama pakatan pembangkang.

"Ini adalah pilihan PAS dan semua pihak perlu menghormatinya.

"Maka, semua parti koalisi Pakatan Harapan perlu kembali ke meja rundingan secepat mungkin dan merangka strategi terbaik untuk berhadapan tiga penjuru dalam mana-mana pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan,

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

PAKATAN HARAPAN PERLU KUKUHKAN KOMITMEN

Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) semalam menggambarkan komitmen tinggi Amanah untuk terus berjuang bersama koalisi Pakatan Harapan dalam membawa perubahan kepada sistem dan urustadbir negara yang semakin korup.

Amanah terus bertekad membela nasib rakyat yang dizalimi serta kehidupan rakyat yang semakin ditekan kerajaan Barisan Nasional pimpinan 'Malaysian Official 1'.

Skandal 1MDB adalah kemuncak korupsi pemimpin negara. Pendedahan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat melalui tindakan 'Civil Forfeiture' menunjukkan wujudnya perbuatan-perbuatan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Perdana Menteri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB bertanggungjawab sepenuhnya atas kecurian berbilion ringgit wang negara dalam skandal terbesar ini.

Kroni-kroni Perdana Menteri jelas telah mendapat faedah langsung dengan mengumpul kekayaan hasil pengubahan wang haram.

Maka, menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14 adalah satu kewajipan dan bukan lagi pilihan.

Rakyat mahukan satu gabungan pembangkang besar yang kuat sebagai sebuah kerajaan menanti yang serius menentang Umno dan Barisan Nasional.

Justeru, Pakatan Harapan perlu menunjukkan kesediaan untuk menjayakan agenda ini.

Pakatan Rakyat sudah terkubur dan kini digantikan dengan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan telah membuat satu lonjakan bagi mengukuhkan agenda perjuangan ini dengan menandatangani satu perjanjian bertulis melibatkan PKR, DAP dan Amanah.

Pas yang tidak pernah bercadang menyertai Pakatan Harapan adalah punca kepada perpecahan Pakatan Rakyat.

Justeru, Pakatan Harapan perlu memandang ke hadapan.

Sebagai manifestasi kesungguhan perjuangan Pakatan Harapan, kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan di Pulau Pinang.

Seharusnya langkah positif dan efisyen ini perlu diikuti kerajaan negeri Selangor.

Mengekalkan Pas dalam kerajaan negeri akan terus mengelirukan rakyat.

PAS sudah nyata sangat cenderung kepada Umno dengan tidak lagi bersuara menentang isu-isu korupsi terutama 1MDB.

Perlu ditegaskan bahawa tidak timbul soal Adun Amanah mahukan jawatan Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana tidak pernah pun diminta.

Namun, sejarah dua orang Adun Amanah ini menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah satu pengorbanan besar dan bukti jelas komitmen kepada kesinambungan dan pengukuhan Pakatan Rakyat.

Memang benar PAS yang wujud dalam Pakatan Rakyat ketika PRU-13, namun Amanah yang menjunjung perjuangan Pakatan Rakyat yang kini disambung dan diteruskan oleh Pakatan Harapan.

Pertembungan 3 penjuru dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini adalah 'precedent' jelas bahawa Pas tidak lagi mahu bersama pakatan pembangkang.

Ini adalah pilihan PAS dan semua pihak perlu menghormatinya.

Maka, semua parti koalisi Pakatan Harapan perlu kembali ke meja rundingan secepat mungkin dan merangka strategi terbaik untuk berhadapan tiga penjuru dalam mana-mana pilihanraya.

Pakatan Harapan juga perlu segera merangka polisi dan rangka kerja bersama sebagai tawaran alternatif yang lebih baik kepada rakyat.

Jika kesefahaman ini dapat dicapai oleh semua parti koalisi Pakatan Harapan, maka cadangan 'snap election' di Pulau Pinang pasti akan dihadapi secara bersama dan penuh semangat.

Ia akan menjadi satu referendum rakyat menolak pentadbiran Najib Razak dan Barisan Nasional.

Ia juga menggambarkan solidariti kepada YAB Lim Guan Eng yang dizalimi melalui pendakwaan terpilih sepertimana rakyat membela saudara Anwar Ibrahim.

Jika dilema tiga penjuru dikatakan alasan UMNO akan terus menang dalam pilihanraya, maka kemenangan UMNO akan berterusan dalam mana-mana pilihanraya kerana ia adalah pilihan PAS yang kini tidak mahu bersama pakatan pembangkang.

Pembentukan Blok Ke-tiga adalah bukti jelas bahawa Pas tidak bersedia berjuang bersama rakyat, tetapi lebih bersedia menyambung nyawa Umno dan Barisan Nasional.

Pakatan Harapan perlu bersama mencari strategi baru dan tuntas dalam menghadapi pilihanraya sekiranya pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielak.

FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional

Gencatan senjata - MB Kelantan dah mula risau PAS tumbang PRU14

Posted: 31 Jul 2016 12:16 AM PDT

 

Harakahdaily dalam berita bertajuk "Persefahaman elak tembung tiga penjuru" melaporkan:
PAS mempertahankan prinsip bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan memberi kebaikan kepada rakyat.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, parti itu hanya tidak terlibat dengan kerjasama yang boleh mengundang kepada dosa.

"Pimpinan tertinggi tentunya sudah memperhalusi cadangan untuk bekerjasama memandangkan Lajnah Politik bermesyuarat setiap minggu," katanya sebagai reaksi terhadap usaha PAS mengurangkan pertelagahan sesama pembangkang. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pertelagahan sesama pembangkang dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.

Menurutnya parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar iaitu Umno BN.

Ekoran kenyataan itu banyak pihak menyambut baik termasuk Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berharap pembangkang harus bersatu kembali.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia Ahmad Fadhli Shaari pula berkata pendirian mengenai kerjasama itu jelas kerana PAS sudah mengurangkan kritikan terhadap sesama sendiri.

"Saya percaya menjelang pilihan raya umum akan datang keadaan akan kembali normal dengan kerjasama sesama pembangkang bagi menghadapi Umno dan BN.

"Persefahaman bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini," katanya - Ibid.
Komen aku mudah saja, aku nampak MB Kelantan macam dah mula rasa susah hati takut PAS Kelantan tumbang PRU14 nanti.

Dan memang pun kalau berlaku pertandingan 3 penjuru dengan BN dan Pakatan arapan yang diwakili Amanah, hampir pasti PAS Kelantan akan tumbang.

Dalam keadaan PAS tidak berpecah masa PRU11 tahun 2004 PAS Kelantan nyaris tumbang, cuma mampu menang dengan kelebihan 3 kerusi saja yang tak lama selepas tu cuma tinggal kelebihan 1 kerusi selepas kalah PRK Pengkalan Pasir.

Masa tu PAS masih bekerjasama dengan PKR cuma putus kerjasama dengan DAP saja sedangkan takdak satu kerusi pun DAP bertanding di Kelantan malah pertandingan 3 penjuru pun takdak dan masa tu TG Nik Aziz masih hidup dan jadi Menterii Besar.

Kalau PAS tak berpecah dengan keujudan Amanah pun PAS Kelantan sangat sukar untuk kekalkan Kelantan dalam PRU kalau tanpa kerjasama macam dalam Pakatan Rakyat, tambah pulak dengan berbagai persepsi yang cukup buruk yang terpaksa PAS tanggung sekarang.

Jadinya memang wajar sangat untuk MB Kelantan ambil peluang untuk sokong saranan gencatan senjata oleh Timbalan Presiden PAS Ust Tuan Ibrahim tu, moga-moga dengan tiada pertandingan 3 penjuru Umno BN tak berjaya rampas Kelantan.

Cuma masalahnya, aku tak yakin TMB Kelantan Ust Nik Amar akan sokong sepenuh hati kenyataan MB Kelantan ni.

Pasainya kalau PAS perlu "kerjasama sesama pembangkang bagi menghadapi Umno dan BN" maknanya Ust Nik Amar terpaksa kerjasama dengan Hj Husam Musa juga.

Dengan hebatnya kebencian yang terpancar dari lenggok badan butir bicara Ust Nik Amar selama ni memang nampak jelas sangat betapa bencinya dia dengan sosok tubuh yang bernama Husam tu.

Pun begitu, dalam politik ni satu benda kena sentiasa ingat, kalau dah nama ahli politik apa pun tak mustahil, malah tahap taqiyah ahli politik ni kadang-kadang lebih dahsyat dari mullah syiah punya taqiyah.
 

Pilihan raya Pulau Pinang tak jadi, kata Guan Eng

Posted: 30 Jul 2016 11:36 PM PDT



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan meneruskan rancangannya untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.

"Ini kerana PKR tidak bersetuju dengan cadangan tersebut," kata Lim pada sidang akhbarnya, hari ini.

Beberapa hari yang lalu, PKR menyatakan rasa belum cukup yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaupun keputusan itu diambil sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP), mereka akan tetap meneruskan perbincangan mengenainya dengan parti lain dalam Pakatan Harapan.

"Selepas perbincangan menyeluruh, termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat memutuskan secara sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut," katanya.

Cadangan tersebut telah menyebabkan berlakunya beberapa pertikaman lidah antara pemimpin DAP dan PKR yang menggusarkan banyak pihak.

Cadangan itu juga mendapat bantahan banyak pihak lain terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang secara jelas menyatakan tentangan terhadap rancangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Lim berkata, keputusan itu dibuat setelah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan kepada beliau bahawa pimpinan parti itu tidak bersetuju untuk mengadakan pilihan raya awal.

"Semasa pertemuan dengan Azmin dan beberapa pemimpin utama PKR pada 20 Julai yang lalu, PKR menyatakan kebimbangan kehilangan lebih banyak kerusi berbanding DAP.

"PKR mencadangkan DAP menyerahkan satu atau dua kerusi di bahagian pulau kepada PKR untuk lebih menyakinkan cadangan itu, bagaimanapun, kita merasakan ia tidak mungkin berlaku," katanya dalam kenyataan.

Justeru, ekoran ketidak setujuan PKR mengenai pilihan raya tersebut, DAP tidak akan meneruskan rancangan itu walaupun Parti Amanah Negara (AMANAH) telah bersetuju mengenainya.

Pengumuman Lim hari ini pastinya menyebabkan banyak pihak menarik nafas lega walaupun Gerakan telah bersedia untuk meletakkan 13 calon untuk bertanding, selain PAS yang turut bersedia untuk bertanding jika pilihan raya itu diadakan.

Sudah berbillion duit negara terbakar hangus, namun biskut empat segi juga yang sibuk diviralkan..!!

Posted: 30 Jul 2016 01:37 PM PDT

SUDAH BERBILLION DUIT TERBAKAR HANGUS
biskut krim kraker juga yang sibuk diviralkan....
.
Ramai pulak orang kita ni yang rajin dan bersemangat berkongsi dan memviralkan isu biskut krim kraker terbakar, yang kononnya dicampurkan dengan plastik... Alahai. Logiklah dah namanya 'krim kraker' yang berasaskan minyak kelapa sawit, memanglah agen pembakaran...
.
Begitu juga bahan makanan kering yang lain yang berasaskan gandum, boleh terbakar. Mi segera keluaran syarikat terkenal pun boleh menyala. Dan kuih bakar yang diusahakan turun-temurun oleh orang Melayu pun, boleh terbakar. Tak kan kuih bakar pun dicampur plastik?
.
Tapi, itulah. Cepat sangat orang kita ni melatah. Maka dikongsi, diviralkanlah kononnya kita sudah tertipu makan biskut plastik! Ek eleh...
.
Duit kita yang berjuta dan berbillion terbakar hangus, tak pulak tunjuk semangat nak kongsi atau viralkan. Sedangkan soal berkenaan telah membakar poket seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira yang makan biskut, makan plastik mahupun yang makan dedak. SEMUA KENA!

Ahmad Zuber
.
* Kami pendidik, bukan ahli politik.

OhDunia.My

Posted: 31 Jul 2016 08:22 AM PDT

OhDunia.My


Enggan Dikaitkan Dengan Datuk Red, Ruhainies Tarik Diri Dari Projek

Posted: 31 Jul 2016 05:52 AM PDT

Kontroversi video mesra diantara Ruhainies dan Dato Seri Adnan Abu mungkin sudah lama berlalu, namun masih ramai pihak yang menggunakan kontroversi itu mempersendakan beliau. Tidak mahu terus terpalit dengan kontroversi itu, Ruhainies memilih untuk menarik diri daripada terus bekerjasama dengan Datuk Red didalam sebuah iklan syarikat beliau.


Enggan Dikaitkan Dengan Datuk Red, Ruhainies Tarik Diri Dari Projek

Baca selengkapnya

Neelofa Nafi Ada Skandal Dengan Suami Orang Berstatus VIP

Posted: 31 Jul 2016 05:21 AM PDT

Mesti ada yang bayangkan betapa indahnya kalau mereka mempunyai kehidupan yang mewah dan popular seperti Neelofa, namun tidak semua yang kita lihat itu indah belaka. Malah, Neelofa juga tidak henti dihimpit kontroversi.


Neelofa Nafi Ada Skandal Dengan Suami Orang Berstatus VIP

Baca selengkapnya

Gempar Bila Lelaki Disahkan Mati Dipatuk Ular, Hidup Semula

Posted: 30 Jul 2016 06:57 PM PDT

RAISEN – INDIA: Seorang lelaki mengejutkan orang ramai yang menghadiri upacara pengembumianya selepas bangun semula dari tempat pembakaran mayat selepas disahkan meninggal dunia akibat dipatuk ular.


Gempar Bila Lelaki Disahkan Mati Dipatuk Ular, Hidup Semula

Baca selengkapnya

beautifulnara

Posted: 31 Jul 2016 02:43 AM PDT

beautifulnara


Lana Nodin Dan Suami Dedah Wajah Anak, Gia Mckienzie

Posted: 30 Jul 2016 09:34 PM PDT

Bayi pelakon Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin dan suami telah lahir pada Januari lepas tetapi mereka masih belum mendedahkan wajahnya pada umum.

Bagaimanapun wajah comel Gia Quinn Mckienzie telah dimuat naik pasangan itu di akaun Instagram masing-masing sejam lepas.

 photo 13739402_277964192577546_1229586092_n.jpg

Lana dan suami, David McKienzie atau Mohd Daud McKienzie bernikah pada 15 Mei 2015.

 photo 13745248_920990221344124_521133592_n.jpg photo 13694581_736195733185503_398618302_n.jpg

Comel banget Gia rupanya. Semoga Lana sekeluarga kekal bahagia ke ahir hayat.

(TAHNIAH)Wak Doyok & Azrinaz Mazhar Selamat Bertunang

Posted: 30 Jul 2016 07:34 PM PDT

Tiada angin tiada ribut, Mingguan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar telah selamat bertunang pada 23 Julai lalu. Majlis pertunangan telah berlangsung di rumah bekas personaliti TV3 itu di Desar Hartamas, Kuala Lumpur. Majlis ini telah diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga tredekat sahaja.

azrinaz wak doyok bertunang

Menurut Mingguan Malaysia, tarikh perkahwinan masih belum ditetapkan. Tulis Mingguan Malaysia:-

Majlis pertunangan mereka secara tertutup sahaja. Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tida ramai tetamu luar dijemput hadir. Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana.

wak doyok azrinaz bertunang

Sekira berita ini benar, jutaan tahniah diucapkan kepada Wak Doyok dan Azrinaz. Semoga ikatan ini akan bersambung sehingga ke jinjang pelamin. Tahniah Abang Nara ucapkan. Sumber Mingguan Malaysia.

Neelofa Nafi Ada Skandal Dengan Suami Orang Berstatus VIP

Posted: 30 Jul 2016 06:41 AM PDT

Mesti ada yang bayangkan betapa indahnya kalau mereka mempunyai kehidupan yang mewah dan popular seperti Neelofa, namun tidak semua yang kita lihat itu indah belaka. Malah, Neelofa juga tidak henti  dihimpit kontroversi.

Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Neelofa sedang menjalinkan hubungan dengan suami orang bahkan sudah menjadi isteri kedua lelaki tersebut berstatus VIP.

Walaubagaimanapun, Neelofa menerusi BiPop Berita Harian telah menafikan dakwaan berkenaan.

Pada masa yang sama beliau akui sudah merasa bosan dikaitkan dengan lelaki VIP itu bertahun-tahun lamanya.

Saya tidak memerlukan lelaki itu, jauh sekali duit ringgitnya. Saya tidak perlu apa-apa daripadanya. Demi Allah, saya baru tahu cerita ini minggu lalu apabila seorang teman memaklumkannya.

Sudah beberapa tahun, saya dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki itu. Ia bagaikan tiada berpenghujung, malah saya sudah jemu mendengarnya. Lagi dan lagi cerita karut seperti ini dibangkitkan. Saya sudah lama melupakannya, tetapi mengapa masyarakat di luar sana tidak melakukan perkara yang sama.

Neelofa juga memberitahu meskipun beliau nampak lembut di luar. Jiwa dan semangat beliau seakan seperti seorang lelaki dan beliau akan bertindak mempertahankan diri jika ada yang terus mencetuskan kotroversi dan provokasi.

Sebelum ada pihak yang datang untuk mengasari, ingin saya maklumkan di sebalik kelembutan, saya juga mempunyai perwatakan seperti lelaki.

Jangan ingat saya tiada upaya mempertahankan diri. Saya sudah cukup dewasa untuk melawan. Tidak perlu sebar cerita terlalu karut ini kerana ia tidak pernah terjadi.

Buat Neelofa setiap berita yang disebarkan adalah fitnah semata-mata dan rekaan mereka yang tidak mempunyai kehidupan sendiri selain dari mencari kesalahan orang lain.

Tuhan ada, biar mereka mendapat balasan setimpal atas fitnah yang dilemparkan. Isu ini sudah bertahun diperkatakan, tetapi kini dibangkitkan semula?

Semakin hari usia saya semakin bertambah. Mana mungkin jalan hidupsaya berputar pada arah yang sama. Saya sudah muak.

Berbicara mengenai beliau yang masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai buat dirinya, Neelofa mengakui beliau bukanlah seorang wanita yang mudah untuk jatuh cinta.

Saya bukan mudah jatuh cinta. Bukan tiada yang datang melamar malah ada lelaki dari Mesir menghubungi pengurus saya untuk buat temujanji kerana ingin melamar saya. Geli hati saya mendengarnya.

Saya juga akui bukan tiada anak orang ternama dan VVIP yang datang bertemu dengan ibu saya.

Malah, ada juga ibu mereka yang cuba mengatur jodoh kami. Tetapi hati saya susah untuk menerima jodoh yang diatur keluarga. Sudah pasti, saya harus memilih jodoh kerana ia membatikan masa depan.

Orang cantik selalu akan menjadi rebutan ramai dan juga membuatkan ramai yang iri hati. Mungkin mereka yang mendakwa Neelofa ada skandal dengan suami orang sebenarnya cemburu dengan beliau. Tidak mustahil bukan? Apa-apa pun, kita tengok sahaja siapa agaknya yang bakal mencuri hati Neelofa ..Hehe..

Sumber Berita : Berita Harian

myartis.com

Posted: 31 Jul 2016 02:15 AM PDT

myartis.com


KAKAK DICEDERAKAN PEROMPAK - ADIRA LUAH RASA KESAL

Posted: 30 Jul 2016 06:34 PM PDT



"Emma sudah stabil namun masih trauma dengan insiden yang menimpanya hingga menyebabkan dia menerima enam jahitan di kepala dan telinganya juga hampir putus. Wajahnya juga bengkak akibat dibelasah bertubi-tubi," demikian kata Adira Suhaimi, 25, yang kesal dengan tindakan individu yang memecah masuk rumah hingga mengakibatkan kecederaan parah kepada kakaknya, Emma Suhaimi.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi memaklumkan dirinya bergegas pulang ke kampung halamannya di Sabah apabila diberitahu mengenai insiden yang menimpa kakaknya itu.

"Saya seperti merangkak ke lapangan terbang kerana terlalu terkejut apabila dimaklumkan kakak berada di hospital. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AZRINAZ & WAK DOYOK SAH SUDAH BERTUNANG

Posted: 30 Jul 2016 05:58 PM PDT



Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 37, dan Wak Doyok tidak pernah mengesahkan berada dalam alam percintaan meskipun sering memuatnaik gambar kemesraan berdua di laman sosial selain gambar bersama dengan rakan-rakan artis mereka. Tup-tup terkini, mereka telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 Julai lalu.

Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, majlis pertunangan pasangan yang bermula sebagai sahabat baik sejak tahun lalu itu berlangsung di kediaman Azrinaz yang terletak di sebuah kawasan perumahan elit di Desa Hartamas.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

33 GAMBAR - SELAMAT NIKAH, IKA NABELLA KINI ISTERI MUHAMMAD ZAID

Posted: 30 Jul 2016 03:58 PM PDT



Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi. Ika Nabella, 27, yang telah selamat bergelar isteri kepada Muhammad Zaid Aznam, 29, dengan sekali lafaz pada jam 2.25 petang semalam.

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Ridwaniah, Sungai Batu Bayan Lepas, Ahmad Fuad Abd Hamid dalam satu majlis nikah yang diadakan di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 31 Jul 2016 01:58 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Time Out Punishment Cara Yang Sangat Berkesan Menghukum Anak

Posted: 31 Jul 2016 12:22 AM PDT


Sebelum ni ghamai kita diluaq sana menibai anak kita sendiri apabila depa buat kesalahan walaupun depa ditaboh sedikit atau rotan percayalah selepaih tu depa akan ghasa sebasalah dan menyesai pas...

Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Dato Red

Posted: 30 Jul 2016 11:04 PM PDT


gosip video mesra diantara Ruhainies dan Dato Seri Adnan Abu barangkali dah lama berlalu namun masih dok ghamai pihak yang menggunakan gosip tu mempersendakan beliau tak mau teruih terpalit deng...

Anak Dalam Kandungan Nadiya Nisaa Meninggai Dunia

Posted: 30 Jul 2016 11:02 PM PDT


Takziha kami ucapkan kepada pelakon Nadiya Nisaa pasai telah kehilangan anak kedua yang masih dok dikandungnya Anaknya tu disahkan meninggai dunia di dalam perut masa buat pemeriksaan kesihatan d...

Lana Nodin Dan Suami Dedah Wajah Anak Gia Mckienzie

Posted: 30 Jul 2016 10:42 PM PDT


Bayi pelakon Lana Nodin atau nama sebenaqnya Mazlina Hasan Nodin dan suami telah lahiaq pada Januari lepaih tapi depa masih dok belum mendedahkan wajahnya pada umum Bagaimanapun wajah comey Gia Q...

Abam Bocey Digoda Oleh Lelaki Gila

Posted: 30 Jul 2016 08:36 PM PDT


Kecomelan beliau bukan saja menambat hati pompuan malah kaum lelaki jugak turut tertarik dengannya apabila pelawak femes Abam Bocey mendedahkan beliau penah diganggu oleh lelaki gila seks di lama...

Polih Tak Ngaku Balaih Dagin Beku Buru Individu Sebaq Fitnah

Posted: 30 Jul 2016 08:34 PM PDT


Viral di laman so sial beberapa hari lepaih soghang individu mendakwa beberapa anggota polih trafik ambik dagin beku dari sebuah lori yang terbalik dalam nahaih di Gua Musang Kelantan Bagaimanap...

Atletico Madrid Setuju Ikat Kontrak Gameiro

Posted: 30 Jul 2016 08:32 PM PDT


Atletico Madrid telah menandatangani perjanjian bagi mendapatkan penyerang Perancih Kevin Gameiro daripada rakannya dari kelab La Liga Sevilla dengan bayaran yang tak didedahkan Bagaimanapun di...

Wak Doyok Azrinaz Mazhaq Selamat Bertunang

Posted: 30 Jul 2016 07:42 PM PDT


takdak angin takdak ribut Mingguan Malaysia hari ni menceghitakan bahawa Wak Doyok dan Azrinaz Mazhaq telah selamat bertunang pada 23 Julai lepaih Majlih pertunangan telah berlangsung di rumah b...

Fenomena Pok Mon Go Bukan Kejayaan Satu Malam

Posted: 30 Jul 2016 06:22 PM PDT


Seumpama ceghita ceghita seribu satu malam bukannya mudah buat pencipta permainan Pok mon Go John Hanke untuk mengecapi kejayaan macam hari ni Dia ambik masa selama 20 tahun untuk Pok mon Go men...

Polih Buru 3 Kawaq Barang Kemaih Di Kola Kubu Bharu

Posted: 30 Jul 2016 10:32 AM PDT


HULU SELANGOR polih memburu 3 penyamun yang melarikan barang kemaih bernilai RM15 000 dari sebuah kedai emaih di kola Kubu Bharu Pemilik kedai berumoq 33 tahun masa tu bersama pembantunya didata...

Kuiz Bintik Bintik Yang Hanya 1 Oghang Saja Dapat Selesaikan

Posted: 30 Jul 2016 09:32 AM PDT


Sebelum ni ada keluaqkan kuiz mancih 1 dan kuiz mancih 2 untuk penggemar penggemaq kuiz untuk cuba try test try test Hari ni apa kata kita cuba try test pulak men

Akhiaqnya Yahoo Dijuai Pada Ghega 4 8 Billion

Posted: 30 Jul 2016 09:22 AM PDT


Lama dulu sebelum Google berjaya mendominasi arena search engine Yahoo merupakan rujukan pelbagai pihak Buka saja mana mana komputer Yahoo pastinya merupakan homepage utama Langit tak selului...

Pelakon Ruhainies Masih Dok Berhubung Dengan Datuk Red

Posted: 30 Jul 2016 09:02 AM PDT


Nama pelakon yang sedang meningkat naik Ruhainies menjadi viral baghu baghu ni gara gara aksi berpelukan dan berpegangan tangan bersama suami penyanyi Adira Datuk Red Disebabkan gosip ni menjadi...

Pengguna Aplikasi Google Maps Di Iphone La Nih Boleh Menetapkan Lebih Dari Satu Destinasi

Posted: 30 Jul 2016 07:52 AM PDT


berita baik untuk semua pengguna iPhone yang menggunakan aplikasi google maps sebelum ni hanya terdapat dalam android iaitu menambah lebih dari satu destinasi dalam aplikasi hat sama dok habaq ta...

Neelofa Tak Ngaku Ada Skandai Dengan Suami Oghang Berstatuih Vip

Posted: 30 Jul 2016 07:42 AM PDT


Mesti ada yang bayangkan betapa indahnya kalau depa mempunyai kehidupan yang mewah dan terkenai macam Neelofa namun tak semua yang kita tengok tu indah belaka Malah Neelofa jugak tak henti dih...

Anak Anak Yang Berbakat Seni Takkan Kemana Dengan Sistem Pendidikan Di Malaysia

Posted: 30 Jul 2016 03:22 AM PDT


Bila membaca kenyataan bahawa nanti murid tahun 3 akan belajaq basic programmin hati cheq jadi meghajok meghajok bukan sebab anak anak kena belajaq seawai umoq begitu tak Baguih jugak ilmu haru...