DARI kiri, Pelakon, Erra Fazira Neelofa dan Didie Alias pada malam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
PUTRAJAYA: Lensa fesyen sekali lagi tertumpu kepada segmen karpet merah Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29) di sini, malam tadi apabila artis melaram mengikut tema 'Black Tie dan Glam'.
Berlangsung meriah, artis menerapkan unsur tema #RESPEK dalam busana digayakan.
Rata-rata artis memilih rona terang dan berani seperti Awie, Idris Khan, Abam Bocey, Sufi, Faizal AF dan Khai. Tidak ketinggalan melaram dua hos ABPBH 29 iaitu Zizan Razak dan AG.
Pemenang trofi Bintang Paling Popular ABPBH 29, Neelofa yang sinonim dengan busana rekaan Fizi Woo, mempunyai tafsiran sendiri terhadap persalinan digayakan.
"Persalinan saya ini seperti jubah tetapi pada bahagian dalam direka baju dan seluar.
"Jadi tafsiran tema #RESPEK lebih kepada fesyen muslimah yang semakin berkembang ketika ini. Warna yang tidak terlalu daring dan garang bagi saya menunjukkan aspek kebersihan yang diutamakan semua wanita," katanya.
Seorang lagi artis yang mencuri tumpuan adalah Ziana Zain yang tampil dengan persalinan rekaan Rizman Ruzaini.
Menjelaskan busana itu, Rizman memberitahu:
"Ziana boleh dianggap sebagai penyanyi yang masih utuh dan dihormati. Tidak sarat perincian, gaya polos ini memberi justifikasi kepada kembara seni Ziana yang lancar tanpa kontroversi," katanya.
Sementara itu, finalis kategori Artis Baharu Wanita Popular, Falisha Crossley memilih motif Pua Kumbu yang cukup ikonik di negeri kelahirannya, Sarawak.
"Rekaan baju dan solekan adalah dari teman senegeri. Busana saya dicipta Lentera Astana. Busana ini melambangkan rasa hormat dan sayang kepada Sarawak," katanya.
Sementara itu, Siti Saleha menggayakan rekaan gaun merah jambu daripada Elliestone.KL
"Warna merah jambu sinonim dengan wanita. Jadi, saya lihat mengangkat wanita kepada tahap lain. Rekaannya tak sarat dan saya tidak mahu keterlaluan kali ini," katanya.
PENGACARA karpet merah Anugerah Bintang Popular ke-29, Nana Mahazan dikritik segelintir netizen gara-gara perkongsian gambar penampilannya pada majlis tersebut yang berlangsung semalam.
Bergaya cantik dengan gaun unik berwarna hijau terang, Nana, ibu kepada dua cahaya mata itu 'ditarbiah' peminat yang mengatakan gaunnya itu kelihatan sangat ketat sehingga terlalu menonjolkan susuk tubuhnya.
Antara komen yang ditulis berbunyi, "Kamu menempah diri ke jalan neraka dengan pakaian yang anda peragakan."
"Astaqfirullahalazim..moga-moga Allah bagi petunjuk ke jalan yang diredhai Allah. Amin," tulis azizahzah86.
Memang tak dinafikan pemilihan warna dan rekaan baju ini cukup cantik dan unik namun ia mungkin sedikit ketat buat pandangan mata sesetengah orang.
Bayi syurga istimewa telinga kiri ada bentuk kalimah Allah! Subhanallah. Walaupun bayi pasangan Mariani Ramli, 31, dan Zahairuddin Adnan, 36, meninggal dunia 20 minit selepas lahir namun kelahirannya cukup istimewa. Ini kerana telinga kiri bayi berkenaan ada bentuk kalimah Allah SWT. Manakala bahagian sisi punggungnya mempunyai tanda lahir berwarna merah tertera tulisan jawi 'Bismmi' iaitu […]
Sejak kebelakangan ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi sasaran kritikan dan kecaman netizen gara-gara isu kenaikan bil elektrik yang mendadak menjadi viral di media sosial. Dalam beberapa post ammboi.com sebelum ini ada menyiarkan mengenai luahan pengguna berkenaan apa yang mereka alami. Mereka sangat terkesan dengan kenaikan cas bil elektrik bulan berkenaan. Dalam pada itu, kami […]
Jutawan malu tersilap dukung budak! Setiap daripada kita pastinya pernah mengalami detik memalukan atau melucukan. Begitu juga dengan jutawan syarikat pakaian dalam wanita, Michelle Mone. Michelle Mone berkongsi saat-saat memalukan apabila dia telah mendukung seorang lelaki berusia 46 tahun yang disangkakannya adalah seorang kanak-kanak. Memetik sumber SiakapKeli, peristiwa tersebut terjadi ketika Mone sedang menyampaikan ceramah […]
Semalam berlangsung dengan penuh meriah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29). Walaupun sempat tengok gitu-gitu sahaja, tetapi ia memang menarik dan patut #respek! Untuk makluman anda, pengacara rancangan MeleTop, Neelofa dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dalam majlis yang berlangsung malam tadi. Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 yang bersiaran di Pusat Konvensyen […]
Pesanan terakhir bakal suami sebelum maut kemalangan! Sebelum ini kami ada menyiarkan mengenai kain rentang khabar duka dimana keluarga pengantin perempuan terpaksa menggantung kain rentang di rumah di Johor Bahru bagi memaklumkan majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan kerana bakal pengantin lelaki sudah tiada. Kisah tersebut menjadi viral dan ramai yang bersimpati dengan pengantin perempuan dan mereka […]
Pilihan raya Negeri Sarawak mengajar seribu satu pelajaran kepada petugas dan aktivis parti yang telah mencurah segala kudrat, masa dan wang ringgit di sana.
Bagi saya, segala faktor luaran yang membawa kepada kemenangan besar Barisan Nasional di Sarawak adalah minimal baik daripada faktor #TeamAdenan hinggalah kepada pertindihan kerusi pembangkang.
Faktor yang kritikal dalam mengekalkan hegemoni Barisan Nasional di Sarawak sebenarnya ialah kemiskinan dan kemelaratan rakyat.
Apabila rakyat Sarawak memilih Barisan Nasional, ia bukanlah disebabkan keberjayaan mereka dalam polisi dan dasarnya, bukan juga kerana faktor Adenan Satem tetapi adalah kerana kebergantungan kepada wang poket yang mereka akan perolehi sewaktu mengundi nanti.
Adakah ini salah rakyat Sarawak?
Tidak!
Mentaliti seperti ini bukan mentaliti khusus rakyat Sarawak tetapi ini ialah mentaliti yang dimiliki oleh mana-mana masyarakat pun yang hidup dalam kemalaratan dan kemiskinan.
Akses maklumat yang terbatas, tahap pendidikan yang rendah, pendapatan hidup yang sedikit semua ini adalah resipi untuk mencabut keyakinan dalam diri manusia dan menanam sifat kebergantungan kepada yang berkuasa.
Strategi hodoh inilah yang telah mengekalkan Borneo sebagai fixed deposit Barisan Nasional zaman-berzaman.
Tetapi percayalah kondisi ini akan didobrak oleh masa yang bergerak pantas serta dunia yang semakin luas dan tidak bersempadan. Rakyat Sarawak pasti akan mendapat kemerdekaannya bila tiba masanya nanti.
Kemerdekaan minda, kemerdekaan warganegara dan kemerdekaan daripada terus ditindas Barisan Nasional.
Azan Safar adalah Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional
Alhamdulillah semalam saya sempat menziarahi sahabat saya Datuk Husam Musa di kediamannya.
Ramai rakan-rakan zaman mahasiswa hadir sama. Tetamu bertali arus menziarahi.
Saya tiba jam 12.15 tengahari dan menemani beliau sehingga waktu asar.
Saya akan sentiasa terkenang keseronokan bekerja di bawah almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Husam pada 2004-2007 ketika kedudukan kerajaan kelantan 23-22.
Memerintah dengan kelebihan satu kerusi ekoran kekalahan Pas di Pengkalan Pasir dalam pilihanraya kecil.
Kami teliti corak sokongan rakyat. Saluran 1 kalah teruk.
Pengundi warga tua cenderong sokong Umno BN. Datuk Husam ilhamkan program takaful warga emas Kifalah.
Kami bentangkan kepada Tok Guru Nik Aziz. dan idea ini disokong.
Saya dan tim Tabung Tok Kenali menggerakkan di setiap Dun.
Sambutan hebat diterima. Umno cuba lawan.
Umno buat Takaful Merdeka. Namun tak terlawan program Kifaalah. Tiba PRU12 kami mampu mendaftar lebih 100 ribu warga emas seluruh kelantan.
Setiap warga emas kami daftarkan pula 3 wasi (keluarga terdekat yang akan menerima manfaat takaful apakala warga emas meninggal).
Pengkalan data kami bertambah. Keputusan PRU12, 2008 pengundi saluran 1 beralih sokongan.
Kelantan menang besar. Kifalah bukan satu-satunya faktor tetapi satu daripada faktor penyumbang kemenangan.
Datuk Husam kaya dengan idea. Sangat fokus. Saya berbangga menimba pengalaman membantu menterjemahkan idea beliau untuk kebaikan rakyat kelantan.
Secara peribadi saya suka kiranya PAS, BN dan PH bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Sebab apa pun keputusan dalam PRK tersebut tidak akan mengubah status quo kerajaan yang memerintah - sebaliknya kita melihat beberapa petunjuk yang selama ini belum jelas dan menjadi tandatanya:
1) Sejauhmana BN hilang sokongan rakyat, akibat Najib yang dianggap jadi liability kepada BN?
2) Kemana beralihnya sokongan bekas penyokong BN itu; PAS, PH atau selainnya?
3) Ke mana arah aliran pengundi bukan Melayu? PAS, BN atau PH?
4) Setakat manakah kekuatan dan sokongan rakyat terhadap PH tanpa PAS?
5) Bagaimana pula kekuatan dan sokongan rakyat terhadap PAS tanpa DAP, PKR dan parti serpihan PAS?
Semua petunjuk itu boleh diguna oleh semua parti sebagai asas mengatur strategi baru untuk PRU 14.
Pas nampaknya awal-awal lagi sudah menyatakan hasrat akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang bakal diadakan tidak lama lagi berikutan kematian wakilnya Wan Khairil Wan Ahmad dan Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter terhempas di Sarawak, baru-baru ini.
Berdasarkan pilihanraya 2013, memang Pas yang bertanding di kedua-dua kawasan itu. Di Kuala Kangsar, Pas tewas dengan 1,082 undi manakala di Sungai Besar hanya dengan 399 undi.
Itu keputusan 2013 di mana DAP dan PKR masih bersama mereka serta pengundi bukan Melayu juga memberikan undi kepada calon-calon Pas tersebut.
Tetapi sekarang Pas sudah berpisah daripada Pakatan Rakyat dan Amanah pula sudah lahir sebagai parti parti baru dalam Pakatan Harapan?
Pengundi bukan Melayu tentunya tidak lagi memberi undi kepada Pas sebagaimana pilihanraya 2013 dahulu.
Dalam hal ini, apakah Amanah yang akan bertanding di kedua-dua kawasan itu mewakili Pakatan Harapan?
Jika SPR menetapkan pilihanraya diadakan serentak, wajarkah Amanah bertanding di kedua-duanya sekali atau perlu menyerahkan salah satu kerusi itu kepada PKR untuk menandinginya?
Dengan Pas sudah mengesahkan mahu bertanding, kebarangkaliannya ialah pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Kuala Kangsar mahu pun Sungai Besar, kecuali jika Pakatan Harapan mengambil keputusan tidak meletakkan calon bagi memberi laluan pertandingan satu lawan satu antara Pas dengan BN.
Namun, perkara itu rasanya mustahil terjadi kerana dalam situasi sekarang, tidak bertandingnya Pakatan Harapan dan memberi laluan kepada Pas hanya seolah-olah memberi kemenangan percuma kepada BN berikutan parti Islam itu sendiri lebih condong untuk bersama dengan Najib Razak dan kerajaan.
Tidak bertandingnya Pakatan Harapan juga bagaikan mereka awal-awal lagi sudah mengalah daripada masuk gelanggang.
Maka, ada baiknya Pakatan Harapan tetap meletakkan calon dan membiarkan sahaja pertandingan tiga penjuru berlaku. Dua pilihanraya kecil ini adalah ujian penting kepada gabungan baru PKR, DAP dan Amanah untuk berhadapan dengan BN dan Pas yang mungkin terpaksa mereka hadapi di banyak kawasan dalam pilihanraya umum akan datang.
Jika ia berjaya, Pakatan Harapan sudah boleh membayangkan kejayaannya dalam pilihanraya 2018 nanti dan jika gagal pula, masih ada masa untuk melihat di mana kesilapannya serta memperbaikinya. (SH 09/05/2016).
PETALING JAYA: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengajak PKR menyertai blok politik ketiga bersama parti Islam itu dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), selepas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan PAS kembali bersama DAP dan parti itu.
Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata tanpa DAP, pihaknya melihat gabungan PAS, PKR dan parti-parti lain seperti IKATAN mampu membawa kesan besar termasuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Keputusan PKR untuk bersama PAS dan blok barunya atau Pakatan Harapan (PH) tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi dengan pengertian lain 'strategi melambat-lambatkan permainan' akan menjadi tidak relevan dalam tempoh sebulan dua mulai sekarang," katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin yang menyarankan PAS kembali bersama DAP dan PKR sebagai sebuah pasukan untuk menghadapi PRU14.
Azmin berkata, parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang jelas menunjukkan rakyat Sarawak menolak parti pembangkang disebabkan perbalahan sesama sendiri.
Beliau berpendapat, pencapaian pembangkang pada PRN kali ini mungkin lebih baik jika sejak awal lagi mereka bersatu hati dan bekerjasama.
Mengulas lanjut, Zuhdi menjelaskan parti itu masih mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang menetapkan hubungan tahaluf siyasi antara PAS dan DAP telah terputus manakala hubungan dengan PKR masih terjalin.
"Berdasarkan pemantauan PPP terhadap kenyataan-kenyataan pimpinan PAS dan PKR didapati PAS tidak pernah meninggalkan PKR tetapi PKR yang kelihatan menjauhkan diri daripada PAS," katanya.
Mengulas saranan Azmin supaya PAS kembali bersama DAP dan PKR, Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin pula berpendapat parti itu selesa dan komited dengan blok politik ketiga iaitu bersama IKATAN dan badan-badan bukan kerajaan di bawah Kongres Rakyat.
"PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama politik dengan mana-mana parti asalkan parti tersebut menghormati dasar PAS dan ketetapan dalam perjanjian kerjasama," tegasnya.
Pemimpin akar umbi kontroversi Umno Datuk Jamal Md Yunos berkata beliau tidak berminat bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar bagi menggantikan penyandangnya yang meninggal dunia.
"Saya daripada awal lagi telah menyatakan bahawa saya tak berminat dan daripada tujuh calon tersebut, saya tidak meletakkan diri saya dalam senarai tersebut," kata ketua Umno Sungai Besar itu.
Beliau mendedahkan pihaknya mempunyai senarai tujuh calon berpotensi yang telah disediakan lebih awal bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, ketika ditanya apakah beliau bersedia sekiranya dicalonkan bertanding, beliau berkata terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti Melayu itu.
"Itu terpulang kepada pucuk pimpinan parti," katanya kepada Malaysiakini.
"Tetapi saya daripada awal lagi saya telah nyatakan saya seorang ahli perniagaan yang hanya ingin membantu parti, (dan) siapa sahaja calon yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang."
"Tetapi telah berlaku tragedi maka kami telah bersedia untuk pilihan raya."
Berhubung calon-calon berpotensi Umno, Jamal masih enggan mendedahkannya.
"Yang itu saya tak boleh umumkan dan saya juga tidak mempunyai kuasa berbuat demikian jadi biarlah pucuk pimpinan yang umumkan senarai nama mereka," kata Jamal.
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan dijalanlan susulan kematian penyandang kerusi itu – Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan – akibat nahas helikopter Khamis lalu.
Yakin majoriti lebih besar
Mengulas keyakinan Umno mengekalkan kerusi parlimen itu, Jamal yakin, ditambah lagi dengan kemenangan besar BN di Sarawak kelmarin.
"Walaupun pada PRU13 (pilihan raya umum ke-13) lalu calon BN mendapat 399 undi, tetapi dengan komitmen serta gerak kerja yang kami lakukan saya yakin PRK kali ini 2,500 majoriti undi," kata Jamal.
Setakat ini, PAS sudah mengumumkan akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Gabungan pembangkang Pakatan Harapan belum memutuskan sama ada akan turut berentap di kawasan campuran dengan majoriti Melayu itu.
Dalam pilihan raya umum lalu, seramai 42,837 layak membuang undi.
KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kembali beroperasi seperti biasa sejak 10 malam tadi selepas insiden kemalangan membabitkan dua buah tren bergesel di Km322 di Kuala Kubu Baharu semalam.
Jurucakap KTMB berkata perkhidmatan KTM Komuter di laluan Rawang-Tanjung Malim dan perkhidmatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang mengalami gangguan akibat insiden itu, kembali beroperasi seperti biasa.
"Orang awam boleh menaiki tren di semua laluan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Semalam, dua tren KTMB terbabit kemalangan selepas bergesel di Km322 di Kuala Kubu Baharu namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Kejadian pada pukul 1.48 tengah hari itu melibatkan tren Ekspres Rakyat (Butterworth-Johor Baharu) yang membawa 170 penumpang dan perkhidmatan ETS (Kuala Lumpur-Ipoh) dengan 340 penumpang menyebabkan beberapa perkhidmatan KTMB mengalami gangguan. Hanya tiga penumpang cedera ringan dalam kejadian itu.
Gerabak tren yang rosak akibat kemalangan itu (di lokasi kejadian) sedang dalam proses pengalihan dan baik pulih, kata jurucakap itu. - Bernama
ALOR SETAR – Syarikat Pengurusan Sisa Pepejal, Environmen Idaman Sdn Bhd menawarkan ‘ganjaran’ kepada setiap rumah yang mengasingkan sampah mengikut kategori sisa pepejal.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mhd Saiful Anuar Zainal berkata, kaedah itu adalah bagi menggalakkan masyarakat supaya mengamalkan kitar semula.
“Kita menuju ke arah negara maju 2020. Apabila berlaku kemajuan ekonomi dan pertambahan penduduk, ia akan menyebabkan pembinaan sampah yang semakin banyak. Kalau ikutkan perjalanan sampah kita sudah mencapai 30,000 tan sehari.
“Apa yang berlaku sekarang hanya 10.5 peratus sahaja dikitar semula. Jadi kerajaan melihat ini sebagai masalah yang perlu kita tangani segera sebab berlaku pengurangan sumber asli dan isu persekitaran,” katanya, semalam.
Menurutnya, kaedah pemberian ganjaran itu adalah sebagai usaha untuk menyahut saranan kerajaan sebelum menguatkuasakan peraturan pengasingan sisa pepejal mulai 1 Jun nanti.
“Apa yang berlaku adalah untuk pengasingan sampah-sampah daripada kita buang terus. Dari segi komposisi sampah itu sendiri sebenarnya lebih kurang 30 peratus kita kitar semula, 45 peratus adalah bahan-bahan organik yang juga boleh dikitar semula.
“Kita dilihat sebagai sebuah negara Islam tapi kita tidak mengamalkan apa yang diajarkan oleh Islam berbanding apa yang dilakukan oleh kebanyakan negara maju dan negara-negara Eropah,” katanya.
Mhd Saiful berkata, pihaknya bersetuju untuk membayar semula kepada mereka yang mengasingkan sisa pepejal dalam bentuk smart kad.
“Ini adalah program E-Idaman dengan kerjasama Yayasan My Kasih. Setiap barang yang dikitar semula akan ditimbang, dinilai ikut harga pasaran dan dikreditkan ke dalam kat tersebut. Nilai dalam kad itu boleh digunakan di pasar raya terpilih.
“Ini merupakan salah satu kaedah yang kita laksanakan termasuk program komuniti bersama masjid-masjid dalam mengumpul sampah kitar semula di kariah masing-masing,” katanya.
Sebagai permulaan, tawaran itu mula dilaksanakan di beberapa taman sekitar Kulim melibatkan sebanyak 2,000 unit rumah sebelum diperluaskan ke seluruh daerah di negeri ini.
“Sekarang ini penjanaan sampah di Kedah adalah sebanyak 1,800 tan sehari. Mungkin kaedah ini yang terbaik untuk kita laksanakan dalam mengurangkan jumlah sampah,” katanya.
Selain itu, mereka yang mengumpul barang kitar semula dengan jumlah sebanyak RM1.50 juga layak mendapat perlindungan insurans sebanyak RM200 bagi jangkitan denggi.
Tambahnya, penerangan mengenai kaedah ganjaran tersebut akan dibuat menerusi satu karnival yang berlangsung pada hari ini dan esok di Mini Stadium Keladi, Kulim.
“Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program ini dan membawa barangan kitar semula kerana setiap barang kitar semula boleh ditukar untuk mendapatkan token,” katanya.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
RAKAMAN video yang memaparkan seorang lelaki berkopiah memijak seorang remaja kini tersebar di laman sosial. Video yang dimuat naik di page Malaysian Crime Watch atau MyWatch itu, sekaligus mengejutkan netizen.
PENGACARA karpet merah Anugerah Bintang Popular ke-29, Nana Mahazan dikritik segelintir netizen gara-gara perkongsian gambar penampilannya pada majlis tersebut yang berlangsung semalam.
Jenazah Mohd Asmuni Abdullah, suami kepada Allahyarham, Datuk Noriah Kasnon yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak tiba di Masjid Ar Rahmah Kampung Sungai Burong kira- kira jam 9 pagi tadi.
Sebuah pertandingan kereta pecut atau Drag Race yang berlangsung di tapak lapangan terbang lama Miri di Lutong, dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang peserta maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan, lapor Bernama.
SEPANG — Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh lima hari lalu di dalam but kereta BMW yang tenggelam di sebuah bekas lombong di Tasik Puchong, Taman Maju Jaya dekat sini hari ini.
SYDNEY - Pelajar Malaysia yang ditahan kerana berjoli sebahagian wang AS$4.63 juta (RM18.5 juta) yang tersalah masuk akaunnya, Christine Jiaxin Lee mungkin terlepas daripada dikenakan sebarang hukuman, kata seorang majistret tempatan yang mengendalikan kes itu.
Christine Jiaxin Lee menghabiskan kira-kira RM3.9 juta wang yang dimasukkan Bank Wespac ke akaunnya secara tidak sengaja.
SRI AMAN: Seorang penduduk di rumah panjang Kampung Seduku dekat sini mendakwa, dia ternampak sebuah daripada empat buah helikopter yang terbang melalui perkampunganya terkena panahan petir ketika hujan lebat pada 5 Mei lalu.
RIYADH: Seorang lelaki Saudi terkejut apabila diberitahu oleh bapa gadis yang hendak dipinangnya supaya mengubah penampilannya sebelum dia boleh berkahwin dengan anaknya.
Colombo – Sebanyak empat ekor gajah termasuk dua anak gajah mati akibat dipanah petir di utara Sri Lanka dalam satu insiden terburuk melibatkan hidupan liar, lapor pihak berkuasa semalam.
Seorang kelindan lori maut manakala isterinya parah apabila lori dinaiki merempuh treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 111 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, semalam.
Kini walaupun dianggap sebagai seorang warga emas apabila sudah berusia lebih 55 tahun, keadaan fizikal dan mental pelakon kacak kelahiran Belgium itu memang mengagumkan sesiapa sahaja yang melihat aura dirinya.
BANGKOK - Kesemua 21 rakyat Malaysia, yang ditangkap di Thailand baru-baru ini kerana disyaki menjadi 'keldai dadah', boleh dikenakan hukuman mati jika disabitkan kesalahan mengikut Akta Narkotik Thailand kerana memiliki dan menjual Bahan Kategori 1.
Gambar fail suspek-suspek yang ditangkap berkaitan dengan dadah pada Mac lalu.
JOHOR BAHARU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menjelajah ke seluruh negeri ini dengan memandu trak Mack menerusi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 mulai 14 hingga 17 Mei ini.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman (kanan) berkenan bergambar bersama Ismail Karim (dua kiri) dan Tee Siew Kiong (kiri) selepas melihat trak-trak di Istana Pasir Pelangi yang akan digunakan pada siri KMJ 2016. Foto: Bernama
PIHAK polis Subang Jaya dalam satu kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan telah menafikan berlakunya kes penculikan yang membabitkan warga Filipina didalangi oleh warga Nigeria seperti yang diviralkan.
Baru-baru ini, Sazzy Falak dan keluarganya telah terbang ke London bagi menikmati percutian di sana.
Menerusi gambar yang dimuatnaik oleh Sazzy di laman Instagramnya, mereka semua menikmati percutian ketika disana. Pastinya, yang paling gembira ialah anak kembarnya.
Majlis sambutan hari lahir dua putera Linda Rafar dan Syed Aiman iaitu Syed Rezaqiib ke-8 dan Syed Rezariiq ke-5 telah diadakan sejurus selepas majlis aqiqah anak ketiga mereka, Syed Rezaliif semalam.
Sambutan hari lahir yang bertemakan 'Batman VS Superman' itu berlangsung dengan meriah sekali.
Untuk info, gambar-gambar sekitar majlis ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Asy Studioz.
Selamat hari lahir diucapkan buat Rezaqiib dan Rezariiq!
Pelakon dan pengacara itu akhirnya muncul sebagai Bintang Paling Popular untuk tahun 2015 dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH 29) yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam semalam.
Kemenangan tersebut sekaligus meranapkan harapan Shaheizy Sam untuk mengulangi pencapaiannya serta meruntuhkan dominasi artis lelaki yang mengungguli kategori itu selama lima tahun berturut-turut, selepas kali terakhir dimenangi artis wanita pada ABPBH 2009 menerusi kejayaan Datuk Siti Nurhaliza.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu!
Demikianlah halnya dengan chef kamarul yang popular dengan rancangan masakan Baba's Cubit. Terkini, beliau secara rasminya telah dianugerahkan Doktor Falsafah (PhD) dari Griffith University, Australia.
Pelakon yang baghu saja memenangi Anugerah Pelakon Filem pompuan terkenai Fathia Latiff habaq dia begitu bersyukoq dan berterima kasih kepada peminat peminat yang tak jemu jemu menegoq serta mendo...
baghu baghu ni tersebaqnya gosip yang kata pelakon kacak Saharul Ridzwan bakai mendirikan rumah tangga tak lama lagi dan la nih beliau sendiri mengesahkan berita tu Katanya lagi beliau memang ...
SEPANG polih menemui mayat soghang lelaki yang dipercayai dibunuh lima hari lepaih di dalam but gheta BMW yang tenggelam disebuah bekaih lombong di Tasik Puchong Taman Maju Jaya dekat Ahad Bac...
Neelofa adalah pemenang besaq di Anugerah Bintang terkenai berita Harian 29 ABPBH29 Selain daripada memenangi kategori Pengacara tv terkenai Neelofa turut merangkoi Anugerah Bintang Palin terk...
kemarin Linda Rafar dan Syed Aiman telah mengadakan majlih aqiqah buat anak ketiga depa Syed Rezaliif di kediaman depa dengan bertemakan warna hijau Majlih hat sama dok habaq tadi cukup meriah s...
Pihak pembangkang dah menyusun strategi awai untuk Pilihan ghaya Umum PRU 14 yang akan datang Kekalahan teghok di Pilihan ghaya Negeri Sarawak memberi kesan mendalam bagi parti pembangkang yan...
Mesyuarat Pertama Penggai Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke 13 yang dijaduaikan berlangsung pada 10 Mei ni dijangka kecoh apabila terdapat khabaq kata isu isu panaih akan dibawak ke da...
Kasihan rakyat golongan bawahan di Pulau Pinang yang tinggai di bawah pemerintahan DAP depa serin ditindaih oleh DAP sehinggakan terpaksa mengemih dan menagih simpati oghang ghamai Kita dapa...
tak menyangka dirinya telah dinobatkan sebagai Bintang terkenai berita Harian 29 Neelofa menjelaihkan bahawa dia tak meletakkan sebarang harapan terhadap kejayaan yang sama pada masa hadapan selai...
Angry Birds merupakan salah satu game kegemaran toknek di smartphone satu masa dahulu Ia penah menjadi fenomena yang begitu dasyat sekali Kalau kat smartphone takdak Angry Birds memang tak len...
Berjaya menghasilkan lagu yang cukup hits dan menjuari carta carta muzik di radio dan pelbagai anugerah kumpulan Akim The Majistret adalah satu nama yang tak perlu diperkenaikan lagi Namun ad...
Pada mulanya dilihat bakai menggantikan PAS dalam gabungan baghu pembangkang bersama PKR dan DAP Perpecahan Pakatan Rakyat sebelum ni jugak berpunca daripada pergadohan berpanjangan PAS DAP terut...
Kempen Anti Perdana menteghi telah ditubuhkan oleh mantan Perdana menteghi Tun Dr Mahathir Mohamad Kempen ni adalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Perdana menteghi Datuk Seri Najib Tun ...
Tinggai sehari saja lagi sebelum Uncharted 4 A Thief s End akan mula dijuai Berapa rami di antara pembaca setia Amanz yang dah buat pra tempahan dan ambik cuti sakit untuk permainan palin dinan...
Xiaomi Mi Max merupakan telefon pintaq bersaiz besaq daripada Xiaomi yang bakai dilancaqkan secara rasminya pada 10 Mei 2016 Ia dilihat pihak Xiaomi macam mempunyai pelbagai kejutan menarik dan ...
Dua bungkusan heroin seberat sekitaq 930 gram dijumpai dalam kenderaan berdaftaq Malaysia oleh para pegawai Penguasa Pemeriksaan dan Imigresen ICA Dalam satu kenyataan yang dikeluaqkan oleh ICA ...
Empat ekoq gajah termasuk dua ekoq anaknya telah terbunuh gara gara disambaq kilat di utara Sri Lanka melakaq satu tragedi hidupan liaq yang palin teghok melanda negara tu Menurut pegawai rasmi...
Memiliki peha besaq adalah perkara yang memalukan bagi pompuan Memang nightmare Tapi ada oghang cakap peha besaq la cun yang keding kedin tak cun Lain oghang lain pendapatnya Jadi apa p...
Sepatutnya di pejabat kita perlu sentiasa kekai aktif melainkan kalau hampa tak cukup tidoq lagu mana pulak kalau dah dapatkan tidoq yang cukup tapi hampa tetap ghasa baloq dan lemau di pejaba...
Bukan mudah nak cari memba yang betoi betoi ikhlaih nak berkawan Ada yang jenih tikam belakang dan ada yang jenih mulut paghit kalau hampa ada memba macam ni ucapkan je selamat tinggai pada d...
Masalah anak muda la la nih ialah suka sangat berhutang semata mata untuk memenuhi keinginan yang tak pentin Bila hutang banyak mula la penin kepala Hidup makan pagi kias pagi hanya untuk baya...
Tiap kali hujung tahun je ghamai yang akan pergi holiday Tapi tak lengkap rasanya kalau balik dengan tangan kosong Mesti nak beli belah punya Kebanya pompuan yang ingin holiday konfem depa ...
kalau anak mengadu yang hampa ni soghang ibu yang suka membebel jangan ambik hati Teruihkan je walaupun depa rimaih mendengaqnya Percayalah depa akan berterima kasih pada hampa di kemudian ha...
bakai menikah pada 14 Mei depan Hafiz Suip dan pasangan Nureffy masih dok lagi mempunyai sedikit masa untuk holiday di Korea dan pada pada masa yang sama menjalani sesi fotografi pra pernikahan de...
Beberapa memba artis sebelum ni ada bertindak untuk membidaih segala komen tak berapa nak elok dan melampau daripada netizen yang mengutuk rupa paraih isteri kepada Hafidz Roshdi Antara artis yan...
Anggota kumpulan Search Yazit Ahmad mendakwa ditengkin isteri vokalih kumpulan hat sama dok habaq tadi Amy Search Isteri Amy Norhasniza Hassan ghamai dok kata menengkin Yazit apabila Yazit be...
Gara gara gambaq mesra dengan soghang jejaka di dalam sebuah ruangan pojok hiburan tempatan ada dakwaan kata Kaka Azraff sedang dilamun cinta Bagaimanpun Kaka takmau mengaku dakwaan tu dengan m...
Sejak kebelakangan ni Adira AF menjadi bahan hinaan dan kritikan oleh sesetengah netizen di Instagram Ada saja kesalahan yang depa nampak tentang pasai Adira Palin teghok ada yang kritik gaya...
Sekitaq minggu lepaih ada pihak yang habaq Saharul Ridzwan bakai bernikah pada 19 September ni ghamai ingin tau sapadiakah yang telah berjaya mencurik hati Saharul dan adakah berita hat sama do...
Jutaan tahniah diucapkan kepada Neelofa ataih kejayaannya merangkoi Anugerah Bintang Palin terkenai ABPBH29 yang telah berlangsung tak sat Neelofa turut sama memenangi kategori Pengacara tv terke...
Sekumpulan wira siber Indonesia duduk menghadap skrin komputer sambey menghantaq mesej mesej yang menggalak ajaran Islam moderat di negara yang ghamai penduduknya adalah penganut Islam Dilengka...
Individu yang menerajui bersih 2 0 Maria Chin Abdullah tak berpuas hati dengan kemenangan yang diperolehi oleh Barisan Nasionai BN pada pilihan ghaya negeri Sarawak ke 11 Banyak tohmahan yang ...
Anugerah Bintang terkenai berita Harian 2015 ABPBH 2015 adalah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia dan tahun ni majlih yang dijanakan hashtag Respek dianjoqkan bua...
Tepat jam 9 00 malam nanti Anugerah Bintang terkenai berita Harian Ke 29 dengan RESPEK akan bersiaran secara langsung di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC Kepada hampa yang tak...
Pada Pilihan ghaya Negeri Sarawak PRN 11 kali ni Parti Tindakan Demokrat DAP telah mengalami kekalahan besaq yang diluaq jangkaan parti hat sama dok habaq tadi Kekalahan DAP di Sarawak kali n...
kalau kita penah menonton filem Slumdog Millionaire yang diarah oleh pengarah filem Inggeris Danny Boyle pada 2009 dah konfem akan menganggap ia hanyalah satu khayalan ni pasai ia menceghitakan t...
Busuknya balak aku ni Dia ni tak mandi ke Mahai sangat ke deodorant Mesti ada di antara pompuan yang mengalami situasi jelik macam ni Nak tegoq ketaq lutut si dia terasa Tapi kalau dah...
Selalunya bonuih akan dapat sekali je setahun Tapi untuk pompuan yang tak suka pakai mekap depa akan dapat bonuih kecantikan yang kekai Tahukah hampa bahawa banyak kelebihan bagi pompuan yang...
Barisan Nasionai BN menang mudah pada pilihan ghaya Sarawak bagi penggai ke 11 ni dengan memenangi 72 kerusi daripada 80 kerusi yang bertandin Barisan Nasionai dapat menerajui kerajaan negeri ...
Calon Barisan Nasionai BN N 50 Machan Allan Siden Gramong berumoq 30 tahun adalah calon termuda yang telah mewakili Barisan Nasionai BN pada Plilihan ghaya Negeri Sarawak ke 11 PRN 11 Be...
Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari umoq muda Kita percaya melentoq buluh biaqlah dari rebungnya tengok SENARAI KOLEKSI TudungSiComel merupakan antara Pe...
Dengan umoq kehamilan dah mencecah lima bulan Raja Farah ngaku dirinya tak berdepan dengan alahan teghok di sepanjang waktu mengandung Namun begitu beliau lebih gemaq bergaya ringkaih saja tan...
Bila dengaq je pasai selulit pompuan mesti gerun Mana taknya selulit buat kulit jadi tak cun dan tak yakin dengan penampilan diri Apa punca terjadinya selulit Faktor utama munculnya seluli...
Destinasi tanah tinggi yang mempunyai iklim sejuk serin menjadi pilihan bagi pasangan yang baghu mendirikan rumahtangga untuk berbulan madu hampa tak perlu ke luaq negara untuk mencari destinasi ...
Bagi pemilik kenderaan yang masih dok ketegaq melanggaq undang undang dan teruih membiaqkan tahap cermin gelap melebihi had akan berhadapan dengan denda yang cukup tinggi dan penalti di bawah akta ...
takdak angin takdak ribut tiba tiba berita Najwa Latiff dah menikah menjadi viral sejak beberapa hari lepaih berdasaqkan satu gambaq pompuan yang mirip dengan beliau bersama dengan suaminya terseb...
Secara jujur bila dah tua-tua macam Abang Nara ini, memang kurang excited sikit menonton mana-mana majlis anugerah. Namun setiap tahun Abang Nara memang tidak pernah terlepas Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Wajib tengok. Bagi Abang Nara, ABPBH masih relevan dalam menunjukkan selebriti mana yang mempunyai ramai peminat. Apa pun, kemeriahan ABPBH semalam memang cukup terasa lebih-lebih lagi ketika persembahan Dayang Nurfaizah dan Hazami. Meremang bulu roma.
Apa pendapat anda tentang ABPBH29 semalam? Adakah ia menepati standard hiburan anda? Atau ada banyak yang harus diperbaiki oleh pihak penganjur? Adakah anda merasakan ABPBH sudah tidak relevan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Semalam pelakon Neelofa telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 29 dan keputusan itu sebenarnya tidak dijangka kerana Neelofa sejujurnya tidak membintangi banyak filem mahupun drama pada tahun lepas.
Buat Neelofa, beliau mempercayai cara beliau membawa diri dalam industri dan menepis setiap kontroversi adalah salah satu sebab beliau memenangi anugerah berkenaan.
Saya sedar pada tahun pertama kemunculan, saya penuh dengan kontroversi sahaja sehingga saya sendiri rasa tidak tahan dan mula putus asa.
Sehingga tahun keempat saya sudah tahu mengawal dan cuba berubah menjadi seorang yang sesuai dijadikan contoh kepada masyarakat.
Neelofa juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan mereka yang selalu menyokong beliau daripada belakang kerana bukan mudah untuk seseorang itu kekal relevan dalam industri hiburan tempatan.
Susah untuk terus berada dan releven dalam industri ini, tapi seorang rakan artis ada beritahu jika saya berjaya lalui lima tahun pertama, maka ia akan mudah untuk tahun seterusnya.
Benar, ini tahun keenam saya dan masih berada dalam industri hiburan. Sejak tahun keempat saya sudah bataskan diri dan terlalu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak terpalit kontroversi.
Antara mereka yang banyak beri tunjuk ajar dan nasihat untuk Neelofa adalah Dato Hans Isaac, dan Neelofa mengakui Hans adalah individu penting dalam kerjayanya.
Neelofa adalah pemenang besar di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH29). Selain daripada memenangi kategori Pengacara TV Popular, Neelofa turut merangkul Anugerah Bintang Paling Popular, yang merupakan anugerah terbesar pada majlis yang telah berlangsung semalam. Jutaan tahniah diucapkan kepada Neelofa. Apa pun, Neelofa kelihatan sangat jelita pada ABPBH29. Confirm ramai jejaka yang jatuh cinta.
Lagi 10 gambar Neelofa di ABPBH29 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Nak cari baju-baju anak yang cantik, berkualiti dan harga berpatutan? Tak perlu pergi jauh-jauh. Pelbagai jenis baju, fesyen, perhiasan dan segalanya untuk anak-anak anda ada di Lovely Zara. Confirm si anak akan bertambah comel. Abang Nara ada beli legging hari tue. Kualiti memang terbaik. Puas hati sangat-sangat. Tunggu apa lagi? Ushar segera di Facebook Lovely Zara dan juga Instagram @Lovely.Zara.
Semalam, Linda Rafar dan Syed Aiman telah mengadakan majlis aqiqah buat anak ketiga mereka Syed Rezaliif di kediaman mereka dengan bertemakan warna hijau.
Majlis tersebut cukup meriah sekali dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara serta teman rapat pasangan berkenaan.
Malah, pada hari yang sama Linda dan Syed Aiman turut meraikan ulangtahun kelahiran dua orang lagi anak mereka iaitu Syed Rezaqiib dan Syed Rezarriq dengan tema superhero pula.
Seronok betul kami melihat kebahagiaan keluarga Linda Rafar dan Syed Aiman, semoga dengan kehadiran cahaya mata baharu ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga dan semakin bertambah kasih sayang antara mereka.
Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis aqiqah Syed Rezaliff dan foto ketika sambutan hari Syed Rezaqiib dan Syed Rezarriq dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kemeriahan malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke 29 cukup dirasai semalam. Dengan tema #Respek, hampir kesemua para selebriti yang hadir turut sama menghormati para penonton dengan tidak berpakaian yang terlalu seksi. Semua cantik-cantik belaka. Tak ada yang over over sehingga menimbulkan kontroversi. Boleh dikatakan kesemuanya sedap mata memandang.
Cerita banyak tak guna. Jom kita layan gambar-gambar di red carpet ABPBH29. Siapakah yang memakai baju paling awesome pada pendapat anda? Siapa pula yang paling fail? Kongsikan di ruangan komen. Lebih banyak gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada ABPBH atas perkongsian gambar-gambar ini.
Angry Birds merupakan salah satu game kegemaran Abang Nara di smartphone satu ketika dahulu. Ia pernah menjadi fenomena yang begitu dasyat sekali. Kalau kat smartphone tak ada Angry Birds, memang tak lengkap. Kini Angry Birds maju setapak lagi dengan kewujudan filemnya. Excited Abang Nara nak tengok burung-burung comel ini.
Akan mula ditayangkan di Malaysia pada 12 Mei ini, Abang Nara ada 50 pasang tiket dan juga cenderahati ekslusif The Angry Birds Movie untuk diberikan kepada anda. Terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia atas kesudian menaja tayangan super duper awesome ini. Berikut adalah informasi tayangan:-
TARIKH: 11 Mei 2016 (Rabu) MASA: 830 malam TEMPAT: GSC Mid Valley
Sebelum anda terlebih excited, jom kita tengok sikit trailer The Angry Birds Movie ini.
Ini pula antara cenderahati-cenderahati ekslusif yang boleh menjadi milik anda.
Teruja nak menang? Senang je. Isikan borang di bawah dengan slogan “Benda yang paling buat saya marah ialah…”. Slogan yang paling kreatif dan juga penghantar penyertaan yang paling awal akan memenangi sepasang tiket The Angry Birds Movie dan juga berpeluang memenangi barangan ekslusif. Selamat mencuba!!!
Selamat mencuba!! Terima kasih sekali lagi kepada Sony Pictures Malaysia atas peluang ini.
Berjaya menghasilkan lagu yang cukup hits dan menjuari carta-carta muzik di radio dan pelbagai anugerah, kumpulan Akim & The Majistret adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Namun, ada pihak yang mendakwa kumpulan itu sudah semakin demand dan menuntut bayaran yang agak mahal untuk membuat sesuatu persembahan.
Menurut ketua kumpulan itu, Zimi, beliau berkata bayaran yang mereka kenakan sudah merangkumi keseluruhan kos ahli kumpulan berkenaan termasuk mereka yang bekerja di belakang tabir.
Malah, mereka juga memberikan persembahan yang berkualiti berbaloi dengan harga yang perlu dibayar.
Bagi yang pernah melihat kumpulan kami buat persembahan sudah tentu tahu bagaimana hasil persembahan tersebut. Kami bukan turun bertujuh, malah selalunya ada 16 orang ahli yang membantu kami untuk memberi persembahan terbaik dan memuaskan hati penonton.
Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna mereka begitu tergas sehingga tidak boleh dibawa berbincang tentang soal harga.
Sebenarnya kumpulan Akim & The Majistret mahu meletakkan satu tanda aras kepada mana-mana lagi kumpulan muzik untuk menerima bayaran yang sama ketika melakukan persembahan. Ia juga memberikan hint kepada penganjur untuk tidak mengambil kesempatan terhadap mereka.
Kami masih bertolak ansur tentang bayaran dengan memberi persembahan yang lebih mantap dan penambahan lagu. Apa yang penting penonton berpuas hati. Biasanya jika kami buat persembahan bukan Akim sahaja yang bercakap, malah semua ahli kumpulan perlu bercakap dan hiburkan penonton.
Kami harap ia menjadi satu contoh dan tanda aras kepada kumpulan muzik yang lain juga kerana pihak penganjur perlu faham bahawa kami bergerak secara berkumpulan.
Kalau kualiti persembahan kumpulan Akim & The Majistret bagus, apa salahnya untuk mereka meletakkan bayaran yang tinggi? Lagipun, bukan mudah untuk menghiburkan orang ramai dan penat lelah setiap kru yang terlibat harus di ambil kira.
Tidak mahu peminat salah faham dan mencetuskan spekulasi, Kaka menerusi portal BH ONLINE memberitahu jejaka tersebut adalah teman rapatnya dan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.
Kami sudah lama bersahabat, sejak dulu lagi. Jadi rasa geli hati pula apabila timbul gosip sebegitu. Mungkin kerana kami bergambar rapat hingga ada yang membuat andaian sebegitu.
Saya ke luar negara atas urusan kerja bersama rakan kongsi, terjumpa pula dengan dia di sana. Kalau benar bercinta pastinya saya berkongsi kepada umum mengenai hal itu. Apa yang dapat saya katakan, buat masa ini, fokus diberikan sepenuhnya kepada kerjaya. Urusan cinta dan sebagainya belum terlintas lagi.
Kaka berjanji jika beliau sedang dilamun cinta nanti, pasti beliau akan memberitahu perkara tersebut kepada orang ramai. Namun, Kaka masih belum terfikir soal cinta buat masa ini.
Gambar boleh memberikan seribu satu tafsiran, bak kata Kaka mungkin cara mereka bergambar terlalu rapat membuatkan ramai yang menyangka mereka sedang bercinta.
Bakal berkahwin pada 14 Mei depan, Hafiz Suip dan pasangan Nureffy masih lagi mempunyai sedikit masa untuk bercuti di Korea dan pada pada masa yang sama menjalani sesi fotografi pra perkahwinan mereka.
Berlatarbelakangkan pemandangan yang agak cantik dan cuaca sejuk di Korea, foto pra perkahwinan mereka tampak cukup indah.
Malah, ada juga foto yang menunjukkan sisi romantis pasangan ini.
Jom kita layan beberapa lagi foto pra perkahwinan Hafiz Suip di Korea dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Namun, Kamal sebenarnya bukan mahu berlagak hero tetapi beliau sendiri sudah tidak dapat menahan rasa geram terhadap mereka yang memberikan komen ikut sedap hati. Buat Kamal, ianya sudah melampau apabila mereka berani untuk menghina rupa paras seseorang.
Kalau ikutkan, saya tak kenal pun siapa dia pelakon Hafidz Roshdi itu kerana setakat ini kami belum pernah bekerjasama dalam mana-mana drama.
Bahkan, saya tahu mengenai berita perkahwinan dia (Hafidz) pun melalui blog di laman sosial. Cuma, saya sangat terkejut apabila membaca komen ditulis netizen pada foto dimuat naik Hafidz bersama isterinya.
Jika dinilai pada sudut akal yang positif, mana ada manusia yang sempurna termasuk diri sendiri. Jadi, janganlah sesuka hati menghina orang lain walau pun dalam laman sosial. Menghina fizikal orang lain sewenang-wenangnya tanpa melihat apakah diri sendiri sudah cukup sempurna, memang tidak wajar. Saya akui simpati kepada Hafidz dan isteri.
Kamal juga menganggap komen beliau itu tidak keterlaluan dan beliau juga nafi melakukan perkara berkenaan kerana sengaja cuba untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Kamal hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan bergelar manusia dimana beliau merasakan tindakan menghina fizikal seseorang itu adalah melampau.
Kumpulan Akim & The Majistret bukanlah nama asing lagi didalam dunia hiburan, malah dengan kejayaan kumpulan itu ada yang mendakwa mereka mengenakan bayaran yang tinggi. Dengan itu, mereka tampil memberikan penjelasan, bahawa bayaran yang dikenakan adalah setimpal dengan hasil kerjaya dan bakal ahli kumpulan itu.
“Bagi mereka yang pernah melihat kumpulan kami membuat persembahan sudah tentu tahu bagaimana hasil persembahan kumpulan kami. Kami bukan sahaja turun bertujuh, malah selalunya ada 16 orang ahli lain yang turut membantu kami untuk memberi persembahan yang terbaik dan memuaskan hati penonton”
“Kami masih bertolak ansur tentang bayaran dengan memberi persembahan lebih mantap dan penambahan lagu. Apa yang penting penonton berpuas hati. Biasanya jika kami buat persembahan bukan Akim sahaja yang bercakap, malah semua ahli kumpulan bercakap dan hiburkan penonton,” katanya kepada m Star Online.
Tambah ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Zimi, bayaran yang dikenakan oleh kumpulan itu juga merangkumi kos yang perlu dibayar kepada keseluruhan ahli kumpulan itu termasuk mereka yang bekerja sebagai pembantu dibelakang tabir, yang juga menjadi punca persembahan kumpulan itu sentiasa terbaik.
Pada masa yang sama, Zimi berharap tahap bayaran yang diterima mereka itu akan menjadi satu tanda aras kepada kumpulan-kumpulan muzik lain untuk menerima bayaran yang sama dengan persembahan yang diberikan. Ini kerana penganjur perlu faham situasi mereka dimana mereka bergerak secara berkumpulan. (rkty/w)
Tidak menyangka dirinya telah dinobatkan sebagai Bintang Popular Berita Harian 29, Neelofa menjelaskan bahawa dia tidak meletakkan sebarang harapan terhadap kejayaan yang sama pada masa hadapan selain mahu berhati-hati memberikan sebarang kenyataan.
“Nak jadi artis senang, nak kekalkan bukannya mudah dan saya tidak meletakkan sebarang harapan. Saya sangat berhati-hati memberikan sebarang kenyataan, sekiranya ada apa sahaja yang berlaku saya akan senyapkan diri atau ada yang teruk sekali pun, kalau perlu untuk saya bercakap, barulah saya akan bercakap,” katanya kepada Rotikaya.
Neelofa turut berkata, populariti itu akan menjadi ubat atau madu yang paling baik sekiranya seseorang itu tahu menggunakannya dengan cara yang betul, sebaliknya populariti itu akan menjadi racun apabila ditenggelamkan dek populariti itu sendiri.
“Bagi saya kedua-dua populariti boleh menjadi madu atau racun. Kalau kita pandai gunakan sudah tentu dia akan menjadi madu tetapi boleh jadi racun jika kita tenggelam. Saya bersyukur dan sangat bertuah kerana mempunyai satu pasukan yang sentiasa mengingatkan saya,” katanya.
Sementara itu, Lofa turut disoal akan perancangannya untuk 6 tahun akan datang dan berkata, mungkin ketika itu dia sudah berkahwin dan mempunyai anak dan kemungkinan besar akan bersara daripada dunia perniagaannya serta mahu memfokuskan diri pada keluarga dan dirinya.
“Berkeluarga Insya-Allah pasti, mudah-mudahan 30 tahun paling lambat. Mungkin dalam umur saya 33 tahun saya sudah mempunyai anak. Dari segi bisnes saya harap saya boleh bersara ketika itu”
“Saya nak fokus pada keluarga, melancong dan mempelajari kursus tertentu dalam jangka masa pendek. Saya nak jadi Neelofa yang lain daripada sekarang ini di mana saya akan lebih fokus pada diri,” ujarnya. (rtky/h)
Gara-gara gambar mesra dengan seorang jejaka di dalam sebuah ruangan pojok hiburan tempatan, ada dakwaan mengatakan Kaka Azraff sedang dilamun cinta. Bagaimanpun, Kaka menafikan dakwaan itu dengan menjelaskan bahawa hubungan itu hanya sekadar kawan biasa.
“Kami sudah lama bersahabat. Jadi rasa geli hati pula apabila timbul gosip sebegitu. Mungkin kerana kami bergambar rapat hingga ada yang membuat andaian sebegitu. Saya ke luar negara atas urusan kerja bersama rakan kongsi, terjumpa pula dengan dia di sana”
“Kalau benar bercinta pastinya saya berkongsi kepada umum mengenai hal itu. Apa yang dapat saya katakan, buat masa ini, fokus diberikan sepenuhnya kepada kerjaya. Urusan cinta dan sebagainya belum terlintas lagi,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung gosip tersebut.
Dalam perkembangan lain, Kaka juga akui sedikit berdebar apabila diberi tanggungjawab membuat persembahan pembukaan didalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-29 bersama penyanyi rap popular, Waris semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pun begitu kerana sudah beberapa kali bergandingan dengan Waris, beliau tidak merasa kekok untuk membuat persembahan bersama. Malah untuk mencari keserasian ketika membuat persembahan juga tiada masalah besar untuk mereka berdua. (rkty/w)
Turut memenangi anugerah Pengacara TV Popular, akhirnya Neelofa telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2015 setelah mendapat sebanyak 212,829 undian. Kemenangan itu membolehkan Neelofa membawa pulang hadiah berupa sebuah Volkswagen Passat.
Majlis gilang-gemilang yang diacarakan oleh Mira Filzah, Zizan Razak, AG (Kool FM), telah disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Kool FM.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi 13 kategori yang dipertandingkan:
Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2015: Neelofa
Artis Baru Wanita Popular: Mira Filzah Artis Baharu Lelaki Popular – Sufi Penyanyi Wanita Popular – Adira Penyanyi Lelaki Popular – Aizat Amdan Penyampai Radio Popular – DJ Lin Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Wings Artis Versatil Popular – Ifa Raziah Artis Komedi Popular – Abam Pengacara TV Popular – Neelofa Pelakon TV Wanita Popular – Emma Maembong Pelakon TV Lelaki Popular – Sharnaaz Ahmad Pelakon Filem Wanita Popular – Fathia Latiff Pelakon Filem Lelaki Popular – Sharnaaz Ahmad
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Fauziah Dato’ Ahmad Daud
KATEGORI ONLINE
Personaliti Media Sosial Popular – Lara Alana Artis Trending Popular – Ayda Jebat Artis Youtube Popular – Siti Nordiana Artis Ikon #Respek Popular – Datuk Aznil Nawawi Artis Aksi Selfie Popular – Saharul Ridzwan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 (ABPBH 2015) adalah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia dan tahun ini, majlis yang dijanakan hashtag #Respek dianjurkan buat kali ke-29 telah diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai lokasi penganugerahan tersebut.
Edisi kali ini juga kembali mempertaruhkan 13 kategori utama untuk pilihan peminat. Selama kira-kira sebulan mereka berpeluang mendapatkan borang undian awal, sebelum calon Top 5 diumumkan kemudian.
Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar karpet merah bersama anda sebelum acara kemuncak berlangsung. Enjoice!(rtky/s)
Hari ini telah berlansungnya sebuah majlis akikah buat anak ketiga, Syed Rezaliif Bin Syed Kamaruzaman bagi pasangan bahagia, Linda Rafar dan Syed Aiman didalam satu majlis yang cukup sederhana tetapi meriah yang dihadiri oleh saudara-mara serta rakan terdekat mereka.
Majlis yang bertemakan warna hijau itu turut disertai dengan sambutan hari lahir dua lagi putera mereka, Syed Rezaqiib Syes Kamaruzaman dan Syed Rezarriq Syed Kamaruzaman. Manakala bagi sambutan hari jadi itu, tema superhero menjadi pilihan pasangan ini.
Semoga kehadiran Syed Rezaliif ini akan menambah kegembiraan serta keceriaan dikalangan ahli keluarga serta para peminat. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar majlis akikah serta sambutan hari jadi anak-anak Linda Rafar dan Syed Aiman. Enjoice!(rkty/w)
Dengan usia kehamilan sudah mencecah lima bulan, Raja Farah akui dirinya tidak berdepan dengan alahan teruk di sepanjang waktu mengandung. Namun begitu, beliau lebih gemar bergaya ringkas sahaja, tanpa meletakkan solekan berat pada wajahnya jika ingin keluar.
“Saya jadi malas nak pakai cantik. Nak bersolek ringkas pun tak kuasa apatah lagi mengenakan gincu. Saya lebih selesa tidak beriya sangat nak melawa. Suami saya pun tidak berdepan simptom mengidam benda bukan-bukan. Pendek kata, masih terkawal”
“Kalau diizinkan Tuhan, kami inginkan anak lelaki. Saya juga sudah melakukan pengimbasan jantina bayi, tetapi tunggulah dahulu. Biar suprise,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung jantina bayi yang bakal dilahirkan oleh pasangan ini tidak lama lagi.
Bagi pasangan ini, Ramadhan kali ini dilihat begitu istimewa kerana bakal bakal menimang cahaya mata pertama mereka yang dijangka lahir pada pengujung bulan Ogos. Tetapi bagi Raja Farah, sebolehnya beliau teringin untuk berpuasa penuh walaupun berbadan dua. (rkty/w)
Selepas melahirkan anak sulungnya lima bulan lalu, Fouziah Gous menganggap adalah lebih nikmat jika beliau sendiri menguruskan penjagaan anaknya, Muhammad Zeeshan tanpa menggunakan khidmat pembantu rumah. Malah beliau juga tidak tertekan dengan perkara itu.
"Setakat ini segala perihal penjagaan anak saya uruskan sendiri, ia fasa yang sangat menyeronokkan biarpun ada kalanya berasa penat. Saya lebih selesa menjaga sendiri dari menggunakan khidmat pembantu rumah, dapat menimba pengalaman yang dilalui ibu saya dulu”
"Ianya satu nikmat yang tidak terhingga anugerah Tuhan kepada saya sebagai wanita. Kini baru saya benar-benar faham naluri dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Ternyata pengorbanan seorang ibu kepada anaknya terlalu besar,” katanya kepada Harian Metro.
Bercakap soal kesihatan pula, Fouziah akui beliau sangat komited dalam melakukan amalan berpantang dengan cara yang betul. Kongsinya lagi, beliau hanya menjaga pemakanannya dengan betul tanpa mengamalkan amalan diet oleh kerana anaknya yang masih menyusu badan.
Patutlah Fouziah kelihatan kurus sahaja walaupun sudah melahirkan anak. Malah beliau turut memberitahu ketika mengandung berat badannya pernah mencecah sehingga 64 kilogram namun sekarang sudah mulai turun kepada 50 kilogram dimana berat yang ideal untuk beliau. (rkty/w)
Berikutan insiden membidas komen negatif terhadap rupa paras isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Kamal Adli akui tidak cuba berlagak hero dengan tindakan itu, jauh sekali untuk menarik perhatian media. Ini kerana baginya menghina fizikal seseorang adalah salah.
"Kalau ikutkan, saya tak kenal pun siapa Hafidz Roshdi itu kerana setakat ini kami belum pernah bekerjasama dalam drama. Bahkan, saya tahu mengenai berita perkahwinan dia pun melalui blog di laman sosial. Cuma, saya sangat terkejut apabila membaca komen ditulis netizen”
“Jika dinilai pada sudut akal yang positif, mana ada manusia yang sempurna termasuk diri sendiri. Jadi, janganlah sesuka hati menghina orang lain walau pun dalam laman sosial. Saya akui simpati kepada Hafidz dan isteri,” katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya lagi, tindakan Hafidz untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia muda adalah disebabkan sudah sampai seru, jadi tidak perlu rasanya untuk orang ramai mengecam keputusannya itu. Pada masa yang sama, Kamal turut kesal dengan sikap orang yang menyalahgunakan kemudahan teknologi. (rkty/w)
Tahniah kami ucapkan kepada keluarga kecil Syaiful Zero dan juga isteri kerana telah selamat menimang cahaya mata. Perkongsian gambar pada 5 Mei lalu itu di Instagram turut mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya.
Buat masa sekarang, Syaiful belum memberitahu lagi apakah nama anaknya tersebut. Pelakon dan pelawak yang lebih mesra dipanggil Melati dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 24 Julai tahun lalu. Syaiful telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000.
Semoga kehadiran cahaya mata di dalam keluarga ini akan terus menambah kemeriahan Syaiful dan juga isteri dan semoga mereka sentiasa dilimpahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. Kami kongsikan beberapa keping gambar anak pertama Syaiful dan isteri. (rtky/s)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment