KedahLanie.info Posted: 27 May 2016 09:23 AM PDT Teka-teki HUDUD dan PINDAAN AKTA 355 - Najib Sendiri Kata Tiada Hudud Di Malaysia Posted: 27 May 2016 07:08 AM PDT Teka-teki Hudud
 Secara tiba-tiba usul Hadi Awang untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah yang gagal dilakukannya sebanyak empat kali sebelum ini iaitu sejak 1995, diluluskan oleh kerajaan untuk dibentangkan pada hari terakhir persidangan Parlimen, hari ini.
Usul Pas ini, jika diluluskan akan membolehkan Mahkamah Syariah di Kelantan menggunakan undang-undang syariah seperti yang ditetapkan oleh Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan dan seterusnya memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud di negeri tersebut.
Bagaimanapun, sebaik diberi kelulusan untuk membentangkan usul tersebut, Hadi Awang memohon ia ditanggungkan sehingga ke sesi Parlimen pada 17 Oktober depan.
Mengapa kerajaan tiba-tiba memberi kebenaran dan mengapa pula Hadi Awang menangguhkannya?
Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan pembentangan usul itu, Hadi Awang memberi alasan beliau menangguhkannya disebabkan kekangan masa berikutan hari ini adalah hari terakhir sesi Parlimen kali ini.
Benarkah ia semata-mata sebab itu? Bukankah Hadi sepatutnya sudah bersedia dengan draf pembentangan sepanjang masa?
Selain itu, tidakkah juga usul boleh dibentangkan terlebih dahulu, cuma perbahasan saja yang ditangguhkan?Dalam konteks Umno dan kerajaan, mengapa tiba-tiba bersetuju dengan pembentangan usul berkenaan sedangkan ia seolah-olah tidak dibenarkan untuk dibentang sebelum ini, bahkan Najib Razak sendiri pernah mengatakan hudud tidak akan dilaksanakan sama sekali di Malaysia?Mengapa sepantas itu Umno tiba-tiba berubah? Adakah kelulusan pembentangan ini bertujuan mengikat Pas untuk terus "kacau daun" bertanding dan menolak sebarang kompromi dengan PKR dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan datang?Pas yang boleh dikatakan tiada harapan untuk mendapat undi bukan Melayu sekarang ini, maka dengan kerjasama melalui usul hudud itu akan membolehkan Pas memperolehi lebih sokongan daripada blok undi Melayu yang pro pembangkang berbanding calon Pakatan Harapan yang turut bertanding.Natijahnya, hanya blok undi Melayu pro pembangkang yang akan berpecah, manakala yang pro kerajaan tetap tidak berubah dan terus terarah kepada BN. Dengan sedikit sokongan pengundi bukan Melayu, maka kelebihan tentu saja akan memihak kepada BN berbanding Pakatan Harapan. C alon Pakatan Harapan, walaupun mungkin mendapat lebih sokongan bukan Melayu, tetapi kemenangan mereka boleh dinafikan melalui undi Melayu yang lebih kecil dan berpecah dengan Pas. Pas yang terpaksa berbahagi dua undi blok Melayu pro pembangkang dengan calon Pakatan Harapan, tetapi tidak mendapat sokongan bukan Melayu, hakikatnya tidak mungkin menang, baik di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar. Bagaimanapun, Pas mungkin boleh berpuas hati meskipun kalah kerana usul hudud mereka yang diberi pertimbangan oleh kerajaan sudah boleh dianggap sebagai kemenangan. Dengan kebenaran yang diberi oleh kerajaan ini, sudah barang pasti kempen Pas di kedua-dua pilihanraya ini tidak lagi menyasarkan keburukan Umno, isu 1MDB, wang RM2,600 juta dan hal-hal berkaitan Najib dalam kempen-kempennya.Penangguhan usul sehingga Oktober juga tidak terkecuali bertujuan memberi ruang kepada Umno yang dikelilingi oleh parti-parti kompenan dalam BN yang diketahui menolak hudud agar tidak terlalu terbelenggu dengan isu tersebut dalam menghadapi dua pilihanraya yang dianggap penting untuk menguji sokongan rakyat terhadap Najib. UMNO mungkin boleh melembutkan hati rakan-rakan komponennya bahawa yang diberikan mereka setakat ini hanyalah kebenaran kepada Pas dalam membentangkan usul, bukannya sokongan terbuka kepada hudud. Persoalannya ialah apa pendirian Umno dan BN selepas pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar atau ketika pengundian di Parlimen setelah usul dibentangkan Oktober nanti? Atau lebih jauh, benarkah Najib dan Umno benar-benar mahukan hudud dilaksanakan? -shahbudindotcom ULASAN GBBertempik sorak PAS sejak semalam. Cuma baca, bukan bentang jauh lagi nak berbahas, itu pun macam dah kena histeria. Umum mengetahui UMNO bersandiwara, kerana selama ini Najib sendiri dan lain-lain pemimpin UMNO juga menolak hudud.
Tapi bagi PAS, tak apalah asal dapat bacakan RUU Persendirian, itu modal penting untuk PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.
Yang dibacakan oleh Haji Hadi hanyalah pindaan EKJS, bukan hudud. Di dalam media sosial pula, PAS memainkan isu "takfiri". mengkafirkan AMANAH kerana kononnya "menentang" hudud.
Kalau yang dibentang itu bukan hudud, mengapa pula serang orang lain dan memfitnah mereka kononnya mereka menentang hudud? Sungguh jahat perangai PAS ini. Sudah lah bodoh dan bangang ditipu UMNO berkali-kali, lepas tu nak fitnah orang lain pula dengan mengkafirkan mereka atau nak pertikaikan keislaman mereka.
Hukum kebenaran dan keadulan akan terus berjalan. Rakyat Malaysia rata-rata tahu episod semalam adalah sandirwara PAS-UMNO.
GREENBOC | Kemenangan di 2 PRK akan dorong NAJIB adakan pilihanraya secara mengejut Posted: 27 May 2016 06:31 AM PDT KEMENANGAN DI SUNGAI BESAR, KUALA KANGSAR AKAN DORONG NAJIB ADAKAN PILIHANRAYA SECARA MENGEJUT oleh Shahbudin Husin,
Apakah pentingnya keputusan pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kepada masa depan Najib Razak?
Di sebalik hakikat bahawa kedudukan kerajaan Pusat tidak tergugat dengan kekalahan BN di kedua-dua kerusi tersebut, namun pentingnya keputusan di dua pilihanraya itu kerana ia adalah gambaran mesej penolakan atau penerimaan terhadap kepimpinan Najib yang semakin terbelit dengan banyak isu kebelakangan ini.
Meskipun pertandingan tiga penjuru semakin sukar dielakkan kerana Pas sudah menutup pintu rundingan dengan PKR dan dalam masa yang sama Hadi Awang sudah pun diberikan "hadiah" berupa kebenaran membentangkan usul persendirian berkaitan hudud di Parlimen, tetapi sebagaimana yang kerap disebut oleh Tun Mahathir Mohamad bahawa siapa juga calon yang menentang BN, mereka bukan lagi mewakili pembangkang, sebaliknya adalah mewakili rakyat.
Ini bermakna, dalam pertandingan tiga penjuru nanti, calon Pakatan Harapan adalah mewakili rakyat, manakala calon BN adalah mewakili masa depan Najib.
Calon Pas pula, walaupun berkedudukan sebagai pembangkang, tetapi akan dikenali sebagai pro Najib dan memusuhi Pakatan Harapan. Dengan usul hudud yang diberi kebenaran, kempen Pas di dua pilihanraya ini adalah lemah lembut terhadap Najib dan UMNO, sebaliknya akan bertukar keras dan agresif terhadap Pakatan Harapan.
Oleh itu, sebarang keputusan, sama ada BN menang atau kalah, yang lebih terkesan dengannya ialah Najib.
Jika kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia adalah mesej yang semakin jelas tentang penolakan daripada rakyat terhadap Najib. Untuk memulihkan kembali sokongan rakyat menghadapi PRU 14, cara yang paling mudah tentu saja Najib mesti diundurkan dengan seberapa segera.
Jika tidak, dengan Najib, UMNO dan semua pemimpinya sekali akan terkubur dalam pilihanraya umum nanti.
Tidak mustahil, kekalahan BN juga secara perlahan-lahan akan merangsang kumpulan Zahid Hamidi menerima hakikat bahawa Najib adalah beban yang tidak boleh diselamatkan lagi sebagaimana yang selalu disebut oleh Tun Mahathir, bahkan mungkin mula bertindak secara diam-diam untuk memberi lebih tekanan kepada pengunduran Perdana Menteri.
Kiranya calon BN menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia adalah kemenangan mutlak bagi Najib. Bukan saja Najib akan berbangga dengan kemenangan itu kerana menganggap sebagai penerimaan rakyat terhadapnya dan gambaran pengundi tidak terkesan dengan isu 1MDB, kekayaan keluarga, pembaziran, kemewahan dan wang RM2,600 juta dalam akaun peribadi, malah semua pemimpin UMNO yang sudah terhutang budi "cash is king" akan lebih mendewa-dewakan lagi Najib.
Sebab itu, keputusan dua pilihanraya ini sangat penting bagi Najib. Demi pentingnya untuk menang itu jugalah yang menyebabkan Pas kini bagaikan sudah diikat untuk terus menjadi pengacau kepada Pakatan Harapan menjelang kira-kira seminggu sebelum hari penamaan calon diadakan.
Sekiranya model pertandingan tiga penjuru yang dijelmakan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mampu memberi kejayaan kepada Najib, pastilah Pas akan terus dijaga dan digula-gulakan sehingga tarikh pilihanraya akan datang.
Yang lebih penting daripada itu, kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan membuatkan Najib tidak menunggu sehingga tahun 2018 untuk mengadakan pilihanraya umum.
Kemenangan di dua kerusi itu akan mendorong Najib untuk mengadakan pilihanraraya umum secara mengejut, mungkin sebelum berlabuhnya kalender 2016.
Untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya mengejut itu, Najib perlu mengadakannya dengan seberapa segera kerana di seluruh dunia sekarang ini sedang terbongkar satu demi satu kebobrokan mengenai 1MDB.
Daripada perbicaraan di Singapura, prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA di Switzerland, penutupan cawangan BSI di Singapura sdhinggalah yang terbaru WSJ telah mendedahkan sepucuk surat daripada Bank Negara yang mengesahkan Good Star Ltd adalah milik Jho Low dan bukannya kepunyaan PetroSaudi.
Surat itu secara langsung mengesahkan penjelasan kerajaan bahawa Good Star adalah milik PetroSaudi dan tiada kaitan dengan Jho Low, sama sekali tidak benar dan merupakan suatu pembohongan.
Terdedahnya surat tersebut juga menyerlah sebab sebenar mengapa Hasan Ariffin, Pengerusi PAC memadamkan fakta Bank Negara itu dalam Laporan PAC yang dibentangkannya di Parlimen.
Hakikatnya, dengan persedaran masa, apatah lagi jika menunggu sehingga 2018, mungkin lebih banyak pendedahan berfakta mengenai 1MDB dan wang RM2,600 yang terbongkar kepada umum yang tidak mampu ditangkis oleh Najib dan dihadapi oleh UMNO.
Menjelang tahun 2018 juga, tujuh buah negara yang sudah membuka kertas siasatan berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram mengenai 1MDB tidak mustahil sudah beralih kepada proses pendakwaan dan menjatuhkan hukuman.
Siasatan mengenai pemilikan harta mewah di Amerika Syarikat dan London melibatkan anak tiri Najib, Riza Aziz yang turut dikaitkan dengan dana 1MDB barangkali juga sudah diketahui kebenarannya menjelang 2018 itu nanti.
Semua itu akan lebih menjejas dan mencalarkan nama Najib jika pilihanraya umum diadakan pada 2018 kerana 1MDB adalah idea dan anak emas yang selalu dibanggakannya sebelum ini.
Selain itu, kedudukan Pakatan Harapan yang sedang berpecah ketika ini adalah merupakan kesempatan terbaik bagi Najib memasang lukah dan seterusnya meraih laba daripadanya.
Pas pula, disebabkan peranannya telah menghasilkan kejayaan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, akan terus dijadikan senjata untuk menghuru-harapan kedudukan Pakatan Harapan.
Maka, selepas kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia adalah dorongan paling kuat untuk Najib mengadakan pilihanraya mengejut demi menyelamatkan masa depan politiknya.
Menangguhkan pilihanraya sehingga 2018 hanya umpama membesarkan lagi lubang kubur untuk "kematian" karier politik Najib dan bersekali dengan habisnya nyawa UMNO. (SH 27/05/2016). | Najib beri penerangan pada Rakan BN bahawa Hadi bukan bawa "HUDUD" Posted: 27 May 2016 06:00 AM PDT Salah faham besar rakan BN berhubung RUU hudud, kata PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengakui terdapat "salah faham" di kalangan parti-parti komponen BN mengenai rang undang-undang ahli persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, semalam.
Katanya, apa yang dibentangkan bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah.
"Kita dah bagi tahu kepada rakan kita di BN, pertama ada salah faham yang besar bahawa apabila Hadi bawa rang undang-udang persendirian itu, mereka pandang bahawa dia bawa undang-undang hudud.
"Label dan kaitan dengan Hadi terlalu rapat dengan soal hudud... jadi bila dia bangkit je orang ingat automatik hudud," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno.
Rang undang-undang persendirian Hadi bertujuan untuk meminda Akta 355 mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah. Dalam satu langkah yang luar biasa di Parlimen semalam, kerajaan mempercepatkan rang undang-undang itu walaupun ia disenaraikan sebagai perkara terakhir di atas kertas perintah Dewan Rakyat.
Ini mendorong tindak balas segera daripada pelbagai parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan SUPP, yang membidas langkah itu.
Najib juga diminta mengulas tindakan Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Leong Yong Kong yang meletak jawatan dan keluar parti sebagai tanda bantahan terhadap pembentangan usul persendirian itu.
"Ini yang nak saya terangkan di sini, bahawa pindaan (yang di bawa) itu bukan hukum hudud.
"Ia merupakan apa yang di katakan sebagai 'enhanced punishment', peningkatan hukuman daripada enam kali rotan kepada beberapa kali, tertakluk kepada kesalahan tertentu," katanya.
Menurut Najib, rang undang-undang itu cuma melibatkan Mahkamah Syariah dan hanya orang Islam serta tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam.
"Kaedah rotan dalam Islam pun tidak sampai nak cederakan, dia punya kaedah yang agak terbatas dari segi cara nak kenakan hukuman," katanya. | AMANAH mulakan proses mahu saman BH Posted: 27 May 2016 05:33 AM PDT Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Berita Harian kerana didakwa menyalah lapor pendirian parti tersebut terhadap usul rang undang-undang persendirian berkaitan Akta 355 Mahkamah Syariah Kelantan semalam.
Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata beliau sudah menghubungi peguam dan mengarahkannya mengeluarkan surat tuntutan ke atas penerbit akhbar berkenaan.
"AMANAH akan gunakan surat tuntutan itu untuk minta mereka memohon maaf kepada saya dan AMANAH di muka hadapan, sama seperti yang mereka buat hari ini. Atau (jika gagal) mereka akan disaman," katanya.
Khalid berkata demikian pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Tambah anggota parlimen Shah Alam itu, pihaknya akan menghantar surat tuntutan tersebut selewat-lewatnya Selasa depan.
Muka depan Berita Harian hari ini menyiarkan laporan: "Kerajaan beri PAS laluan; DAP, AMANAH bantah" bagi berita usul dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang di parlimen semalam. Usul itu pada asalnya disenaraikan di bahagian hujung aturan mesyuarat namun dibawa ke depan untuk dibentangkan melalui cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Cadangan itu kemudian disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga anggota parlimen Papar.
Khalid menjelaskan, beliau tidak membantah usul tersebut sebaliknya hanya mempersoalkan bagaimana rang undang-undang persendirian dibawa anggota parlimen Marang itu boleh mengetepikan usul lain dibawa kerajaan.
"Saya tak bantah malah sokong tafsiran yang dibuat oleh Speaker Tan Sri Pandikar (Amin Mulia) yang membenarkan usul itu dibaca atau dibentang.
"Saya cuma nak tahu apa pertimbangan yang dibuat kerajaan apabila dia mendahulukan usul persendirian (mengatasi) semua urusan kerajaan dalam senarai perkara yang hendak dibahaskan," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya bagaimanapun parti itu ingin berdepan dengan DAP sekiranya rang undang-undang tersebut dibahaskan, Khalid berkata pihaknya akan sentiasa terbuka serta mengadakan perbincangan.
Katanya, apa yang penting ialah AMANAH tidak akan mengambil pendekatan memusuhi pihak yang menentang usul berkenaan.
"Kita tidak anggap pihak yang tidak bersetuju sebagai musuh. Kita tidak mempunyai pendekatan sedemikian.
"Orang Islam sendiri pun ada tak setuju apatah lagi yang bukan Islam. Namun ia satu usaha berterusan untuk yakinkan semua pihak bahawa Islam yang terbaik.
"Ia perlu perbahasan dan perbincangan tapi bukan perlu memusuhi mereka kalau tak bersetuju," katanya. | Teori taawun pemuda Pas separuh belut separuh ular? Posted: 27 May 2016 05:30 AM PDT SINGGUNGAN
Sebuah portal berita melaporkan Ketua Pemuda Pas mengesahkan yang RUU persendirian yang dibawa oleh presiden Pas untuk meminda Akta 355, diterima oleh Parlimen semalam akan digunakan sebagai modal kempen dalam dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Modal itu akan digunakan oleh Pas dan juga Umno.
Ketua Pemuda itu yang juga ahli Parlimen Pasir Mas, mengesahkan "kejayaan" usul berkenaan dibaca untuk kali pertama di Parlimen adalah hasil kerjasama erat antara Pas dengan Umno.
Usul berkenaan sebagai perca tanda terasminya "taawun" di antara Pas dengan Umno dalam hal-hal berkepentingan bersama khasnya agama. Kejayaan atau bentuk taawun itu bagaimana pun kalau mengikut dakwaan oleh beberapa pemimpin Pas ia tidak akan membawa kepada kerjasama politik. Ertinya Pas dan Umno tidak akan berkolaborasi dalam pilihan raya.
Mereka hanya setakat duduk sepentas dan berbaju sedondon sahaja tetapi tidak akan masuk ke dalam kamar tidur. Walaupun ada pihak meramalkan kerjasama itu akan "mendalam", hingga ke peringkat politik semisalnya membahagikan kerusi, tetapi ada pengikut Pas yang keras menafikan malahan beranggapan ramalan berdasarkan senario itu sebagai fitnah. Orang cuba membuat spekulasi itu dianggap sebagai jahat dan khianat. Kalau benar begitu, untuk apa taawun itu? Apakah dengan hanya bertaawun dalam hal-hal tertentu dan tidak membawa kepada kerjasama politik, ia akan mencapai maksud dan matlamat yang dihajati. Apakah kita akan sampai ke destinasi yang dituju kalau kita naik bas yang sampai separuh jalan?
Taawun sebegitu boleh dianggap sebagai "separuh masak" dan ia jelas tidak semantap taawun Pas dizaman Mohd Asri Muda sebelum ini yang membawa kepada kerjasama politik antara Pas dengan Umno menerusi Barisan Nasional. Ertinya Asri lebih praktikal dan waras dalam aksi politiknya. Asri lebih berani, telus dan bertanggungjawab.
Taawun yang cuba dibawa oleh Pas kini adalah taawun separuh jalan. Keadaan sebegitu samalah tawwun itu seperti haiwan separuh ular separuh belut yang sukar untuk dikenali. Atau ia boleh diibaratkan sebagai taawun "amfabia", yang boleh hidup dalam dua alam; satu segi bermusuh dengan Umno dari sisi lain berpelukan dengan Umno. Seperti Salentia.
Apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti jika mengikut ketua pemuda Pas itu mengesahkan hakikat itu. Di pilihan raya berkenaaan Pas akan meletakkan calonnya manakala Umno juga sudah tentu meletakkan calonnya untuk mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan.
Seperti akui ketua pemuda Pas itu, Pas dan Umno sama-sama akan menggunakan RUU persendirian atau Hudud sebagai modal dalam pilihan raya. Kita kurang faham dengan teori dikemukakan oleh ketua pemuda ini yang akan berkempen menggunakan modal sama untuk meraih kemenangan masing-masing. Tidak reti sungguh?
Pelik dan ajaib perkara ini. Pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar boleh konfius dengan teori ketua pemuda Pas itu. Pengundi akan bingung untuk menilai Hudud siapa yang benar dan tidak kelak. Pengundi terkeliru siapa sebenarnya memperjuangkan Hudud, Pas atau Umno. Atau kalau mereka sama-sama memperjuangkan Hudud fasal apa berlawan di antara satu sama lain?
Atau apa yang beliau maksudkan Umno dan Pas hanya bekerjasama dalam Parlimen sahaja untuk membolehkan RUU bagi meminda Akta 355 itu dibaca di Parlimen. Setakat itu sahaja. Manakala di luar mereka ada cara tersendiri? Dan ini juga dinamakan politik baru yang digagaskan oleh pemuda Pas?
Jika ia sama-sama membawa maksud perjuangan sama dan mempunyai iltizam dalam agama, untuk apa keduanya berlawan antara satu sama lain. Adalah tidak bijak dan membazir masa sahaja kalau hanya berpakat di luar parlimen tetapi tidak sebulu dalam pilihan raya. Ia memeningkan kepala orang Melayu dan Islam. Semolek-moleknya kalau Umno dan Pas ssudah bertaawun mengenai hal itu, mereka juga perlu bertaawun dalam politik.
Yang baik dan rasional bagi ketua Pemuda Pas ialah mencadangkan kepada kedua-dua parti itu agar berpakat menghadapi pilihan raya berkenaan. Beliau boleh mencadangkan agar Umno bertanding di Kuala Kangsar manakala Pas bertanding di Sungai Besar. Dengan pembahagian kerusi itu baharulah modal RUU itu digunakan tanpa mengelirukan pengundi. Cadangan begini lebih munasabah dan jelas daripada apa yang dinyatakan itu.
Tidak tahulah kalau ketua pemuda parti agama itu ada teorinya tersendiri dan cara itu adalah politik baharu yang dibawanya. Atau pun Pas bertanding dikedua-dua kerusi berkenaan bukan sangat untuk memenangi kerusi tetapi untuk mendapat KEREDHAAN Allah. Bagi Pas sekiranya kerusi itu berjaya dipertahankan Umno ia sudah dianggap sebagai kemenangan.
Jadi Pas menyertainya, seperti mana dikatakan kebanyakan pemerhati yang juga bingung dengan cara Pas, ia adalah bagi memberi jalan kepada Umno menang mudah. Kerana apabila Pas meletakkan calonnya di kedua-dua pilihan raya itu ia akan memecahkan undi yang akan dipungut oleh lawan sebenarnya BN daripada Pakatan Harapan. [wm.kl.1:40 pm 27/05/16]
Mohd sayuti Omar | GKCM dakwa Chegubard telah ‘dibeli’ Najib Posted: 27 May 2016 04:50 AM PDT PETALING JAYA: Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyelar tindakan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) yang mendakwa sejuta tandatangan dalam Deklarasi Rakyat adalah palsu. Presiden GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Badrul Hisham kini lebih bersifat sebagai seorang ‘askar upahan’ yang sedang mencari makan, dan tidak mempunyai hujah berkualiti. “Kini beliau menjual fitnah bersama seorang rakan dengan mengatakan bahawa terdapat unsur tandatangan palsu dalam Deklarasi Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Kamarul turut mendakwa Badrul Hisham atau Chegubard sudah ‘dibeli’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Chegubard mungkin merasakan bahawa bergelumang dalam lumpur dengan Najib Razak adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana ia mendatangkan pulangan kerana ada manusia yang boleh bernafas dalam lumpur. “Adalah amat malang dalam usaha menyelamatkan UMNO daripada pemimpin yang tidak berintegriti, UMNO menggunakan pencari makan daripada parti lain untuk menyelamatkan beliau,” jelas beliau lagi. Semalam, Chegubard telah membawa seorang lelaki Azharuddin Othman @ Abdullah yang mendakwa telah menjual pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat kepada seorang wanita. Azharuddin mendakwa wanita itu menawarkan RM5,000 untuk maklumat daripada pangkalan data tersebut dan memberitahu bahawa penggerak Deklarasi Rakyat, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu namanya dilibatkan dalam projek itu. Wanita yang dinamakan dalam dakwaan itu sekeras-kerasnya menafikan tuduhan berkenaan, malah menjelaskan tidak mengenali lelaki berkenaan. | Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Najib Posted: 26 May 2016 07:38 PM PDT
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan penggantungan bagi memfailkan pembelaan dalam kes saman fitnah berhubung dakwaan salah guna laku dalam jawatan awam berkaitan siasatan kes 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB) dan dana 2.6 billion.
Saman itu difailkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, Bekas Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin.
Hakim Mahkamah Tinggi Abu Bakar Jais membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Tan Sri Cecil Abraham yang mewakili Perdana Menteri dan Mohamad Haniff Khatri Abdulla yang mewakili kesemua responden.
Abu Bakar bagaimanapun memberikan lanjutan seminggu dan mengarahkan Najib menfailkan pembelaan saman itu pada 9 Jun ini. Pada 10 Mei lalu Tun Mahathir, Khairuddin dan Anina memfailkan permohonan untuk memanggil dan menyoal balas Najib berhubung afidavit bagi menyokong saman fitnah yang difailkan itu.
Dalam permohonan itu mereka memohon perintah mahkamah bahawa sekiranya Najib gagal hadir untuk disoal balas pada masa yang ditetapkan mahkamah, afidavit sokongan itu tidak dibenarkan untuk digunakan dalam prosiding saman itu.
Mereka turut memohon prosiding interlokutori bagi permohonan Najib membatalkan saman berkenaan ditangguhkan sehingga 14 hari daripada tarikh Najib disoal balas.
Tun Mahathir, Khairuddin dan Anina mengemukakan alasan bahawa defendan telah mengeluarkan kenyataan yang samar, bercanggah dan tidak konsisten dengan fakta.
Dalam saman yang difailkan pada 23 Mac lalu, mereka mendakwa Najib sengaja menganggu siasatan berkenaan 1MDB dan syarikat- syarikat berkaitan, serta siasatan aliran masuk wang RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadinya.
Mereka juga mendakwa Najib telah melakukan penindasan sehingga menyebabkan beliau dapat mengelak daripada berhadapan dengan kesan dan akibat di sisi undang- undang atas segala dakwaan salah laku atau perbuatan jenayah.
Plaintif-plaintif turut mendakwa Najib menggunakan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden Umno bagi melakukan salah laku berkenaan. | Nik Abduh - RUU Persendirian bukti kerjasama Umno-Pas Posted: 26 May 2016 07:10 PM PDT KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan yang memberi laluan kepada Rang Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan kuasa Mahkamah Syariah dibentangkan ke Dewan Rakyat merupakan bentuk kerjasama yang dinantikan oleh Pas.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama itu demi kebaikan dan kepentingan bersama sangat dialu-alukan Pas meskipun ia datang daripada parti pembangkang yang lain.
"Inilah contoh kerjasama yang Pas maksudkan, kita berterima kasih kepada speaker, dan pihak kerajaan, yang berani untuk kali pertama membenarkan usul pindaan persendirian ini dibentangkan.
"Cuma ada orang lihat semua kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh. Walaupun tak bersama dengan kita, tapi yang baik daripada Pakatan Harapan, adalah sama seperti kita," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bahawa tindakan kerajaan yang mendahulukan RUU itu sebagai bukti kerjasama Umno dan Pas untuk tujuan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pada 18 Jun ini.
Mengulas lanjut, Ketua Pemuda Pas itu juga enggan melayan dakwaan sebarang dakwaan mengatakan RUU itu untuk kepentingan politik.
Sebaliknya Nik Mohamad Abduh menegaskan, Pas sentiasa menjelaskan kepada rakyat tentang perjuangan mereka dan dasar Islam yang dibawa parti Islam itu untuk kesatuan dan kesejahteraan Malaysia.
"Bagi saya, yang menentang itu, dia tak banyak tahu mengenai hukum Islam, mereka nampak hukum Islam akan menyusahkan manusia.
"Kita akan buktikan bahawa meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah ini, termasuk dalam kerja-kerja agama, yang tujuannya satu, untuk manfaat manusia," jelasnya.
Ditanya tentang kempen penerangan RUU akan dibawa dalam PRK akan datang, beliau berkata Pas akan terus beri penjelasan kepada rakyat.
"Kita akan bawa perkara ini dalam PRK. Umno mungkin akan bawa juga, kita pun akan bawa, dan semua pun berhak nak bawa.
"Ini peluang kita dalam PRK nanti, paling tidak rakyat Sungai Besar dan Kuala Kangsar, akan lebih awal mendapat penjelasan, berbanding kawasan lain," ujarnya.
Beliau turut berkeyakinan bahawa usul itu akan mendapat sokongan daripada semua ahli Parlimen Islam apabila dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat akan datang.
"Sudah pasti (dapat sokongan) saya bukan minta, bahkan bahawa semua ahli Parlimen Islam akan sokong semua (termasuk Amanah dan PKR).
"Saya harap kalau ada yang bukan Islam sokong, itu lagi baik," katanya lagi. | Bila AJK masjid tiba-tiba jadi tok imam Posted: 26 May 2016 06:35 PM PDT  SHAH ALAM – Bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir sempat berkias senario hari ini berkaitan penyelewengan hingga situasi itu diibaratkan 'ahli jawatankuasa masjid yang tiba-tiba menjadi pak imam'.
Tanpa mendedahkan mana-mana pihak, beliau mendakwa ada penyangak yang membuat kesalahan melibatkan wang namun dimaafkan malah diangkat kedudukannya oleh pihak atasan.
Malah katanya, individu itu terus diangkat dan diberi kedudukan hingga mampu mengawal dunia korporat di negara ini.
"Lagi satu sekarang ini yang kita nak tahu, ada 'kuasa' yang salah guna kuasa. Melibatkan tindakan seorang penyangak mata wang. Ada yang kata RM2 bilion, RM5 bilion, RM7 bilion tapi saya dapat daripada mulut kuda (horses mouth) seorang menteri kanan yang dipinjamkan kepada Kementerian Kewangan, jumlahnya RM22 bilion.
"Tapi OK. Mungkin orang atas menggunakan kuasanya untuk memaafkannya. Tetapi setelah menggunakan kuasa memaafkan, jangan pula menggunakan kuasa seolah-olah menganugerahkannya lagi... daripada membuat satu kesilapan kewangan besar, kita letak di puncak sistem kewangan. Ini satu perkara yang tidak logik. "Ini macam ahli jawatankuasa masjid, tiba-tiba jadi tok imam," katanya Wacana Sinar Harian Siri ke-39 yang membawa tajuk 'Siapa lebih berkuasa: Pentadbir atau ahli politik?', di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Dalam pada itu, beliau memberi alasan 'kejayaan' si penyangak dalam mencapai cita-citanya itu.
"Kasihan kadang-kadang pada ahli politik yang tidak cabul kuasa, bekas wakil-wakil rakyat, sesetengahnya kita jumpa, masih guna kereta lama semasa dia menjadi wakil rakyat. Tidak ada duit untuk membeli kereta baharu.
"Bayangkan orang korporat yang tidak ada apa-apa diberi macam-macam tetapi pemegang kuasa yang di atas itu buat tidak tahu. Sebab apa? Pihak ini sudah pandai ambil hati dia. Bekas-bekas wakil rakyat yang tua-tua ini tidak pandai ambil hati. Bukan tak pandai, tak mampu nak ambil hati dah," katanya. | Sungai Petani - Empat rakan dituduh rompak, samun bersenjata Posted: 26 May 2016 05:59 PM PDT SUNGAI PETANI - Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Sungai Petani, di sini, atas tuduhan merompak dan samun bersenjata di sekitar Sungai Petani, di sini, hari ini.
Dua daripada empat rakan didakwa Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas tuduhan bersama melakukan rompakan di hadapan hakim, Saiful Bahari Adzmi.
Mengikut pertuduhan, dua remaja lelaki berusia 18 tahun dituduh melakukan rompakan ke atas harta milikan Hock Lian Eng, 45.
Kedua mereka dituduh melakukan kesalahan yang sama di sekitar kawasan Kenari Jaya 1, di sini, kira-kira jam 6.30 pagi, 21 April lalu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, kedua remaja itu akan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Geetha Jora Singh tidak menawarkan jaminan kepada dua remaja berkenaan sejurus pengakuan tidak bersalah oleh tertuduh. Bagaimanapun, pihaknya tidak mempunyai bantahan dan menyatakan bahawa ia terpulang kepada budi bicara mahkamah, membenarkan tertuduh dengan jaminan.
Ketika rayuan, tertuduh kedua diwakili Nurliyana Mohd Radzi meminta anak guamnya dilepaskan dengan jaminan dengan mengambil kira masalah kesihatan tertuduh.
Manakala, tertuduh pertama tidak diwakili peguam, pula merayu bahawa dia bekerja sebagai tukang jubin dan mempunyai tanggungan ibu yang sakit.
Selepas mendengar rayuan itu, Saiful Bahari hanya membenarkan tertuduh kedua dilepaskan dengan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin merupakan ahli keluarga.
Tertuduh kedua juga dikenakan syarat tambahan untuk melaporkan diri di balai polis terdekat dua minggu sekali dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 27 Julai ini.
Dalam pada itu, dua lagi daripada empat remaja itu, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata parang.
Mengikut pertuduhan, dua remaja berusia 16 tahun itu didakwa bersama seorang yang masih bebas melakukan rompakan berkawan menggunakan parang dengan mengambil wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa melibatkan kerugian RM2,500.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ke atas dua lelaki warga asing di tepi jalan kawasan perusahaan Bakar Arang, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi, 27 April lalu.
Untuk kesalahan itu, kedua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, kedua remaja itu akan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Terdahulu, kedua remaja itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.
Menerima pengakuan itu, Adibah Husna membenarkan setiap tertuduh dilepaskan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin merupakan ahli keluarga.
Tertuduh juga dikenakan syarat untuk melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan bersama ibu atau bapa. | Aloe Setar - Khemah di tapak program rosak akibat ribut Posted: 26 May 2016 05:02 PM PDT ALOR SETAR - Beberapa buah khemah di tapak Program Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah (HPPNK) 2016 di Dataran Jubli Emas, rosak teruk termasuk sebahagian diterbangkan angin kuat, dalam kejadian ribut sekitar 6.00 petang tadi.
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk HPPNK 2016, Datuk Suraya Yaacob berkata, walaupun mengalami kerosakan teruk, namun pihaknya bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian hampir sejam itu.
"Pihak kerajaan selaku penganjur sedang mentaksirkan jumlah kerugian dan jumlah khemah terlibat. Pameran veterinar di kawasan ternakan ditutup serta merta kerana terjejas teruk," katanya.
Menurutnya, pameran lain akan beroperasi seperti biasa mulai jam 10.00 pagi esok.
"Pameran pada malam ini ditutup serta merta bagi memberi laluan pihak berwajib menjalankan siasatan dan bekalan elektrik juga diputuskan serta-merta atas sebab-sebab keselamatan," katanya.
Suraya berkata, ,kerosakan akan dibaiki segera sepanjang malam ini bagi membolehkan pameran dapat diteruskan esok. "Puluhan khemah di empat seksyen mengalami kerosakan, iaitu khemah jualan makanan, pameran haiwan ternakan, jualan tanaman makanan / landskap dan khemah makan kenamaan," katanya.
Menurutnya, pameran ternakan terpaksa ditamatkan serta merta, manakala jualan tanaman landskap yang terjejas akan diganti khemah baharu.
"Peniaga di jualan makanan terlibat dipindahkan ke khemah di lokasi baharu mulai esok. Khemah makan kenamaan tidak lagi digunakan selepas perasmian selesai siang tadi," katanya.
HPPNK 2016 dibuka kepada orang ramai bermula 25 hingga 29 Mei, 10.00 pagi hingga 10.00 malam. | |
ROTIKAYA Posted: 26 May 2016 07:12 PM PDT Aznil Nawawi Habiskan RM4,000 Sebulan Untuk Wajah Cantik Posted: 26 May 2016 06:49 PM PDT Selalu juga melihat pengacara serba boleh Aznil Nawawi yang seringkali kelihatan muda ketika muncul di kaca televisyen. Mendedahkan dirinya tidak menggunakan botox, Aznil rupanya-rupanya mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan keremajaan wajah. BACA: Aznil Nawawi: Seks Bukanlah Keutamaan Saya “Orang kata saya pakai botoks pada wajah, tapi cuba tengok betul-betul wajah saya ada kedutan dan mempunyai reaksi. Jika saya guna botoks, muka akan jadi tegang dan tidak boleh memberi reaksi sedih atau gembira” “Saya akui membuat beberapa rawatan wajah seperti dermatologi, oksigen dan mengambil vitamin yang boleh dikira berjumlah RM4,000 sebulan,” jelasnya kepada mStar Online. Terjawab juga bagaimana Aznil mampu menjaga kecantikan wajah. Boleh tahan juga perbelanjaan bulanan yang dikeluarkan oleh Aznil ya. Kini Aznil juga keluar dengan produk sendiri yang sesuai digunakan untuk lelaki mahupun wanita. (rtky/s) | Jaga Hati Isteri Alif Satar, Siti Nordiana Elak Bersentuhan Posted: 26 May 2016 03:26 AM PDT Kami yakin dan percaya ramai yang terbuai dengan lakonan Siti Nordiana yang mesra dngan panggilan Nana ini bersama dengan Alif Satar dalam drama Dia Semanis Honey. Menyedari status Alif Satar, Nana menyatakan bahawa setiap lakonan yang dilakukan hanyalah di atas dasar kerja selain mengelak untuk bersentuhan. BACA: Isteri Jelik Tonton Lakonan Alif Satar & Siti Nordiana “Alhamdulillah gandingan saya dan Alif menjadi. Saya tak sangka akan diterima disebabkan saya pun gemuruh dengan respon peminat. Ini berikutan saya dengan Alif kali pertama bekerjasama, malah, jarak usia kami juga agak jauh juga” “Namun, lama-kelamaan saya rasa ada keserasian kerana dibantu oleh Alif dan pengarah. Apapun semua itu atas dasar kerja dan saya cuba sedaya-upaya untuk menjaga batas-batas antara kami berdua” “Kebanyakkan babak romantik saya mohon agar tidak ada adegan bersentuhan. Ini kerana saya juga pernah menjadi isteri, jadi saya faham bagaimana perasaan seorang isteri,” jelas Nana kepada Media Hiburan. Selain kejayaan drama tersebut, Nana juga dalam masa yang sama turut mendapat tawaran untuk berlakon drama lain. Apa pun, semoga Nana sentiasa maju dalam kerjaya. Tuah manusia, siapa yang tahu, bukan? (rtky/s) | Nas-T Akui Rezeki Melimpah Lepas Berkahwin Posted: 26 May 2016 02:47 AM PDT Nas-T yang pada mulanya hanya mendengar cerita daripada rakan-rakan yang telah berkahwin, kini melalui sendiri pengalaman rezeki melimpah. Apa yang pasti, dia sangat bersyukur dengan perkara berkenaan. BACA: Nas-T Nafi Bermusuh Dengan Bekas Suami Isterinya "Dulu asyik dengar kawan-kawan cakap, lepas kahwin insya-Allah rezeki bertambah. Akhirnya saya sendiri alami perkara itu. Bersyukur sangat atas limpahan rezeki-Nya ini. Sebelum pelantikan ini, ada syarikat pengeluar susu kambing menawarkan kepada kami sekeluarga sebagai model untuk mempromosikan produknya untuk sebuah iklan komersial” “Selain itu, terdapat juga tawaran lain yang memerlukan kerjasama kami bertiga untuk menjayakannya. Malah Atitah pun dilamar produksi drama untuk berlakon, tetapi disebabkan kekok berada di depan kamera, dia menolaknya” “Bagaimanapun, Atitah ada beritahu, jika tawaran itu memberikan watak sebagai suami isteri kepada kami berdua, dia berminat untuk mencuba kerana kehadiran saya di sisi mungkin mampu menghilangkan rasa gugupnya," jelas Nas-T kepada Utusan Online. Sementara itu, Nas-T dalam masa yang sama turut mengakui merasa rindu untuk kembali berlakon dan kini dia dalam masa yang sama turut giat membina badan selain turut memasuki acara bina badan. (rtky/s) | Hers By Bintwahab Buat Kejutan Bagi Koleksi Raya Percuma! Posted: 26 May 2016 12:14 AM PDT Untung betul orang Johor sebab boleh dapatkan hadiah percuma, tapi hanya 100 orang pertama saja butik Hers By BintWahab akan bagi. Siapa cepat dia dapat! Kenapa butik bagi percuma? Sebabnya kini Hers By BintWahab sedang adakan sambutan ulangtahun kedua butik tersebut.  Kena Datang Awal  Siapa yang nak dapatkan hadiah percuma dan juga jubah serta dress kenalah datang seawal butik dibuka, silap-silap nanti kena beratur pulak,kan? Bila dan di mana? Jom baca maklumat lanjut di bawah: Tarikh: 28 Mei 2016 Masa: 10.30 pagi hingga 5.30 petang Tempat: Hers By Bint Wahab, No.7, Jalan Padi Emas 1/5, Uda Business Centre, Johor Bahru Harga Mampu Milik  Sebab apa Hers By BintWahab mampu bertahan sehingga 2 tahun? Mestilah sebab harga yang mampu milik serta servis yang baik kepada pelanggan malah jubah mereka juga pernah muncul di televisyen, hebat betul! Cuba bayangkan, anda boleh dapatkan jubah dan juga dress serendah RM99 dan barangan kanak-kanak bermula dari RM10. Sambil berbelanja, boleh berjimat lagi tau.  Pelbagai Pilihan Menarik  Ini jika masuk butik, mahu lambat nak keluar semula sebab rambang mata tengok pilihan jubah dan juga pelbagai lagi busana yang ada di sini. Baik buat persiapan Aidilfitri awal-awal, nanti tidaklah berebut di hujung Ramadan mencari baju,kan? Tips dari kami – nak cari busana untuk bridesmaid pun boleh di sini! Jika anda masih tidak puas tengok pilihan yang ada, jom kita tengok banyak lagi pilihan gambar yang ada di bawah, pasti terpikat dengan rekaan yang menarik dan terkini. Eh, jangan lupa tau untuk ikuti mereka di Instagram dan juga Facebook, Hers Boutique atau hubungi mereka di 07-244 6369. | Mira Filzah: Zizan Razak Bukan Kekasih Saya Posted: 25 May 2016 10:15 PM PDT Baru-baru ini ada dakwaan mengatakan Mira Filzah dan Zizan Razak kini sedang menjalinkan hubungan rapat dan berkemungkinan sedang dilamun cinta. Namun begitu, Mira Filzah tampil menafikan dakwaan itu dan mengatakan beliau masih sendirian dan tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa ini. BACA: Kena Kritik Kendali ABPBH29, Mira Filzah Mohon Maaf Memetik laporan Utusan Online, pada masa yang sama, Mira menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin diantara beliau dan Zizan hanya sebagai teman rapat sahaja dan tidak lebih daripada itu. Malah jelasnya lagi, beliau dan Zizan berada didalam industri yang sama jadi hubungan itu terjalin hanya sebagai teman sesama industri. Desas-desus mengenai gosip cinta diantara mereka mula tercetus apabila mereka dikatakan dilihat berdua menemani Mira membuat laporan polis selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil baru-baru ini. Hubungan mereka juga mula mendapat perhatian ramai sejurus selepas kejadian itu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi. Sebelum ini, Mira pernah menyatakan bahawa kerjayanya sebagai insan seni membuatkan beliau sendiri tidak mempunyai masa untuk mencari kekasih hati kerana jadual kerjaya yang padat sehari-harian. Malah beliau juga menafikan sekeras-kerasnya jika terdapat sebarang gosip cinta yang dikaitkan dengannya. (rkty/w) | Fasha Sandha Tiada Niat Menggoda Melalui Selfie Posted: 25 May 2016 09:46 PM PDT | Shukri Yahaya Teruja Bakal Timang Bayi Perempuan Posted: 25 May 2016 08:52 PM PDT Kalau sebelum ini Shukri Yahaya mungkin gembira dengan berita kehamilan isterinya, Tya Adnan tetapi sekarang beliau mungkin bertambah teruja apabila sudah mengetahui jantina bayi pertama mereka. Selepas pemeriksaan dijalankan, Shukri mendedahkan bahawa mereka berdua bakal menimang seorang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. BACA: Isteri Shukri Yahya, Tya Adnan Sah Hamil 2 Bulan “Ini satu lagi khabar gembira buat kami sekeluarga. Selepas membuat pemeriksaan, doktor telah mengesahkan bahawa jantina anak kami adalah perempuan. Saya sentiasa berdoa semoga isteri dan anak yang bakal lahir ini akan sentiasa dalam keadaan yang sihat. Sebagai bakal ibu bapa baru, ia memberikan satu lagi cabaran buat saya dan isteri” “Selepas berkahwin, tanggungjawab saya bertambah lagi. Selain sudah menyediakan beberapa keperluan utama anak, saya tidak ketinggalan membuat pilihan hospital untuk isteri bersalin. Dari segi kelengkapan barang anak, saya tidak mahu terlalu berlebihan sehingga wujudnya pembaziran,” katanya kepada portal My Artis berhubung perkara itu. Dalam pada masa yang sama, pasangan Shukri dan Tya Adnan yang berkahwin pada pertengahan November lalu nampaknya sudah tidak sabar menantikan anak perempuan pertama mereka apabila kini mereka juga sedang sibuk mencari nama yang sesuai untuk bayi comel mereka. Malah dikhabarkan bayi tersebut dijadualkan lahir pada hujung bulan Ogos nanti. Walau apapun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan romantis ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan segala perancangan serta persiapan untuk menyambut kelahiran baru nanti berjalan dengan lancar. Dan diharapkan juga kedatangan bayi pertama ini akan melengkapkan lagi kehidupan serta menambahkan keceriaan rumah tangga mereka. (rkty/w) | “Bila Dah Cukup Kuota, Baru Boleh Jaga Badan” Posted: 25 May 2016 08:00 PM PDT Bakal menimang cahaya mata kedua dalam hidupnya, Fizz Fairuz meluahkan rasa bersyukur apabila isterinya, Almy Nadia telah hamil anak kedua yang kini berusia lima bulan. Malah bagi Fizz, dirinya tidak kisah jika jika isterinya mengalami kenaikan berat badan kerana hamil. BACA: Fizz Fairuz Terima Diri Sudah Tidak Popular “Jika sebelum ini dia bimbang dengan kenaikan berat badannya, tetapi bagi saya, ia tidak menjadi masalah besar. Saya katakan padanya, selagi dikurniakan rezeki anak, terima sahajalah, bila sudah cukup kuota, baru berhenti dan jaga badan,” katanya kepada Sinar Harian Online mengenai isterinya yang hamil lagi selepas melahirkan anak pertama tahun lalu. Tambahnya lagi, walaupun ada pertambahan ahli keluarga, beliau akui bahawa pada ketika ini mereka lebih selesa menjaga urusan penjagaan anak-anak sendiri, malah mereka juga tidak mempunyai pembantu rumah untuk menjaga segala keperluan anak-anak. Namun begitu, kesibukan menjaga anak-anak sesekali tidak menjejaskan perjalanan kerjaya mereka. Selain dari itu, Fizz juga turut tidak ketinggalan berasa bertuah kerana kesudian Almy untuk meluangkan masa serta menumpukan perhatiannya kepada urusan rumah tangga lebih kepada kerjaya seni sendiri. Keadaan itu jelas menyenangkan urusan apabila mereka tidak lagi perlu memikirkan soal keselamatan apabila anak dijaga orang lain. (rkty/w) | Jue Aziz Keguguran, Redha Ujian Allah Posted: 25 May 2016 07:28 PM PDT Hanya mengetahui dirinya keguguran setelah diberitahu oleh tukang urut, pelakon jelita Jue Aziz mengakui bahawa dia merasa sedih dengan perkara tersebut apatah lagi apabila dia sangat mengharapkan kehadiran cahaya mata di dalam keluarganya itu. BACA: Jue Aziz Rasa Lebih Dihormati Selepas Berhijab “Saya keguguran tiga bulan lalu dan perkara itu disedari oleh orang yang mengurut saya kerana dia bertanya sama ada saya pernah keguguran atau tidak. Saya akui ada berlaku pendarahan dan saya sangkakan ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pun ke klinik namun ia adalah keguguran awal kandungannya” “Sudah tentu saya rasa sangat sedih bila dapat tahu saya sudah keguguran tapi nak buat macam mana terpaksa reda kerana ia adalah ujian daripada Allah. Saya akan terus berusaha untuk itu dan saya harap dapat mengandung sekali lagi dalam masa terdekat,” jelasnya kepada mStar Online. Tidak mahu perkara yang sama berulang kembali, Jue menjelaskan bahawa dia akan mengelakkan dirinya daripada tekanan dan juga terlalu aktif. Jue dan suaminya yang juga merupakan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal telah bernikah pada Mac 2014 dan kini mengambil seorang anak angkat, Dawrish Naufal yang berusia 4 tahun. (rtky/s) | |
No comments:
Post a Comment