Gara-gara bentuk badannya yang susut secara drastik, ramai peminat yang prihatin mula mempertikaikan mengapa pelakon serba boleh ini terlihat sedemikian. Bagi Shaheizy Sam, dia terpaksa menurunkan berat badannya kerana terlibat dalam penggambaran filem.
Sam khabarnya kini sudah menurunkan berat sehingga 8 kilogram sejak beberapa minggu lalu dan dalam masa yang sama turut memuatnaik gambar di Instagram menjelaskan lagi raut wajahnya yang kini sudah pun cengkung.
“Saya turun 8 kg untuk watak Naufal ini,” katanya kepada BH Online. Menurut Sam, tujuan beliau memuat naik gambar itu bagi menjelaskan persoalan ramai mengenai berat badan dan bentuk fizikalnya sekarang. Ramai yang bertanyakan saya soalan yang lebih kurang sama kebelakangan ini, seperti apakah saya sedang sakit dan kenapa saya terlalu kurus?”
“Tidak kurang juga yang beri kenyataan memohon saya jangan kurus sangat nanti tidak lagi kacak. Sebenarnya, apa yang saya buat ini demi tuntutan watak dan kerja. Alhamdulillah, saya masih sihat”
“Untuk menjadi pelakon, kita tidak boleh sentiasa sentiasa menjadi kacak, macho atau comel. Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon. Apapun, terima kasih kerana mengambil berat. Saya sayang kamu semua,” katanya yang dipetik dari BH Online. (rtky/s)
Jika sebelum ini timbul khabar angin yang mengatakan bahawa bayaran yang diterima Caliph Buskers ketika membuat persembahan adalah sedikit malah pihak KRU turut terkena tempias yang sama.
Melalui Kosmo! Online, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Rizal Sahimy menjelaskan bahawa Caliph Buskers memang bergerak secara sendirian dan bukan diuruskan sepenuhnya oleh KRU Music kerana kontrak yang terjalin antara mereka hanyalah secara eksklusif bagi rakaman muzik sahaja.
"Terdapat juga pelanggan yang menghubungi KRU Music untuk mendapatkan perkhidmatan Caliph Buskers. Jika berlaku sedemikian, KRU Music akan bertanya kepada mereka terlebih dulu tentang harga yang ditawarkan dan sebarang harga yang KRU Music bayar kepada Caliph Buskers adalah atas persetujuan bersama kedua-dua pihak," katanya.
Justeru sepanjang menguruskan Caliph Buskers, menurut Rizal, bayaran persembahan yang diterima bagi setiap acara berbeza-beza mengikut persetujuan yang sudah diputuskan.
Katanya, memandangkan mereka merupakan artis berkumpulan, jadi setiap individu akan dibahagi sama rata selepas ditolak caj pengurusan yang sudah termaktub.
"Harga minimum adalah sekitar RM3,000 hingga RM10,000 (mengikut jumlah lagu). Kebanyakan persembahan Caliph Buskers adalah sekitar RM6,000 bagi setiap persembahan. Bayaran sebanyak RM800 setiap seorang itu adalah separuh benar (half truth) apabila mereka mendapat bayaran sebanyak RM6,000 untuk membuat persembahan”
“Selepas tolak kos pengurusan, wang bagi Caliph Buskers dibahagi kepada lima dan setiap seorang akan menerima RM840," katanya yang menafikan dakwaan pihaknya membayar rendah kepada band berkenaan. Pendapatan Caliph Buskers mencecah RM600,000 sepanjang tahun lalu,” jelasnya.
Tambah Rizal, dalam jumlah tersebut terdapat persembahan yang turut diuruskan oleh pihak Caliph Buskers sendiri. Pastinya dengan penjelasan sebegini dapat kembali memberi gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku yang mungkin tidak diketahui oleh pihak di luar sana. (rtky/s)
Tidak lama lagi penyanyi terkenal, Hafiz Suip akan melangsungkan perkahwinannya bersama tunang, Nureffy Jesreel Abdullah selepas mengikat tali pertunangan pada Febuari tahun lalu. Hafiz juga mengumumkan tarikh bahagia mereka iaitu pada 14 Mei ini.
“Semakin dekat dengan hari perkahwinan, semakin saya berasa gementar. Pada masa sama, macam-macam cabaran yang datang. Bagaimanapun saya anggap ianya sebagai perkara biasa yang dilalui oleh bakal suami seperti saya”
“Apabila bertemu sesiapa pun, andainya soal kahwin yang dibicarakan, ia menambah tekanan. Apapun, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab ini. Diharapkan, apa yang dirancang kelak akan berjalan lancar. Insya-Allah,” katanya kepada Berita Harian Online.
Tambah Hafiz lagi, setakat ini persiapan majlis hari perkahwinannya sudah pun siap hampir 70 peratus. Manakala selepas majlis nikah diadakan, keesokan harinya akan berlangsungnya majlis resepsi dimana Kedua-dua majlis akan diadakan di Kuching.
Menurut Hafiz, beliau akui ada keinginan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannya di Kuala Lumpur namun buat masa ini masih tiada kata putus atau perancangan mengenainya lagi. Walau apapun semoga segala perancangan berjalan lancar buat pasangan merpati dua sejoli ini. (rkty/w)
Baru-baru ini gosip cinta diantara pasangan selebriti penyampai Era FM, Radin dan Ayda Jebat hangat diperkatakan umum. Semalam pula, Radin tampil mengenakan pakaian sedondon dengan Ayda ketika menghadiri sebuah majlis anugerah, sekaligus menguatkan lagi dakwaan orang ramai.
“Kalau ada jodoh antara kami, saya tidak menolaknya. Semua ini ketentuan Tuhan. Kalau dikutkan, sejak dirinya memasuki Akademi Fantasia musim kesembilan lagi saya sudah sedar kehadirannya. Selepas itu pula dia meletup dengan drama Rindu Awak 200%”
“Tahun lalu, dia jadi tetamu saya di konti radio Era ketika mempromosikan single Siapa Diriku. Tahun ini saya jadi hos majlis sambutan hari lahirnya pula. Peminatnya pun menyenangi saya. Jadi, tiada masalah untuk kami berkawan,” katanya kepada Berita Harian Online.
Bagi Ayda pula, beliau tidak menafikan bahawa dirinya dan Radin sedang berkawan rapat kerana baginya Radin mempunyai personaliti disenangi olehnya. Malah akuinya lagi, mereka mempunyai banyak persamaan seperti berperangai gila-gila dan suka bercakap.
Pada masa yang sama, Ayda turut mendedahkan bahawa peminatnya juga amat menyukai Radin ketika beliau mengacarakan majlis sambutan hari lahirnya yang lalu. Malah Radin juga pandai membeli jiwa peminatnya sampaikan ada diantara mereka yangc cair dengan ayatnya yang manis. (rkty/w)
Pelakon, Mia Ahmad menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi. Namun begitu beliau akui berkawan rapat dengan pemain bola sepak itu.
"Saya tidak mahu menjadi hipokrit. Ini kerana adalah terlalu awal untuk memberitahu bahawa saya sedang berada dalam sesuatu hubungan. Perkara ini sebenarnya bagi saya agak privasi, tetapi apa yang boleh saya beritahu disini adalah kami hanya berkawan”
"Kalau mahu kata dalam fasa berkenalan, jujurnya kami sudah kenal, cuma untuk lebih mengenali hati budi masing- masing tidak ada masa sebab sibuk,” katanya kepada Utusan Online berhubung dakwaan mengatakan beliau kini sedang hangat bercinta dengan pemain bola sepak itu.
Tambahnya lagi, mungkin status Izham sebagai seorang pemain bola sepak membuatkan orang ramai cepat tertarik dengan kisah ini walaupun sebenarnya tiada apa yang berlaku. Katanya, jika benar beliau didalam sesuatu hubungan istimewa, beliau akan kongsikan dengan peminat. (rkty/w)
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Rebecca Nur Al Islam kerana telah selamat melahirkan seorang lagi bayi comel lelaki semalam di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur secara pembedahan. Bagaimanapun keadaan bagi kedua-dua ibu dan bayi tersebut adalah baik.
Menerusi akaun Instagramnya, Rebecca meluahkan rasa syukurnya kerana berpeluang memiliki hadiah terindah pada hari kelahirannya dengan melahirkan seorang anak lelaki yang sihat seberat 3.79 kilogram. Namun begitu, Rebecca masih belum mendedahkan nama bayi itu.
Sebelum ini Rebecca pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mengimpikan anak kembar untuk kelahiran kali ini kerana ketiga-tiga anak terdahulu juga dilahirkan secara pembedahan. Jadi mungkin kelahiran keempat ini menjadi kelahiran terakhir buatnya dan suami.
Malah katanya lagi, beliau tidak kisah mempunyai anak ramai ini kerana selain dari tiga anaknya, dua lagi anak tiri beliau turut tinggal bersama. Baginya lebih ramai anak lebih meriah rumah dibuatnya. Nanti bila tua pun pasti ramai yang akan bergilir-gilir menjaga mereka.
Walau apapun, tahniah sekali diucapkan kepada pasangan Rebecca Nur Islam dan Datuk Nor Azam Sulaiman. Semoga kelahiran anak keempat ini dapat membahagiakan dan menceriakan lagi rumah tangga. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dekat Kampung Gong Kubur, Permaisuri, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, dua mangsa berusia 17 tahun yang belum dikenal pasti identitinya dikatakan berkonvoi bersama 28 lagi motosikal lain menuju ke arah Wakaf Tengah di sini.
Difahamkan, kumpulan remaja berkenaan dalam perjalanan pulang daripada berkelah sempena cuti umum dan sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki dua mangsa bergesel sesama sendiri sebelum terjatuh ke atas jalan.
Sebaik terjatuh, sebuah kereta Hyundai yang datang dari arah Penarik menuju ke Permaisuri dikatakan gagal membrek lalu merempuh mangsa yang berada di atas jalan.
Kejadian menyebabkan kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Maras dan Tepoh maut di lokasi kemalangan dengan seorang daripada mangsa putus kepala Manakala seorang lagi pecah di bagian kepala
Dua mangsa adalah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Bukit Guntung dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.
Video yang mulai viral sejak 2 hari lepas itu kini telah pun di share hampir 10,000 pengguna FB. Alkisahnya, wanita itu berkaraoke 'Smule' dengan bekas suaminya yang bersama-sama dengan isteri terbaru. 5 saat awal nampak seperti biasa, namun selepas itu, dek kerana emosi si wanita terganggu dengan aksi-aksi romantik bekas suaminya itu, naik huru hara jadinya! Pelik pelik manusia sekarang !
Tidak sampai 48 jam selepas memenangi tunai RM 500,000, kami dikejutkan dengan isu gaduh dan tidak berpuas hati sesama ahli kumpulan Bocey...Isu ini dijelaskan sendiri oleh Fad dan Achey.
Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan lebih lima lelaki serentak, malah melayan nafsu warga emas seusia bapanya hingga mendapat gelaran Ratu Bohsia.
Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.
Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan.
Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya 'diratah', termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram.
Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki 'syaitan' terutama Mat Rempit.
Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit.
Menurutnya, dia menghilangkan diri selepas berang dengan sikap ibu bapanya tidak mempercayai aduan bahawa diadirogol datuk sendiri.
"Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar Mat Rempit di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing.
"Saya puas kerana dapat mengenali ramai 'kaki rempit' berhati batu dan kagum mereka tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri ketika melakukan aksi di jalan raya," katanya.
Selepas seketika berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan wajah sebenar apabila menyerahkannya kepada rakan untuk 'dipakai' secara beramai-ramai.
Demi menjaga imej di kalangan Mat Rempit terbabit, katanya, dia terpaksa menyerahkan kesucian dirinya.
Sejak itu, Masliza berkata, dia sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta menyebabkannya ketagih untuk melakukan hubungan seks.
Masliza mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam satu bilik hotel serentak."Ia pengalaman hitam yang menakutkan, namun saya melakukannya untuk membalas dendam terhadap keluarga yang menganiaya saya, terutama datuk. Lama-kelamaan ia menjadi hobi dan keseronokan kepada diri sendiri.
"Saya lari dari rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan dirogol datuk sendiri serta dihantui masalah keluarga yang tidak berkesudahan."Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya terabai," katanya.
Bagaimanapun, Masliza diselamatkan seorang individu tidak dikenalinya yang menghantarnya ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri gara-gara cuba menggugurkan kandungan. Dia mendakwa sedang diburu ahli keluarganya kerana mengadu mengenai peristiwa hitam dinodai datuknya sendiri beberapa tahun lalu kepada pihak berkuasa supaya menarik balik laporan itu.
Bagaimanapun, dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu.
Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya.
"Kami yakin dengan program sedia ada dapat membantunya memulihkan semula keyakinan diri ketika berdepan dengan masyarakat selain membina semula imej. Dia kini ibarat sedang 'dilahirkan' semula. "Saya cukup terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak memandang serius aduan anak mereka kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan walaupun perkara itu benar-benar berlaku," katanya.
Menurut Ahmadi, masalah keluarga penyebab utama kepada keruntuhan akhlak remaja pada zaman ini. "Peningkatan kes seumpama itu cukup membimbangkan. Ibu bapa bukan saja perlu mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup, malah mengikuti perkembangan mereka.
Sikap lepas tangan akan menyebabkan masalah terus menghantui kita semua," katanya.
Remaja putus kepala dalam nahas ngeri ragut dua nyawa! Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un ( انّا للہ و انّا الیہ راجعون) | Dua pelajar lelaki maut dengan seorang daripadanya putus kepala selepas terjatuh dari motosikal masing-masing sebelum digilis kereta dekat Kampung Gong Kubur, Permaisuri, petang tadi. Memetik laporan myMetro, kemalangan ngeri jam 5.20 petang […]
Penjaga gol Melaka United Marco Stefan Petrovski meninggal dunia! Penjaga gol Melaka United, Marco Stefan Petrovski, 18, yang tidak sedarkan selepas dipanah petir pada 5 April lalu, meninggal dunia sebentar tadi. Beliau yang merupakan penjaga gol simpanan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Jalan Bendahara, Melaka. Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) […]
Kenaikan Gaji Tahunan Oktober diawalkan ke bulan Julai 2016? Sebagaimana yang semua kakitangan awam maklum, ada empat pergerakan gaji tahunan berbeza setiap tahun iaitu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Namun begitu, berdasarkan beberapa sumber info ada menyebut mengenai KGT untuk bulan Oktober akan diawalkan kepada bulan Julai. Apapun info perubahan […]
Sebanyak lapan cawangan di Bahagian Umno Pengerang mengemukakan usul menolak Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai calon Pilihanraya Umum ke-14 kelak.
Usul menolak Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Pengerang itu, oleh ketua-ketua cawangan adalah usul baru yang dikemukakan peringkat cawangan di negeri Johor dalam persidangan mesyuarat ketua cawangan di bahagian itu.
Setiausaha Kerja Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Johor, Samudin Kambali berkata, usul menolak Azalina bukan sahaja dibuat oleh ketua cawangan Felda Semenchu sebaliknya dakwa beliau, membabitkan tujuh lagi cawangan di bahagian sama.
"Selain Felda Semenchu ada tujuh cawangan lain turut menolak Azalina.
"Ini kerana beliau gagal memainkan peranannya sebagai seorang Ahli Parlimen Pengerang selama dua penggal.
"Azalina juga adalah seorang pemimpin yang mempunyai dua status karektornya 'pengkid' dan 'wanitanya' .
"Status pengkidnya amat sukar diterima oleh masyarakat di kawasan pendalaman di Pengerang.
"Lapan cawangan itu merayu BN tidak calonkan Azalina pada PRU 14 dan mohon mencalonkan pemimpin Melayu lain.
"Maknanya dua statusnya itu yang amat sukar difahami oleh segelintir orang kampung," katanya kepada Malaysia Dateline.
Samudin juga berkata, Azalina kurang memberikan tumpuan kepada kawasannya.
"Tiada apa kemudahan pun yang terdapat untuk rakyat di kawasan yang dipimpinnya.
"Malah beliau juga jarang hadir ke majlis yang diadakan di Pengerang bersama rakyat," dakwanya.
Beliau diminta mengulas mengenai tersebarnya kertas usul Persidangan Tahunan Umno Cawangan Felda Semenchu 2016 yang diviralkan sejak beberapa hari lalu.
Samudin berkata, jika lapan ketua cawangan menolak Azalina ia boleh dianggap sesuatu yang serius terutama membabitkan karektor menteri di jabatan perdana menteri itu.
"Lapan ketua cawangan di Pengerang turut kemuka usul tolak Azalina maknanya perkara yang amat seriuslah tu," ujarnya.
Difahamkan usul sama turut dibuat oleh Cawangan Pengerang dalam mesyuarat ketua cawangan pada 22 April dan usul yang dibawa Umno Cawangan Felda Semenchu pula bersidang pada 26 April lalu manakala enam cawangan lagi yang mengemukakan usul sama tidak didedahkan.
Bahagian Penggerang mempunyai 30 cawangan yang mana difahamkan 15 cawangan telah mengemukakan usul menyokong Muhyiddin dan meminta Majlis Tertinggi Umno membatalkan pengantungan jawatan Timbalan Presiden Umno itu serta mendesak Najib berundur.
Cawangan turut membawa usul lain antaranya menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin.
Usul meminta Presiden Umno berundur sebelum PRU14 dan usul Penubuhan Suruhanjaya Diraja di bawah Majlis Raja-raja.
Dijangkakan jumlah cawangan yang mengemukakan usul sama akan meningkat sehingga berakhirnya Persidangan Mesyuarat Ketua Cawangan pada 1 Mei depan.
KUALA LUMPUR 30 April - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor hari ini diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya untuk mengetepikan hukuman kerana kesalahan mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah itu juga memerintahkan Abdul Rahim membayar denda RM2,000 atau penjara dua bulan seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 15 Mac tahun lalu.
Abdul Rahim, 57, kemudian dibawa menaiki sebuah Pajero cermin gelap menuju ke Penjara Kajang dengan diiringi anggota-anggota polis dalam dua buah Pajero lain dan dua buah kereta kira-kira pukul 2.52 petang ini.
Hukuman penjara terhadap Abdul Rahim berkuat kuasa mulai hari ini.
Hakim Datuk Shaik Daud Ismail yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat penghakimannya pagi ini, selepas mendengar hujah rayuan yang dikemukakan oleh peguam-peguam mewakili perayu (Abdul Rahim), K. Kumaraendran dan V. Sithambaram.
Beliau mencapai keputusan itu bersama Hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Saari Yusoff dan Datuk K.C. Vohrah.
Pihak pendakwa yang menentang rayuan tersebut diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin dan Dzulkifli Ahmad.
Karpal Singh dan S.N. Nair pula hadir selaku peguam-peguam pemerhati mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengadu kes tersebut.
Abdul Rahim membuat rayuan itu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara dua bulan yang telah dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Akhtar Tahir.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dalam keputusannya pada 15 Disember tahun lalu mengetepikan hukuman denda RM2,000 terhadap Abdul Rahim.
Ketika mengumumkan penghakimannya menolak rayuan itu pada sidang pukul 11.30 pagi ini, Hakim Shaik Daud menegaskan bahawa Abdul Rahim melakukan kesalahan itu pada masa dia memegang jawatan tertinggi dalam pasukan polis.
Katanya, Abdul Rahim sepatutnya menjadi contoh dalam pasukan polis tetapi sebaliknya dia meletakkan dirinya pada tahap yang paling rendah akibat perbuatan yang telah dilakukannya.
Hakim Shaik Daud berkata, tindakan perayu yang dilakukan terhadap orang tahanan tidak dapat dibayangkan dan ia tidak berperikemanusiaan.
Tambahan pula dalam kes ini, kata beliau, orang tahanan itu diarahkan oleh Abdul Rahim supaya diikat (ditutup) kedua-dua matanya dengan kain dan yang paling teruk tangan digari dari belakang.
Hakim Shaik Daud menegaskan, ia suatu perbuatan yang teruk dalam pasukan polis yang berdisiplin.
Menurut beliau, mahkamah telah meneliti dengan terperinci rekod rayuan Abdul Rahim demi keadilan kedua-dua pihak iaitu perayu dan juga mangsa.
Dalam menilai hukuman, jelas Hakim Shaik Daud, ia mengambil kira kepentingan mangsa selain tidak mengetepikan kepentingan awam.
``Kami juga menimbangkan hujah-hujah yang dibentangkan oleh peguam-peguam perayu pagi ini,'' jelas beliau.
Bagaimanapun, kata Hakim Shaik Daud, dalam keadaan kes ini, mahkamah tidak dapat menemui sebarang perkara untuk campur tangan berhubung hukuman yang telah diputuskan oleh hakim Mahkamah Sesyen.
``Kami berpendapat bahawa Mahkamah Tinggi tidak seharusnya campur tangan dengan bidang kuasanya hanya kerana Hakim Mahkamah Sesyen tidak menyatakan secara spesifik kenapa dikenakan denda.
`Kami tidak ada alasan untuk membatalkannya (denda),'' jelas Hakim Shaik Daud.
Menurut Hakim Shaik Daud, alasan yang dinyatakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen meliputi keseluruhan hukuman berdasarkan fakta dan keadaan kes itu.
Namun, ujar beliau, hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen itu adalah ringan dan alasannya hanya diketahui oleh hakim mahkamah berkenaan.
Pendakwa raya juga, kata beliau, tidak mengemukakan rayuan balas terhadap hukuman itu.
Selain itu, kata Hakim Shaik Daud, beliau ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada mahkamah-mahkamah yang lebih rendah bahawa ia seharusnya menangani kes-kes melibatkan pegawai polis memukul sesiapa pun dengan serius.
``Tanpa mengira pangkat pegawai polis yang didapati bersalah memukul mana-mana orang awam ataupun seseorang tahanan seperti kes ini,'' tegas beliau.
Hakim Shaik Daud menjelaskan lagi, sebagaimana yang dinyatakan pada awalnya, mahkamah itu tidak mendapati sebarang kesilapan dalam undang-undang atas hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen tersebut.
Pada 15 Mac tahun lalu, Abdul Rahim telah dihukum penjara dua bulan dan denda RM2,000 atau penjara dua bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan pindaan mencederakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu di lokap No. 6, Bukit Aman, kira-kira pukul 10.45 malam, pada 20 September 1998.
Ketika berhujah dalam rayuan itu hari ini, Kumaraendran memohon agar Abdul Rahim tidak dikenakan penjara kerana dia akan kehilangan wang pencen.
Kumaraendran berkata, dengan mengaku bersalah terhadap kesalahan itu, Abdul Rahim akan hilang faedah persaraannya seperti pencen yang secara tidak langsung merupakan denda berjumlah RM5,000 sebulan.
Beliau menambah Abdul Rahim bertanggungjawab sepenuhnya dengan mengaku terhadap kesalahan itu di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden itu.
Abdul Rahim meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara pada 8 Januari 1999.
Menurut peguam itu lagi, Hakim Mahkamah Sesyen juga tidak menimbangkan khidmat dan jasa cemerlang Abdul Rahim kepada negara ini.
Sebelum itu, Kumaraendran menerangkan sebab-sebab mengapa Abdul Rahim mengaku bersalah atas tuduhan pindaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Di antara sebabnya, kata peguam itu, Abdul Rahim sungguh menyesal atas perbuatannya dan jika perbicaraan dijalankan ia akan melibatkan anggota polis lain.
Katanya, Abdul Rahim juga tidak mahu isu itu berlarutan dan tidak mahu memalukan kerajaan.
Hakim Shaik Daud lalu mencelah dengan mengatakan bahawa bukankah tindakan Abdul Rahim itu telah memalukan negara.
Peguam tersebut menjawab walaupun perkara itu tidak dinafikan namun ia menjimatkan masa perbicaraan kerana terdapat 24 orang saksi.
Ketika berhujah balas, Salehuddin yang mewakili pendakwa memberitahu bahawa pihaknya tidak mengemukakan rayuan balas kerana berpendapat keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dengan mengekalkan hukuman penjara terhadap perayu tersebut.
Akihrnya PAS memperlihatkan ia sebuah parti opportunistik apabila menyakan pertembungan PRK-DAP akan memberi kelebihan kepadanya. PAS tidak hiraukan kepentingan perpaduan di kalangan parti pembangkang.
Bererti PAS suka dengan situasi sedemikian supaya PAS dapat memungut laba hasil pertembungan PKR-DAP itu.
Di Selangor PAS bukan main ampu Azmin dan PKR untuk pertahankan status quonya mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP supaya tak hilang jawatan exco dan 5,000 jawatan lantikan politik di negeri itu.
Di Sarawak lain pula ceritanya, dia suka dan bertepuk tangan melihat PKR dan DAP berlaga.
Malah di tiga DUN, iaitu di Lambir, Kakus dan Jepak, PAS berlawan dengan PKR.
Jika PAS menyatakan pertembungan PKR-DAP beri kelebihan kepada PAS, sekarang pertembungan PAS-PKR di tiga DUN itu pula beri kelebihan kepada siapa jika bukan BN?
Setakat ini, alhamdulillah, hanya AMANAH sahaja yang tidak bertembung melawan mana-mana komponen parti Pakatan Harapan.
Pertembungan PKR-DAP kelebihan pada PAS – Abdul Hadi
KUALA TERENGGANU: Pertembungan sesama sekutu Pakatan Harapan, PKR dan DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka memberi kelebihan kepada PAS.
Keyakinan itu disuarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di samping sokongan rakyat pelbagai kaum kepada parti Islam itu sangat baik sebagai alternatif mewakili pembangkang untuk menolak Barisan Nasional (BN).
"(Adakah pertindihan kerusi antara PKR dan DAP akan beri kelebihan kepada PAS?) Kemungkinan ia membawa kesan lebih posifif kepada kita (PAS)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal Media malam tadi.
Abdul Hadi pada masa sama yakin bahawa PAS akan memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi pada pilihanraya tersebut.
"Sambutan dari masyarakat dari semua kalangan sangat baik, termasuk yang bukan Islam. (Memandangkan) Kita telah menampilkan calon dari pelbagai kalangan termasuk wanita dan bukan Islam walaupun jumlahnya 11 kerusi tetapi sudah cukup untuk memberi mesej pada penduduk Sarawak.
"Kita yakin daripada (11 kerusi) dua kerusi (kita akan menang) dan mungkin ada lagi tambahan yang lain, antaranya di kawasan yang melibatkan pertandingan bekas wakil rakyat DAP yang bertanding BEBAS melawan DAP," katanya menjawab jumlah kerusi yang bakal dimenangi parti itu.
PKR dan DAP akan bertembung di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei ini apabila kedua-dua parti itu gagal mencapai kata putus bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.
Sementara itu, PAS pula akan meletakkan calon di 11 kerusi yang turut ditentang bekas sekutu mereka, PKR, DAP dan AMANAH, antaranya di kerusi Samalaju (PAS, DAP dan BN), Lambir (PAS, PKR dan BN), Pujut (PAS, DAP, BN dan BEBAS), Samariang (PAS, BN dan AMANAH), Muara Tuang (PAS, BN dan AMANAH), Sadong Jaya (PAS, BN, AMANAH dan BEBAS), Sebuyau (PAS, BN dan AMANAH), Beting Maro (PAS, BN dan AMANAH), Kakus (PAS, PKR dan BN), Jepak (PAS, PKR, BN dan BEBAS), Pantai Damai (PAS dan BN).
Video adalah sedutan ucapan Mukhriz dari Majlis Bicara Selamatkan Malaysia di Johor Baru dua malam lepas ( KLiK ).
Mukhriz telah mengenal pasti antara lain 3 jawapan SALAH yang diberikan dalam buku terbitan JAS - 1MDB, Siapa Kata Tidak Dijawab ? setelah beliau membandingkan jawapan JASA dengan fakta yang dibentangkan oleh PAC dalam pembentangan laporan parlimen baru ini.
soalan no 11 - Benarkah USD700 juta dari pelaburan dalam Petrosaudi lesap dan dimasukkan ke dalam akaun Goodstar milik Jho Low ? .... Jawapan JASA - Tidak benar. Mukasurat 25 dalam laporan PAC disebut, pada 30 September ... ( saya prinskrin bahagian berkenaan dari lapuran PAC -
Maksudnya, ini satu penipuan.
Kemudian, soalan nombor 6, ditanya benarkah dakwaan Tun Mahathir bahawa RM27 bilion lesap ? Jawapannya - Tidak ....
Kemudian diletak satu jadual, dihuraikan ke mana duit2 ni semua pergi. Dan salah satu yang disebut di sini, 4.2 bilion Aabar Investments deposit. Baru dua tiga minggu lepas, IPIC dan Aabar telah mengeluarkan kenyataan - dia tak terima duit ini.
Entah ke mana pergi, hilang. Lesap. Tapi dalam buku ini ia kata, tidak benar lesap. Itu penipuan juga.
Ada saya tulis artikel mengenai ini - KLiK dan saya copy perenggan yang penting dari kenyataan IPIC itu -
Both IPIC and Aabar confirm that Aabar BVI was not an entity within either corporate group. Further, both IPIC and Aabar confirm that neither has received any payments from Aabar BVI nor has IPIC or Aabar assumed any liabilities on behalf of Aabar BVI.
Soalan nombor 16, benarkah 1MDB cuba merampas wang Terengganu Investment Authority (TIA) dan mencagar telaga minyak Terengganu ? Jawapan dia - Tidak Benar Sama sekali !
Saya prinskrin laporan PAC -
Rupa2nya memang benar penipuan.Tipah tertipu lagi.
Itulah sebabnya rakyat sudah tidak lagi tahan dengan penipuan demi penipuan daripada jawapan2 yang diberikan oleh pelbagai orang termasuk Perdana Menteri sendiri.
********************************
Bulan lepas kita diberitahu melalui jawapan di parlimen, kerajaan telah membelanjakan lebih RM600 ribu ( KLiK ) untuk terbitkan buku "1MDB - Siapa Kata Tidak DiJawab" itu.
Nah .... bukan saja tidak menjawab secara telus, malahan pihak JASA yang bertanggungjawab terbitkan buku itu pula terbukti MENIPU dalam beberapa jawapan yang diberikan !
Apa tugas utama JASA ni ? Memberi penerangan kepada rakyat akan isu2 semasa atau membela Najib dan 1MDB walaupun terpaksa menipu ?
Kalau dikatakan yang pihak Jasa sendiri tidak mendapat maklumat sebenar mengenai persoalan2 yang dilontarkan, adakah itu bermakna yang Jasa telah memandai2 jawab sendiri tanpa merujuk kepada 1MDB ? Atau sebenarnya 1MDB yang menipu menggunakan Jasa ?
Pelik sungguhla 1MDB ni ..... tak pernah2 berlaku dalam sejarah negara kita berlaku kes seperti 1MDB ini ! Benda yang terang2 merugikan negara, memalukan negara dan kemungkinan besar bakal berdepan dengan dakwaan2 pihak penyiasat antarabangsa akan salahlaku kewangan yang turut melibatkan nama Najib malah terbukti melesapkan berbilion ringgit wang rakyat .... TAPI kerajaan dan pemimpin2 Umno semuanya senyap.
Langsung tidak ada teguran atau pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut .... semuanya angguk2 macam patung ! Dah kena mandrem ke apa ?
Demi memastikan Deklarasi Rakyat benar-benar mendapat sokongan sekurang-kurangnya 1 juta tandatangan sebelum di serahkan kepada Majlis Raja-Raja pertengahan Mei ini, semua pihak yang terlibat nampaknya sedang bekerja keras ke arah itu.
Di pasar malam, di majlis forum, di kompleks membeli-belah, membuka meja di kaki lima, bahkan di mana-mana usaha mengumpulkan tandatangan itu menggambarkan rakyat pelbagai lapisan sedang berganding mahu dan bersatu hati mengenainya.
Tun Mahathir sendiri, selepas 28 April lalu di Jitra dan 29 April di Johor Bahru, pada malam 1 Mei ini kembali semula ke ibu negeri Kedah untuk program Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di Bandar Stargate, Alor Setar.
Pada 4 Mei, Tun Mahathir akan ke Kota Bharu dan pada 6 Mei pula ke Ipoh, kedua-duanya untuk program Selamatkan Malaysia dan mempromosi Deklarasi Rakyat yang matlamat awalnya ialah mengumpul 1 juta tandatangan daripada rakyat.
Dalam usia 91 tahun, kesediaan dan kegigihan Tun Mahathir ke sana ke mari, aduhai....amat mengkagumkan!!
Kepada yang belum tandatangan, boleh lakukannya di sini - bit.ly/deklarasirakyat dan kepada yang ingin menurunkan tandatangan di program-program Selamatkan Malaysia, boleh juga berbuat demikian di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai.
Yang penting, dalam tempoh dua minggu ini, matlamat mendapatkan 1 juta tandatangan itu jangan sesekali gagal. Sekurang-kurangnya hargailah kegigihan Tun Mahathir.
Bak kata Tun Mahathir, kalau 1 juta yang tandatangan ini nak ditangkap, di lokap mana nak diletakkan mereka yang seramai itu!! (SH 01/05/2016).
Timbalan Presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana nasibnya selepas ini ketika ada pihak dikatakan cuba mengemukakan usul untuk memecat beliau daripada Umno.
"Ada orang usulkan nama saya untuk dipecat dan saya pun tak tahu apa nasib saya selepas ini," kata Muhyiddin.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta Dialog generasi muda: Integriti dan masa depan di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
Menteri Pelancongan yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin berkata beliau berhasrat untuk mengemukakan usul pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz daripada Umno pada mesyuarat parti itu akan datang yang dijadualkan selepas pilihan raya negeri Sarawak Ke-11.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam reaksi balasnya berkata, anggota MT Umno berhak menyuarakan pandangan dan mengemukakan usul pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz.
Ab Rauf berkata, pandangan berkenaan juga selaras dengan rasa hormat ahli-ahli MT terhadap kepimpinan institusi Umno yang menerima pelbagai tohmahan dan fitnah yang menjejas reputasi parti itu.
Sementara itu, Muhyiddin ketika diminta mengulas pilihan raya negeri Sarawak, ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau tidak mahu bercakap langsung mengenainya.
"Saya tak mahu bercakap langsung," katanya ringkas sebelum berlalu pergi meninggal media.
Kempen pilihan raya negeri Sarawak masuk hari ketujuh hari ini.
Baki kempen kini tinggal enam hari lagi sebelum pengundian 7 Mei ini.
Pada pilihan raya negeri kali ini sebanyak 82 kerusi DUN dipertandingkan termasuk 11 kerusi baru.
BN menang tanpa bertanding di dua kerusi pada hari penamaan calon 25 April lalu.
Bagi seseorang yang telah menghafal Al-Quran, kelibat Wan Ji Wan Hussin tidak kelihatan seperti pendakwah Islam yang biasa.
Namun, beliau pastinya layah untuk gambaran seperti itu. Sebagai seorang 'hafiz'- yang mempelajari Al-Quran seawal usia 13 tahun, beliau mendalami ilmu agama di sekolah agama Lubuk Tapah di Pasir Mas, Kelantan, sebelum melanjutkan pengajian di Karachi, Pakistan.
Bekas pelajar Universiti Al-Azhar yang cukup berprestij, bapa kepada empat cahaya mata ini memegang ijazah dalam undang-undang syariah dan lulus pengajian program sarjana dalam bidang maqasid shariah dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Pentauliahan itu pastinya menjadi beliau sebagai pendakwah Islam biasa tetapi tahanan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberi ceramah tanpa permit dan kes beliau di bawah Akta Hasutan atas dakwaan menghina Sultan Selangor, telah membezakannya dari rakan-rakan seangkatannya.
Perbualan dengan beliau akan menyebabkan anda sedar bahawa lelaki berusia 34 tahun itu 'luar biasa'.
Lelaki yang bernada suara lembut dan berkaca mata ini tidak menunjukkan sikap apologetik apabila melibatkan kenyataannya menentang mufti, menteri yang bertanggungjawab atas hal-ehwal Islam, di samping institusi keagamaan.
Pengkritik kelahiran Kelantan tetapi dibesarkan di Kuala Lumpur, di sebalik dakwaan ceramah-ceramahnya sebagai 'sesat', tegas mengatakan semua ini sebagai 'normal', datang dari mereka yang tidak menyukau apa yang diperkatakannya.
Berikut adalah kisahnya, dari mulut beliau sendiri.
ORANG TIDAK SUKA SEBAB SAYA SELALU MENGKRITIK TOKOH AGAMA. Pandangan saya berbeza dari tokoh-tokoh agama di negara ini. Saya kata Malaysia sebab di negara-negara lain, (pandangan saya) tidak pelik. Sebagai contoh, apabila saya kata bukan Islam mesti diberikan hak untuk menyatakan pandangan mereka.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Melaka: Penjaga gol simpanan Melaka United, Marco Stefan Petrovski, 18, yang tidak sedarkan selepas dipanah petir pada 5 April lalu, meninggal dunia sebentar tadi sebuah hospital swasta di Jalan Bendahara, di sini.
TAHNIAH diucapkan buat pelakon Rebecca Nur Al-Islam Ahmad kerana telah selamat melahirkan anak keempatnya di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, semalam.
Zamboaga City – 10 warga Indonesia dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf di Sulu pada petang Ahad. Ketua Polis Sulu, Superintendan Wilfredo Cayat mengesahkan pembebasan 10 warga Indonesia tetapi tidak menyediakan maklumat lanjut mengenainya.
Kuala Terengganu – "Syukur … saya yakin apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya", kata Ahmad Razif Abdul Rahman susulan pengesahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.
SEPANG: Beberapa penumpang syarikat penerbangan tambang murah AirAsia meluahkan kekecewaan di media sosial selepas beberapa penerbangan dibatalkan pada saat akhir.
Seorang pengulas sukan sebuah stesen televisyen swasta terpaksa keluar melalui tingkap kereta apabila kereta dipandunya tersepit dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 174 Lebuhraya Utara – Selatan (Plus) menghala selatan, di sini, semalam.
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: "Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: "Jangan ada yang bergerak.
Jelas sekali, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Bukan sahaja manusia, malah bukan hidupan pun ada yang menghadap ke kiblat. Mengapa piring parabola Astro juga dipasang menghadap arah kiblat?
Kebelakangan ini ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas populariti individu lain. Bermula jumaat lepas telah viral satu post di facebook mengenai pemberian beg berjenama oleh Safiey Ilias pula.
Kecoh dan menjadi viral baru-baru ini dengan sekumpulan nelayan di daerah Banggai, Sulawesi Tenggara, Indonesia yang mendakwa mereka menemukan seorang gadis cantik mirip patung Barbie dengan kulit putih bercahaya di tepi pantai Banggai Laut.
Ada juga manusia sanggup bertindak kejam sebegini mewarnakan haiwan comel dengan pen dakwat kekal. Dua ekor anak kucing berusia empat minggu yang diwarnakan dengan pen dakwat kekal ini pula bukan mangsa prank semata-mata, tetapi sebenarnya ditandakan untuk menyertai satu sukan ganas.
Berita itu diumumkan oleh Hafidz sendiri menerusi akaun Instagram miliknya dimana majlis pernikahan beliau berlangsung sekitar jam 11 pagi tadi di Perlis. Majlis serba sederhana itu dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Tahniah diucapkan buat Rebecca Nur Al Islam yang telah selamat melahirkan anak lelaki semalam di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, secara pembedahan.
Apa yang lebih istimewa, tarikh kelahiran bayi lelaki seberat 3.79 kg itu sama dengan hari lahir Rebecca.
"Alhamdulillah, syukur Ini Hadiah Terindah Yang Saya Miliki. Pada hari Ini 30042016 Date hari kelahiran saya, Saya melahirkan Anak Lelaki Yang di lahirkan pada 8.30 Pagi tadi, dalam keadaan Ceaser dan Berat Bayi Saya 3.79 Kg," ujar Rebecca di laman IGnya
Pelakon utama drama 'Tundukan Playboy Itu', Hafidz Roshdi, 22, telah selamat diijabkabulkan dengan tunangnya, Nurul Shuhada Mat Shukri sekitar jam 11 pagi semalam di kediaman pihak perempuan di Perlis.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Hafidz menerusi laman Instagramnya.
"Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Tuan-Tuan / Puan-Puan, pihak Media dan semua peminat yang dihormati. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya majlis pernikahan saya dengan Nurul Shuhada Binti Mat Shukri telah selamat dilangsungkan.
Sayoq kacang lendiaq femes sebagai sayoq tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedaih Ada oghang kughang menggemari sayoq bendi pasai lendiaq yang ada di dalamnya Namun terdapat banyak khasi...
Pelakon Mia Ahmad takmau mengaku dakwaan yang kata bahawa beliau la nih sedang menjalinkan hubungan cinta bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johoq Darul Takzim JDT Izham Tarmizi Namun beg...
MIRI Kempen PAS di kawasan N74 Pujut di tengok sangat hambaq tanpa jentera dan jugak bantuan dari kepimpinan PAS Pusat kemarin PAS menganjoqkan satu majlih Jom makan sup bersama calon PAS N74 ...
Lebih banyak kita menyimpan lagi banyak wang yang kita boleh kumpoi Tapi kadangkala tak dinafikan agak susah sebenaqnya nak buat simpanan secara konsisten Oleh sebab tu admin kongsikan cara m...
Sebagai artis terpalit dengan pelbagai gosip adalah lumrah perjalanan sebagai anak seni Bagi Nad Zainal beliau la nih lebih selesa mempertahankan bakat yang diberi dengan menampilkan hasil yang ...
MUKAH Perdana menteghi Datuk Seri Najib Tun Razak hari ni mengajak rakyat menolak campoq tangan asin dalam urusan politik negara pasai hala tuju negara hanya boleh ditentukan oleh rakyat Malaysi...
JEPAK Berlaku sedikit ketegangan di kawasan ni apabila beberapa petugaih kempen PAS di Dun Jepak diarah keluaq dari sebuah masjid masa sedang makan selepaih menunaikan solat Zuhoq di situ kelmari...
Pada 1hb Mei 1886 sekitaq 400 000 pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar besaran untuk menuntut pengurangan jam gheja depa Pasukan polih Amerika kemudiannya menembak para peserta demonstrasi...
Aloloo Sweetnyaaa pasangan kunyit ni selamat pengantin baghu yer hampa semua pun ucap lah selamat pengantin baghu kepada pasangan yang palin manehh di ataih tu Hihhii Nampak tak b...
Dulu waktu Rozita Che Wan selepaih beberapa hari melahiaqkan anaknya Aaisyah Dhia Rana dan upload gambaq bagi susu botoi pada Aaisyah dah dikecam teghok oleh netizen Netizen sifatkan Che Ta tak...
KUCHING DAP la nih semakin kehabisan modai berkempen dan mula menggerakkan jentera fitnah depa bagi menipu rakyat Sarawak DAP yang femes dengan sikap perkauman serta suka memecahbelah kaum ni me...
lepaih dah menikah ni memang dah jarang dengaq gosip murahan pasai pelakon Nad Zainal Waktu tak menikah dulu macam macam gosip yang timboi pasai Nad kantoi duduk satu bilik dengan kekasih la ...
Pendedahan yang sangat menggempaqkan oleh pelakon gosip dan seksi Sharifah Sakinah Punya lama dah mendirikan rumahtangga dengan suaminya rupa rupanya Sakinah langsung tak penah masak untuk sua...
Tahniah diucapkan kepada hero drama Tundukkan Playboy tu Hafidz Roshdi yang dah konfem bergelaq suami kepada Nurul Shuhada berita tu diumumkan oleh Hafidz sendiri menerusi akaun Instagram mil...
MIRI Perebutan kerusi diantara DAP dan PKR di Pilihanraya Negeri Sarawak la nih semakin meruncin apabila terdapat laporan bahawa jentera serta penyokong PKR dah mula cemuih dengan Pakatan pembang...
KAPIT Sikap suka menipu dan jugak menghasut masyarakat jadi punca Pakatan Pembangkang khususnya DAP dilarang masuk ke Kampung Cina Jalan Bleteh disini Satu sepanduk peringatan telah dinaikkan di...
Seekoq arnab yang bergaya dengan fesyen pakaian tersendiri mencurik perhatian beribu ribu peminat di laman perkongsian gambaq Instagram baghu baghu ni Arnab daripada baka Holland Lop dan dinamaka...
Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kelompok pelajaq adalah pentin bukan saja untuk cemerlang dalam akademik bahkan menjamin peluang pekerjaan yang lebih baik Pembantu menteghi Pembangunan Sumber d...
Peniaga la nih dikesan menggunakan taktik baghu menjaja nama agama untuk mengaut keuntungan lebih apabila ayam yang dijuai dibacakan ayat ayat al Quran kononnya boleh buat minda lebih tajam bagi i...
soghang model antarabangsa kelahiran Oklahoma Amerika Syarikat Aliza Kim yang merupakan gadih kacukan Thai Amerika telah mengisytihaqkan yang dia telah memeluk Islam di laman Facebooknya sebelum...
Nama Ayda Jebat barangkali dianggap melonjak didalam industri hiburan tempatan namun terdapat sesetangah pihak yang tak mudah dengan personaliti artis tu tapi bagi Ayda beliau tak ceghita dirin...
Selepaih kenyataan jujoq Liyana Jasmay yang ketaq lutut untuk keluaq bersendirian masa di Sabah baghu baghu ni mengundang kemarahan oghang Sabah pelakon tu tampil memintak ampun kalau kenyataannya...
MIRI Selepaih Barisan Nasionai mengumumkan manifesto depa yang disifatkan sangat relevan didalam membantu rakyat serta mambangunkan negeri Sarawak DAP jugak melancaqkan manifesto depa kemarin B...
MIRI Cubaan DAP untuk menyerang Miri sekali lagi tak berjaya apabila soghang lagi pemimpin DAP dihalau keluaq dari Sarawak kemarin sejuruih tiba di Lapangan terbang Miri Adun DAP Sekinchan ...
BUTTERWORTH Sekepin banner yang dipercayai digantung oleh ahli DAP yang tak berpuas hati dengan kepimpinan Ketua menteghi P Pinang Lim Guan Eng telah ditemui di kawasan Taman Chai Leng disini...
China Press menceghitakan soghang suspek keh dadah yang kena tahan di lokap di ibu pejabat polih daerah IPD Kulaijaya di Johoq didapati hilang semasa polih mau membawanya ke mahkamah untuk sam...
My ex boss gaji sebulan RM40 000 Masa tu aku tengok dia datang pagi tunjuk muka sat cakap cakap sat lepaih tu dah Belah petang datang tunjuk muka cakap cakap sat gelak ketawa lepaih tu ...
sapa sapa yang membesaq sekitaq tahun 90an konfem tak penah miss menonton siri adiwira berkumpulan The Mighty Morphin Power Rangers atau Power Rangers Mula disiaqkan pada tahun 1993 Power Ranger...
Pasangan secocok Jihan Muse dan suami Ungku Hariz yang baghu saja melangsungkan resepsi kedua pada hujung bulan lepaih nampaknya la nih sedang gembira holiday di Korea Baguihlah tu sekurang ku...
macam yang kita tau pompuan lebih payah untuk turunkan berat badan kalau dibandinkan lelaki Tapi sebab apa Apa perbezaan di antara lelaki dan pompuan sampai susah sangat kaum Hawa ni susah san...
Bila ada pasangan ni memang telefon tu tak boleh jauh Setiap masa nak kena mesej tak kira pompuan mahupun lelaki Untuk pompuan konfem hampa perasan lama kelamaan si lelaki akan mula lambat ba...
kemarin pentaih Maharaja lawak Mega 2016 telah melabuhkan tirainya dan macam jangkaan ghamai kumpulan Bocey telah berjaya menjadi juara dan sekaliguih menerima hadiah wang tunai RM 500 000 MLM 2...
Kehadiran Ayda Jebat didalam industri hiburan tempatan ada jugak mengundang ghasa tak puas hati ghamai walaupun beliau boleh ghamai dok kata agak terkenai Ayda sedaq ada sesetengah pihak yang mem...
PULAU PINANG Mahkamah Sesyen P Pinang kemarin seolah olah menghalaikan UMNO dipanggey celaka apabila membebaihkan Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Seri Delima RSN Rayer Keputusan Mahkamah tu ...
Sebelum ini Liyana Jasmay ada mengeluarkan kenyataan yang beliau merasa fobia dan takut untuk keluar daripada rumah sendirian ketika berada di Sabah, gara-gara peminat beliau yang terlalu fanatik sehinggakan ada yang mengekori beliau ketika membeli barang
Walaubagaimanapun, kenyataan Liyana itu mendapat kecaman yang agak hebat terutama sekali daripada orang Sabah yang merasa diri mereka dihina dengan kata-kata oleh Liyana.
Tidak mahu isu ini berpanjangan, Liyana menerusi portal BH ONLINE telah memohon maaf kepada semua rakyat Sabah dan memberitahu beliau sekadar berkongsi pengalaman beliau tanpa berniat untuk mengguris hati penduduk negeri tersebut.
Dari hati yang luhur, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan.
Saya pernah sekali melalui pengalaman diekori tetapi ia tidak bermaksud saya menyifatkan semua penduduk di Sabah bersikap seperti itu. Begitu juga dengan peminat yang ingin bergambar dengan suami. Ia hanya berlaku beberapa kali di restoran.
kenyataan Liyana Jasmay sebelum ini
Sebenarnya Liyana bersyukur kerana peminat di negeri itu sentiasa melayan suaminya dengan baik.
Saya gembira apabila suami mendapat layanan yang baik dan diharap anda semua tidak salah faham dengan artikel yang dipaparkan. Saya juga berharap masyarakat Sabah tidak memberi tanggapan salah mengenai penjelasan ini.
Saya memohon maaf jika temubual yang dijalankan dan artikel yang dipaparkan itu menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih atas teguran yang diberikan dan saya menghargainya.
Dalam berkata-kata, kita kadang kala tidak sedar bahawa ia mungkin membawa maksud yang lain bagi sesetengah pihak. Namun, Liyana Jasmay sudah akui kesalahan beliau dan harap isu ini tidak lagi berpanjangan.
Tahniah diucapkan kepada hero drama Tundukkan Playboy Itu , Hafidz Roshdi yang sudah sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada .
Berita itu diumumkan oleh Hafidz sendiri menerusi akaun Instagram miliknya dimana majlis pernikahan beliau berlangsung sekitar jam 11 pagi tadi di Perlis. Majlis serba sederhana itu dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan kejutan kepada semua tetapi jodoh kami telah tiba. Maka saya mohon kepada semua agar mendoakan perkahwinan kami bahagia sehingga ke akhirnya. Keputusan ini dibuat setelah kedua-dua belah keluarga berbincang dan bersetuju untuk melangsungkan majlis ini.
Hafidz juga sempat bercerita tentang hubungan beliau dan Shuhada. Jelas Hafidz mereka berdua sudah berkenalan lebih daripada tiga tahun malah sebelum Hafidz menceburi bidang lakonan. Pasangan ini kemudiannya mengikat tali pertunangan pada 30 November lepas.
Majlis hari ini adalah di pihak perempuan manakala majlis resepsi di pihak lelaki akan dimaklumkan kelak.
Usah lagi ingat akan kontroversi bersama Uqasha Senrose sebelum ini, dan jalani tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri dengan baik. Semoga perkahwinan Hafidz Roshdi dan pasangan beliau akan berkekalan sehingga jannah.
Sebagai selebriti terpalit dengan pelbagai kontroversi adalah lumrah perjalanan sebagai anak seni. Bagi Nad Zainal, beliau kini lebih selesa mempertahankan bakat yang diberi dengan menampilkan hasil yang terbaik buat peminat tanpa memaksa diri melakukan sesuatu yang tidak diminati.
"Justeru, soal sama ada diri saya masih diminati atau tidak, itu biarlah peminat yang tentukan. Saya serahkan segala keputusan kepada peminat. Dengan apa yang sudah saya lalui sebelum ini, bagi saya populariti diperoleh bersifat sementara”
“Apa yang perlu diberi perhatian sekarang adalah mempertahankan bakat dimiliki dengan memberikan yang terbaik setiap kali berlakon agar karier seni dapat diteruskan. Lagipun, bagi saya perkara membabitkan minat ini tidak boleh dipaksa-paksa,” katanya kepada Harian Metro Online.
Nad yang kini sudah bergelar isteri mengakui bahawa sejak statusnya itu berubah kehidupan beliau sekarang lebih tenang, teratur serta selamat walau dimana berada. Ditambah pula, suami yang yang menguruskan segala urusan membabitkan kerjaya seni
Apabila ditanyakan mengenai cahaya mata, pelakon kenit itu berkata kehadiran mereka sememangnya sangat diharapkan jadi tiada sebab untuk pasangan suami isteri itu membuat perancangan keluarga. Tambahnya lagi, dirinya terbuka untuk berkongsi berita gembira itu jika hamil dimasa akan datang. (rkty/w)
Tahniah diucapkan kepada pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi yang telah selamat diijabkabul bersama pasangannya, Nurul Shuhada sekitar jam 11 pagi tadi di rumah pihak perempuan, Perlis. Berita gembira itu turut dikongsikan Hafidz di akaun Instagramnya.
Majlis yang serba serderhana itu bertambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga pihak lelaki dan perempuan serta teman rapat pasangan suami isteri. Pasangan pengantin pula kelihatan sama manis dengan memakai baju serba putih diatas pelamin yang cukup indah.
Dalam pada itu Hafidz juga sempat bercerita tentang hubungan beliau dan isteri yang sudah berkenalan lebih daripada tiga tahun, malah sebelum Hafidz menceburi bidang lakonan lagi. Pasangan ini kemudiannya mengikat tali pertunangan pada 30 November lalu.
Mahupun begitu tidak banyak gambar dikongsikan oleh Hafidz dan isteri. Tapi walau apapun semoga perkahwinan Hafidz Roshdi dan isteri akan berkekalan sehingga ke jannah. Amin! (rkty/w)
Selepas kenyataan jujur Liyana Jasmay yang takut untuk keluar bersendirian ketika di Sabah baru-baru ini mengundang kemarahan orang Sabah, pelakon itu tampil memohon maaf jika kenyataannya mengguris hati dan perasaan penduduk negeri itu.
“Dari hati yang luhur, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan. Saya pernah sekali melalui pengalaman diekori tetapi ia tidak bermaksud saya menyifatkan semua penduduk di Sabah bersikap seperti itu”
“Begitu juga dengan peminat yang ingin bergambar dengan suami. Ia hanya berlaku beberapa kali di restoran,” katanya kepada Berita Harian Online menerusi status yang dimuat naik di laman sosial, Instagram dan Facebook berhubung tersebarnya kenyataan beliau yang trauma dengan sikap peminatnya yang fanatik di Sabah.
Dengan itu, Liyana berharap penjelasannya dapat merungkai salah faham yang tercetus akibat dari isu terbabit. Beliau pada masa yang sama turut berharap penduduk Sabah tidak memberi tanggapan salah mengenai penjelasan ini serta berterima kasih dengan segala teguran yang diberikan oleh peminatnya. (rkty/w)
Nama Ayda Jebat mungkin dianggap melonjak didalam industri hiburan tempatan, namun terdapat sesetangah pihak yang tidak senang dengan personaliti selebriti itu. Tetapi bagi Ayda, beliau tidak kisah dirinya dibenci sesetengah orang, asalkan lagu-lagunya disukai ramai.
“Bagi saya, ia perkembangan yang baik. Tidak kisah jika ada yang membenci saya kerana apa yang lebih penting, lagu saya menarik perhatian mereka. Saya percaya selepas lagu ini mencuri hati mereka, perlahan-lahan peminat akan cuba mengenali dan mendekati diri saya yang sebenar”
“Saya tidak menyangka, mereka yang selama ini membenci tiba-tiba mula meminati apabila Pencuri Hati menjadi lagu tema drama rantaian, Isteri vs Tunang lakonan Scha Alyahya dan Hisyam Hamid. Lebih membuatkan saya terharu, lagu ini juga menjadi pilihan ramai untuk aktiviti riadah,” katanya kepada Berita Harian Online.
Ayda mengulas lanjut mengenai pengalaman beliau yang pernah menerima komen peminat dilaman sosialnya yang mengakui membenci personalitinya namun amat meyukai lagu nyanyiannya. Pada masa yang sama Ayda akui beliau tidak mampu memuaskan hati semua pihak, namun beliau berharap lagunya itu dapat meluaskan lagi kelompok peminatnya. (rkty/w)
Pasangan secocok, Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz yang baru sahaja melangsungkan resepsi kedua pada hujung bulan lalu nampaknya kini sedang bahagia bercuti di Korea. Baguslah tu, sekurang kurangnya dapatlah lari sekejap dari kesibukan kerja.
Menerusi akaun Instagram, Jihan mula berkongsi beberapa gambar mereka disana melawati tempat-tempat menarik di Korea. Memang terserlah kegembiraan dan kebahagian diwajah pasangan ini yang akhirnya dapat menumpukan perhatian pada diri masing-masing.
Sebelum ini semua maklum, akaun Instagram Jihan digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, malah Jihan juga dikatakan tertekan dengan kejadian itu. Jadi mungkin inilah masanya untuk Jihan melepaskan tekanan itu dan memulakan lembaran baru.
Semoga Jihan dan suami bergembira disana. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar percutian bulan madu mereka di Korea. Enjoice!(rkty/w)
Semalam pasukan polis anti-narkotik telah berjaya menahan seorang aktres remaja bersama tiga lagi rakan beliau selepas menemui dadah jenis ganja seberat 30 kilogram didalam satu serbuan yang dilakukan di Damansara.
Pihak polis juga merampas dadah yang dipercayai bernilai ratusan ribu ringgit. Namun pihak polis tidak mendedahkan identiti aktress terbabit. Tetapi beliau dikatakan bakal membuat kemunculan pertamanya didalam sebuah drama bersiri tidak lama lagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zaini Che Din telah mengesahkan penahanan itu dan memberitahu bahawa kesemua suspek kini sedang berada di bawah perintah reman untuk siasatan. Berikutan itu, aktres remaja itu dijangka tidak dapat menghadiri majlis pelancaran drama itu pada bulan depan.
Menurut laporan akhbar The Sun, siasatan awal mendapati pengedaran dadah itu diketuai oleh saudara rapat setiausaha politik kepada menteri. Manakala suspek dipercayai membawa masuk dadah berkenaan untuk dibekalkan dan dijual kepada pelajar kolej disitu.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Semalam kumpulan Bocey telah menjadi juara didalam program komedi, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016. Persaingan minggu akhir yang diadakan di Stadium Tertutup Perbandaran Pasir Gudang itu menyaksikan kumpulan Bocey berjaya meraih wang tunai RM500,000 dan trofi.
Memetik laporan Berita Harian Online, tiga kumpulan lain seperti Joras memenangi tempat kedua berserta hadiah wang tunai RM250,000 dan trofi. Kumpulan Puteh berada di tempat ketiga meraih wang tunai RM150,000 dan trofi manakala kumpulan LOL pula ditempat keempat menerima wang tunai RM50,000 beserta trofi.
Majlis penyampaian hadiah pula disampaikan oleh pelawak veteran tanah air, Abdul Wahid Ahmad atau lebih dikenali sebagai Wahid Satay yang turut diiringi oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu ASTRO, Datuk Khairul Anwar Salleh.
MLM edisi kelima ini menampilkan juri tetap seperti Ziana Zain, Shaheizy Sam serta dua juri luar iaitu Najip Ali dari Singapura dan Bunga Citra Lestari dari Indonesia yang mewakili 70 peratus undian manakala bakinya daripada penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). (rkty/w)
Tahniah diucapkan kepada pasangan bahagia, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari yang akhirnya bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Dikhabarkan usia kehamilan Yana sekarang sudah mencecah tujuh bulan dan berita itu turut dikongsi suaminya dimedia sosial.
Menerusi akaun Instagram, suaminya mendedahkan berita baik itu dengan mengatakan bahawa Yana telah hamil dan buat masa sekarang bayi itu juga dalam keadaan sihat. Pada masa yang sama, beliau turut meminta peminat mendoakan kesejahteraan mereka berdua.
Selepas memuat naik status berkenaan, peminat mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan gembira dengan berita yang disampaikan. Malah ada juga yang memberikan kata-kata nasihat kepada pasangan baru ini yang mana masing-masing mungkin tidak berpengalaman lagi.
Apapun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Yana Samsudin dan suami. Semoga dipermudahkan urusan dan segala perancangan akan berjalan dengan lancar. Tak sabar rasanya mahu melihat bayi pertama pasangan ini, jadi sama-sama lah kita nantikan. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment