Setelah menjalinkan hubungan sejak tiga tahun lalu, akhirnya penyanyi, Hazama akan menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati, Genervie Kam selepas sambutan Aidilfitri nanti. Bagaimanapun, mereka sudah sepakat menginginkan sebuah majlis perkahwinan ringkas yang hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
“Kami mempunyai hasrat untuk berkahwin selepas hari raya nanti namun belum menetapkan tarikh. Lagipun kami menginginkan sebuah majlis ringkas dan sekadar akad nikah saja. Lakukan perkara wajib dan daripada membazir lebih baik wang itu dilaburkan membeli rumah”
“Saya pun sudah mencecah 32 tahun dan rasanya tidak perlu untuk bertunang atau merisik. Di atas nasihat keluarga, kami sepakat untuk mengadakan majlis seringkas mungkin,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perancangan majlis pernikahan mereka.
Pada masa yang sama, mengenangkan kejadian yang pernah dilalui oleh isteri teman rapatnya, Stacy, Hazama mengambil iktibar daripadanya dan enggan perkara yang sama terjadi kepada kekasihnya yang juga merupakan seseorang yang baru belajar mengenai agama Islam apabila berdepan dengan tekanan yang serupa.
Tambah Hazama lagi, kekasihnya atau mesra dipanggil Gen yang juga seorang pemuzik kini dikatakan sudah terbuka untuk mengenali secara mendalam tentang keindahan agama Islam walapun kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kata putus berhubung fasa seterusnya berikutan perbezaan agama diantara mereka berdua. (rkty/w)
Gara-gara memuatnaik gambar makan durian sambil bersila di lapangan terbang KLIA baru-baru ini, jutawan komsetik Aliff Syukri telah dikritik malah turut dilabel sebagai oleh warga laman sosial sebagai seorang yang sentiasa mencari perhatian.
Malah apa yang turut menjadi bahan kritikan apabila Aliff Syukri tersalah menyatakan kedudukan geografi lokasi yang bakal ditujuinya di dalam kenyataannya itu. Bagaimanapun ada juga yang menyebelahi Aliff.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan tindakannya itu sekadar mahu acah-acah orang kampung. Apa pun, Aliff tidak mudah melatah di Facebook dan tenang menjawab kritikan di Facebook. Sebelum ini, dia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mempunyai masalah untuk mengeja dan menulis ketika waktu kecil. (rtky/s)
Selepas beberapa kali pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin menafikan dakwaan yang mengatakan mereka sudah bertunang, kali ini menerusi ruangan Cik Pang di Metro Ahad, sekali lagi persoalan yang sama timbul apabila sekeping gambar chef selebriti terkenal bersama ibu Amyra dimuat naik berserta kepsyen yang cukup misteri.
“Baru-baru ini tengah layan Facebook, Cik Pang terperasan satu entri foto dimuat naik chef selebriti Datuk Raja Rosly Raja Mazlan atau Pak Engku. Dalam entri itu, dia semacam bagi klu satu projek rahsia bersama ibu Amyra. Ramai tahu Pak Engku sering menjadi pilihan golongan VIP dan selebriti untuk majlis perkahwinan mereka.
“Kali ini ada projek rahsia bersama ibu Amyra dan dalam gambar itu seperti mereka membuat persiapan memilih lokasi untuk majlis perkahwinan. Kalau bersama empunya Kuzie Catering, tapi siapa yang akan berkahwin? Apabila ditanya dengan Pak Engku, awal-awal lagi minta maaf tidak boleh buka mulut kerana menjaga amanah orang.
“Tapi dari sumber yang Cik Pang cukup yakin mengatakan satu majlis perkahwinan bakal berlangsung November ini. Apabila ditanya lebih lanjut, katanya biar empunya diri yang akan memaklumkannya dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan Julai nanti,” tulis Cik Pang di ruangan Harian Metro itu.
Walau apapun, didalam hal sebegini lebih baik empunya badan sendiri yang menjawab sejauh mana kebenaran cerita ini. Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan pasangan sepadan ini mendirikan rumah tangga, jika benar berita ini diharap semoga segala perancangan yang dirangcang akan dipermudahkan olehNya. (rkty/w)
Nama Datuk Siti Nurhaliza bukanlah sesuatu yang asing lagi didalam bidang seni, dalam ramai yang memuji ada juga yang tidak senang dengannya. Terbaru Siti telah mencetuskan perdebatan dikalangan peminatnya apabila beliau menggunakan aplikasi nyanyian, Smule yang dianggap menjatuhkan kredibilitinya sebagai penyanyi terkenal.
“Ramai yang bertanya, mengapa saya mencuba aplikasi Smule? Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain.
“Saya juga sama seperti mereka, cuma mungkin yang membezakan kami apabila kerjaya saya sebagai penyanyi menjadikan saya dikenali ramai. Namun, saya juga mempunyai minat dan keinginan untuk mencuba aplikasi terbaru, apatah lagi jika ianya membabitkan kerjaya nyayian.
“Secara tak langsung, aplikasi ini buat saya dekat kepada peminat. Mereka yang tak berkesempatan bertemu saya secara peribadi, dapat melunaskan impian mereka menerusi Smule. Saya melihatnya dari sudut positif,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung dakwaan itu.
Pada masa yang sama, bentuk badan Siti yang semakin berisi turut menjadi bualan ramai apabila ada yang menganggap mungkinkah penyanyi itu sedang hamil, namun Siti menafikannya. Jelasnya, dakwaan itu mungkin dibuat kerana sikapnya yang suka menarik baju dibahagian perut kerana ingin melindingi bahagian yang berisi. (rkty/w)
Selepas sekian lama menyimpan niat untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, pasangan suami isteri, Awal Ashaari dan Scha al-Yahya meluahkan rasa syukur kerana akhirnya impian mereka berdua tercapai walaupun dulu pernah merancang untuk ke sana namun terpaksa ditangguhkan kerana komitmen kerja.
“Jadual kerja yang padat menjadi antara faktor yang membuatkan impian kami untuk menunaikan umrah tertangguh. Alhamdulillah, tahun ini semuanya berjalan dengan lancar dan segala perancangan kami seperti dipermudahkan. Jadi, tiada alasan lagi untuk kami menangguhkannya”
“Kami bakal menunaikan umrah bersama anak, Lara Alana dan ahli keluarga yang lain bermula 12 hingga 22 Jun ini. Kebetulan ada slot kosong untuk kami sekeluarga merasai nikmat berpuasa di Tanah Suci. Bertuah rasanya dapat peluang itu,” katanya kepada Berita Harian Online.
Pada masa yang sama, Awal akui bahawa keputusan membawa Lara bersama dilakukan pada saat-saat akhir kerana bimbang dengan usianya yang masih kecil untuk berjalan jauh. Namun kerana tidak sampai hati berjauhan lama dengannya, mereka membawanya juga bersama-sama penjaga Lara bagi memudahkan urusan umrah.
Terdahulu, Awal dan Scha turut tidak ketinggalan berkoloborasi bersama gedung pakaian terkenal, Jakel sempena sambutan Aidilfitri nanti. Jenama yang dipanggil Schawalara itu menampilkan rekaan sedondon untuk digayakan bersama keluarga yang akan berada di pasaran tidak lama lagi dengan harga yang mampu milik. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Pernahkah Anda Terfikir Kenapa Wanita Mengerang Semasa Hubungan Intim?
Melihat pasangan anda mengerang ketika mengadakan hubungan seks sama ada di kalangan lelaki atau wanita, pastinya menjadi pengalaman yang memuaskan anda bukan? Sebenarnya, faktor yang menyumbang kepada simptom mengerang ini bukannya disebabkan oleh tahap sensitiviti sesebuah hubungan seks itu tetapi sebenarnya ianya bergantung kepada individu tersebut.
Ramai lelaki berasa puas sekiranya pasangan mereka mengerang kerana ia menjadi simbolik kepada sensitiviti sesebuah hubungan seks. Ia akan menjadikan dia merasakan bahawa dia mampu untuk membuat pasangan mereka puas dan gembira.
Kajian menunjukkan raungan seseorang wanita semasa hubungan seks dapat menjadi rangsangan emosi manusia yang agak baik. Ia akan menyebabkan pasangan merasa mereka lebih bertenaga dan tidak berasa letih semasa sedang beraksi.
Kisah bekas komando Orang Asli lawan 10 perompak jadi viral! Kalau sebelum ini kita di kejutkan dengan berita cubaan bunuh anggota komando dengan menenggelamkan mangsa dalam sungai. Namun begitu cubaan berkenaan gagal. Kali ini kita dikejutkan pula dengan berita 10 orang penyangak cuba menyerang dan merompak bekas anggota komando pula. Apa berlaku sememangnya mengejutkan ramai. […]
Baru-baru ini rakaman video panas babak Amar Baharin rogol Tiz Zaqyah dalam drama Akadku Yang Terakhir menjadi viral hingga mencetuskan kegelisahan netizen. Ada yang berpendapat bahawa babak berkenaan tidak sepatutnya dilakonkan dan disebarkan di media sosial kerana tidak sopan dan dianggap menyinggung sensitiviti penonton. Bagaimanapun menerusi laporan Berita Harian, Amar Baharin meminta peminat supaya tidak […]
Tindakan orang ramai membantu menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan berdiri di atas tiang lampu isyarat bertukar sebaliknya apabila mangsa parah akibat jatuh. Kejadian berlaku pada Selasa lalu di Changsha, China apabila lelaki berkenaan berdiri di atas tiang lampu isyarat di sebuah jejambat setinggi 10 meter. Pasukan penyelamat cuba memujuk lelaki itu supaya […]
Gambar penunggang motosikal resah dikelilingi polis jadi viral! Semalam tersebarnya gambar gelagat seorang penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar dikelilingi tiga anggota polis yang menjadi ‘viral’ di Facebook. Menurut sumber info, kejadian berkenaan sebenarnya berlaku di Jalan Airport Lama berhampiran Paragon Bintulu pada petang Khamis lalu. Namun yang menjadi tanda tanya netizen adalah apa […]
Makanan Yang Membantu Anda Berhenti Merokok. Tabiat merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Ramai sahaja yang telah terjebak tidak kira lelaki atau perempuan, dewasa atau remaja malahan ada juga kanak-kanak. Ramai juga yang cuba berhenti merokok dengan berbagai cara, tahniah atas usaha anda yang murni itu. Banyak sahaja cara untuk mula berhenti merokok tidak kira ...
Jadual Keputusan Nations Cup 2016. Peminat bolasepak pasti menantikan kejohanan bolasepak serantau ini akan berlangsung pada 3 dan 5 Jun ini. Kejohanan akan berlangsung di Stadium Hang Jebat Melaka melibatkan pasukan bawah 21 tahun dari Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapore. Kejohanan ini adalah sebagai persiapan setiap pasukan yang bertanding membuat persiapan pasukan dimana difokuskan kepada ...
You are subscribed to email updates from Info Semasa. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
USAHA UNTUK MEMARTABAT KEDUDUKAN MAHKAMAH SYARIAH HARUS DISOKONG
www.amanah.org.my
1. Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik pembentangan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan) 2016 oleh Ahli Parlimen Marang, Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 26 Mei 2016 yang lalu.
2. KANUN melihat usul persendirian tersebut merupakan usul yang baik dalam usaha untuk mengangkat dan menambahbaik martabat serta kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia terutama sekali daripada sudut bidangkuasa hukuman.
3. Usul pindaan yang difahami untuk dicadangkan adalah untuk meningkatkan tahap hukuman bagi kesalahan jenayah daripada sekadar penjara tidak lebih 3 tahun, denda tidak melebihi RM5 ribu dan sebatan tidak lebih daripada 6 kali.
4. Walaubagaimanapun, KANUN mendapati bahawa langkah membentangkan usul persendirian tersebut bukan sahaja telah mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak malah juga telah mencetuskan polemik baik di kalangan pemimpin politik mahupun pengamal undang-undang.
5. KANUN menyedari bahawa reaksi dan polemik yang timbul tersebut juga mempunyai asas yang perlu diteliti dan diperhalusi. Terdapat ahli parlimen pembangkang yang mempersoalkan kewajaran usul persendirian tersebut didahulukan berbanding usul-usul kerajaan yang lain serta tanpa perbahasan.
Ada pemimpin-pemimpin politik yang merasakan bahawa usul tersebut akan membuka laluan awal kepada pengenalan undang-undang Hudud PAS yang telah lama dipertikaikan. Seorang pengamal undang-undang kanan pula mempersoalkan matan deraf Rang Undang-Undang tersebut yang memungkinkan berlaku kekeliruan dan kecelaruan di masa hadapan.
Malah wujud juga persepsi di kalangan pemerhati politik yang mengatakan bahawa ianya merupakan "move" politik PAS dan UMNO-BN untuk menghadapi pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlangsung tidak lama lagi.
6. KANUN sendiri difahamkan bahawa cadangan usul tersebut juga tidak dibawa konsultasi dengan pemegang-pemegang taruh yang berkepentingan termasuk Majlis Raja-Raja sebelum dibentangkan sepertimana proses konsultasi ke bawah dan menyeluruh dilakukan bagi menambahbaik Akta Syarikat 1965 dan juga hak asasi manusia di Malaysia.
7. KANUN sekali lagi berpendirian bahawa dalam perihal usul persendirian terhadap penambahbaikan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 ('Akta 355') tersebut umumnya harus disokong, walaubagaimanapun, langkah tersebut juga harus dilaksanakan dalam cara, masa dan keadaan yang munasabah bagi mengelakkan tanggapan negatif yang tidak perlu terhadap Islam dan mengundang perpecahan di kalangan rakyat.
"Harapan Baru"
WAN ANWAR BIN WAN IBRAHIM Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara
Khamis lepas menyaksikan ahli parlimen pembangkang berang selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membawa cadangan untuk mengemukakan usul dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kekeliruan timbul selepas Hadi bangun dan membaca rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 seolah-olah ia adalah bacaan pertama rang undang-undang.
Bagaimanapun Ahli Parlimen PKR N Surendran menjelaskan bahawa ia bukan rang undang-undang, sebaliknya usul bagi mendapatkan kebenaran agar sebuah rang undang-undang persendirian dibawa ke hadapan.
"Semua media melaporkan bahawa rang undang-undang itu keluar - rang undang-undang itu tidak pernah keluar. Ia adalah satu usul, bukan rang undang-undang," kata Surendran kepada Malaysiakini.
Memetik Peraturan Mesyuarat 49, Surendran berkata rang undang-undang persendirian hanya boleh dibawa jika seorang ahli parlimen mendapat kebenaran dewan.
Hadi, katanya, telah memfailkan usul untuk mendapat kebenaran dewan bagi membawa rang undang-undang ahli persendirian itu.
Satu lagi kekeliruan mengenai perkara itu mungkin disebabkan perbezaan prosedur antara rang undang-undang kerajaan dan rang undang-undang persendirian di mana ia tidak perlu meminta izin sebelum dibawa ke bacaan kali pertama.
Dalam kejadian Khamis lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Hadi menjelaskan rang undang-undang itu dan Hadi kemudian meminta usul itu ditangguhkan.
Oleh itu, usul Hadi untuk mendapatkan kebenaran dewan bagi membawa rang undang-undang persendirian itu belum diputuskan kerana usul itu masih belum diluluskan.
"Ini bermakna pada sesi parlimen akan datang, apa yang perlu diputuskan pertama adalah usul untuk membawa rang undang-undang persendirian.
"Tiada rang undang-undang persendirian sehingga usul itu ditentukan. Jadi Hadi perlu membentangkan usul yang sama sekali lagi pada sesi akan datang.
"Tidak ada bacaan pertama atau kedua kerana usul bagi kebenaran belum diluluskan lagi," kata Surendran.
Hubungan Azmin dengan Abdul Hadi baik namun kini bermasalah menjelang PRK Sungai Besar Kuala Kangsar. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu sudah serik untuk bekerjasama dengan parti pembangkang terutamanya PKR. Ini kerana kata beliau, PAS berkerja sepanjang masa sedangkan parti pembangkang lain hanya hadir ketika musim pilihan raya sahaja.
"Terang-terang saya sebut, banyak pilihan raya kita beri kepada rakan kita ini (PKR). Masa pilihan raya, dia datang, lepas pilihan raya, dia tak datang, jadi orang PAS yang bekerja. "Sudah berapa kali pilihan raya, orang PAS yang bekerja kuat kerana PAS bekerja sepanjang masa. (Tetapi) apabila tiba pilihan raya, dia datang, nak kawasan (bertanding). "Ini bukan sahaja di Sungai Besar dan Kuala Selangor sahaja, kawasan lain pun begitu juga,"katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada Jumaat lalu sebagaimana dilaporkan sebuah laman yang pro Pas, Tranungkite.net.
Ia juga turut dilaporkan oleh Buletin Utama TV3. Kenyataan Abdul Hadi dipercayai kerana kesal dengan sikap PKR yang cuba merebut kawasan pilihan raya Sungai Besar untuk bertanding juga. Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali mengaku beliau sedia terus berunding dengan Pas walaupun sudah beberapa kali gagal mencapai kata sepakat.
Sehingga kini mesyuarat Majlis Pakatan Harapan sudah tiga kali ditangguhkan dan antara puncanya perundingan dengan Pas masih belum dimuktamadkan. Menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu, Abdul Hadi telah membuat keputusan untuk meletakkan calon Pas di sekurang-kurangnya lima kerusi PKR walaupun kerusi itu telah diputuskan akan ditandingi oleh PKR dalam perundingan Pakatan Rakyat.
Ia termasuk tiga Dun di Terengganu dan Dun Kota Damansara di Selangor serta Dun Sungai Acheh di Pulau Pinang. Alasan calon PKR menjadi agen pil kuda di Terengganu telah menyebabkan Abdul Hadi di saman oleh bekas calon PKR Bukit Besi, Terengganu. Namun mahkamah telah menolak saman itu kerana Abdul Hadi tidak pernah menyebut secara jelas siapakah yang dimaksudkan oleh beliau walaupun ada unsur fitnah di situ.
Terkini, sikap ahli parlimen Marang ini selari dengan sikap Pas Terengganu dalam hubungan mereka dengan PKR. Timbalan Pesurujaya Pas Terengganu, Yahaya Ali berkata, Pas patut bertanding di kerusi Dun Bandar, satu-satunya kerusi yang diwakili PKR di Terengganu sekarang.
Ia dimenangi oleh Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dalam pilihan raya umum lalu. Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri juga berkata, Pas akan bertanding kesemua 32 Dun di Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang atau pilihan raya negeri jika diadakan. Kenyataan ini dibuat ketika Pas mempunyai tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR. -malaysiadateline-
SHAH ALAM - Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, pemilihan balu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar bakal meningkatkan undi simpati buat BN.
Menurut beliau, sebagai seorang individu yang rapat dengan Allahyarham, Datin Mastura Mohd Yazid dilihat dapat memahami lokaliti kawasan Kuala Kangsar serta penduduk setempat di sana.
"Itu beri kelebihan kepada beliau sebagai seorang yang rapat dengan Allahyarham dan pernah turut membantu aktiviti suaminya sebelum ini," katanya kepada Sinar Online.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai tempoh edah Mastura, Sivamurugan berkata bagi peringkat ini, jentera parti harus memainkan peranan dengan menunjukkan bahawa kemampuan serta kewibawaan calon yang dipilih perlu diberi keutamaan untuk menggantikan Allahyarham.
Sivamurugan berkata, walaupun Mastura tidak dapat mengikuti kempen PRK berikutan masih dalam tempoh edah, ia menunjukkan bahawa beliau mengutamakan kepentingan agama sebagai seorang balu.
"Dalam konteks kempen kali ini yang diadakan dalam bulan puasa, ia dapat mengurangkan keghairahan mereka untuk berkempen dan melakukan pembunuhan karakter," katanya.
Menurut beliau, PRK Kuala Kangsar kali ini dilihat akan memberi kelebihan buat BN tambahan lagi sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru.
Tambahnya, buat masa ini adalah BN seharusnya meminimumkan sabotaj dalaman terutama bagi mereka yang tidak dipilih sebagai calon untuk mewakili parti dalam PRK kali ini.
"Penyokong harus dipujuk untuk menyatakan sokongan kepada balu Allahyarham agar tidak menganggu proses kelicinan jentera parti," katanya.
"UMNO yang cadang, UMNO yang sokong, PAS yang bentang, PAS yang tangguh, yang jahatnya AMANAH dan DAP," demikian disuarakan oleh Pengerusi Parti AMANAH Negara Negeri Melaka, Sdra Hj Adly Zahari merujuk kepada pembentangan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat selepas mendapat ruang melalui cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Usul itu kemudian disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin tetapi kemudiannya dimohon penangguhan oleh Presiden PAS tanpa sebarang alasan.
Adly menyatakan bahawa kini ramai tokoh-tokoh agama yang turut mempersoalkan langkah PAS itu, yang mana sepatutnya langkah itu (pindaan RUU EKJS) baik, ia menyatukan, mendamaikan dan memperkukuhkan Islam itu sendiri.
Adly juga menyatakan kita kena beri sumbangan ke PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya kita dapat meraih sokongan daripada rakyat dan seterusnya dapat merealisasikan keinginan untuk melihat perubahan (perintahan dan kehidupan) di dalam negara ini.
Beliau bercakap demikian di Majlis Pelancaran Pilihanraya AMANAH Melaka ke PRK Sungai Besar di Sungai Rambai malam tadi yang turut disertai oleh Pengerusi Biro Tanah dan Luarbandar Parti Amanah Negara, Tn Hj Mazlan Aliman dan Pengerusi AMANAH Negeri Sarawak, Sdra Hud Andre Zulkarnaen.
AMANAH Melaka diputuskan akan membantu berkempen untuk calon AMANAH di PRK Sungai Besar.
Turut hadir pada majlis pelancaran malam tadi ialah Sdra Onn Jaafar, Pengarah Komunikasi AMANAH Johor, pimpinan AMANAH Melaka dan Ketua-ketua AMANAH kawasan-kawasan negeri Melaka.
Mazlan di dalam ucapannya menyeru agar petugas-petugas AMANAH yang akan bertugas membantu calon AMANAH di PRK Sungai Besar supaya bersiap sedia dengan kesabaran dan kebijaksanaan yang tinggi di dalam menghadapi ujian getir terutama apabila PRK ini berlansung pada bulan Ramadhan.
Menyentuh tentang peneylewengan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib, beliau menyuarakan keyakinannya bahawa kebenaran akan terserlah juga akhirnya. Konspirasi terbesar 1MDB akan terbongkar satu masa nanti. -GB
Ramai ahli Umno sertai Amanah selepas Deklarasi Rakyat, kata Mazlan Aliman
Bekas AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman mendakwa, penyertaan ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) kini berbondong-bondong terutama dari kalangan ahli Umno selepas Deklarasi Rakyat.
Mazlan berkata, kewujudan Amanah terutama di Semenanjung semakin dirasai sehingga tidak hairanlah dianggap menjadi ancaman kepada Pas selain Umno-BN.
"Saya bangga bendera Amanah sudah terpacak di tepi jalan. Malah, ketika saya singgah berhenti minum, ada yang menyapa dan bertanyakan saya kenapa tinggalkan Pas selain ada juga bertanyakan borang (keahlian) Amanah.
"Sebabnya, Amanah sebagai parti Islam yang progresif tampil dengan pendekatan peduli rakyat. Bahkan ramai aktivis masuk Amanah dan jadi pendukung utama.
"Saya juga difahamkan berbondong-bondong ahli Umno masuk Amanah selepas pelancaran Deklarasi Rakyat," ujarnya yang juga Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah.
Berucap ketika melancarkan jentera pilihan raya Amanah Melaka bagi membantu kempen di PRK Sungai Besar malam tadi, beliau berkata, Amanah sebagai parti baharu yang berusia lapan bulan itu bukan sahaja menentang BN.
"Saya bimbang kita bukan lawan dengan BN sahaja tapi sekarang yang kita juga hadapi adalah kawan-kawan kita dari parti sejarah," jelasnya merujuk kepada Pas.
Menurutnya, pelbagai tohmahan daripada pihak Pas ke atas Amanah tidak harus melunturkan semangat ahli dan penyokong parti itu yang juga merupakan rakan penting dalam Pakatan Harapan.
"Dahulu, sama berusrah, tidur sebantal tapi sekarang apa yang tidak mereka maki kepada kita? Adakah kita akan berputus asa atau kecewa dalam perjuangan, mundur ke belakang? Walaupun mereka (Pas) kata kita macam-macam tapi ingatlah penubuhan Amanah adalah atas nama perjuangan Islam dan rakyat.
"Penyertaan Amanah dalam pilihan raya adalah langkah untuk kita meneruskan perjuangan dengan pendekatan lebih berkesan," tegasnya di hadapan kira-kira 300 pimpinan dan ahli Amanah Melaka serta masyarakat setempat di Sungai Rambai, Jasin.
Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun depan sekali lagi menguji Amanah dalam proses demokrasi di negara ini, ujar Mazlan.
Ahli Jawatankuasa Amanah itu berkata, semua jentera pilihan raya parti perlu bersedia dengan cabaran getir sepanjang tempoh berlangsungnya kedua-dua PRK pada bulan Ramadan berkenaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei lalu.
Sementara itu, Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari memberitahu sebanyak enam kawasan Parlimen di negeri itu terlibat bagi membantu kempen calon di Sungai Besar.
"Lebih kurang 200 petugas dari Melaka akan terlibat termasuk yang mendaftar sebagai sukarelawan. Mereka akan ditempatkan di bilik gerakan dan pusat mengundi di sana (Sungai Besar)," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu. -MD
KUALA LUMPUR - JPJ telah mengeluarkan 91 notis temu siasat kepada pemilik kenderaan yang didapati menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya Plus, di Melaka, Ahad lepas sehingga menghalang laluan ambulans.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancang dan Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata, notis itu dikeluarkan JPJ Melaka pada minggu lepas setelah selesai siasatan terhadap rakaman video orang awam mengenai kejadian berkenaan.
"Semua pemilik kenderaan yang terlibat diberi tempoh 14 hari untuk tampil ke pejabat JPJ dan disiasat mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti pemandunya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Kursus Asas Keselamatan Jalan Raya (Marshall) di sini hari ini.
Yusoff berkata, pemilik kenderaan terbabit perlu tampil bagi proses mengenal pasti siapa yang memandu kenderaan berkenaan ketika kejadian, untuk tindakan selanjutnya.
"Kami menghantar notis ke alamat pemilik yang didaftarkan melalui nombor pendaftaran kenderaan yang kita peroleh daripada rakaman video pada waktu kejadian," katanya.
"Sekiranya mereka tidak terlibat dengan perbuatan itu, mereka perlu membuat laporan polis untuk disiasat," katanya sambil menjelaskan kemungkinan nombor pendaftaran itu palsu.
Beliau berkata, mereka yang terlibat akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 atau didakwa di mahkamah yang boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 jika sabit kesalahan.
Sementara itu, seramai 48 peserta terdiri daripada anggota sukarelawan Skuad Muda yang mempunyai minat mendalam berkaitan aktiviti permotoran menyertai kursus selama dua hari di JPJ Wilayah Persekutuan, yang bermula semalam.
Turut hadir, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Datuk Md Ziki A. Rahman; Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Kuala Lumpur, Datuk Norhadzli Mohd Azhar dan Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, Hamzah Masri.
Yusoff juga berkata, sejumlah 480,000 kes kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di seluruh negara pada tahun lepas, yang kebanyakannya berpunca daripada sikap buruk pengguna seperti memandu secara terburu-buru, melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. - Bernama
SUBANG JAYA: Sekumpulan penyokong MIC dipercayai daripada ‘geng’ bekas presiden Datuk Seri G Palanivel datang ke mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti India itu di sini hari ini.
Mereka cuba masuk ke Grand Boulevard di One City di mana EGM itu berlangsung, dengan tujuan menghentikan mesyuarat berkenaan yang turut dihadiri Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Sesetengah penyokong bertindak melampau dengan membaling botol ke arah polis yang berkawal di luar lokasi mesyuarat.
Namun, mesyuarat tetap berlangsung di dalam dewan, sementara ada ahli daripada kumpulan yang membuat kecoh di luar melaung mendesak Subramaniam meletak jawatan sebagai presiden MIC.
Halangan utama PAS untuk menegakkan syiar Islam bukan kerana kumpulan 'Anwarinas' atau 'Erdogan' tapi disebabkan oleh Umno sendiri, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
“Sebenarnya halangan utama kita di Malaysia ini ialah Umno. Itu halangan yang besar manakala orang lain tidak menjadi halangan yang besar.
“Apa yang berlaku dalam PAS ini cuma perbezaan pendapat dan pandangan bukan pertembungan dari segi dasar. Ada orang berpandangan macam ini, ada yang berpandangan macam itu dan apabila orang tidak boleh bertoleransi dengan perbezaan pandangan maka dia tinggalkan PAS.
“Musuh kita yang sebenar tetap BN sebab dia yang pegang kuasa sekarang. Ini yang perlu kita lakukan selesaikan dahulu dalam usaha menegakkan Islam di Malaysia,” katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia.
Amar berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah yang dilakukan oleh PAS selepas kumpulan Erdogan dalam parti Islam itu dibersihkan.
Turut bersama dalam wawancara itu Ketua Pemuda PAS Mohamad Abduh Nik Aziz dan Dewan Ketua Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Sementara itu Amar menjangkakan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak tahan lama dan jangka hayat mereka sehingga Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sahaja.
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan bijirin oat jenama Quaker Oats yang dijual di pasaran tempatan tidak mengandungi glyphosate iaitu sejenis racun rumpai.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mengikut sub peraturan 41(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kadar maksimum residu glyphosate yang dibenarkan dalam makanan bijirin termasuk oat adalah 30miligram/kilogram (mg/kg).
"Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu residu racun perosak glyphosate dalam produk makanan bijirin jenama Quaker Oats yang disiarkan melalui laman web Fox News dan New York Post serta tersebar luas di media sosial kebelakangan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya laman web itu melaporkan seorang pengguna di Brooklyn, Amerika Syarikat mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar makanan bijirin jenama Quaker Oats kerana syarikat itu didakwa menyembur glyphosate ke atas oat sebagai agen pengering sejurus sebelum oat dituai.
Menurut Noor Hisham, pihaknya sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna melalui penguatkuasaan bersungguh-sungguh dan berterusan demi memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan terkawal.
"Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika ada aduan berkaitan keselamatan makanan," katanya. - Bernama
KUALA LUMPUR, Sabtu – “Alhamdulillah tercatat dalam sejarah akhirnya Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah berjaya dibentangkan di Parlimen.”
Demikian ulasan awal Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki, ketika mengulas pembentangan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kelmarin.
Rang undang-undang itu adalah bagi membolehkan kuasa Mahkamah Syariah diperluaskan dalam menjatuhkan hukuman berkaitan kes zina, qazaf, minum arak dan murtad.
Asyrah berkata, hukuman itu melebihi kuasa Mahkamah Syariah sedia ada yang hanya terhad mengenakan denda RM5,000 atau penjara tiga tahun dan enam sebatan.
“Dengan pindaan Akta 355 ini, diharap hukuman kepada jenayah tertentu dapat dinaikkan ke tahap sebagaimana yangditetapkan syariah dan tidak sesekali melangkaui bidang kuasa Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara,” katanya, semalam.
Selain itu, beliau mengingatkan bahawa pindaan berkenaan tidak langsung menyentuh orang bukan Islam kerana ia hanya membabitkan peluasan kuasa Mahkamah Syariah di bawah negeri.
Sehubungan itu, beliau berharap semua Ahli Parlimen menerima dan menyokong usul itu serta menerimanya tanpa mencetuskan andaian tidak benar.
Bagaimanapun, usul itu dibantah bukan saja oleh parti DAP, malah komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC, Gerakan dan SUPP, turut menyatakan tentangan mereka.
Bukan itu sahaja, seorang Ahli Exco Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun daripada MCA, Datuk Dr Leong Yong Kong, turut mengisytiharkan keluar parti kerana membantah pembentangan usul itu yang akan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat, akan datang.
Wall Street Journal (WSJ) tetap mempertahankan laporannya mengenai Malaysia dan isu 1MDB, walaupun Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis akhbar Amerika itu.
Jurucakap penerbit WSJ,Dow Jones memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa pihaknya mempertahan liputan WSJ yang menurutnya dilaporkan secara bertanggungjawab dan demi kepentingan awam.
Jurucakap itu menegaskan demikian dalam respons kepada permintaan untuk mendapatkan komen mengenai pendedahan surat, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata Muhammad telah membuat laporan polis terhadap WSJ.
Surat itu dikatakan daripada Bank Negara kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin, yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
WSJ, yang telah dituduh sebagai sebahagian daripada kempen yang didakwa untuk menyingkirkan Najib, telah mentweet salinan surat itu, dan ini kemudiannya ditweet semula oleh ketua editornya bagi rantau Asia, Tom Wright pagi semalam.
Surat itu dikatakan telah mengesahkan bahawa Good Star Limited dimiliki jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.
Ini bercanggah dengan dakwaan kerajaan bahawa Good Star milik bekas rakan kongsi usahasama 1MDB - PetroSaudi International.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
JPJ telah mengeluarkan 91 notis temu siasat kepada pemilik kenderaan yang didapati menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya PLUS, di Melaka, Ahad lepas sehingga menghalang laluan ambulans.
Perbualan seorang lelaki yang dipercayai anggota polis, cuba menganggu isteri orang, tersebar di media sosial sejak 27 Mei lalu. Gambar-gambar tersebut dimuat naik oleh suami kepada wanita berkenaan, yang juga menuntut anggota terbabit dikenakan tindakan tegas.
Penyanyi terkenal tanah air, Dato Siti Nurhaliza turut menggunakan aplikasi Smule untuk peminatnya. Namun, sebaliknya yang terjadi apabila Siti dikritik oleh netizen gara-gara menggunakan aplikasi tersebut.
Saya nak pesan kepada lelaki di luar sana, jangan jadi seperti saya yang bodoh tak nampak apa depan mata. Masa mula-mula, bersungguh-sungguh nak sayang isteri, padahal baru saja kenal. jujur saya kata yang buat saya tertarik dengan isteri adalah disebabkan perwatakan dia yang jenis tak cover.
PASIR MAS – Seorang suri rumah, Norazila Mat Hussain, 44, pada mulanya menyangka bunyi bising dari luar rumahnya adalah bunyi orang bergaduh namun terkejut apabila mendapati sebenarnya sekumpulan remaja sedang memukul seekor ular sepanjang empat meter.
Selepaih beberapa kali pasangan Amyra Rosli dan Amaq Baharin takmau mengaku dakwaan yang kata depa dah bertunang kali ni menerusi ruangan Cik Pang di Metro Ahad sekali lagi persoalan yang sama ti...
Nama Datuk Siti Nurhaliza bukanlah sesuatu yang asin lagi didalam bidang seni dalam ghamai yang memuji ada jugak yang tak mudah dengannya terpalin baghu Siti telah mencetuihkan perdebatan dikala...
Kebelakangan ni pelbagai isu yang melanda politik Malaysia tak kira sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang Oleh tu para pemimpin perlu menyelesaikan masalah hat sama dok habaq tadi dengan...
Sesetengah individu yang lahiaq di negeri lain la nih dok beghebut ghebut mendesak untuk jadi oghang Johoq depa mau menukaq digit tengah dalam MyKad masing masin untuk menunjukkan depa ialah ogh...
Dewan bandaqraya kola Lumpoq DBKL merampaih 225 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat PPR dan Perumahan Awam PA tahun ni setelah penyewanya didapati buat pelbagai kesalahan termasuk men...
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong akan meletakkan jawatan dalam kabinet sekiranya Rang Undang Undang RUU hudud diluluihkan ni selepaih kerajaan ...
Makin lama makin panaih Itulah yang boleh kami gambaqkan tentang pasai konflik yang berlaku antara ahli kumpulan Search dengan pemain dramnya Yazit Ahmad Terbaharu Yazit 54 yang merupakan p...
Syarikat konglomerat China Wanda pada Sabtu membuka taman tema pertamanya selepaih majikannya yang bertaraf hartawan mengumumkan perang terhadap Disney beberapa minggu sebelum besaq nak mampui...
SUNGAI SELISEK soghang lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan ragut sekitaq daerah ni berjaya kena tahan polih dalam serbuan di Gedangsa Selangoq 12 30 tengah hari tadi Ketua Jabatan Siasat...
PENYANYI Alyah membuat permohonan ampun secara terbuka kepada media selepaih gosip yang penah ditimboikan sebelum ni Menurut Alyah atau nama sebenaqnya Nooq Hasliah Abu Hasan banyak pengajaran be...
Kira kira 100 oghang yang masih dok hilang berikutan bencana tanah runtuh di Sri Lanka minggu lepaih dipercayai meninggai dunia kata pihak berkuasa pada Sabtu selepaih usaha mencari gagai menemui ...
EDatuk Seri Najib Razak hari ni memberi warnin kepada pihak luaq supaya beghenti mencabaq kedaulatan Sabah dengan menegaihkan negeri tu dah merdeka dalam Malaysia sejak 1963 Menganggap tuntutan ...
Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan bijirin oat jenama Quaker Oats yang dijuai di pasaran tempatan tak mengandungi glyphosate iaitu sejenih racun rumpai Ketua Pengarah Kesihatan Datu...
penah terpikiaq takpa yang berlaku dalam teloq ayam semasa dalam proses untuk menjadi anak ayam Satu video baghu baghu ni jengoi di Internet dan ianya amat menakjubkan terutamanya kepada peminat ...
Pada tahun lepaih perkhidmatan Posto Express telah diperkenaikan yang membolehkan pengguna untuk mendaftaq menjadi penghantaq barangan ataupun turut menggunakan perkhidmatan hat sama dok habaq ta...
Barisan Nasionai BN mengumumkan Datin Mastura Yazid isteri kepada Allahyarham Datuk Wan Khair il Anuar Wan Ahmad sebagai calon Pilihan ghaya kecik PRK Parlimen kola KangsarPerkara hat sama dok...
Industri gheta sewa mempunyai permintaan tersendiri terutamanya dikalangan pelajaq universiti Menyedari peluang berkenaan salah satu perkhidmatan baghu yang turut diperlihatkan masa acara JomLa...
Beberapa ceti haram dikesan memaksa mak pak di Negeri Sembilan untuk menyewakan anak untuk menyelesaikan hutang depa Tindakan tak bertanggungjawab tu terbongkaq apabila 11 mangsa terdiri ka...
soghang ibu yang tak dapat menahan kemarahan dengan perangai anaknya yang telah kena tahan polih dalam Operasi Bersepadu Mat Rempit di Batu 10 Jalan Gurun Jeniang Sungai Petani awai pagi Jumaat ...
Presiden Paih Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaihkan bahawa Pas tetap akan meletakkan calonnya untuk bertandin dalam dua Pilihan ghaya kecik PRK Parlimen kola Kangsaq dan Sungai Besaq bulan dep...
Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu UNHCR menganggaqkan 50 000 oghang awam masih dok dok ada dalam tahanan militan Daish di Fallujah pasca operasi tentera kerajaan memukau semula ba...
tak lama lagi semua umat Islam bakai menyambut kedatangan bulan Ramadhan pastinya suasana bulan puasa kelihatan sama bagi oghang lain tapi bagi Stacy AF kali pertama menyambut kedatangan bulan ...
Bukan semua manusia kat dunia ni jujoq Lebih lebih lagi kalau wang yang kita dapat tu terlebih barangkali ada yang gelap mata dan mendiamkan diri saja tanpa memulangkan semula Langkah lelaki ...
soghang pelajaq tingkatan dua mendakwa kena ghimbok soghang pelajaq tingkatan lima hanya pasai tak menghadiri latihan perbarisan hari sukan Remaja tu mendakwa kejadian berlaku pada Rabu lepaih d...
Pengerusi MCA Kedah Datuk Lee Chee Leong memberi tempoh dua minggu kepada Timbalannya Datuk Leong Yong Kong untuk mempertimbangkan keputusannya yang mau keluaq daripada parti tu Beliau bagitau d...
Tahniah diucapkan buat Syed Ali yang merupakan adik kepada Abam Bocey serta anggota kumpulan Puteh yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Melati Fitri.
Majlis akad nikah dan resepsi mereka telah diadakan semalam di Kampong Gombak Utara, Kuala Lumpur.
Selepas majlis resepsi di Sarawak yang diadakan awal Mei lalu, Hafiz Suip, 26, dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, 23, sekali lagi di raikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di Hotel Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor.
Dalam majlis yang meriah itu, Hafiz kelihatan segak dengan mengenakan sut berwarna hitam manakala isterinya pula anggun dengan gaun berwarna merah.
"Saya tidak mahu cakap besar, malah sentiasa risau setiap kali membaca mengenai masalah sosial remaja. Sebagai ibu, saya hanya mendoakan yang terbaik. Insya-Allah, perkara itu dapat dielakkan kerana Ayu mempunyai pendirian dan tidak mudah terpengaruh.
"Saya percaya, Ayu mampu melalui sebarang cabaran dan pada masa sama, menyelesaikan setiap masalah dengan baik mengikut caranya sendiri," demikian keyakinan penyanyi Nourul Wahab Depp yang rasa bangga apabila anak sulungnya, Ayu Nazirah, 18, terpilih untuk mengikuti pengajian asas dalam bidang Sains Hayat di Universiti Malaya (UM).
Tambahnya, gejala sosial yang sering berlaku kepada kebanyakan remaja, memang menyeramkan dirinya sebagai ibu, namun dia lebih mengenali anaknya. Malah dia yakin Ayu mampu menjaga diri dengan baik.
No comments:
Post a Comment