Monday, 2 May 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 02 May 2016 07:10 PM PDT

ROTIKAYA


Saharul Ridzwan Buat Muka Bila Ditegur Pengarah?

Posted: 02 May 2016 06:55 PM PDT

Apabila sudah popular, ada sahaja mata yang memandang sehingga keluarnya cerita-cerita yang tidak menarik. Terbaru Saharul Ridzwan pula dihentam oleh seorang penerbit kerana dikatakan membuat muka apabila ditegur pengarah mengenai lakonanya yang tidak menepati jiwa.

BACA: Syarul Ridzwan Tukar Nama Atas Nasihat Ustaz

Memetik Utusan Online, lagi menjelikkan adalah semasa di set penggambaran sudah la beliau tidak mengendahkan teguran yang diberikan pengarah malah Saharul juga dikatakan asyik terus bermain dengan telefon bimbit sahaja seperti tiada apa yang berlaku di sekelilingnya.

Bukan itu sahaja, pelakon itu juga dikhabarkan suka mereka alasan seperti kereta rosak, ada orang meninggal lepas itu kereta rosak lagi, hanya kerana beliau berasa malas untuk menjalani penggambaran. Nampaknya Saharul betul-betul sudah berani menunjukan belang sekarang.

Tapi walau apapun jika benar apa yang dikatakan oleh penerbit ini, diharap Saharul boleh berubah sikap kerana popular tidak selamanya bertahan. Bak kata orang kalau setakat ada rupa paras yang kacak tetapi komitmen kerja hancur memang tidak akan dipandang orang juga. (rkty/w)

1- Saharul Ridzwan Buat Muka Bila Ditegur Pengarah? - jpeg 2- Saharul Ridzwan Buat Muka Bila Ditegur Pengarah? - jpeg 3- Saharul Ridzwan Buat Muka Bila Ditegur Pengarah? - jpeg 4- Saharul Ridzwan Buat Muka Bila Ditegur Pengarah? - jpeg 5- Saharul Ridzwan Buat Muka Bila Ditegur Pengarah? - jpeg 6- Saharul Ridzwan Buat Muka Bila Ditegur Pengarah? - jpeg

“Kami Bercerai Kerana Sikap Dia Tak Hargai Isteri”

Posted: 02 May 2016 06:21 PM PDT

Tidak mahu berdolak dalik lagi, pelakon Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham menjelaskan bahawa dia kini telah pun bercerai dengan suaminya, Nadi Putera pada 23 Februari lalu. Menerusi Sinar Harian, Syanie redha dengan ketentuan tersebut.

BACA: Syanie Tidak Akan Maafkan Kaki Fitnah

“Tahap kesabaran ada batasnya. Punca sebenar perceraian biarlah kami sahaja yang tahu. Cukuplah sekadar saya beritahu kami berpisah kerana sikap dia yang tidak menghargai saya sebagai isteri. Tidak perlu diungkit lagi apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh dia (bekas suami) kepada saya”

“Apabila sampai satu masa saya sudah tidak dapat menahan sabar lagi, maka inilah sahaja keputusan dan jalan terbaik untuk kami,” katanya yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri.

Katanya, dia mengambil pendekatan sedemikian kerana mahu menghormati bekas ibu mertua yang meminta agar kisah perkahwinannya tidak dihebohkan walaupun selama ini ramai pihak menuding jari menyalahkan dirinya.

"Sebab itulah saya mengambil keputusan berdiam diri, namun lain pula ceritanya apabila bekas suami bertindak membuka akaun Facebook baru dengan status 'single', yang menyebabkan ramai pihak mula mencanang kisah rumahtangga kami”

"Saya tak kisah pun, tapi kalau dia sendiri tak tahu nak jaga maruah diri, buat apa saya berdiam lagi, sebab itulah sekarang ini saya bersuara dan memberi penjelasan,” ujarnya yang mengakui tidak serik untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh.

Syanie sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Mohd Attirmidi Abdul pada 1996 dan bercerai pada 2002. Namun, selepas 12 tahun, Syanie berkahwin dengan Nadi Putera pada 2014. (rtky/s)

Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok

Posted: 02 May 2016 07:37 AM PDT

Bermula dengan pujian di Instagram, perlahan-lahan manusia yang tidak berhati perut dan merasakan diri cukup sempurna terus meninggalkan komen menghina fizikal Scha al-Yahya. Jelas sekali perkara tersebut kurang disenangi empunya badan dan juga suaminya, Awal Ashaari.

BACA: Scha al-Yahya Enggan Satu Pentas Dengan Suami

Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok

Niat Scha berkongsikan video ketika sesi solekan sebelum sebuah acara dimulakan di Instagram itu bagaimanapun bertukar menjadi medan untuk pengikutnya di laman Instagram berbalah apabila ada komen yang melabelkan hidung Scha besar dan juga dirinya kelihatan seperti bapok.

Scha dalam masa yang sama turut membalas komen tersebut dengan bersahaja dan tenang malah perkara tersebut turut membuatkan Awal Ashaari menyuarakan dan mempertahankan Scha. Tindakan Awal itu kemudiannya mendapat sokongan peminat pasangan selebriti ini.

Dalam banyak-banyak benda cantik, keburukan orang juga yang mereka nampak. Hendak dihalang, masing-masing dikatakan mempunyai kebebasan untuk bersuara. Apa pun, pastinya Scha mahupun Awal sudah lali dengan perkara sebegini namun kesabaran manusia juga ada batasnya. (rtky/s)

1- Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok - ROTIKAYA 2- Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok - ROTIKAYA 3- Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok - ROTIKAYA 5- Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok - ROTIKAYA 6- Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok - ROTIKAYA 7- Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok - ROTIKAYA

4 Hari Tayangan, Filem AADC2 Kutip Lebih RM1 Juta

Posted: 02 May 2016 02:42 AM PDT

Filem cinta lagenda Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) kini telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta selepas 4 hari tayangan di Malaysia dan juga Brunei. Perkara tersebut disahkan oleh pengedarnya, Primeworks Distribution Sdn Bhd dan kini menjangkakan kutipan yang lebih tinggi.

BACA: Dian Sastrowardoyo Akui Kini Lebih Utamakan Keluarga Berbanding Lakonan

Pengurus Pemasaran Filem Primeworks Distribution, Rabiatul Addawiah Samueil berkata, tayangan filem Captain America: Civil War pada Khamis lalu memberi sedikit kesan terhadap kutipan AADC2.

“Sejak hari pertama tayangan, filem itu disaksikan lebih 80,000 penonton tempatan dan Brunei. Kami mensasarkan sebanyak 500,000 penonton sehari. Pun begitu, kami bangga kutipan diterima dan yakin jumlah itu akan terus meningkat,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, pihak pawagam akan menambah 10 panggung di seluruh negara. Filem AADC2 arahan Riri Riza menampilkan lakonan Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Titi Kamal, Adinia Wirasti dan Sissy Prescillia. (rtky/s)

Demi Suami Dan Anak, Hanis Zalikha Berhenti Berlakon

Posted: 02 May 2016 01:55 AM PDT

Kehidupan bekeluarga pastinya memberikan perspektif baru dan bagi Hanis Zalikha, suami dan juga bakal anaknya nanti memerlukan lebih perhatian. Justeru itu, Hanis mengambil pendekatan untuk berhenti dari bidang lakonan buat sementara waktu.

BACA: Hanis Zalikha Belum Sedia Dedah Jantina Anak

"Tidak dinafikan, sekarang rezeki saya dan suami lebih berpihak kepada perniagaan. Insya-Allah, akan datang pun kami akan melancarkan satu lagi produk baharu, jadi saya rasa lebih baik untuk berhenti dahulu buat sementara daripada dunia lakonan, lebih-lebih lagi selepas anak kami lahir nanti”

"Bagaimanapun, saya mungkin akan mempertimbangkan tawaran pengacaraan kerana komitmennya lebih fleksibel dan tidak memerlukan masa yang panjang di lokasi seperti lakonan," katanya seperti dipetik di Kosmo! Online.

Dijangka menyambut kelahiran bayi pada 5 Jun ini nanti, perkara tersebut pastinya mendapat sokongan daripada suaminya, Hairul Azreen dan kini pasangan tersebut sedang sibuk menjalankan perniagaan. (rtky/s)

7- Kini Berkeluarga, Haniz Zalikha Berhenti Berlakon - ROTIKAYA 6- Kini Berkeluarga, Haniz Zalikha Berhenti Berlakon - ROTIKAYA 5- Kini Berkeluarga, Haniz Zalikha Berhenti Berlakon - ROTIKAYA 4- Kini Berkeluarga, Haniz Zalikha Berhenti Berlakon - ROTIKAYA 2- Kini Berkeluarga, Haniz Zalikha Berhenti Berlakon - ROTIKAYA 1- Kini Berkeluarga, Haniz Zalikha Berhenti Berlakon - ROTIKAYA

“Orang Boleh Mengutuk, Yang Penting Poket Saya Tebal”

Posted: 01 May 2016 09:01 PM PDT

Kehadiran iklan dan juga cara pemasaran oleh Aliff Syukri tidak dinafikan mengundang pelbagai reaksi berbaur peminat namun bagi dirinya, apa yang dilakukan adalah demi kelangsungan hidup dan juga jenama kosmetik yang dibawanya.

BACA: Aliff Syukri Beli Kucing Harga RM30,000

"Orang kita hendak tengok dua benda saja iaitu paling hebat dan paling teruk. Orang Malaysia suka lain daripada yang lain, pada mula kemunculan, saya pakai baju kilat-kilat walaupun orang kata saya gila, saya tidak ada masalah”

"Orang boleh mengata dan mengutuk, yang penting poket saya tebal. Ini perancangan pemasaran, saya tidak boleh tutup mulut orang kerana yang penting orang tahu mengenai saya dan perkembangan saya”

"Saya tidak perlu kisah apa orang cakap tapi saya perlu kisah macam mana pendapatan saya," katanya kepada Harian Metro. Kata Aliff, apa yang lebih penting baginya adalah untuk mencari rezeki halal untuk keluarga selain memberi keutamaan kepada bayaran zakat dan juga cukai. (rtky/s)

7- Orang Boleh Mengutuk, Yang Penting Poket Saya Tebal - ROTIKAYA 6- Orang Boleh Mengutuk, Yang Penting Poket Saya Tebal - ROTIKAYA 5- Orang Boleh Mengutuk, Yang Penting Poket Saya Tebal - ROTIKAYA 4- Orang Boleh Mengutuk, Yang Penting Poket Saya Tebal - ROTIKAYA 2- Orang Boleh Mengutuk, Yang Penting Poket Saya Tebal - ROTIKAYA 1- Orang Boleh Mengutuk, Yang Penting Poket Saya Tebal - ROTIKAYA

Nora Danish Akui Rayqal Mahu Adik Baru

Posted: 01 May 2016 07:13 PM PDT

Semakin terbuka bercerita mengenai perancangan perkahwinan, Nora Danish dalam masa yang sama turut berkongsikan bahawa anaknya juga mengimpikan adik baru. Malah Nora sebelum ini sendiri pun sudah menyatakan kesediaannya untuk menambah cahaya mata bersama Nedim kelak.

BACA: Nora Danish Mahu Tambah Zuriat Bersama Nedim Nazri

“Rayqaljuga teruja kerana sudah lama mengimpikan dikurniakan seorang adik. Mungkin kerana sering bersendirian di rumah, Rayqal inginkan seseorang untuk menemaninya. Rayqal ada memberitahu, dia teringin mendapat adik perempuan”

“Keinginannya itu membuak-buak hingga Rayqal selalu berpesan supaya saya banyak makan kerana mahu perut saya besar. Sangkaannya, setiap wanita berbadan besar sedang menganadung. Saya hanya mampu ketawa setiap kali Rayqal membangkitkan perkara ini,” katanya yang dipetik melalui BH Plus.

Sementara itu menurut Nora, dia sememangnya faham dengan perkembangan anaknya yang semakin meningkat besar dan kesepian. Buat Rayqal, harap bersabar dan pastinya seluruh peminat Nora tidak sabar menanti cahaya mata baru dari selebriti kesayangan mereka ini. (rtky/s)

7- Nora Danish Akui Rayqal Mahu Adik Baru - ROTIKAYA 6- Nora Danish Akui Rayqal Mahu Adik Baru - ROTIKAYA 5- Nora Danish Akui Rayqal Mahu Adik Baru - ROTIKAYA 4- Nora Danish Akui Rayqal Mahu Adik Baru - ROTIKAYA 3- Nora Danish Akui Rayqal Mahu Adik Baru - ROTIKAYA 2- Nora Danish Akui Rayqal Mahu Adik Baru - ROTIKAYA

Gosip dan Kontroversi Hiburan

Posted: 02 May 2016 03:12 PM PDT

Gosip dan Kontroversi Hiburan


"Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tak melayan..." - Suami Dayus

Posted: 02 May 2016 08:00 AM PDT

"Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tak melayan..." - Suami Dayus.

Ibu Sangkakan Si Anak Gadis Penat Belajar Rupa-rupanya Anak Penat Buat...

Posted: 02 May 2016 07:20 AM PDT

Keseronokan seorang remaja wanita ketagin menonton video lucah menyebabkan dirinya terjerumus kelembah maksiat.

Gadis comel yang masih berumur 13 tahun itu sanggup di tiduri oleh abang-abang kelas sekolahnya termasuk penjawat awam sejak awal tahun lepas.

Sekadar Gambar Hiasan

Tanpa memikirkan risiko ke atas diri gadis kecil ini rela di bawa kemana saja janji nafsunya di puaskan oleh lelaki yang membawanya,walaupu kadang dengan seorang lelaki yang baru di kenalinya melalui laman media sosial.

Apa yang pelik adalah gadis kecil itu juga bangga menceritakan pengalamannya kepada rekan sekolahnya,sebelum aktiviti sumbang itu terbongkar si ibu kerap melihat anaknya itu selalu nampak letih setiap kali pulang kerumah baik dari sekolah mahupun keluar rumah dengan alasan lain.

Si ibu yang mengesyaki anaknya itu membuat siasatan mulai dari pada guru guru yang mengajar di sekolah anaknya,di kemudian ibunya mendapati anaknya selalu ponteng sejak julai lalu.

Sejak di ugut oleh ibunya si anak kemudian mengaku dan menceritakan semuanya pada ibunya termasuk tidur dengan 7 lelaki dalam masa yang sama.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, perkara itu telah dirujuk kepada pihak polis dan JKM untuk tindakan susulan berikutan mangsa di bawah umur.

"Bagi menyelamatkan gadis berkenaan, kami terpaksa menahannya selama 30 hari di pusat perlindungan JKM mengikut Seksyen 46 (2) (bb) Akta Kanak-Kanak bagi membantu menjalankan siasatan.

"Selepas dirujuk ke mahkamah, remaja berkenaan diarahkan menjalani perintah tahanan sementara selama tiga tahun di Batu Gajah, Perak dan dia akan dihantar ke sana hujung bulan ini untuk proses pemulihan.
Sumber: kecoh-media

Bapa Penggal Kepala Anak Dan Isteri Hingga Putus Selepas Berzikir

Posted: 01 May 2016 11:53 PM PDT

Hampir tidak seorang warga pun yang keluar,suasana perkampungan menjadi sepi ,seluruh rumah warga tertutup rapat selepas terjadinya satu pembunuhan mengerikan.

Ada 4 warga yang hanya duduk menjaga sebuah rumah yang memiliki garis polis dengan lampu yang samar samar,bau hanyir darah beku masih tercium kuat di sekitar pembunuhan.kata wahyu hidayat salah seorang warga.

Misteri penemuan dua mayat tanpa kepala terbakar dipercayai ibu dan anak masih menjadi misteri dalam kejadian yang belaku pada penghujung tahun 2015 lalu dipercayai dilakukan oleh abdullah 50 tahun suami dan bapa mangsa.


Katanya abdullah dirawat di hospital karena mengalami masalah kerusakan organ tubuh setelah Cuba membunuh diri dengan meminum petrol dan cecair pembersih lantai usai menghabisi nyawa isteri dan anaknya itu.

3 bulan berlalu Kronologi pembunuhan dan punca sebenar kejadian masih menjadi tanda tanya.,namun pada jumaat semalam abdullah yang mendapat pengesahan sihat dari pihak hospital memperagakan beberapa adegan kronologi pembunuhan tersebut hinggalah semuanya terbongkar.


1.Abdulah dan isterinya halimah 48 sempat bertemu dengan ketua kampung arifin karena isterinya menuntut cerai.

2.Setelah balik dari rumah ketua kampung abdullah mengaku panik dan buntu.

3.Abdullah masuk ke bilik dan mengerjakan solat dan berzikir untuk menenangkan fikiran.

4.Isteri abdullah pada masa itu sedang mandi di dalam bilik air, mendengar suara itu abdullah mengintip dari celah celah dinding.

5.Abdullah kemudian keluar dari bilik dan mengambil sebilah parang dan menunggu di depan pintu bilik mandi.

6.Kemudian abdullah menghayunkan parang ke leher isterinya sebaik saja mangsa keluar dari bilik mandi tersebut.

7.Isteri mangsa sempat menjerit dan meminta tolong,karna masih tidak berpuas hati,abdullah kemudian menyembelih isterinya hingga putus dari bagian belakang.

8.Teriakan di dengari oleh anaknya sari devi 16 tahun kemudian mendekati ibunya yang sudah terbaring di lantai tanpa kepala kemudian dia menangis dan menjerit minta tolong.

9.Abdullah yang merasa terganggu dengan tangisan anaknya, ia kemudian menganyunkan parang tepat pada leher anaknya yang tertunduk cuba membangunkan ibunya.

10. Kemudian badan anak itu jatuh tepat di atas mayat ibunya.

Saat memperagakan kronologi kejadian abdullah menangis tanda menyesal,ia pun bersandar didinding seolah tidak mahu memperlihatkan Kekejaman yang dia buat kepada anak dan isterinya itu.

pihak polis cuba menenangkan abdullah dengan membawanya kebilik air untuk mengambil wudhu.Setelah tenang abdullah kembali memperagakan kronologi bagian ke 11.


Gambar kedua mangsa

11.Abdullah kemudian mengambil selimut untuk menutupi mayat anak dan isterinya yang berlumuran darah.

12.Selepas itu abdullah mengambil tong yang berisi minyak dan menyimbah mayat kedua mangsa dan membakarnya dengan meletakkan kepala yang terputus di atas badan kedua mangsa.

13.Abdullah masuk kedalam bilik mandi dan membersihkan tubuhnya yang penuh dengan darah.

14.Kemudian ia mengambil cecair pembersih lantai,minyak dan obat asma kemudian meminumnya dengan niat membunuh diri.

15.Warga setempat yang melihat rumah abdullah berasap cuba masuk namun pintu terkunci,hingga akhirnya beberapa warga terpaksa memecahkan bagian kaca dan cuba memadamkan api.

16.Warga mendapati abdullah terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi dengan mulut berbuih dan segera di larikan kehospital.

17.Warga menemukan mayat isteri dan anak abdullah sudah hampir terbakar tanpa kepala dan warga segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Tiga hari sebelum pembunhan dipercayai abdullah dan isterinya bertengkar mulut karena masalah ekonomi keluarga dan juga beberapa hutang yang belum dilunasi..abdullah adalah seorang pengangguran manakala isterinya hanya seorang penjual rojak.

Akibat dari perbuatannya itu hakim mahkamah negeri itu menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas abdullah yang tinggal di Desa Argosari RT 2/RW 1, Kecamatan Jabung, Kabupaten Malang.

Sumber: eberita


Tingkap kaca yang dipecahkan oleh warga

KedahLanie.info

Posted: 02 May 2016 09:17 AM PDT

KedahLanie.info


Muhyiddin & Mukhriz - Benarkah kedua-dua mereka ini tidak cerdik..???

Posted: 02 May 2016 05:20 AM PDT

KEDUANYA DIKATA TAK CERDIK


KECERDIKAN dan pejuangan tidak semestinya duduki kerusi dalam kerajaan, malah yang duduk di kerusi pembangkang juga namanya berjuang sebab baik pemerintah ada pembangkang ada peranan masing-masing.

Kejayaan kepimpinan seseorang itu bukan macam mengukur adanya satu bangunan atau jalan raya tetapi bersuara dan membantai rasuah, perbuatan jahat, bobrok juga satu perjuangan seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli agama yang membawa kesedaran dan kebenaran.

Merubah minda/pemikiran manusia tidak semudah membina jalanraya yang bisa siap esok hari tetapi merubah pemikiran dan cara manusia berfikir memerlukan masa bertahun yang kekadang ada sampai 1000 tahun atau lebih dari itu.

Dunia barat kala dulu memang gelap tetapi kesan raja Peranchis kedua yang belajar di andalusia terjemah semua buku karyawan Islam seperti Ibu Kindi, Sina dan banyak lagi di zaman Andalusia abad 4-11 ke bahasa barat barulah barat bercahaya dan menjadi seperti yang ada sekarang.


Ramai pemimpin terhebat di dunia kena penjara kesan berani pejuangkan sesuatu yang benar seperti Mandela/sepanjang usianya dalam penjara dan akhirnya kesan kesedaran ada di kalangan bangsanya maka bangsanya merdeka dan ia sempat duduki kerusi nombor satu dan dunia puji dia.

Keadaan yang saya maksudkan sama juga apa yang dihadapi olehj Anwar Ibrahim banyak masanya dalam penjara, padahal kalau dia mengampu dan menjadi pak turut sudah pasti dia berjaya duduki kerusi Perdana Menteri yang menjadi idaman semua orang.

Mantan TPM dan MB Kedah ada yang mengatakan tidak cerdik hingga terlepas jawatan dan kenyataan itu sebenarnya tidak benar. Kalau memang mereka tidak cerdik dan bodoh, mana mungkin mereka berjaya duduki kerusi TPM dan menteri besar Kedah.

Mereka dipecat dan satu berhenti bukan kerana mereka tidak cerdik sebalik merekalah bijak tidak mahu bersubahat dengan pemimpin yang rasuah salah guna kuasa sebab di dunia mereka bahagia tetapi di akhirat siap akan ditanya oleh Allah. Nampak itu?

Mereka melawan dan dipecat/dipaksa turun kerana mereka tidak mahu bersubahat dan tidak mahu berdosa itu makna mereka berdua bijak dan perlu dijelaskan menilai perjuangan seseorang itu tidak semestinya melalui jawatan sebalik kita lihat apa yang ia perjuangkan.

Nabi kita dihina sejak lahir, hingga dewasa malah sehingga wafatnya juga dihina dan kala wafatnya dia tidak meninggalkan istana raja atau segala ladang unta atau tanah berjuta ekar dan dia wafat tanpa apa-apa/yang ada hanyalah kesan agama islam itu sendiri melebar ke seluruh dunia. Nah, apakah kerana tidak kaya seperti para menteri kita Nabi tidak cerdik?

Sekadar catatan petang untuk semula kita menilai sejauh mana pejuangan kita sebenarnya dalam masa kita hidup ini.

ISMAILY BUNGSU
2 mei, 2016
6:00pm

'Saya PM 22 tahun pun tak pernah pinjam RM1b' - Tun M

Posted: 02 May 2016 04:29 AM PDT

'Saya PM 22 tahun pun tak pernah pinjam RM1b

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui masih sayang kepada parti keramatnya walaupun bertindak meninggalkan Umno sebelum ini.

Beliau berkata, keputusan untuk keluar Umno dibuat kerana tidak suka cara pentadbiran yang dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Saya bukan anti-Umno, tidak... saya anti-Najib. Selama ini negara kita walaupun punyai berbilang kaum, parti lawan dan parti kerajaan, tapi pentadbiran boleh dijalankan dengan baik.

"Hari ini kita lihat cara Najib tidak disenangi dan kesannya amat buruk kepada negara. Kita berhimpun kerana sedar bahawa yang salah ialah Najib, tetapi dia kata tak salah," katanya di hadapan hampir 10,000 orang pada program Pidato Selamatkan Malaysia di pekarangan Wisma Harapan di sini, malam tadi.

Menurutnya, kerjasama dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat bukan melibatkan soal parti atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya memperjuangkan hak rakyat.

"Kita tahu dia (Najib) menunjukkan kononnya begitu demokratik dalam Umno, pemilihan pemimpin dibuat oleh wakil seramai 2,000 orang. Dia ingin perluaskan supaya lebih ramai ahli Umno dapat menyertai pemilihan pemimpin dan kita berasa lega juga.

"Baik sungguh Najib, yang tak ada hak pun diberi hak. Tapi ini suatu penipuan kerana bukan jumlah undi daripada ahli-ahli diambil kira sebaliknya jumlah bahagian yang menentukan siapa menjadi pemimpin," katanya.

Beliau berkata, pengalamannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga tidak pernah meminjam wang sebanyak RM1 bilion.

"Kita ada had tak boleh pergi lebih jauh dari itu, tapi Najib bijak daripada saya. Bukan kerajaan yang pinjam, tapi syarikat (1MDB) yang berhutang. Kenapa begitu banyak hutang diberi kepada syarikat ini, tentulah kerana jaminan oleh kerajaan.

"Secara tak langsung, ini bermakna kerajaan yang berhutang. Sekali lagi nampak putar belitnya, dia tak akan kata kerajaan yang berhutang, sebaliknya hutang 1MDB," katanya.

AMANAH - Terima Kasih & Selamat berjuang Mejar Zaidi

Posted: 02 May 2016 03:38 AM PDT

KENYATAAN MEDIA : TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERJUANG MEJAR ZAIDI
www.amanah.org.my


1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengambil maklum bahawa Mejar Zaidi telah menyertai DAP. Dengan itu kedudukan beliau sebagai ahli AMANAH telah dengan sendirinya terbatal.

2. AMANAH ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas segala sumbangan dan pengorbanan semasa beliau bersama AMANAH. Semoga segala sumbangan dan pengorbanannya akan diterima Allah sebagai satu amalan soleh dan diberikan ganjaran yang setimpalnya.

3. Pendirian dan sikap tegas beliau dikenali semua dan ianya terbukti dengan kesanggupan beliau berhadapan dengan tindakan disiplin TUDM berhubung isu dakwat kekal sebelum ini. Sikap ini amat dihargai AMANAH dan kami doakan beliau akan terus berpendirian tegas tanpa kompromi dalam membela kebenaran.

4. Dari apa yang dijelaskan, penyertaan beliau bersama DAP adalah untuk menangani fitnah yang terus dilemparkan terhadap DAP khususnya oleh UMNO dan pihak-pihak tertentu bahawa DAP adalah parti anti-Melayu Islam. AMANAH menganggap cita-cita tersebut sebagai cita-cita yang murni, kerana ingin membela pihak yang dizalimi dan difitnah.


5. AMANAH menyedari bahawa perkauman adalah senjata paling ampuh yang kembali digunakan UMNO, maka keinginan Mejar Zaidi untuk mematahkan senjata ini difahami dan dikongsi bersama. Akan tetapi AMANAH mempunyai kaedahnya tersendiri.

6. AMANAH mendoakan semoga beliau terus maju dalam usaha memperjuangkan keadilan dan kebajikan bagi rakyat melalui DAP. Keputusan beliau untuk menyertai DAP adalah hak dan pilihan beliau sendiri. Tindakan beliau tidak dilihat sebagai pengkhianatan terhadap Islam dan tidak juga dianggap menyalahi akhlak Islam.

7. AMANAH sebagai sebuah parti Islam sentiasa menganggap penubuhan AMANAH dan pendekatan yang dipilihnya adalah satu ijtihad yang tidak semestinya dipersetujui dan dipatuhi oleh setiap individu Muslim. Ianya adalah satu pendapat dan pandangan berhubung cara mencapai cita-cita menjadikan Islam sebagai asas kepimpinan dan pemerintahan Negara. Hanya yang bersetuju dengan ijtihad ini perlu bersama dan tiada dosa sekiranya berpandangan sebaliknya.

"Harapan Baru"
MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
2 Mei 2016

Isu Beli Quaresma Tidak Benar - Ahmad Bashah

Posted: 02 May 2016 03:00 AM PDT

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Isnin menafikan KFA akan membeli bekas pemain Barcelona, Ricardo Quaresma seperti dilaporkan dalam media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata isu pembelian pemain itu yang dikatakan dengan yuran perpindahan bernilai RM1.9 juta tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat KFA.

"Saya ingin beritahu ia hanyalah khabar angin sahaja," kata Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar kepada pemberita selepas pelancaran Kerja-kerja Undi 1 Kedah Untuk Penyelenggaraan Jalan Negeri Kedah, di sini Isnin.

Ketika ditanya tentang pemain penyerang dari Brazil, Carlos Eduardo de Souza Floresta atau Carlos Kahe yang mempamerkan permainan hambar sekaligus dilihat gagal membantu skuad Kedah, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kita ambil pemain import kerana ingin lihat peningkatan pasukan Helang Merah dalam setiap perlawanan tetapi sekiranya ia tidak membantu ... kalau perlu buat perubahan, kita akan lakukan bagi memastikan prestasi skuad Kedah sentiasa cemerlang," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berharap skuad Kedah tidak hilang semangat juang walaupun tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, Sabtu lalu dengan kiraan agregat 4-3.

"Masa JDT bertandang ke Stadium Darul Aman lalu mereka tewas kepada kita, tetapi Sabtu lalu kita pula tewas kepada mereka.

"Dalam perlawanan, kalah menang itu biasa, jadi saya harap semua pemain tidak patah semangat untuk bermain dengan bersungguh-sungguh dalam perlawanan akan datang," katanya. - BERNAMA

BN boleh kekal kerajaan Sarawak tetapi mungkin kerusi berkurangan?

Posted: 02 May 2016 02:18 AM PDT



ULAS PRN SARAWAK


Pilihan raya negeri Sarawak akan berakhir kurang 100 jam lagi. Menjelang hari-hari terakhir situasi semakin gawat dan panas. Apa dirasai di Sarawak berbeza daripada apa dirasai oleh peminat dan pemerhati politik di Semenanjung. Sebab itu untuk mengetahui suhu sebenar kita harus ke Bumi Kenyanlang.

Jika diperhati dari sini apa lagi mengikuti laporan media arus perdana (PB), pilihan raya Sarawak seakan berjalan dengan baik dan sempurna. Laporan bersifat propaganda itu memberi gambaran parti pemerintah BN Sarawak akan menang dengan mudah. Sepanjang sejarah media di Malaysia setiap kali berlangsung pilihan raya mereka akan memberi gambaran selamat kepada parti sokongan mereka.

Jika mendengar laporan daripada media massa, eletronik dan cetak, seolah-olah parti pembangkang langsung tidak ada peluang. Sedangkan ada juga kadang kala parti pembangkang menang besar dan laporan media massa PB meleset jauh.

Di Sarawak ini sejak awal-awal lagi para propgandis BN menguar-uarkan yang BN akan menang besar. Media menjual "padi basah" kepada pemerhati politik. Jadi bagi peraih padi yang tidak bijak dan percaya kepada kejujuran media PB, akan kegeruman sendiri.

BN tidak ada masalah untuk mempertahankan kerajaan Sarawak. Pertukaran Ketua Menteri baharu, Adenam Satem menjadi faktor kemenangan besar kepada BN.

Pada umum alasan itu diterima oleh orang ramai. Tetapi apabila sebaik sahaja penamaan calon selesai, hujah itu seakan tidak semudah yang dianggapkan. Pelarangan terhadap beberapa orang pemimpin parti dari Semenanjung, seperti PKR, Amanah dan DAP, memberi gambaran sebaliknya.

Keadaan yang dikatakan selesa di pihak BN itu seakan ternafi. Logiknya, kalau Adnem Satem rasa akan menang mudah dan pilihan raya ini kerana popularitinya, tidak ada cabaran kenapa beliau menggunakan kuasa eksekutif dan hak istimewa Sarawak untuk halang kemasukan pemimpin parti dari Semenanjung? Bukankah halangan itu memjelaskan yang BN takut dengan kehadiran parti-parti berkenaan?

Di zaman Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri, walaupun ada larangan ke atas pemimpin parti dari Semenanjung untuk datang berkempen menyokong parti mereka, tetapi jumlahnya tidak sebesar apa dilakukan Adnem. Tindakan Adnem itu menunjukkan beliau (BN) takut dengan pembangkang?

Mungkin dengan cara itu BN khasnya PBB Sarawak dapat mengekalkan kekuasaan mereka ke atas Sarawak. Tetapi apa guna kalau kejayaan itu dengan menggunakan kuasa atau pun cara tidak demokratik yang bertentangan dengan semangat demokrasi? Bukankah cara itu menafikan hak rakyat?

Memang diakui Sarawak ada kuasa Imigresen tersendiri yang termasuk dalam 20 perkara yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia, kemasukan Sarawak ke dalam Malaysia 1963.

Tetapi keistimewaan itu tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Sepatutnya sesudah lebih 53 tahun Sarawak dalam Malaysia, larangan sebegitu tidak diperlukan lagi. Adnem dan PBB sepatutnya tahu menerima semangat demokrasi yang sebenarnya dan tidak terus mengguna pakai undang-undang hutan rimba.

Percayalah apa dilakukan Adnem itu tidak akan menjamin keselamatan kerajaan BN di Sarawak. Mungkin hari ini rakyat Sarawak yang rata-rata dikongkong dengan pelbagai undang-undang itu, sogokan wang poket dan berbagai-bagai janji manis boleh menjamin PBB terus berkuasa. Tetapi tidak untuk selamanya. Generasi yang mendokong PBB dan BN di Sarawak tidak kekal dengan usia dan kepercayaan mereka hari.

Satu hakikat perlu disedari, kekuasaan politik secara tradisi dan klasik di Sarawak sudah mulai berubah pada pilihan raya ke-11 lalu. Kesediaan pengundi kawasan bandar khasnya yang ditonjoli kaum Cina memberi isyarat jelas yang rakyat Sarawak generasi baharu bersedia untuk keluar daripada tempurung sekatan itu.

Akhirnya memerhati pilihan raya negeri Sarawak kali ini apa yang ditunggu ialah apakah bakal terjadi kepada parti pembangkang asal Semenanjung. Apakah kehadiran mereka khasnya kepada Pas dan Amanah membawa sesuatu bekas baharu di Sarawak. Kedua-dua parti ini menaruh harapan besar untuk mendapat sebarang kerusi, tetapi peliknya dalam tindakan politik mereka tidak banyak menunjukkan aksi positif.

Kalau dalam pilihan raya negeri tahun 2011 lalu kedua pemimpin Pas dan Amanah berganding bahu berkempen ada yang masuk ke dalam gereja, namun Pas tetap juga tidak mendapat apa-apa kerusi, apakah dengan cara mereka bergaduh sesama sendiri akan memberi harapan memenangi apa-apa kerusi buat mereka?

Misalnya mereka sanggup bertarung merebut kerusi sama, dan tidak bersungguh-sungguh untuk sama-sama mendepani BN. Cara kedua-dua parti ini seolah-olah sengaja mahu memberi kemenangan kepada BN, dan mereka sendiri rela berputih mata daripada berkompromi antara satu sama lain. Mereka sanggup melihat orang menang asalkan jangan mereka.

Begitu juga dengan PKR, yang telah meletakkan 40 calon yang turut sama melibatkan bertarung sesama sendiri dengan DAP di lima kerusi? Apakah PKR dapat menambahkan pencapaian sebelum ini daripada tiga kerusi kepada satu atau dua lagi kerusi. Pertarungan di lima kerusi antara PKR dan DAP itu juga menunjukkan tidak ada persefahaman mampan politik kedua parti berkenaan.

Kesan daripada itu mungkin membawa celaka kepada parti itu atau salah satunya. Dalam hal ini mungkin yang berdepan dengan masalahnya PKR?

Kali ini DAP telah meletakkan 31 calon, dengan harapan dapat mengekalkan 12 kerusi yang dimenangi sebelum ini. Dalam hal ini DAP sangat berhati-hati dan bersikap profesional berbanding dengan Amanah dan Pas. Misalnya walaupun partama kali bertanding tetapi Amanah telah meletakkan 13 calon sementara Pas 11 kerusi sahaja.

Seperti diakui pemimpin DAP, parti itu tidak mengharapkan kemenangan besar, tetapi cukup bagi mereka mengekalkan kerusi sedia ada dengan penambahan satu dua terutamanya di kawasan majoriti Cina. Pencapaian itu merupakan satu kejayaan besar kepada parti itu. DAP meletakkan sasaran untuk menguasai Sarawak dalam tahun 2021 seperti mana kata Lim Kit Siang. [wm.kl.2:00 pm 02/05/16] 

mohd sayuti Omar

Apa sudah jadi, ketua pembangkang Terengganu?

Posted: 02 May 2016 01:32 AM PDT

Oleh RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD


Saya tidak membuat ulasan kemelut Terengganu walau beberapa kali ditanya hingga keadaan menjadi lebih tenang. Situasi Terengganu agak lebih kompleks daripada apa yang dijangka.

Pelucutan gelaran kebesaran menteri besar Terengganu walaupun mungkin tidak ada kaitan dengan pergolakan politik tempatan, merupakan situasi terkini yang hangat dialami.

Saya telah mengulas tentang perlunya kerajaan negeri menjadi stabil apabila usul undi tidak percaya dikemukakan di Dewan Undangan Negeri Terengganu baru baru ini.

Malangnya ada pihak tertentu menempelak cadangan saya supaya pilihan raya negeri diadakan. Sebenarnya usul undi tidak percaya itu dibenarkan mengikut perlembagaan.

Hari ini pihak yang sama mencadangkan pilihan raya negeri juga diadakan!

Sejak Datuk Seri Ahmad Said digugurkan sebagai menteri besar oleh Datuk Seri Najib Razak, politik Umno Terengganu bergolak hebat.

Dari segi parahnya situasi, keadaan semasa undi tidak percaya dahulu lagi parah.

Pada masa itu, daripada segi teorinya, Ahmad Said yang membawa usul tersebut telah berada di luar atau "terkeluar" daripada kerajaan kerana menentang parti.

Jadi kedudukan kerusi secara teori menjadi 16-16 dan susah untuk kerajaan berfungsi.

Tumpang masalah pihak lain

Itulah sebabnya saya hairan kenapa ketua pembangkang tidak terus mendesak untuk pilihan raya negeri diadakan.

Keadaan bergelora tetapi mereka hanya berpeluk tubuh dan menjadi pemerhati dan situasi kembali tenang buat sementara.

Situasi sekarang antara istana dan menteri besar dan bukan tidak melibatkan mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kerusi di DUN dengan komposisi 17-15 masih berpihak kepada BN. Apa yang berkemungkinan besar berlaku adalah pertukaran menteri besar yang juga masih daripada BN.

Persoalan nya kenapa baru sekarang ketua pembangkang bersiap sedia kononnya untuk menghadapi pilihan raya negeri?

Adakah sekadar menumpang atas isu dan masalah pihak lain. Melainkan Umno Terengganu bergolak hebat, semula itulah situasi semasa. Kita perlu objektif dalam isu ini dan jangan emosi.

Jika hendak bertindak, sepatutnya semasa usul undi tidak percaya dahulu. Memang diakui Umno bergelora di peringkat pusat dengan masalah Najib dengan timbalan, naib serta bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad serta pengikut-pengikut mereka.

Masalah di pusat sudah tentu akan menjejaskan kedudukan menteri besar Terengganu yang dipilih Najib.

Ini semua menyusahkan rakyat Terengganu dan perlu dicari penyelesaian atau diadakan pilihan raya semula.

Habuan minyak

Rakyat Terengganu yang menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kejatuhan nilai ringgit Malaysia menjadi mangsa dan menanggung pelbagai derita.

Situasi penuh ketidaktentuan ini harus berakhir demi kesejahteraan rakyat.

Pihak kerajaan dan pembangkang harus memainkan peranan mereka demi masa depan rakyat Terengganu.

Kemelut Umno Terengganu telah lama berlaku dan menjadi lebih ketara selepas Ahmad Said diganti dengan menteri besar sekarang.

"Ramai yang berminat menjadi menteri besar Terengganu, maklumlah bajet tahunan melebihi RM2 bilion setahun dengan penduduk hanya 1 juta berbanding dengan Selangor sekitar RM1.5 billion tetapi penduduk 4.5 juta!

Sangat lumayan habuannya tetapi sejak minyak ditemui 40 tahun dahulu, di Terengganu, rakyat terus menjadi antara tiga negeru termiskin dan kerajaan negeri terus bermewah-mewah.

"Kerana itu Umno negeri terus bergolak merebut kuasa dan kekayaan duit minyak".

Jika pertukaran menteri besar berlaku, ia belum tentu akan berakhir kerana pergolakan Umno pusat sedang hebat membara!

Kalau pertukaran menteri besar Terengganu juga berlaku, ia hanya akan meredakan keadaan hanya untuk beberapa ketika.

Bukan hanya Terengganu, seluruh negara menghadapi dugaan yang amat hebat.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu

Negeri luas tapi rakyat tiada tanah sendiri

Posted: 02 May 2016 12:46 AM PDT


SIBUTI: Royalti minyak dan gas yang menjadi hak Sarawak sekiranya dimanfaatkan sebaiknya mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat negeri ini, demikian ditegaskan calon PAS N.72 Lambir, Arifiriazul Paijo.

Malangnya ujar beliau, hak tersebut bukan sahaja dinafikan, malah kekayaan dari hasil minyak dan gas itu tidak diagihkan untuk keperluan negeri.

"Lihat sahaja Indek Pembangunan Jalan Raya Sarawak hanya 0.3 peratus iaitu negeri paling tercorot dalam Malaysia. Jadi kita mahu royalti itu sebagai hak rakyat Sarawak. Kita mahu bangunkan negeri, majukan negeri dan beri kemudahan kepada rakyat.

"Sebab itu kita Pemuda PAS sejak dahulu tuntut royalti ini diberi sebanyak 20 peratus, bukan lima peratus seperti sekarang," gesanya ketika berceramah di Taman Tunku, Miri, di sini semalam 30 April.

Jelas Arif, beliau juga sangat bersetuju dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang pernah menegaskan bahawa menurut Islam, hasil minyak dan gas itu perlu diberikan sepenuhnya kepada Sarawak.

Terangnya, sehingga keperluan Sarawak diselesaikan baharulah dihantar untuk kegunaan negeri yang lain.

Tegas beliau, rakyat mesti berani menyatakan ketidaksetujuan mereka kepada kerajaan dengan menolak polisi dan dasar yang memberi tekanan dan himpitan hidup kepada rakyat.

Ketua Pemuda PAS Sarawak itu memberikan contoh berhubung kos pengeluaran minyak petrol yang hanya 16 sen seliter.

Tetapi kesal beliau, dijual kepada rakyat hingga hampir RM2 seliter, walaupun negara ini adalah pengeluar minyak, sedangkan Arab Saudi menjual hanya 40 sen.

Begitu juga bidasnya, turun naik harga minyak menyebabkan harga barang juga sentiasa naik tanpa pernah turun.

Arif turut menempelak Kerajaan BN Sarawak yang gagal menyelesaikan peruntukan geran pemilikan tanah kepada rakyat.

Menurut beliau, keluasan tanah negeri ini lebih besar daripada 12 negeri di Semenanjung Malaysia dan sepatutnya dengan jumlah rakyat yang tidak ramai kerajaan boleh memperuntukkan setiap rakyat dengan satu lot tanah.

"Tidak akan habis tanah di Sarawak ini jika diberikan kepada semua rakyat. Masih ada masalah ketiadaan tanah dan tidak memiliki geran tanah. Sepatutnya jika kerajaan memikirkan untung nasib rakyat dan generasi akan datang, sudah tentu mereka berikan tanah," getusnya. – HARAKAHDAILY 1/5/2016

Jurang perbezaan antara PAS dan PERKASA semakin kecil terutama dalam membela MELAYU

Posted: 02 May 2016 12:00 AM PDT

 PAS kembali membela MELAYU..!!!

Nampaknya hubungan PAS & PERKASA semakin intim... sekarang PERKASA sudha mampu berada sebaris dalam muktamar Pemuda PAS Kelantan... Jika dahulu PERKASA lah pengkhianat, pemecah belah ummah,

Jadi kena ingat baik-baik, Ketuaa pemimpin PERKASA ialah Ibrahim Ali. Beliau pernah bertanding atas tiket PAS tetapi setelah menang mengkhianatinya..dan waktu itu apa yg beliau tak kata kepada arwah TGNA & PAS.....namun kini beliau dan PERKASA sudah diterima kembali bersama PAS...

Menurut KETUA PEMUDA PAS KELANTAN jurang perbezaan antara PAS dan PERKASA semakin kecil terutama dalam membela MELAYU

tahniah !

Adakah pembalakan di Hulu Tembeling punca air sungai Pahang menjadi kering?

Posted: 01 May 2016 11:28 PM PDT


Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan berkaitan segera menyiasat dakwaan bahawa pembalakan di Hulu Tembeling menjadi punca utama Sungai Pahang menjadi kering.

Adnan berkata, siasatan itu bagi memastikan sama ada benar ia disebabkan pembalakan atau turut disumbangkan oleh faktor lain seperti cuaca panas melampau ekoran fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

"Kita tidak boleh menyatakan hanya Sungai Pahang kering kerana sungai-sungai lain juga kering.

"Memang (tidak dinafikan) salah satu sebab Sungai Pahang kering ialah kerana pembukaan kawasan hutan untuk aktiviti pertanian, pembalakan dan sebagai mana kita tahu ada pembinaan Empangan Tekai dan Empangan Jelai di kawasan itu," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai perlawanan golf amal pasukan Menteri Besar Pahang menentang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah di Mahkota Golf and Country Club di Kuantan semalami.

Adnan mengulas laporan Bernama baru-baru ini mengenai Sungai Pahang yang menjadi cetek dan kering disebabkan kegiatan pembalakan yang berleluasa.

Beliau juga berkata masalah bekalan air di beberapa daerah di negeri ini seperti Temerloh, Lipis, Bera dan Raub berlaku disebabkan faktor paip lama selain muka sauk kering menyebabkan air tidak dapat disedut masuk ke dalam loji.

Dalam pekembangan lain, Adnan berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang akan memberikan bantuan secara 'one off' kepada 150 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) kampus Gombak yang kurang berkemampuan.

Katanya selain anak Pahang, ia juga diberikan kepada pelajar dari negeri lain sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri selain menghormati Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIAM dan rektornya Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin yang juga anak Pahang.

Perlawanan golf amal itu diadakan bagi mengutip dana untuk membantu pemain golf negara Shaaban Hussin, 36, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya Khamis lepas.

Adnan berkata sebanyak RM150,000 telah dikutip hasil perlawanan hari ini dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM200,000 dengan sumbangan anak syarikat kerajaan negeri dan orang perseorangan dan beliau sendiri akan menyerahkan sumbangan itu kepada Shaaban minggu depan .

- Bernama

PAS Kedah tidak ambil apa-apa tindakan disiplin terhadap Mahfuz, Nasir

Posted: 01 May 2016 11:05 PM PDT

Mahfuz, Nasir

ALOR SETAR - Pas Kedah tidak bercadang mengambil tindakan disiplin terhadap dua wakil rakyatnya yang secara langsung terlibat dalam aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) peringkat negeri yang berlangsung 1 Mei.

Setiausahanya, Musoddak Ahmad berkata, dua wakil rakyat itu sudah memberi surat penjelasan mengenai penglibatan mereka dalam program tersebut.

"Ya, saya ada terima penjelasan daripada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa Jumaat lalu. Mereka hantar melalui emel kepada saya.

"Kita hanya mahu penjelasan dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Ia sekadar untuk rujukan parti di peringat negeri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, perkara itu juga dianggap selesai selepas bekas Naib Presiden Pas dan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah itu memberi kerjasama baik dalam perkara tersebut.

Sebelum ini, Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kedah sepakat mahu kedua-dua wakil rakyat itu memberi penjelasan atas pembabitan mereka dalam GSM.

Surat itu memberi tempoh seminggu kepada Mahfuz dan Nasir memberi jawapan terhadap tindakan itu.

Sementara itu, Mahfuz ketika dihubungi mengakui menerima surat pada Khamis lalu yang meminta penjelasan berhubung penglibatannya secara langsung dalam program GSM.

"Saya sudah emel surat penjelasan kepada Setiausaha Pas Kedah (Musoddak) menyatakan penyertaan dan penglibatan dalam GSM atas sifat peribadi sebagai rakyat dan tidak mewakili Pas.

"Saya juga berharap lebih ramai ahli Pas atas nama warga negara terlibat dalam GSM bagi bersama rakyat termasuk akar umbi Umno," katanya.

Mahfuz yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah mengakui dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras Kempen Selamatkan Malaysia Malaysia Negeri Kedah yang berlangsung 1 Mei di pekarangan Wisma Harapan Baru, Stargate, di sini.

Program itu turut melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan.

Najib masih tak faham isu tanah Orang Asal

Posted: 01 May 2016 08:00 PM PDT

baru bian
PETALING JAYA: Putrajaya dibidas keras kerana menganggap wang mampu menyelesaikan masalah tanah adat Orang Asal tanpa memahami budaya dan tidak mempedulikan hak mereka.

Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian berkata: "Bagi Orang Asal, tanah adalah nyawa serta bersangkut paut dengan budaya dan maruah mereka."

Beliau mencemuh pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk mengukur sempadan tanah-tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.

"Sekiranya beliau benar-benar prihatin dengan tuntutan NCR Orang Asal, beliau akan meneliti keputusan-keputusan mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru berkata para hakim telah memutuskan bahawa tanah NCR termasuklah "pemakai menoa" serta "pulau galau" dan bukan "temuda" sahaja, iaitu tanah dengan ukuran sempadan yang lebih kecil dan sedia diukur kerajaan.

"Kawasan yang berada diluar kawasan yang telah diukur akan dikelaskan sebagai sebagai tanah milik kerajaan," katanya.

Menurut Baru, rakyat telah diperdaya untuk percaya mereka akan menerima geran tanah individu. "Sebenarnya, kerajaan mahu menukar tanah NCR kepada tanah Bumiputera kegunaan bersama (communal), yang akan dikongsi oleh anggota masyarakat, dan barangkali termasuk mereka yang tidak punyai hak NCR."

Baru, yang mempertahankan kerusi Ba'Kelalan, menuduh Kerajaan Negeri tidak bersungguh menyelesaikan masalah tanah NCR apabila menolak usahanya menukar takrif NCR dalam Kanun Tanah Negara supaya memasukkan pemakai menoa dan pulau galau.

Beliau mencabar calon-calon Dayak BN supaya menyatakan pendirian masing-masing dan mencabar bekas-bekas ADUN Dayak supaya menjelaskan mengapa mereka bersekongkol dengan BN untuk menafikan hak bangsa sendiri keatas tanah yang diwarisi sejak turun temurun.

Beliau berkata sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat, mereka akan menubuhkan sebuah suruhanjaya tanah untuk menyiasat tuntutan rakyat keatas tanah, meminda Kanun Tanah, dan memulangkan tanah NCR kepada pemiliknya.

PANAS | Punca air di Empangan Bukit Merah susut dikenalpasti..!!

Posted: 01 May 2016 07:30 PM PDT

Pencerobohan hutan punca air Empangan Bukit Merah susut

BAGAN SERAI: Pencerobohan kawasan hutan simpan seluas kira-kira 500 hektar di sekitar kolam takungan Bukit Merah dipercayai menjadi satu daripada punca takungan air di Empangan Bukit Merah terjejas.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pencerobohan kawasan terutama di Kampung Selamat serta Hutan Simpan Pondok Tanjung itu dipercayai berlaku sejak beberapa tahun lalu dan digunakan untuk kegiatan pertanian.

"Fungsi zon penampan ini untuk menyimpan air pada musim kemarau dan apabila Empangan Bukit Merah menyusut, air dari sini akan mengalir ke dalam kolam takungan.

"Pencerobohan menyebabkan ekosistem, pemendapan di dasar tasik menjadi cetek dan apabila hujan lebat ia menyebabkan banjir kerana pokok yang menjadi penampan air telah ditebang," katanya selepas meninjau kawasan pencerobohan bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) semalam.

Empangan Bukit Merah menjadi sumber air tanaman sawah padi seluas 22,000 hektar di daerah Kerian dan membekal air minuman kepada lebih 200,000 penduduk termasuk keperluan industri di Kamunting, Taiping.

Menurut Noor Azmi yang juga Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen Bagan Serai, langkah pembenihan awan dan menaik taraf kolam Bukit Merah hanya sia-sia jika pencerobohan itu tidak diatasi.

"Saya telah mohon kepada kerajaan untuk menjadikan kawasan hutan simpan ini sebagai tapak ramsar untuk pemulihan alam sekitar sekaligus mengekalkannya sebagai kawasan tadahan," katanya.

Sementara itu, Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia, Meor Razak Meor Rahman berkata, terdapat beberapa tempat di Pondok Tanjung dan Kampung Selamat yang sebelum ini menjadi punca bekalan air ke kolam Bukit Merah telah diceroboh.

"Kebanyakan kawasan yang diteroka ialah rizab tasik Bukit Merah yang menjadi zon penampan simpanan air," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kira-kira 1,400 hektar hutan simpan Pondok Tanjung telah dinyahwartakan untuk ternakan kambing Boer.

– BERNAMA

Masa depan Muhyiddin, Mukhriz sama?

Posted: 01 May 2016 07:00 PM PDT

Muhyiddin, Mukhriz

KOTA BHARU - Umno akan hilang kredibiliti di mata masyarakat jika tidak segera bertindak memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai ahlinya kerana jelas tingkah laku mereka merupakan satu perlanggaran besar kepada disiplin Umno.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, telah ada persetujuan di kalangan majoriti pemimpin Umno bahawa tindakan Muhyiddin dan Mukhriz bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri menyebabkan mereka tidak lagi layak berada di dalam Umno.

"Di peringkat Umno negeri, Umno Kelantan dan Umno Melaka umpamanya telah membuat desakan rasmi kepada Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin Umno supaya memecat ahli Umno yang terlibat dengan aktiviti menjatuhkan Perdana Menteri ini," katanya kepada Sinar Harian.

"Begitu juga di peringkat sayap parti di mana perkara yang sama telah diumumkan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, membabitkan ahli sayapnya, dan di peringkat Umno Bahagian pun banyak kedengaran desakan serupa.

"30 Mac lalu Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sendiri mengumumkan laporan mengenai tindakan Muhyiddin dan Mukhriz telah dihantar kepada Lembaga Disiplin Umno.

"Sebelum itu, Tengku Adnan juga mengeluarkan larangan kepada ahli Umno supaya tidak menghadiri majlis Himpunan 27 Mac membabitkan pemimpin pembangkang.

"Semua ini memberikan gambaran bahawa tindakan disiplin perlu dan akan dikenakan ke atas Muhyiddin dan Mukhriz, hanya perlu tunggu pengumuman daripada Lembaga Disiplin Umno sahaja," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bahawa Ahli Majlis Tertinggi Umno berhak mengemukakan usul pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang.

Menurutnya, beliau tidak melihat tindakan disiplin kepada Muhyiddin dan Mukhriz akan menimbulkan kontroversi kerana dari segi substantifnya mereka memang telah melanggar disiplin parti.

Beliau berkata, malah Muhyiddin dan Mukhriz sendiri seakan telah menjangka bahawa mereka akan dikenakan tindakan disiplin, apa yang mereka mahu ialah supaya ia dilakukan mengikut prosedur yang betul sahaja.

"Ini kerana di dalam tata etika ahli Umno jelas disebut bahawa ahli Umno tidak boleh mengkritik pemimpin parti tanpa melalui saluran betul, apatah lagi bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan pemimpin parti.

"Setakat ini, prosedur kelihatan telah diikuti apabila perkara ini dirujukkan kepada Lembaga Disiplin Umno, cuma adalah lebih baik jika mereka diberikan peluang untuk membela diri supaya mereka puas hati.

"Presiden Umno sendiri sejak 6 Mac lagi telah menyebut bahawa beliau menyerahkan kepada Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin Umno untuk mengambil tindakan disiplin kepada mereka," katanya.

Apa yang berlaku pada pemilihan PAS di MUKTAMAR tempohari kini berjangkit pemilihan Pemuda PAS Tebrau

Posted: 01 May 2016 06:17 PM PDT

APA KHABAR PAS TEBRAU? [KLIK SINI]

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Apa khabar PAS Kawasan Tebrau? Kedengaran sesuatu yang kurang enak dari sana. Krisis label-melabel masih subur sehingga secara zalim sehingga lebih kurang 9 jawatankuasa pemuda 'disingkir'?

2) Dengan hanya melabel mereka sebagai 'PAN', mereka disingkir tanpa bukti yang kukuh. Gerombolan 'Ustaz' lepas timur tengah yang mendakwa kumpulan mereka sebagai 'group istiqamah' dalam group whatsapp mereka berjaya menguasai kepimpinan pemuda kawasan tersebut dengan cara EGM yang dirancang.

3) Kumpulan 9 pemuda yang 'disingkir' dan dilabel sebagai 'PAN' tersebut bukan sahaja tidak dijemput dalam EGM tersebut, bahkan mereka di KIV dan kononnya akan dipanggil untuk memberi baiah semula kepada kepimpinan kawasan.

4) Pihak saya dimaklumkan bahawa kepimpinan pusat sudah sedia maklum bahawa 9 mereka itu bukanlah PAN, tetapi kumpulan ustaz terjun ini melakukan 'pembersihan' dan seolah-olah direstui oleh PAS Kawasan dan Negeri.
5) Jika ia benar-benar berlaku seperti maklumat yang saya dapat, ia amat memalukan dan mengecewakan. Saya mengenali beberapa figur dalam 9 yang dituduh PAN tersebut, dan saya boleh jamin bahawa mereka memang bukan PAN.

6) Takkan kerana hanya disebabkan salah seorang daripada mereka pernah bekerja di bawah Mazlan Aliman dalan Anak, dia terus dituduh sebagai PAN? Takkan hanya berbeza pendapat, mereka dituduh PAN?

7) Saya mendapat maklumat bahawa Pasti Tebrau adalah organisasi Pasti terkaya dengan keewangan. Juga Pasti pertama yang menubuhkan sekolah untuk kesinambungan pelajar Pasti yang mahu terus berada dalam sistem pendidikan yang sama.

8 ) Pasti Tebrau adalah di bawah kelolaan pemuda pas kawasan Tebrau. Apakah ada tujuan lain mahu menguasai keewangan Pasti dengan cara halus? Saya tidak menuduh. Saya tarik balik pertanyaan ini jika ia disalah anggap sebagai menuduh.

9) Pemegang jawatan yang baru dilantik secara EGM yang menggantikan 9 orang yang disingkir seolah-olah mahu melakukan pembersihan pentabiran lama, sehinggakan tidak mahu langsung merujuk kepada 9 orang yang disingkir samada pengalaman mahupun buah fikiran.

10) Apakah mereka anggap mengurus sebuah Pasti itu mudah, lebih-lebih lagi mereka tidak pernah hadir dalam mana-mana program yang dianjur oleh pemuda 9 orang tersebut.

11) Mengurus Sukan Pasti sahaja sudah membuat anda gelisah, inikan pula mengurus sebuah Pasti yang mempunyai agenda dan perancangan yang lebih sistematik berbanding PAS kawasan itu sendiri.

12) Untuk pengetahuan, saya bukan daripada mana-mana individu dari Johor, apatah lagi dari Tebrau. Saya adalah Dr Tanaka Mustafa, memberi ingatan, bahawa kerusi PAS DUN Puteri Wangsa dalam Parlimen Tebrau akan tersungkur jika anda terus bersikap ghuluw dalam melabel rakan seperjuangan.

13) Saya tidak anggap anda sebagai team istiqamah, kerana anda baru saja terjun ke dalam medan. Istiqamah adalah team yang sudah lama di medan dan terus bertahan dalam medan perjuangan walau arus melanda hebat sewaktu ribut PAN berlaku.

Sekian

p/s: Artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan PAS, tetapi adalah untuk membuka minda anda bahawa jika dalam PAS masih ada spesis seperti dalam artikel di atas, PAS jangan bermimpi untuk menang. Jangan menyalahgunakan label "istiqamah" untuk melingkupkan Parti.

p/s: Artikel ini juga bertujuan meminta cakna dan kebijaksanaan Pemuda Pusat untuk memberi perhatian. Anda tidak boleh membiarkan kurap kecil menjadi nanah. Ia boleh barah dan merosakkan PAS. Harapan PAN untuk melihat PAS rosak akan menjadi kenyataan jika kurap-kurap tidak dikikis.

Alor Setar - Kes Buli : Pelajar dakwa retak tulang siku ditendang rakan

Posted: 01 May 2016 05:44 PM PDT

Buli

ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua mendakwa mengalami retak tulang siku kanan selepas ditendang dari belakang oleh dua rakan kelasnya di sebuah sekolah menengah di Pokok Sena pada 25 April lalu.

M Kavi Varman, 14, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 pagi selepas waktu rehat semasa dia sedang berdiri di dalam kelas sebelum ditendang dari belakang oleh dua rakan kelasnya itu.

"Selepas ditendang, saya terjatuh dan siku bahagian tangan kanan terkena bucu meja hingga menyebabkan saya sakit untuk menggerakkan tangan dan salah seorang daripada mereka turut memulas tangan saya.

"Saya menjerit namun rakan kelas yang lain tidak membantu jadi saya terus berlari ke bilik guru besar untuk membuat laporan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Ladang Jabi, Pokok Sena di sini hari ini.

Katanya seorang guru perempuan membawanya ke Klinik Kesihatan Pokok Sena sebelum diminta untuk menjalankan pemeriksaan lanjut di Hospital Kuala Nerang dan hasil pemeriksaan doktor mendapati tulang sikunya retak dan telah diberi cuti sembilan hari.

Pelajar itu mendakwa ini bukan pertama kali dia dibuli oleh rakan sekelasnya yang dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas dia memaklumkan kepada guru mata pelajaran Sains tentang ketidakhadiran rakan sekelasnya itu ke makmal Sains kira-kira dua bulan lalu.

"Mereka mula mengganggu saya selepas dirotan guru kerana ponteng kelas dan kali pertama, mereka baling kerusi hingga menyebabkan kaki kanan lebam dan luka.

Selain itu mereka turut mengugut saya dan perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak sekolah namun tiada tindakan yang diambil".

K Marimuthu, 39, berkata dia mendapat tahu kejadian yang menimpa anaknya selepas menerima panggilan daripada guru yang membawa anaknya ke hospital pada pukul 3 petang.

"Pihak sekolah telah dua kali datang berjumpa saya bagi menyelesaikan kes ini tanpa melibatkan polis tetapi saya sudah tidak dapat bersabar lagi kerana ini bukan kali pertama anak saya diganggu.

"Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Pokok Sena pada 27 April lalu sebelum diminta untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. Selepas ini, saya harap anak dapat ditukarkan ke sekolah lain kerana dia takut untuk kembali ke sekolah terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, seorang daripada pelajar terbabit telah ditahan untuk siasatan dan telah dibebaskan atas jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 kerana sengaja mendatangkan kecederaan. –Bernama

MB Kedah - Bangun semula projek terbengkalai

Posted: 01 May 2016 05:12 PM PDT

Bangun semula projek terbengkalai

ALOR SETAR - Pemaju perumahan ditawarkan untuk membangunkan semula projek perumahan yang terbengkalai sejak tujuh tahun lalu, bawah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), dalam usaha menambah pemilikan rumah kalangan rakyat Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pemaju boleh membuat permohonan di Bahagian Perumahan dan majlis daerah terlibat untuk mengusahakan 1,922 unit rumah bawah projek perumahan terbengkalai di seluruh daerah.

"Kerajaan negeri bersetuju berikan tapak projek perumahan itu kepada pemaju untuk bina MyHome 1 dan MyHome 2, dengan menawarkan insentif RM30,000 sebagai bayaran pendahuluan. Harga ditawarkan kepada pembeli juga berpatutan, MyHome 1 dengan kos RM90,000 manakala RM190,000 untuk MyHome 2," katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah dan Perumahan 2016, semalam.

Menurutnya, ini antara usaha kerajaan negeri menyelesaikan tapak-tapak terbengkalai dan pada masa sama menawarkan perumahan kepada rakyat.

"Pemaju perlu bina banyak rumah mampu milik dengan ambil kira kemampuan rakyat Kedah untuk beli rumah, bukan tawarkan harga seperti di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata, harga rumah mampu milik perlu tepati kriteria ditetapkan, iaitu bagi Kedah tidak boleh melebihi RM45,000 untuk kos rendah, RM90,000 (sederhana rendah) serta RM200,000 (kos sederhana).

"Bina rumah bertingkat untuk maksimumkan penggunaan tanah kerana tanah di Kedah semakin terhad. Jika dibina rumah bertingkat, harga dapat dikurangkan kerana lebih banyak unit ditawarkan," katanya.

OhDunia.My

Posted: 02 May 2016 07:16 AM PDT

OhDunia.My


Kisah Disebalik Kejadian Tangan Pelajar Putus Disedut Mesin Pam Angin

Posted: 02 May 2016 06:36 AM PDT

TAIPING: Seorang pelajar tingkatan dua yang kehilangan tangan kanan selepas disedut oleh mesin pam angin kini dalam keadaan stabil. Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Syafiq Mohd Rosdi, 14 dikatakan agak trauma dengan kejadian tersebut dan masih belum mampu menerima kenyataan itu.


Kisah Disebalik Kejadian Tangan Pelajar Putus Disedut Mesin Pam Angin

Baca selengkapnya

VIDEO: Apa Yang Makcik Tu Tabur, Tinggalkan Kat Depan Kedai?.

Posted: 02 May 2016 05:48 AM PDT

WALAUPUN zaman kian moden namun masih ramai manusia memilih amalan khurafat atau sihir yang menyalahi agama untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati.


Apa Yang Makcik Tu Tabur, Tinggalkan Kat Depan Kedai?.

Baca selengkapnya

Perintah Gaji Minimum 2016 Berkuat Kuasa Mulai 1 Julai

Posted: 02 May 2016 05:04 AM PDT

Tarikh kuat kuasa Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) adalah mulai 1 Julai ini ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, berkata PGM 2016 mengekalkan pemakaiannya kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali perkhidmatan domestik seperti terkandung dalam PGM 2012.


Perintah Gaji Minimum 2016 Berkuat Kuasa Mulai 1 Julai

Baca selengkapnya

Nekad Sepak Kepala Buaya Untuk Selamatkan Diri

Posted: 01 May 2016 07:42 PM PDT

Tindakan nekad seorang lelaki menyepak kepala buaya yang menyambar kaki kirinya berjaya menyelamatkan nyawanya daripada dibaham reptilia itu, di Krango, di sini, petang semalam.


Nekad Sepak Kepala Buaya Untuk Selamatkan Diri

Baca selengkapnya

“Gaji Banker Tak Cukup Ke Sampai Merempat Berniaga Tepi Jalan?”

Posted: 01 May 2016 07:32 PM PDT

Ada orang malu nak bagitau dia berniaga. Malu nak bagitau dia jual online, malu nak bagitau dia jadi dropshipper, malu nak letak iklan kat wall, malu nak bagitau kawan kawan yang sabtu ahad dia bukak meja jual nasi lemak, segan nak canang dia jual kuih petang petang.



Baca selengkapnya

Dua Kanak-Kanak Diikat Dan Dilayan Macam Anjing

Posted: 01 May 2016 06:01 PM PDT

Texas: Seorang ibu mengandung didakwa selepas polis menemui dua kanak-kanak diikat dengan rantai di halaman belakang rumahnya selain enam lagi budak yang didera di dalam rumah itu.


BAHAGIAN belakang tempat dua beradik dirantai. Gambar kecil, Porucha Phillips
BAHAGIAN belakang tempat dua beradik dirantai. Gambar kecil, Porucha Phillips.
Baca selengkapnya

MummyNemo

Posted: 02 May 2016 03:22 AM PDT

MummyNemo


“Gabi”, “Merarau, “Cicipan” Perkataan Baru Dalam Bahasa Melayu?

Posted: 01 May 2016 03:26 PM PDT

ni, sedang heboh dibicarakan di media sosial tentang satu keratan gambar yang memaparkan beberapa perkataan iaitu “Gabi”, “Kudapan”, “Cicipan” dan “Merarau”, yang dipercayai orang ramai bakal menggantikan beberapa perkataan dalam bahasa melayu. Keratan gambar itu tersebar di media sosial Twitter dan Facebook. Perkataan-perkataan ‘baharu’ itu mendapat pelbagai respon, termasuk respon melucukan dari orang ramai. Laman ...

3 Tanda Isteri Ajak Berasmara!

Posted: 01 May 2016 03:20 PM PDT

Kebiasaannya perkara tersebut terjadi apabila mereka inginkan hubungan intim dengan pasangannya. Mungkin juga disebabkan malu dan disebabkankan itu wanita sering menggunakan komunikasi 'non verbal' yang mungkin suami tidak fahami. Ada beberapa perkara yang perlu suami ambil perhatian apabila isteri mula memberikan signal ingin berasmara, antaranya ialah: 1. Lengannya erat memeluk lengan anda Ketika berada dekat ...

myartis.com

Posted: 02 May 2016 01:08 AM PDT

myartis.com


SYANIE SAHKAN DIRINYA SUDAH BERCERAI KALI KE-2

Posted: 02 May 2016 12:09 AM PDT



Segala persoalan mengenai rumahtangga pelakon Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 42, sudah terjawab apabila dia mengesahkan dirinya itu sudah bercerai dengan Nadi Putera Mohd Zainol, 30, pada 23 Februari lalu.

Syanie bagaimanapun reda rumah tangga yang dibina tidak mampu bertahan, malah sedikit pun tidak nampak kesal di wajah, sebaliknya meneruskan kehidupan serta karier seperti biasa.

"Punca sebenar perceraian biarlah kami sahaja yang tahu. Cukuplah sekadar saya beritahu kami berpisah kerana sikap dia yang tidak menghargai saya sebagai isteri.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

14 GAMBAR - SAMBUT BIRTHDAY KE-40, EDRY KRU RASA BANGGA

Posted: 01 May 2016 05:27 PM PDT



Baru-baru ini telah diadakan sambutan hari lahir penyanyi, penerbit dan penulis lirik, Edry Abdul Halim yang ke-40 bertempat di Cartel Coffee Shop, Bandar Baru Bangi.

Biarpun usia sudah menjengah 40 tahun namun Edry tidak merasakan usianya itu adalah satu perkara yang segan ataupun malu untuk diberitahu kepada sesiapa pun malah dia sebenarnya sangat menantikan usia tersebut.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MASUK HOSPITAL AKIBAT SESAK NAFAS - AZMIL MUSTAPHA KINI STABIL

Posted: 01 May 2016 04:15 PM PDT



Akibat sesak nafas dan lemah anggota badan dipercayai ekoran sakit jantung yang dihidapinya, pelakon yang popular melalui filem 'Ali Setan', Azmil Mustapha, 63, telah dimasukkan ke Hospital Langkawi (HL) petang semalam.

Menurut Azmil, dia dimasukkan ke hospital berkenaan kali kedua selepas ditemui lemah dan menggigil di bilik penginapannya di sebuah chalet.

Difahamkan, Azmil tiba di pulau ini sejak empat hari lalu untuk menyampaikan siri ceramah agama di beberapa surau termasuk di Kampung Lubuk Setol, Bayas dan Kedawang.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 02 May 2016 01:08 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Pkr Akan Dihukum Penyokong Dap Pasai Bertandin Di Sarawak Prnsarawak

Posted: 02 May 2016 01:04 AM PDT


PKR yang bertandin di beberapa kerusi yang bertembung dengan DAP dilapoqkan akan menerima kekalahan besaq apabila mula wujud sabotaj dari dalam Pakatan sendiri Selepaih penamaan calon PRN Sarawak...

Gambaq Najib Solat Dihina Di Sarawak Prnsarawak

Posted: 02 May 2016 01:02 AM PDT


Sekepin gambaq yang menunjukkan Perdana menteghi DS Najib Razak sedang menunaikan solat telah dijadikan modai oleh penyokong pembangkang untuk memburukkan pemimpin tu pada Pilihanraya Negeri Saraw...

Pompuan Saman Starbucks Rm19 5 Juta Pasai Dalam Cawan Banyak Ais

Posted: 02 May 2016 12:42 AM PDT


CHICAGO soghang pompuan menjadi tumpuan di Amerika Syarikat AS pasai memfailkan saman berjumlah AS 5 juta RM19 5 juta terhadap syarikat jenama minuman berasaihkan kopi Starbucks pasai menda...

Sir Alexander Flemin Manusia Hebat Yang Mencipta Penisilin

Posted: 02 May 2016 12:02 AM PDT


Sejarah penemuan antibiotik penisilin pada tahun 1928 oleh Sir Alexander Flemin merupakan sebuah penemuan terbesaq dalam dunia perubatan Dengan adanya antibiotik jutaan nyawa manusia dapat dise...

Oghang Boleh Mengutuk Yang Pentin Poket Cheq Tebai

Posted: 01 May 2016 10:42 PM PDT


Kehadiran iklan dan jugak cara pemasaran oleh Aliff Syukri tak dinafikan mengundang pelbagai reaksi berbaur peminat namun bagi dirinya apa yang dilaku adalah demi kelangsungan hidup dan jugak jena...

Pas Lambiaq Guna Isu Petrol Mahai Dan Geran Tanah Sebagai Modai Kempen Prnsarawak

Posted: 01 May 2016 10:04 PM PDT


SIBUTI Royalti minyak dan gas yang menjadi hak Sarawak sekiranya dimanfaatkan sebaiknya mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat negeri ni demikian ditegaihkan calon PAS N 72 Lambiaq Arifi...

Video Makcik Sampai Tercabut Tudung Dok Beghebut Kopi Fizo Omar

Posted: 01 May 2016 10:02 PM PDT


Selepaih dikecam hebat apabila membiaqkan pelanggan berasak asak masa ambik nombot giliran membeli tudung di butiknya la nih sekali lagi pasangan Fizo dan Mawaq Fareeda di kritik oleh pengguna med...

8 Tanda Ni Buktikan Hampa Semua Memang Oghang Yang Penyabaq Wahh Baiknyaa

Posted: 01 May 2016 09:36 PM PDT


cuba try test tanya diri sendiri hampa semua ni soghang yang penyabaq atau tak Jangan nak confident cakap hampa ni soghang yang penyabaq kalau hampa tak luluih 8 perkara ni 1 walaupun memba b...

Majikan Semak Media So-siall Calon Cara Baghu Sebelum Ambik Pekerja Jaga Jaga

Posted: 01 May 2016 09:34 PM PDT


Jaga jaga dengan apa yang hampa upload atau kongsikan di media so siall selepaih ni pasai ia akan disemak oleh bakai majikan terlebih dahulu sebelum hampa ditawaqkan untuk bekerja Berdasaqkan sat...

7 Makanan Yang Hampa Biasa Makan Ni Punca Terjadinya Jerawat Jaga Makan Ok

Posted: 01 May 2016 09:32 PM PDT


Mesti hampa semua ada ghasa marah dan geram bila tengok ada jerawat bermaharajalela di wajah Punyalah jaga dengan elok lepaih tu jengoi tetiba Huh sakit hati barangkali hampa dah amalkan penja...

Nora Danish Ngaku Rayqai Mau Adik Baghu

Posted: 01 May 2016 07:44 PM PDT


Semakin terbuka dok berceghita pasai perancangan pernikahan Nora Danish dalam masa yang sama turut berkongsikan bahawa anaknya jugak mengimpikan adik baghu Malah Nora sebelum ni sendiri pun dah ...

Shaheizy Sam Perjelaih Punca Sebenaq Semakin Kuruih

Posted: 01 May 2016 07:42 PM PDT


Gara gara bentuk badannya yang susut secara drastik ghamai peminat yang prihatin mula mempertikaikan awatlaa pelakon segheba boleh ni terlihat sedemikian Bagi Shaheizy Sam dia terpaksa menurunk...

50 Ribu Serbu Ceramah Pkr Di Kuchin Prnsarawak

Posted: 01 May 2016 07:02 PM PDT


KUCHING Ceramah PKR di Matang Jaya Kuchin malam tadi mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan menggempaqkan ghamai pemerhati politik Ceramah kempen PRN Sarawak yang dibarisi oleh mentegh...

Bengkala Kampung Oghang Bisu Di Bali

Posted: 01 May 2016 06:02 PM PDT


Dalam sebuah kawasan hutan di utara Bali wujud sebuah perkampungan kecik dinamakan Kampung Bengkala Apa yang uniknya diperkampungan ni semua pendudukanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat...

Model Barbie Masuk Hospitai Gara Gara Taksub Pembedahan Plastik

Posted: 01 May 2016 04:04 PM PDT


Dek pasai terlampau taksub dengan pembedahan plastik soghang model Brazil Rodrigo Alves 32 yang obses untuk kelihatan macam anak patung Ken Bagi yang sapadia meminati patung Barbie tau lah ...

Pas Bertandin Di Prnsarawak Pasai Mau Kembangkan Dakwah Islam

Posted: 01 May 2016 04:02 PM PDT


Pas berharap kehadiran parti berkenaan dalam Pilihan ghaya Negeri PRN Sarawak diterima baik dan tak disalah ertikan oleh rakyat di negeri tu Timbalan Mursyidoi Am Paih Datuk Ahmad Yakob bagitau...

Wajah Hampa Kuruih Ke Tembam Ujian Lipstick Challenge Barangkali Ada Jawapannya

Posted: 01 May 2016 01:36 PM PDT


Makin lama makin banyak ujian meghepek dari China Kali ni untuk uji sama ada hampa ni kuruih atau pun topui Macam macam jenih ujian ada bermula dengan Belly Button Challenge A4...

Gaji Tentera Naik Sehingga 41 Peratuih Berkuat Kuasa 1 Julai 2016

Posted: 01 May 2016 01:34 PM PDT


Lebih 120 000 warga Angkatan Tentera Malaysia dan 11 813 kakitangan awam Kementerian Pertahanan bakai menerima kenaikan gaji tahunan antara 10 hingga 41 peratuih menteghi Pertahanan Datuk Seri Hi...

10 Perkara Ni Wajib Hampa Tau Sebelum Melancong Ke Thailand Sama Sama Beringat Okey

Posted: 01 May 2016 01:32 PM PDT


Thailand salah satu destinasi percutian palin menarik di dunia Bukan tu je Thailand kaya dengan budaya adat serta banyak tempat cun hampa boleh kunjungi Bila sebut je Thailand mesti ghamai y...

Mizz Nina Dan Noh Hujan Bela Nasib Mualaf Baghu Peluk Islam

Posted: 01 May 2016 01:02 PM PDT


Memang Miss A respect betoi dengan pasangan laki bini Noh Hujan dan Mizz Nina Perhijrahan dorang dalam mendalami agama bukan saja melalui ucapan tapi ditunjukkan jugak dari segi perbuatan U ...

Seer Menawaqkan Akses Ke Fungsi Pralihat Seumpama Mac Pada Windows

Posted: 01 May 2016 12:22 PM PDT


Bagi hampa yang penah menggunakan sistem operasi Mac OS X barangkali hampa sedia maklum dengan fungsi pralihat untuk gambaq video dan beberapa dokumen yang lain Fungsi pralihat ni mai dengan ap...

Lim Kit Siang Tuduh Bn Guna Duit Untuk Rasuah Pengundi Di Sibu Prnsarawak

Posted: 01 May 2016 10:04 AM PDT


SIBU DAP mendedahkan depa barangkali kehilangan lebih separuh daripada 12 kerusi yang dimenangi depa dalam pilihan ghaya Sarawak 2011 lepaih Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bagitau parti tu b...

Fesyen Tayang Tundun Jadi Kegilaan Pompuan La Nih

Posted: 01 May 2016 10:02 AM PDT


Lelaki kalau tengok pompuan berpakaian menggioqkan macam tu mesti akan kata mantop Yela terlampau ikut fesyen semasa sampai terdedah apa yang tak patut Kalau berpakaian tapi bahagian ataih bel...

Want A Million Forex Dollars Do This Instead

Posted: 01 May 2016 09:02 AM PDT


This is all good and bein motivated by money can be a great driver However this can quickly change into the contrary when a trader approaches his monetary goals from a wrong perspective When p...

Hafiz Suip Umum Bakai Nikah 14 Mei Ni

Posted: 01 May 2016 07:42 AM PDT


tak lama lagi penyanyi femes Hafiz Suip akan melangsungkan perkahwinannya bersama tunang Nureffy Jesreel Abdullah selepaih mengikat tali pertunangan pada Febuari tahun lepaih Hafiz jugak mengum...

70 Kerusi Akan Disapu Bersih Oleh Bn Adenan Satim Prnsarawak

Posted: 01 May 2016 07:02 AM PDT


SIBU Ketua menteghi Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem hari ni melampiaskan keyakinan bahawa Barisan Nasionai akan memenangi lebih kurang 70 kerusi pada Pilihanraya Negeri ke 11 ni Ber...

Harinder Ditawaqkan Rm50 Ribu Untuk Kembali Murtad

Posted: 01 May 2016 06:02 AM PDT


Setelah 16 hari melafazkan syahadah Harinder Singh Pal berkongsi ceghita perjalanan awai dalam kehidupannya sebagai muslim dah empat hari cheq belajaq bersolat dan membaca Al Fatihah katanya m...

Kadang Kadang Rejeki Datang Tapi Kita Tak Nampak Ceghita Rejeki Digandakan Setelah Bersedekah Rm5

Posted: 01 May 2016 05:38 AM PDT


rejeki datang kepada kita melalui pelbagai cara Kadangkala kita sendiri tak sedaq rejeki tu datang yang kita sangkakan macam takdak apa apa yang berlaku Apa yang admin ingin kongsikan sebuah c...

4 Idea Sempoii Packin Baju Dengan Cara Lebih Bijak Tak Perlu Lagi Risau Masalah No Space

Posted: 01 May 2016 05:36 AM PDT


Kalau hampa semua jenih yang kerap melancong barangkali ada cara sendiri mengemaih beg baju Tapi cara hampa barangkali salah sampai mengeluh tak muat dah Di sini admin bongkaqkan tips menge...

Malaysia Bukan Jannah Tapi Masih Dok Lumayan Warga Bangladesh Hempaih Pulaih Teruih Buat Duit Di Malaysia

Posted: 01 May 2016 05:34 AM PDT


Makan sekali sehari dan kemuarahan hati saudara senegara mencekaikan hati Mohd Nasiaq Houladash untuk mengharungi empat bulan tanpa gaji sejak Disember Panggilan kepada dua majikannya tak berangk...

6 Sebab Ni Buatkan Pompuan Yang Dah Menikah Lebih Menarik Dari Yang Single Setuju

Posted: 01 May 2016 05:32 AM PDT


la la nih ni memang ghamai pompuan suka lelaki yang dah menikah namun lelaki jugak tak terkecuali sukakan pompuan yang dah menikah ni bukan admin yang kata tapi ianya berdasaqkan kajian Tapi...

Aishah Dan Leman Rajalawak Berkempen Untuk Amanah Di Betin Maro

Posted: 01 May 2016 04:04 AM PDT


BETING MARO Kehadiran bekaih artis Aishah dan jugak Leman Rajalawak nampaknya berjaya menarik ratusan pengundi di kawasan DUN N29 Betin Maro kemarin untuk bersama dengan parti Amanah Rakyat AMAN...

Pkr Semakin Nazak Dan Tenat Di Bekenu Prnsarawak

Posted: 01 May 2016 04:02 AM PDT


BEKENU Jentera PKR bagi calon N71 Bekenu dilapoqkan sedang megalami perpecahan pasai masalah dalaman parti Menurut sumber calon PKR ni bukanlah mendapat mandat penuh dari seluruh ahli PKR di k...

3 Tanda Isteri Ajak Beromen

Posted: 01 May 2016 03:02 AM PDT


pompuan keghap dok dengaq menggunakan komunikasi non verbai untuk melahiaqkan apa yang terlintaih di fikiran depa Kebiasaannya perkara hat sama dok habaq tadi terjadi apabila depa inginkan hubun...

Ghega Minyak Tak Berubah Bagi Bulan Mei 2016

Posted: 01 May 2016 01:38 AM PDT


macam biasa setiap awai bulan ghega baghu minyak akan dikemaskini Untuk bulan Mei 2016 nampaknya ghega minyak bagi Ron95 Ron97 dan Diesel tak berudah dan masih dok sama macam bulan April yang l...

Menikah Dengan Awek Ketagih Melancong 7 Perkara Buruk Ni Perlu Ditelan Macam Meghepek Je

Posted: 01 May 2016 01:36 AM PDT


Bila ghamai pompuan berkerjaya akan tinggi keinginan untuk pergi melancong ke destinasi pelancongan yang diingini Soainya la la nih seronokkah menikah dengan si dia yang ketagih melancong wala...

Doa Isteri Pertama Ni Untuk Suami Madunya Buat Si Suami Mengucap Syukoq

Posted: 01 May 2016 01:34 AM PDT


Ummu Aiman Mohd Sani 27 isteri pertama kepada Dr Mohd Salman Mohd Sabri 33 yang menyaksikan majlih Akad Nikah suaminya dengan Nurul Mubaraqah Najri 21 telah menadah tangan mendoakan suami da...

Dilihat Wajah Cengkung Shaheizy Sam Susut 8kg Untuk Watak Filem Baghu

Posted: 01 May 2016 01:32 AM PDT


Melihatkan mukanya yang semain cengkung ghamai peminat pelakon Shaheizy Sam risau dan bertanya khabaq tentang pasai kesihatan artis tu Bagaimanapun kesemua persoalan yang bermain di benak pemin...

Che Ta Tayang Paha Dan Lutut Sambey Berhijab

Posted: 01 May 2016 01:02 AM PDT


Berkali kali pelakon lawa Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dikecam pasai gambaq Dan kali ni kritikan tu disebabkan pemilihan pakaian yang dianggap tak bersesuaian dengan imej musl...

No comments:

Post a Comment