KedahLanie.info Posted: 20 May 2016 09:21 AM PDT Mampukah Umno bertahan 70 tahun lagi? Posted: 20 May 2016 02:30 AM PDT MAMPUKAH Umno kekal 70 tahun lagi untuk diwariskan kepada generasi akan datang atau hanya mengenang sejarah 70 tahun yang boleh hilang ditelan zaman.
Veteran Umno, Datuk Abu Bakar Ali berkata, mengekalkan apa yang telah ada tentunya sukar namun jika tidak diingatkan, parti ini boleh lenyap dan menghampakan nenek moyang yang telah bertungkus lumus membina dan mengukuhkannya.
Beliau yang berkecimpung dalam politik sejak 1970 berkata perjuangan Umno dahulu dan sekarang tentunya jauh berbeza namun semua pihak tidak boleh menidakkan bahawa pemimpin terdahulu telah berjuang habis-habisan bagi memastikan Umno dapat diwarisi seperti hari ini.
"Kita kena ingat perjuangan nenek moyang kita dari 1946, begitu tinggi semangat perjuangannya dan mereka berikrar pada masa itu untuk mewariskan perjuangan Umno ketika itu untuk anak cucu akan datang.
"Kita takut 70 tahun dahulu nenek moyang kita tinggalkan dengan keadaan yang begitu baik dan Umno yang comel...tetapi bolehkah kita simpan perjuangan Umno ini dan kita wariskan pula kepada anak cucu kita 70 tahun akan datang?" katanya dalam nada sebak ketika wawancara eksklusif bersama Bernama sempena ulang tahun Umno ke-70. Abu Bakar, 70, yang pernah menjadi Adun Kemasik selama empat penggal bermula 1990 hingga 2008 berkata dahulu hubungan sesama ahli Umno begitu erat dan perpaduan yang utuh.
"Dulu perpaduan sangat kukuh sebab ketika itu masing-masing berjuang untuk mendapatkan kemudahan asas di kampung, sebab sekitar tahun 1966 hingga awal 70-an keadaan kampung masih kekurangan dari segi kemudahan asas, jadi mereka berjuang di peringkat cawangan dan bahagian untuk mendapatkan kemudahan asas hingga membuatkan Umno bertambah kuat.
Abu Bakar yang menganggap ulang tahun Umno kali ini sangat istimewa kerana seiring dengan usianya, berkata dahulu, dalam mesyuarat agung pemilihan cawangan dan bahagian, masing-masing akan menolak untuk menjadi anggota jawatankuasa tetapi kini ramai yang berebut untuk memegang jawatan kerana ada kepentingan diri.
Katanya ahli Umno perlu kembali bangkit dari 'tidur yang lena' dan meneruskan perjuangan parti sebagaimana yang telah diwarisi dari nenek moyang dahulu.
Ditanya sama ada Umno akan kekal diwarisi dalam tempoh 70 tahun akan datang atau tidak, Abu Bakar berkata sekiranya Umno masih berada ditakuk sekarang dan tidak diubah ia agak sukar untuk dipertahankan.
"Kalau begini keadaannya, agak sukar...kita kena baiki, perbetulkan Umno hari ini supaya kita dapat mewariskan Umno ini kepada anak cucu kita akan datang kalau tidak...anak cucu kita akan merempat di tanah air sendiri sekiranya Umno hilang kuasa.
"Nak perbaiki Umno, pertama sekali perpaduan dan imej pemimpin Umno perlu dipulihkan, tolak ansur antara satu sama lain perlu ada, pemimpin perlu rapat dan berbakti kepada masyarakat supaya mereka kenal siapa Umno dan terhutang budi dengan Umno, ini cara yang terbaik," katanya.
Tambah Abu Bakar ahli Umno juga perlu bersatu dan membantu presiden parti untuk memberi keyakinan kepada rakyat dalam menangkis segala tohmahan tidak benar termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Inilah masanya untuk pemimpin di pelbagai peringkat termasuk cawangan, bahagian, negeri dan pusat memainkan peranan. Kita kena beri keyakinan kepada rakyat dengan menerangkan apa yang dilemparkan tak betul kerana mereka masih ragu-ragu dan masih belum dapat penjelasan sebenar mengenai isu-isu yang sengaja ditimbulkan.
Beliau berkata perpaduan dalam kalangan anggota Umno amat penting terutamanya di peringkat kepimpinan pusat dan negeri yang menjadi tunjang utama bagi pengukuhan parti.
"Bersatu perlulah bermula dari atas (pucuk pimpinan), kalau atas tak bersatu macam mana bawah (rakyat) nak bersatu? Kalau nak mula dari bawah memang agak susah. Kalau rakyat tengok atas elok, mereka pun akan rasa lega," katanya.
Ditanya kedudukan Umno dalam pilihan raya akan datang, Abu Bakar berkata, beliau yakin kedudukan Umno akan dapat dipulihkan sebelum PRU14.
"Bagaimanapun, jangan ada lagi perkara (konflik) lain yang berlaku di peringkat pusat selepas ini. Kalau ada perkara besar lagi berlaku di peringkat pusat, saya tak yakin dalam masa terdekat ia boleh diselesaikan sebab PRU14 dah tak lama lagi," katanya.
Abu Bakar berkata PRU14 akan menjadi PRU paling kritikal memandangkan pada PRU13 bilangan majoriti undian dan bilangan kerusi di pusat dan negeri dilihat terjejas.
"Kalau dulu di Terengganu, kita boleh menang 28 kerusi, orang yang sama juga mengundi. Kenapa sekarang 17? Itu bermakna pengundi lari, inilah masanya wakil rakyat dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk menawan semula hati mereka.
Abu Bakar yang kini masih bergiat dalam politik dengan memegang jawatan Ketua Umno Cawangan Kerteh sejak 1986 berkata beliau berharap Umno akan bertambah kukuh dan keadaan akan kembali berubah seperti Umno dahulu. - Bernama | DBKL oh DBKL - Penguatkuasa pie mana sampai dok biaq kabel haram nie wujud... Posted: 20 May 2016 01:37 AM PDT KL banjir akibat kabel haram dalam longkangKUALA LUMPUR: Kabel elektrik yang dipasang secara haram di dalam longkang berdekatan kawasan premis sekitar Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini didapati antara punca utama risiko banjir kilat di ibu kota, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd Datuk Mohd Zain Hassan berkata akibat kewujudan kabel itu, ia menyebabkan pengaliran air di dalam longkang menjadi tidak lancar berikutan sampah yang tersekat di antara celah kabel berkenaan.
"Kabel tersebut menyukarkan kami (Alam Flora) melaksanakan kerja pembersihan kerana ruang di dalam longkang yang sedia sempit menjadi lagi terhad sehingga memaksa kami mengutip sampah menggunakan tangan berbanding gunakan mesin penyedut dan penyembur.
"Tambahan lagi, jadual pembersihan longkang hanya dilakukan sekali sebulan dan dalam tempoh itu, sampah menjadi kian banyak dan apabila hujan lebat, air daripada longkang yang tersumbat akan naik ke atas sehingga menyebabkan banjir. "Kami juga khuatir sekiranya kabel tersebut sudah lama dan bercampur pula dengan air, pekerja kami berisiko untuk terkena renjatan," katanya kepada pemberita selepas lawatan di beberapa lokasi 'panas' banjir kilat di sini semalam.
Dalam lawatan itu, pekerja Alam Flora turut menunjukkan hasil kutipan sampah dan sisa makanan yang tersangkut di dalam longkang antaranya bekas makanan dan botol plastik, dipercayai kesan perbuatan orang awam dan pekedai berdekatan yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, kabel utiliti tersebut kerap ditemui di lebih 25 lokasi di sekitar Kuala Lumpur antaranya Jalan Tuanku Abdul Rahman dan segala aduan mengenai masalah ini diadukan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tindakan selanjutnya.
Selain kabel, binaan tambahan yang didapati menutup sebahagian longkang di belakang restoran turut mengganggu kerja pembersihan.
"Sisa bahan binaan itu menyebabkan longkang tersumbat dan ditambah lagi dengan saiz longkang yang kecil sehingga ia tidak dapat menampung kapasiti air hujan yang banyak," katanya.
Beliau berkata isu kabel dan binaan yang menutup longkang merupakan isu lama, dan ia masih berlaku walaupun DBKL mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak terbabit.
Beliau juga kesal dengan anggapan sesetengah pihak yang menuduh Alam Flora menjadi punca kejadian banjir kilat berlaku sedangkan pihaknya hanya menjalankan tugas pembersihan manakala kerja penyelenggaraan di bawah agensi lain.
Sehubungan itu, Alam Flora sedang menunggu keputusan segera daripada DBKL agar membenarkan pihaknya dapat meningkatkan frekuensi jadual pembersihan longkang di kawasan berisiko banjir dan berkepadatan tinggi di sini antaranya di sekitar Jalan Chow Kit, Jalan Duta, Jalan Imbi, Jalan Pudu dan Jalan Kia Peng.
Katanya, sebanyak 20 tan komposisi sisa termasuk minyak, tanah dan pasir di dalam longkang sekitar Kuala Lumpur disedut setiap hari menggunakan mesin penyedut air.
Sementara itu, katanya, berikutan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di ibu negara baru-baru ini, Alam Flora bersama DBKL telah mengerahkan dua pasukan khas sebagai persediaan menghadapi banjir kilat.
– BERNAMA | 'Mengapa polis tak terkam pendedahan mengenai 1MDB?' Posted: 20 May 2016 01:00 AM PDT Dalam temu bual dengan stesen penyiaran Singapura, Channel NewsAsia, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, laporannya mengenai 1MDB memberi asas yang mencukupi untuk siasatan seterusnya ke atas firma pelaburan negara itu.
"Saya rasa laporan kami cukup sebagai asas untuk siasatan lanjut, kami sudah buat kerja kami.
"Langkah selanjutnya, seperti dicadangkan oleh PAC, mereka (jawatankuasa itu) mahu siasatan terhadap beberapa personaliti dalam syarikat itu.
"Biarkan polis buat kerja mereka, kami akan bantu sesiapa sahaja yang mahu siasat," kata Ambrin yang dipetik berkata, merujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Walau bagaimanapun, di sebalik tindakan PAC yang membentangkan hasil laporannya pada 7 April lalu, iaitu lebih enam minggu sudah berlalu, namun pihak Polis Diraja Malaysia belum memanggil protagonis utama 1MDB yang dikenal pasti dalam skandal itu! Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Parlimen semalam bahawa polis masih belum menyoal bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Halmi sebagai sebahagian daripada siasatan mereka ke atas firma itu.
"Semua saksi yang terlibat akan dipanggil oleh polis jika ada keperluan untuk merekodkan kenyataan mereka dan siasatan selanjutnya.
"Shahrol belum dipanggil untuk merekodkan kenyataan beliau lagi," ujar Zahid dalam jawapan bertulis ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Raub, Mohd Ariff Sabri.
Mengapa polis mengheret kaki mereka ke atas keseluruhan penyiasatan ini?
Bagaimana dengan laporan polis saya?
Malah, saya sendiri secara peribadi membuat laporan polis terhadap 1MDB pada Mac 2015, memohon siasatan berhubung peranan Shahrol Halmi, Jho Low dan individu lain melalui penglibatan mereka dalam pelaburan 1MDB dalam PetroSaudi.
Sebagai contoh, Shahrol Halmi telah mengarahkan bayaran AS$1.03 bilion dibayar kepada Good Star Limited, yang menurut Bank Negara Malaysia dalam maklumannya kepada PAC sebagai "sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak berkaitan dengan PetroSaudi International Limited".
Saya tidak pasti sama ada saya perlu terkejut bahawa polis masih gagal walaupun untuk menemubual individu utama 1MDB selepas lebih daripada setahun.
Selepas kedua-dua PAC dan Ketua Audit Negara mendakwa Shahrol Halmi terbabit dalam salah urus 1MDB, apa lagi yang Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar tunggu? Tony Pua | Coretan Dhuha - Antara Anwar, Mahathir, Azmin, Najib, Deklarasi Rakyat & Amanah Posted: 20 May 2016 12:31 AM PDT Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
CORETAN DHUHA
1. Mahathir akan ketuai satu pasukan utk serah 1j t/tangan DR kpd YDP Agong. Teruskan saja. Ada kelompok rakyat yg menyokongnya. Ini aktiviti politik.
2. Najib undur? Najib tak akan turun. Umno tak mudah tumbang. Peguam negara dan Gabebor BNM pun tak akan tertukar. Laporan PAC dan SPRM pun masih sama. Tetapi, drpd tak buat apa-apa, lebih baik buat sesuatu.
3. Ada org ambil kesempatan? Biasalah, inikan politik. Mana ada org politik tak ambil kesempatan drpd semua kejadian? Ayam bertelur pun ahli politik ambil kesempatan. Kalau Azmin ambil kesempatan, maknanya dia masih waras.
4. Sekurang-kurangnya usaha ini mendorong raja-raja Melayu bersuara. Kuasa suara raja-raja Melayu ada nilainya dlm moral demokrasi kita. Tak dengar suara raja dikira derhaka kpd demokrasi. 5. Kalau raja-raja tak bersuara? Rakyat yg sign DR yg akan bersuara. Bukan Mahathir seorang diri. Dia tak boleh buat apa-apa pun tanpa rakyat. Dia akan tersingkir jika dia sanggahi rakyat.
6. Anwar mcm mana? Dia dlm penjara. Dia juga sdg berpolitik. Kita pun tak lupa Anwar. Takkanlah kerana kita ingatkan dia, kita tak perlu buat apa-apa? Jika dia tak sokong DR, itu hak dia. Kita nak sokong, ini hak kita.
7. Kita nak ubah secara menyeluruh, bukan turunkan Najib saja! Betullah. Itulah antara kandungan DR. Najib sebahagian drpd sistem itu. Turunkan Najib adalah sebahagian usaha ubah sistem.
8. Kalau Najib turun, kuatlah Umno! Belum tentu juga. Boleh jadi Umno makin teruk. Najib ada pun Umno tak lemah juga.
9. Pendek kata, DR boleh diteruskan. Nak sokong atau tidak, jgn bimbang, tak akan ada yg jadi lembu atau babi. Mood rakyat utk tumbangkan Najib dan turunkan Umno sedang baik. Inilah masanya.
10. Paling penting, di kuala dan sungai Amanah akan lawan. | Azmin 'simpati' Hadi tak tahu perkembangan parti sendiri Posted: 19 May 2016 11:26 PM PDT Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau "bersimpati" dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.
Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.
"Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran program #SmartSelangor Food Stamp 2016 di Sungai Besar, Selangor hari ini.
Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas penafian PAS berhubung pertemuan parti itu dengannya.
Hadi beberapa hari lalu memaklumkan Azmin tidak pernah mengadakan perbincangan dengannya berkenaan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan dijalankan serentak pada 18 Jun ini. Mengulas lanjut, anggota parlimen Gombak berkata beliau telah bertemu dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
Azmin berkata melalui pertemuan itu beliau percaya pimpinan kanan PAS itu akan memaklumkan maklumat perbincangan berkenaan kepada Hadi.
"Saya telah bertemu dua kali dengan pimpinan tinggi PAS. Semalam saya ada perjumpaan dengan pemimpin tertinggi AMANAH. Ia berjalan dengan baik dan positif. Saya juga telah berbincang dengan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) politik utama negara.
"Saya juga bertemu dengan ketua menteri Pulau Pinang dan perbincangan cukup positif.
"Jadi, saya percaya pimpinan tertinggi ini akan melaporkan kepada presiden," kata Azmin.
Dengar semua pandangan
Bagaimanapun, ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata beliau tidak dapat memuktamadkan keputusan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, beliau yakin semua pihak akan mencapai persetujuan bersama dalam masa terdekat.
Azmin juga berkata pihaknya masih ada masa untuk menyelesaikan isu pemilihan calon pembangkang sebelum hari penamaan calon tiba.
"Hari ini 20 Mei 2016, lama lagi. Ada 15 hari lagi untuk penamaan calon," kata Azmin.
Beliau juga menyatakan kesediaan untuk bertemu dan berbincang dengan Hadi berhubung isu berkenaan.
"Saya jumpa semua orang dan saya bersedia berjumpa dengan Abdul Hadi," tegas Azmin.
Sementara itu mengulas harapan Tuan Ibrahim agar HARAPAN tidak meletakkan calon di kerusi Parlimen Sungai Besar, Azmin berkata beliau mendengar pandangan tersebut.
"Sudah tentu mereka juga ada hujah untuk bertanding di Sungai Besar tetapi saya mengambil sikap terbuka untuk mendengar pandangan semua pemimpin untuk mencari keputusan yang lebih baik.
"Saya mengambil sikap, perbincangan dan perbezaan pandangan sebenarnya suatu kekuatan sebelum membuat keputusan," katanya. | DEKLARASI RAKYAT - WARKAH ANWAR UNTUK BETULKAN LANGKAH SUMBANG DEKLARASI Posted: 19 May 2016 08:30 PM PDT
Rakyat terus diperdebatkan dan bertambah hangat apabila 'terbocor'nya warkah dari Sg Buloh. Masing-masing berebut menjadikan warkah tersebut sebagai dalil dan nas untuk menyatakan pendekatan mereka betul.
Aku sejak awal lagi bersedia menyokong Deklarasi Rakyat atas dua sebab. Pertamanya, kerana Deklarasi Rakyat ini salah satu pendekatan untuk menjatuhkan Najib dan melemahkan Umno/Bn. Kedua, Deklarasi Rakyat sejak awal penubuhannya tidak menyebut sesiapa sebagai pemimpin dan ianya diwujudkan atas semangat rakyat dan paling utama Deklarasi Rakyat ini tidak pernah ditentang atau dilarang oleh parti aku sendiri sehingga saat ini.
Atas dua sebab itu, aku merasakan dan berijtihad bahawa Deklarasi Rakyat lebih banyak baik dari buruknya. Persoalan ditanya, mengapa tidak wujud suara dari Sg Buloh seawal kewujudan Deklarasi Rakyat? Bukankah Kak Wan dan Anwar sememangnya tahu bahawa Mahathir turut bersama untuk menjatuhkan Najib? Mengapa tiada larangan atau arahan dari pucuk pimpinan KEADILAN untuk kita menjauhkan diri dari Deklarasi Rakyat waktu itu? Mengapa SUA KEADILAN sendiri, YB Rafizi adalah di antara tulang belakang di dalam Deklarasi Rakyat?
Waktu itu mungkin kita merasakan kita mampu mengawal perlaksanaan Deklarasi Rakyat ini mengikut acuan kita bukan acuan pihak lain. Tidak salah untuk mencuba. Tidak perlu ada emosi mengatasi kepentingan rakyat. Deklarasi Rakyat ini boleh sahaja diwujudkan walaupun tanpa Mahathir, namun apabila Mahathir sendiri mahu menjadi tulang belakang bagi menjatuhkan Najib, apakah kita begitu bodoh untuk menolaknya? Mahathir dikatakan ada agenda, mustahil kita yang berjuang sejak tahun 1998 langsung tiada agenda?
Bahkan aku merasakan agenda kita lebih jauh ke hadapan dari apa yang ada pada pemikiran Mahathir. Kalau difikir emosi dan otak kita selalu membayangi 'hantu Mahathir', kita tidak akan dapat buat apa-apa kalau Mahathir sentiasa mengikuti kita. Aku pun yakin, Tamrin Ghafar menyokong perjuangan PH adalah kerana kepentingan rakyat.
Jika mahu fikir ke belakang dan emosi, Tamrin tentunya terasa hati dengan Anwar yang pernah menjatuhkan arwah ayahandanya Tun Ghafar sewaktu Anwar berada di dalam Umno. Tanpa emosi juga Anwar diterima baik oleh rakan-rakan di dalam Pas di era Almarhum Us Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz sewaktu Anwar mula-mula dipecat dari Umno. Sewaktu di dalam Umno, Anwar adalah benteng kuat Umno apabila Pas menyerang Umno. Semua tahu.
Sampai bila mahu fikir ke belakang? Benar, sejarah boleh diingati untuk dijadikan pengajaran dan panduan tetapi sejarah tidak boleh diubah lagi. Maka, Deklarasi Rakyat yang disokong oleh Mahathir tidak patut dianggap sebagai melaksanakan agenda Mahathir walaupun kita semua tahu sejarah Mahathir. Melalui sejarah lampau Mahathir ini lah sepatutnya kita lebih bijak berdepan dengan beliau bukan mengalah dengannya. Apa yang disuarakan melalui warkah dari Sg Buloh itu? Pada aku, sejajar dengan apa yang disebut oleh Rafizi, memang tepat pada masanya Anwar bersuara apabila beliau dapat merasakan hala tuju Deklarasi Rakyat seolah-olah mahu dipesongkan.
Paling mengecewakan, pimpinan parti gagal mengawal Mahathir dari bercakap perkara-perkara yang tiada kaitan dengan agenda Deklarasi Rakyat. Mahathir tidak perlu bercakap soal Anwar jika dia tidak mahu Anwar bebas sekali pun. Jika Mahathir tidak mahu kita ungkit sejarah lampau dan kezalimannya, perlu apa dia terus bercakap soal Anwar? Mengapa pimpinan kita yang mengusung orang tua ini ke hulu ke hilir boleh berdiam diri dengan tingkah laku Mahathir?
Ini lah yang menyinggung perasaan Anwar dan keluarganya. Kita juga turut tidak senang dengan sikap Mahathir itu yang seolah-olah ingin mengambil kesempatan di atas gabungan ini. Lebih dahsyat lagi, apabila ada yang sanggup berbelanja lebih demi menjayakan program bersama Mahathir. Layanan melampau dan menjolok mata seperti ini menjadikan Mahathir lupa diri dan boleh kawal kita di dalam Deklarasi Rakyat jika dibiarkan berterusan.
Justeru itu, wajar dan tepat sekali Anwar bersuara sekarang. Anwar dan Presiden setakat ini tidak arahkan hentikan Deklarasi Rakyat, tetapi Anwar dan Presiden keluarkan ingatan dan teguran keras agar pimpinan tersedar dari mimpi indah mereka bersama Mahathir. Jangan salahkan Mahathir jika dia dilayan sedemikian rupa. Kita tepuk dada, kita tanya hati dan iman kita.
Selagi aku bersama parti, aku percaya kepada keputusan parti. Aku yakin parti akan ada satu keputusan tepat berkaitan isu ini. Jika parti membenarkan pimpinan dan ahli-ahli memilih jalan sendiri di dalam isu ini (Deklarasi Rakyat), maka parti harus bersedia menerima berbagai ragam dan perangai pemimpin dan ahli-ahlinya.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS
| Sungguh kurang ajaq akhbar Thailand nie dok menghina PM kami...!!! Posted: 19 May 2016 07:30 PM PDT PETALING JAYA: Sebuah akhbar Thailand menyiarkan karikatur kartun yang dianggap menghina negara ini.
Ia menunjukkan seorang pegawai polis sedang memegang penyodok dengan tanah di hadapan timbunan tengkorak dengan diperhatikan dengan tiga wanita yang yang mewakili tiga kaum utama di negara ini.
Selain itu, karikatur menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib turut diselitkan dengan kapsyen yang menyindir.
"Terang-terangan kartun ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan", antara kapsyen yang tertera dalam ruangan berkenaan.
Selain itu, ia juga memperlekeh kempen pelancongan yang sedang dipromosi Malaysia dan mengaitkannya dengan isu pelarian Rohingya.
Kartun yang terbit dalam akhbar The Nation dikesan oleh wartawan AFP, Parameswaran Ponnudurai yang kemudian bertindak berkongsinya dalam halaman Facebook beliau. | Padang Besar - Jumpa wang tunai RM2.4j dalam SUV Posted: 19 May 2016 07:00 PM PDT
PADANG BESAR - Anggota Agensi Keselamatan Sempadan (Aksem) Padang Besar menahan dua lelaki selepas menemui wang tunai berjumlah RM2.4 juta dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sekatan jalan raya di Kilometer 24 Jalan Ulu-Padang Besar-Padang Besar pada jam 6.30 petang semalam.
Menurut Komander Aksem, Deputi Supritenden Syed Basri Syed Ali berkata, anggota Aksem menahan kereta tersebut sebelum melakukan pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan pada kenderaan itu menemui dua kotak berlabel jenama kopi yang mengandungi 48,000 keping not 50 yang diletakkan didalam kotak tersebut.
Beliau turut mengesahkan jumlah keseluruhan wang berkenaan adalah RM2.4 juta.
Tambah Syed Basri, suspek gagal menjelaskan dari mana sumber wang itu diperoleh dan mereka akan disiasat terlebih dahulu, katanya. Suspek yang berusia 19 dan 54 tahun berasal dari Taman Singgahsana, Padang Besar itu kemudian dibawa ke Pejabat Aksem Chuping sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perlis untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat dibawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLATFAPUAA) 2001. | MCA yakin pengundi Cina sokong calon BN Posted: 19 May 2016 06:30 PM PDT BAGAN SERAI - MCA yakin kira-kira 7,000 pengundi Cina di Kuala Kangsar akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu bulan depan.
Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, keyakinan itu dibuat berdasarkan beberapa pertemuan dengan pengundi di kawasan tersebut.
Dr Hang Soon berkata, dalam pertemuan itu, pengundi juga berharap calon BN yang dipilih dalam PRK tersebut dapat meneruskan legasi kepimpinan Ahli Parlimen sebelum ini, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
"Kepimpinan yang ditunjukkan Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar amat dikagumi kerana beliau memberi perhatian terhadap masalah rakyat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. Turut terkorban dalam insiden itu ialah Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun depan sebagai hari pengundian, manakala penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun. - Bernama | Baling - Siapa Nak Selesai bab tebing runtuh nie, takan nak tunggu jatuh mati baru nak seattle..!! Posted: 19 May 2016 06:00 PM PDT
BALING - Sebuah jalan yang berlubang sedalam 10 meter di Kampung Lalang Mukim Siong di sini, hanya menunggu masa untuk runtuh sepenuhnya apabila sebahagian daripadanya semakin teruk terhakis.
Difahamkan, jalan yang menghubungkan Kampung Lanai dengan Charuk Bunting dan Lebuh Raya Durian Burung itu dilalui lebih 700 pengguna jalan raya dari kedua-dua kampung berkenaan untuk ke beberapa destinasi utama seperti pekan, masjid dan sekolah.
Penduduk, Ahmad Awang, 52, berkata, masalah itu berpunca dari tebing konkrit laluan air yang dibina bersebelahan jalan berkenaan runtuh dan terbiar sejak lima tahun lalu.
"Tebing runtuh itu mengakibatkan tanah terhakis, malah ia semakin teruk terhakis setiap kali hujan.
"Keluasan jalan yang berlubang akibat hakisan itu pula dianggarkan seluas 20 meter," katanya di sini, semalam. Halimatun Sadiah Mt Isa, 36, pula berkata, jalan terbabit tidak dipasang papan tanda amaran sehingga membahayakan pengguna jalan raya, terutama pada waktu malam.
Menurutnya, penduduk bimbang keselamatan orang ramai terutama orang luar yang berkemungkinan boleh terjatuh ke dalam lubang berkenaan.
Katanya, masalah itu sudah berlarutan lama dan aduan sudah dibuat kepada pihak berkenaan, namun tiada sebarang tindakan positif yang diambil.
Seorang kanak-kanak, Mohd Azham Azman, 12, berkata, rakannya pernah terjatuh ke dalam lubang berkenaan ketika mengayuh basikal di lokasi itu dua minggu lalu.
"Ketika kejadian, saya dan kawan saya sedang menunggang basikal berasingan, tiba-tiba kawan saya terjatuh ke dalam lubang itu sebab dia tak nampak jalan berlubang.
"Sampai sekarang, saya sendiri takut untuk lalu di kawasan itu. Tambahan pula jika menunggang basikal berseorangan," katanya.
Bagi seorang lagi penduduk, Abdul Samat Omar, 49, berkata, pihak berwajib diminta segera membaik pulih jalan berkenaan.
Katanya, penduduk berdepan dengan risiko keselamatan yang mengancam nyawa sekiranya keadaan jalan itu terus dibiarkan.
"Sebelum ini pun sudah ada pengguna jalan yang menjadi mangsa, termasuk kanak-kanak yang terjatuh ke dalam lubang itu.
"Harapan penduduk di sini agar jalan yang berbahaya itu dibaik pulih segera oleh pihak berkenaan," katanya. | EgyptAir: Tiada rakyat Malaysia terlibat Posted: 19 May 2016 05:30 PM PDT SHAH ALAM – Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas pesawat EgyptAir penerbangan MS804 yang dilaporkan terhempas di Laut Mediterranean, awal hari ini.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini turut mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal penerbangan malang itu.
"Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan Egyptair, tiada warganegara Malaysia yang terlibat dalam kehilangan pesawat Egyptair MS804," kata kenyataan itu.
Pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris pada 18 Mei 2016 jam 11.09 malam dan dilaporkan hilang daripada radar jam 2.45 pagi waktu tempatan setelah masuk ke ruang udara Mesir.
Airbus 320 itu hilang 16 kilometer (km) selepas memasuki ruang udara Mesir, kira-kira 280 km di luar pantai utara bandar pelabuhan Alexandria, Mediterranean. Pesawat tersebut membawa 56 penumpang termasuk seorang kanak-kanak dan dua bayi serta 10 anak kapal dan juruterbang penerbangan berkenaan mempunyai rekod penerbangan 6,000 jam.
Dalam pada itu, EgyptAir berkata, mereka yang berada di atas kapal termasuk 5 penumpang Perancis, 30 Mesir, seorang warga Britain, dua rakyat Iraq, seorang warga Kuwait, Arab Saudi, Sudan, Afrika, Portugis, Belgium, Algeria dan Kanada. | Mat Bashah tak hairan dengan kajian tak suka kat dia tu.. Posted: 19 May 2016 05:00 PM PDT MB Kedah: Kajian tak lemahkan sayaALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kajian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan 83.63 peratus rakyat Kedah tidak yakin terhadap kepimpinan beliau, sama sekali tidak melemahkannya.
Beliau berkata, ia sama sekali tidak memberi impak kepada pentadbiran kerajaan negeri, memandangkan tempoh pentadbirannya yang baru sahaja melepasi 100 hari dan belum boleh menjadi ukuran kepada pencapaiannya menjadi menteri besar.
"NGO yang membuat kajian tersebut tidak mempunyai autoriti dan asas yang kukuh untuk melakukan kajian itu. Biarlah mereka nak buat kajian," katanya selepas merasmikan pameran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia di Stadium Sultan Abdul Halim di sini hari ini.
Semalam, sebuah portal dalam talian melaporkan sebuah NGO Kedah, dinamakan Think Tank Kedah menyatakan bahawa hasil kajian dalam talian mereka selama sebulan bermula 12 April lalu, mendapati 83.63 peratus responden tidak yakin terhadap Ahmad Bashah sebagai menteri besar. Sebanyak 84.5 peratus pula mengatakan mereka tidak yakin kemampuannya dalam mengurus ekonomi Kedah, serta 83.1 peratus tidak yakin kemampuannya membawa lebih banyak pelaburan asing.
Dalam perkembangan lain, Kedah berhasrat mahu memohon penambahan unit PPA1M daripada kerajaan persekutuan sekiranya terdapat permintaan tinggi.
Bagaimanapun, kata Ahmad Bashah, pihaknya mahu mengenal pasti terlebih dahulu jenis kategori rumah yang mendapat permintaan tinggi, dan trend permintaan rumah daripada penjawat awam, sebelum memohon penambahan itu.
"Kita rasa 7,000 tidak cukup, mungkin akan minta penambahan daripada Persekutuan. Tapi kita tengok dulu harga rumah mana yang banyak permintan selain melihat faktor lain seperti skim dan gred penjawat awam itu," katanya.
Ketika ini, sejumlah 7,000 unit PPA1M telah diluluskan di negeri ini di beberapa daerah strategik seperti Kota Setar, Kulim, Kuala Muda, Kubang Pasu dan Pokok Sena dan ditawarkan dengan harga 10 hingga 15 peratus lebih murah daripada harga pasaran.
Terdapat sebanyak 7,366 penjawat awam negeri di Kedah ketika ini Perkhidmatan Awam Negeri (4,634), Badan Berkanun Negeri (724) dan Pihak Berkuasa Tempatan (1,999).
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Bashah menggesa agar penjawat awam bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menangkis tohmahan yang dilemparkan anasir luar, yang bertujuan menjatuhkan kerajaan. - Bernama | Pakar arkeologi dunia berkumpul di Kedah Sabtu ini Posted: 19 May 2016 04:30 PM PDT
KUALA LUMPUR - Pakar sintesis kajian DNA terkemuka Prof Dr Stephen Oppenheimer dari University Oxford, United Kingdom adalah antara 29 pakar arkeologi dunia yang akan membincangkan mengenai Kedah Tua di Sungai Petani, Kedah selama dua hari mulai Sabtu ini.
Oppenheimer, 69, yang juga ahli genetik dan penulis, pakar yang diiktiraf dunia dalam sintesis kajian DNA dengan bukti arkeologi dan lain-lain untuk menjejaki migrasi purba, akan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kepentingan Semenanjung Malaysia semasa Prasejarah dan Peradaban' sempena penganjuran Persidangan Antarabangsa Kedah Tua.
Persidangan itu anjuran Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (CGAR) Universiti Sains Malaysia (USM), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kerajaan Negeri Kedah, Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) dan Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM).
Ia bertujuan mengetengahkan Kedah Tua dan kepentingannya dalam rantau Asia Tenggara serta arkeologi global. Persidangan yang diadakan bersempena Festival Kedah Tua 2016 (FKT2016) itu juga akan memberi tumpuan terhadap kepentingan arkeologi di Lembah Bujang dan membuat perbandingan antara semua tamadun utama dunia dari abad keenam Sebelum Masihi hingga abad ke-12 Masihi.
Pengarah CGAR USM Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin berkata persidangan itu akan tertumpu kepada peranan dan sumbangan Sungai Batu dalam pembangunan tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Mesir, Indus, China, Mesoamerica dan Greek Rome.
Beliau yang turut terlibat dalam penganjuran persidangan itu akan membentangkan beberapa kertas kerja termasuk mengenai Kerajaan Kedah Tua berikutan pertemuan bukti baharu di Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Kedah.
Tapak arkeologi Sungai Batu terletak di ladang kelapa sawit berhampiran Sungai Petani.
Mokhtar berkata persidangan itu diadakan buat kali pertama selepas sembilan tahun penyelidikan dijalankan di tapak Sungai Batu yang telah dibuktikan kewujudannya bermula sejak 535 Sebelum Masihi sehingga kurun ke-17 Masihi.
"Perakuan itu dibuat oleh makmal pentarikhan radiokarbon beta-analytic Florida, Amerika Syarikat pada November 2015 selepas menjalankan analisis ke atas arang leburan besi yang ditemukan di tapak Sungai Batu," katanya kepada Bernama di sini. - Bernama | Viral punya pasal, Gerai peniaga 'ludah' durian tutup Posted: 19 May 2016 04:00 PM PDT
GOMBAK - Kurang daripada 24 jam tersebarnya video yang viral melibatkan peniaga seperti 'meludah' di dalam bungkusan durian, tapak niaga terbabit telah dikosongkan.
Tindakan pantas dibuat wakil Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 kawasan itu, jam 9.30 malam semalam yang menasihatkan empat peniaga warga Indonesia tersebut untuk menutup gerai berkenaan.
Tepat jam 10 malam, peniaga warga asing itu akur untuk mengosongkan kawasan bagi mengelakkan tindakan lebih tegas dikenakan ke atas mereka yang menjaja tanpa kebenaran.
Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Amir Fazlee Khalid berkata, tindakan ke atas peniaga tersebut pernah dibuat minggu lalu atas kesalahan meniaga tanpa kebenaran namun amaran tersebut tidak diendahkan.
"Mereka tak sedar kelakuan mereka telah jadi viral dan mereka menafikan tidak meludah pada durian yang dibungkus sebaliknya hanya meniupnya. "Tapi untuk mengelakkan insiden tak diingini, kami mohon supaya mereka mengemas jualan dan beredar dari kawasan memandangkan lokasinya terletak di kawasan perumahan," katanya.
Menurutnya, insiden tersebut perlu dijadikan pengajaran oleh masyarakat yang sering mempersoalkan tindakan penguat kuasa berkenaan isu penjaja.
"Banyak pihak marah apabila tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas penjaja namun sebaliknya ia adalah langkah pencegahan dan kawalan bagi mengelakkan insiden seperti ini.
"Sedikit sebanyak isu video viral ini buka mata semua pihak isu kebersihan dan pentingnya kawalan," katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi kira-kira jam 12 tengah hari tadi mendapati, tapak niaga tersebut telah dikosongkan. | |
beautifulnara Posted: 20 May 2016 01:12 AM PDT Mula Ceburi Perniagaan Tudung, Anzalna Nasir Sudah Ada Niat Untuk Berhijab Posted: 19 May 2016 11:38 PM PDT Mula mengeluarkan jenama tudungnya sendiri yang dikenali sebagai Anzel Scarf, Anzalna Nasir akui pintu hatinya mula terbuka untuk menutup aurat. Namun, Anzalna mahu berubah tanpa paksaan sesiapa dan selepas beliau benar-benar bersedia.  Saya memang ada hasrat untuk bertudung dan bila memasuki perniagaan hijab ini perasaan itu semakin kuat. Tapi kalau boleh saya tidak mahu terpaksa untuk berubah, saya juga kalau boleh jika sudah pakai tudung tidak mahu buka lagi. Insya-Allah masanya akan tiba, namun saya tidak mahu menetapkan sasaran bila untuk berubah. Sedar mungkin ada sesetengah pihak yang akan mempertikaikan mengapa beliau menjual tudung sedangkan dirinya tidak berhijab, Anzalna menjelaskan beliau bukan hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata tetapi mahu membantu orang lain untuk mencari rezeki juga.  Saya jual tudung ini bukan untuk dapat keuntungan semata-mata, sebaliknya ingin memberi peluang kepada orang lain untuk membuat keuntungan bersama menerusi jualan stokis. Matlamat kami untuk berkongsi pendapatan dan keuntungan bersama-sama dan menggalakkan peniaga-peniaga baru. Bekerjasama dengan Dato' Aliff Syukri dalam mempromosikan tudung beliau dan jubah Abang Terlajak Laris, Anzalna bagaimanapun enggan melakukan perkara pelik dan mahu jadi diri sendiri untuk memperkenalkan produknya.  Bab menutup aurat itu tidak kami nafikan memang wajib untuk seorang wanita Islam, namun biarlah perubahan itu dilakukan dengan hati yang ikhlas dan benar-benar bersedia sepenuhnya kerana kita mahu perubahan itu kekal sehingga akhir hayat. Sumber Berita : mStar Online | Kalau Saya Salah, Siasatlah! Saya Tidak Takut – Jejai Posted: 19 May 2016 06:34 PM PDT Mengakui dirinya tidak bersalah atas dakwaan menceroboh rumah Fasha Sandha dan mengganggu kehidupan bekas isterinya itu, Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli meminta agar pihak polis menyiasat kes ini dengan betul.  Jelas Jejai, beliau sedikit pun tidak merasa gentar kerana tiada apa yang beliau ingin sembunyikan. Saya benar-benar berharap dan meminta pihak polis menyiasat kes ini untuk mengetahui kebenarannya. Kalau saya salah, siasatlah! Saya tidak takut dan tiada apa yang hendak disembunyikan.  Buat masa ini, Jejai yang sudah berhubung dengan peguamnya dinasihatkan untuk tidak memberikan komen lebih berkaitan kes ini. Cuma Jejai sekali lagi menegaskan tuduhan yang dibuat oleh Fasha terhadap dirinya tidak benar sama sekali. Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan peguam berhubung hal ini dan dinasihatkan untuk tidak bercakap banyak dulu. Apa yang saya boleh tegaskan adalah apa juga yang dilaporkan adalah sama sekali tidak benar.  Fasha Sandha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan pada 20 Januari lepas. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma. Bak kata pepatah, berani kerana benar takut kerana salah. Kita ikuti sahaja perkembangan kes Jejai dan Fasha nanti. Sumber Berita : mStar Online | Siapa Fasha Sandha Sindir Di Instagram? Posted: 19 May 2016 10:11 AM PDT Awal pagi semalam, Fasha Sandha ada memuat naik foto serta status yang cukup mendalam mengenai mereka yang kaya dan miskin di Instagram miliknya. Ia ada berbaur sindiran sedikit apabila Fasha menerusi kapsyen beliau menyebut, tidak kira pangkat atau darjat serta kekayaan seseorang itu, yang salah tetap akan salah dan tidak boleh lari daripada undang-undang.  Ada yang tertanya, apakah maksud disebalik kata-kata Fasha, namun ada sesetengah pihak percaya ia seakan luahan tidak puas hati Fasha terhadap kenyataan Jejai yang menafikan tuduhan beliau sering mengganggu Fasha dan mengawal pergerakkan aktres itu meskipun sudah bercerai. Berikut adalah satus yang dimuat naik oleh Fasha :- Jangan lupa, kaya atau miskin, tetap masuk kubur yang sama, tiada bezanya. Jadi jangan lupa, negara ada undang2, tak kira untuk yang kaya mahupun yang miskin. Kaya, pangkat darjat sekalipun, kalau salah,tetap salah. Jadi tak perlu cuba menidakkan perkara yang tetap salah daripada hukuman dan undang2.  Sekiranya ‘berjaya’ menggunakan pangkat dan darjat untuk perkara yang semestinya salah, maka beringatlah, Allah ada, Allah lebih mengetahui dan Allah Maha adil, maka terimalah hukuman yang setimpal daripada Allah yang maha Esa di akhirat kelak.. Renung2 kan, alam Subuh. Hmmmphh..kalau benar ia berkaitan dengan kes laporan polis Fasha Sandha terhadap Jejai, kami harap mereka berdua boleh selesaikan masalah berkenaan dengan cara yang lebih baik dan tidak bergaduh. Macam mana pun, mereka harus bersatu juga dalam menjaga anak-anak mereka dan lebih baik tidak bermasam muka.. Sumber Berita : Instagram Fasha Sandha | Salahkah Saya Mulakan Hubungan Baharu? – Fiza Halim Posted: 19 May 2016 09:44 AM PDT Apabila pelakon Fiza Halim mengakui beliau sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenali sebagai J, ada beberapa pihak yang mempersoalkan mengapa Fiza cepat sungguh mencari pengganti sedangkan beliau baru beberapa bulan bercerai dengan Adam. Jelas Fiza, beliau mula bercinta semula selepas tamat tempoh edah dan adakah ia menjadi satu kesalahan untuk beliau memulakan hubungan baharu sedangkan beliau juga manusia biasa yang memerlukan kasih sayang.  Salahkah kalau saya mahu memulakan hubungan yang baharu? Kami mula kenal selepas saya habis idah pada Disember lalu. Saya dan Adam bercerai pada September, taklah baru pun. Salahkah saya untuk punya seorang lelaki dalam hidup, setelah apa yang berlaku sebelum ini? Sebagai manusia biasa, semua orang perlukan kasih sayang dan perhatian. Saya pun macam itu juga. Jangan hendak pandang buruk sebab semua manusia sama saja. Pada masa yang sama, Fiza mendedahkan kekasihnya itu merupakan seorang juruterbang dan 5 tahun lebih muda daripada beliau. Malah, beliau akui foto lelaki yang mukanya tertutup didalam foto yang dimuat naik oleh Fiza di Instagram adalah kekasihnya.  Saya tak nafikan, gambar lelaki dengan muka 'bertutup' tu, memang dialah orangnya. Dia teman lelaki saya sekarang. Dia pilot, umur pun memang muda berbanding saya. Dia baru 30 tahun, saya sudah hendak mahu 35 tahun. Kadang-kadang rasa juga yang saya ni sudah tua berbanding dia. Tetapi, apa boleh buat, bila hati sudah suka. Tambah Fiza, kekasihnya itu seorang yang romantis, memahami dan pandai menjaga hatinya. Anak-anak Fiza juga cukup senang dengan kehadiran kekasihnya itu.  Tiada apa yang kami boleh katakan selain mendoakan yang terbaik buat Fiza Halim dan kekasihnya. InshaAllah ada jodoh untuk bersatu di masa hadapan. Sumber Berita : Utusan Online | Mia Ahmad Tumpang Gembira Saharul Ridzwan Bakal Berkahwin Posted: 19 May 2016 09:14 AM PDT Kerana keserasian mereka didalam drama Hati Perempuan, Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan pernah digosipkan bercinta sebelum ini.  Namun, baru-baru ini Saharul ada memberitahu bahawa beliau bakal mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri ini.  Ditanya mengenai berita tersebut, Mia menerusi portal BH ONLINE berkata beliau tumpang gembira apabila Saharul bakal berkahwin. Pada masa yang sama, Mia juga lega kerana dengan pengumuman tersebut ia membuktikan bahwa beliau dan Saharul tidak pernah ada hubungan istimewa. Saya gembira mendapat tahu dia akan berkahwin. Perempuan yang dipilihnya bukan saya. Saya tumpang gembira. Saya tak terkejut. Itu adalah bukti gosip mengaitkan kami bercinta adalah tidak benar. Benar peminat memang suka kami bercinta seterusnya berkahwin. Tapi dalam hal hati, baik saya dan Saharul berhak membuat pilihan sendiri.  Kami tidak sabar untuk mengetahui siapakah wanita yang sudah berjaya mencuri hati Saharul Ridzwan..Harapnya segala persiapan perkahwinan beliau akan berjalan dengan lancar. Bak kata Mia, Saharul berhak membuat keputusan sendiri dan tidak perlu mengikut arus ataupun kehendak peminat kerana ia adalah kehidupan dan masa depan beliau. Sumber Berita : BH ONLINE | Nazim Othman Nafi Tidak Hadir Sidang Media Gempak Superstar Kerana Kecewa Posted: 19 May 2016 09:09 AM PDT Mendapat tempat terakhir dalam program nyanyian Gempak Superstar baru-baru ini, ada pihak yang mendakwa Nazim Othman terlalu kecewa sehingga tidak hadir pada sidang media yang diadakan selepas konsert akhir program tersebut.  Walaubagaimanapun, Nazim menafikan spekulasi berkenaan dan beliau berniat mahu pihak media fokus pada juaranya sahaja. Itu sekadar spekulasi. Lagipun sidang media diadakan sebaik sahaja program tamat. Sekiranya saya dapat tempat kedua sekalipun, saya tetap tidak akan hadir ke sidang media itu. Biarlah keutamaan diberikan kepada juara. Pasti ada banyak soalan yang ingin diajukan kepada pemenang utama, jadi saya dahulukan dia.  Nazim tidak mencemburui rakan-rakan beliau yang lain, cuma kecewa dengan dirinya sendiri atas kekalahannya. Menurut Nazim beliau sudah menghancurkan harapan peminat yang melabur wang untuk mengundi beliau. Ya, saya kecewa kerana kekalahan saya menghancurkan harapan peminat yang menyokong dan melabur wang untuk mengundi saya hingga ke minggu final. Saya kalah tetapi masih menang di hati peminat yang tidak berhenti memberi sokongan moral selepas keputusan diumumkan. Itu sudah cukup melegakan perasaan. Jadi saya bersyukur.  Kalah atau menang bukan ukuran untuk menilai bakat nyanyian seseorang, lagipun malam itu Nazim Othman sudah buat yang terbaik cuma bukan rezeki beliau untuk menang. Siapa tahu, selepas ini ada peluang lain untuk Nazim ceburi bidang nyanyian? Sumber Berita : Harian Metro | |
No comments:
Post a Comment