Sunday, 12 June 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 12 Jun 2016 11:04 AM PDT

MySensasi


Resepi Kerabu Sotong Ala Thai

Posted: 12 Jun 2016 08:35 AM PDT

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai. Jika masih terfikir juadah apakah yang hendak dimasak untuk berbuka puasa atau untuk hidangan sekeluarga apa kata anda mencuba kerabu sotong. Mudah untuk dimasak dan apa yang penting sedap untuk santapan selera. Apakah bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat kerabu sotong ala thai? 6 ekor sotong 2 biji bawang besar ...

KedahLanie.info

Posted: 12 Jun 2016 09:15 AM PDT

KedahLanie.info


Hadi akui beliau bertemu Mahathir tiga bulan lalu..

Posted: 12 Jun 2016 08:19 AM PDT

SEKINCHAN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad ada bertemu dengannya tiga bulan lalu bagi membincangkan agenda untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Namun, Abdul Hadi berkata, beliau menolak pelawaan bekas Perdana Menteri itu kerana menyifatkan ia tidak akan mengubah apa-apa jika Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan.

"PAS tidak menentang individu, tidak menentang orang, tetapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar. Kalau orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di sini, sebentar tadi.

Mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa Presiden PAS itu sudah diberi dedak, Abdul Hadi menyoalkan siapa yang sebenarnya mengajar memberi dedak?

"Kerana PAS tidak terpengaruh dengan dedaklah maka PAS boleh terus melangsungkan perjuangan.

"Tiada politik wang, politik Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), siapa yang ajar?

"(Kes) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mula dengan apa? KWSP, Perwaja, Tabung Haji, itu adalah rantaian daripada awal. Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai selagi itulah perkara ini akan berlaku," katanya.

Abdul Hadi berkata, beliau juga tidak terkilan dengan tindakan Dr Mahathir yang secara terang-terang menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan.

"Terpulang kepada dia. Pendekatan PAS ialah kita masih menentang UMNO dan pakatan DAP. Kedua-dua ini bercanggah dengan dasar dan matlamat perjuangan kita," katanya.

Bekas Ketua Hakim Negara terang-terang akui kerjasama Umno-Pas untuk selamatkan Kerajaan BN

Posted: 12 Jun 2016 08:01 AM PDT

*Bekas ketua hakim
Tun Abdul Hamid Mohamad*

Selepas Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui berazam untuk bersatu dengan Umno, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad terang-terang menyatakan kerjasama Umno-Pas adalah bagi menyelamatkan Kerajaan Persekutuan BN.

Dalam artikelnya di Berita Harian Ahad hari ini, Hamid berkata, bentuk kerjasama itu boleh dibincangkan dan cara lebih mudah ialah Umno dan Pas bertanding seperti biasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti."Kemungkinan kerajaan Persekutuan BN akan kalah pada PRU14 adalah amat serius. Kerajaan Persekutuan diterajui Umno, tidak dapat tidak hendaklah dipertahankan.

Kita sedang berusaha kuat untuk memastikan kerajaan itu tidak tumbang."Jika nampak Kerajaan Persekutuan BN akan tumbang, Pas segera sertai kerajaan BN," jelasnya.

Menurut Hamid, 74, langkah sama juga lagi baik dilaksanakandi peringkat negeri untuk menggagalkan DAP, PKR dan Amanah menubuhkan kerajaan.Ujarnya, harapan Pas untuk menguatkuasakan hukuman hudud akan berkubur kerana DAP menjadi parti yang dominanjika pembangkang berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas PRU14.Dalam artikel penuh di halaman 12 akhbar itu juga, Hamid berkata, hak dan kedudukan Islam dan orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak akan terhakis jika pembangkang dapat menumbangkan BN pada PRU14.

"Orang bukan Melayu terutama sekali orang Cina sokong pembangkang kerana mereka mahu lebih daripada apa yang diperoleh melalui MCA dan Gerakan."Dari mana 'yang lebih' itu akan datang jika tidak daripada orang Melayu/Islam? Harapan Pas laksana hudud (jika itulah matlamat Pas) akan terkubur," jelasnya.Peluang terbaik PasMenurut Hamid, Pas mempunyai peluang terbaik menyertai Kerajaan Persekutuanuntuk mencapai lebih banyak cita-cita parti yang kini diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu."Pas boleh kekal sebagai Pas danterus memerintah Kelantan jika pengundi Kelantan menghendakidemikian," jelasnya.

Selain kerjasama Umno dengan Pas, katanya, Perkasa juga harusbersama-sama dalam kesepakatan tersebut. "Perkasa tidak boleh harap mencapai hasrat (itu pun tidak jelas) secara bersendirian. Sebaliknya, ia mungkin menyebabkan perpecahan orang Melayu lebih serius," ujarnya.

Artikel Hamid yang merupakan ulasan Resolusi Multaqa Perpaduan Ummah, 18 Mei lalu itu turut menyentuh kedudukan PKR dan Amanah."Saya tidak kata kita patut pinggirkan PKR dan Parti Amanah Negara.

Cuma usaha kita (penyatuan Melayu) akan jadi lebih sukar jika kita hendak bawa mereka bersama untuk bersatu atau bekerjasama," katanya.Tekanan untuk perpaduan Melayu, ujar bekas Ketua Hakim Negara ke-12 itu lagi, harus diberi kepada Umno dan Pas terlebih dahulu, diikuti Perkasa.

Calon Bebas Kuala Kangsar - 'Sukar dapat pengundi sebab mereka sudah didedakkan'

Posted: 12 Jun 2016 07:30 AM PDT


Izat Bukhary Ismail Bukhary
KUALA KANGSAR - Calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar mengakui sukar untuk mendapat sokongan kerana mendakwa pengundi sudah diberikan dedak.

Izat Bukhary Ismail Bukhary yang memilih logo pen sebagai calon bebas berkata, beliau terpaksa bekerja lebih keras dan melakukan pendekatan berbeza berbanding parti lain bagi meraih sokongan.

"Saya susah sekarang ini. Penerimaan pengundi susah sikit sebab ramai yang sudah didedakkan. Diberi makan. Ini pusingan satu, pusingan dua...sampai pusingan berapa tidak tahu.

"Di saat akhir berlaku benda-benda yang tidak sepatutnya sehingga sanggup jual undi. Lepas mengundi, ambil gambar dan tuntut duit. Ini yang berlaku di saat-saat akhir. Siapa yang buat seperti itu, saya tidak halalkan dunia akhirat," katanya hari ini.

Katanya, perkara itu seharusnya tidak berlaku andai parti yang bertanding meletakkan agama sebagai asas perjuangan.

Malah katanya, kemunculan banyak parti juga akan menyebabkan perpecahan terutamanya masyarakat Islam.

"Saya pegang pada agama. Banyak sekarang, apa yang ada sekarang ini, parti makin banyak parti, makin banyak berpecah. Yang ini kata dia Islam, yang ini kata dia Islam.

"Jadi di mana sebenarnya? Jika berpegang pada agama, itu yang perlu kita ikut. Yang perlu kita buat kita buat, yang salah kita tinggalkan. Itu adalah saya," katanya.

Dalam pada itu, Izat Bukhary berkata, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak ditaja oleh Parti Amanah Negara (Amanah) dalam usaha untuk memecahkan undi Pas dan BN.

"Saya tidak ditaja oleh Amanah. Saya pernah menentang lawan Umno, Pas. Saya benar-benar bebas. Setiap kali bertanding, saya dituduh ditaja. Sebenarnya saya taja diri saya sendiri.

"Kalau perjuangan saya betul, kekalahan adalah kemenangan buat saya. Saya tidak fikir pasal duit (wang pertaruhan). Saya akan berjuang demi agama," katanya.

Umno pula kata Tun M kuda tunggangan Pakatan Harapan

Posted: 12 Jun 2016 07:21 AM PDT

Tun M buat kempen PRK umpama 'pesta kuda tunggangan
Tun Mahathir Mohamed
SUNGAI BESAR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad bersekutu dengan Pakatan Harapan yang merupakan seterunya sebelum ini, menjadikan kempen pembangkang bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) umpama "pesta kuda tunggangan".

Beliau berkata kedua-dua pihak dilihat semakin celaru dengan bekas Perdana Menteri itu dan kepimpinan Pakatan Harapan dilihat saling mengambil kesempatan ke atas satu sama lain.

Katanya Dr Mahathir kini menjadi "kuda tunggangan baharu" Pakatan Harapan, manakala bekas pemimpin Umno itu pula bijak memanfaatkan sokongan parti itu terhadapnya dengan menjadikan mereka 'kuda yang boleh ditunggang' memandangkan dirinya tidak mampu bergerak sendirian selepas keluar Umno.

"Kuda yang beliau (Dr Mahathir) nampak bukannya kuda besar, tapi kuda tua seperti Lim Kit Siang (penasihat DAP), yang dia harap boleh tunggang, dan kuda-kuda patah kaki serpihan Pas iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).

"Sekarang bukan lagi fenomena politik, tetapi lebih kepada siapa tunggang siapa. Dr Mahathir harapkan ada kuda yang boleh ditunggang dan yang lain (Pakatan Harapan) pula harap dapat tunggang dia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu diminta mengulas tindakan Dr Mahathir yang membuat kemunculan di Sungai Besar semalam bagi menyertai satu persidangan khas bersama-sama pemimpin-pemimpin pembangkang serta menyatakan sokongan terhadap calon Amanah, Azhar Abdul Shukur yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini berikutan kematian penyandang kedua-dua kerusi iaitu Tan Sri Noriah Kasnon (Sunagi Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.

Ahmad Shabery berkata kesediaan Kit Siang untuk berjuang bersama Dr Mahathir dilihat lebih menjurus kepada mencapai matlamat yang dikehendaki DAP setelah puas mempergunakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum Pas keluar daripada pakatan pembangkang.

Beliau juga yakin penyertaan Pas dan Amanah dalam kedua-dua PRK itu bukan untuk menandingi BN, sebaliknya sebagai medan untuk melihat parti mana yang lebih hebat.

"Pas nak buktikan parti serpihannya (Amanah) tak boleh hidup dan Amanah pula mahu pastikan Pas juga tak boleh ke mana. BN bukan matlamat mereka. Jadi saya seru semua penyokong BN keluar mengundi dan beri kemenangan kepada kita (BN)," katanya. - Bernama

Amanah tubuh Sekretariat Mahasiswa Pakatan Harapan

Posted: 12 Jun 2016 07:18 AM PDT

Amanah tubuh Sekretariat Mahasiswa Pakatan Harapan
SUNGAI BESAR - Mahasiswa Amanah Nasional, Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) dan DAP Varsity hari ini mengumumkan penubuhan Sekretariat Mahasiswa Pakatan Harapan selari dengan kesatuan yang ditunjukkan parti-parti induk Pakatan Harapan.

Pengerusi Mahasiswa Amanah Nasional, Fadhli Umar berkata, dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil(PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sekretariat berkenaan turut melancarkan Gerak Gempur Mahasiswa yang disertai mahasiswa di seluruh negara dan pelbagai bangsa.

"Program gerak gempur ini melibatkan aktiviti seperti culaan, meraih undi rumah ke rumah, pentas siswa dan lain-lain aktiviti," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Pejabat Parti Amanah Negara(Amanah) Sungai Besar hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya bilangan ahli sekretariat berkenaan, Fadhli memaklumkan bahawa buat masa ini kira-kira lebih 100 mahasiswa telah menyertai gabungan ini.

Fadhli berkata, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) berdasarkan kes mahkamah dalam isu Universiti Kebangsaan Malaysia 4 membenarkan mahasiswa untuk menyertai kempen pilihan raya bagi mana-mana parti politik.

"Kami dengan ini mengajak mana-mana mahasiswa yang berminat untuk bersama merasai bahang serta aktiviti sepanjang pilihan raya diadakan melalui program Gerak Gempur Mahasiswa ini," katanya.

Nurul - SPR sila Tegur TPM sebab ugut nak periksa peti undi

Posted: 12 Jun 2016 05:29 AM PDT

bertindak terhadap TPM, kata PKR

Alyaa Alhadjri
12 Jun 2016, petang 6:04 (Dikemaskini 12 Jun 2016, petang 6:07)

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menegur Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi bayangan akan memeriksa peti undi di Sungai Besar.

"Tidak pernah dengar seperti ini sepanjang hidup saya, " kata pengarah pilihan raya Sungai Besar PKR itu.

"Saya fikir Zahid patut diberi amaran oleh SPR kerana mereka (SPR) dakwa bahawa mereka tidak menyebelahi sesiapa.

"Anda tidak boleh mengugut pengundi dan anda seolah-olah mengatakan bahawa menteri-menteri BN mempunyai akses kepada pengundi dan siapa yang mereka undi, " katanya pada sidang akhbar di pusat operasi media AMANAH, di sini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Zahid semalam dengan beliau membuat perjanjian dengan kira-kira 300 nelayan untuk membantu mereka.

Katanya, beliau telah membuat ikrar 'potong ayam' yang dipercayai merujuk kepada amalan budaya tertentu.

"Jangan hanya cakap di depan saya tetapi kamu tidak undi. Saya janji. Janji potong ayam," kata Zahid kepada para hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan Cina dari sekitar Sekinchan.

"Jika nelayan di sini undi Budiman, saya periksa peti undi, pastinya saya akan datang balik sini lagi...," katanya semalam.

Nurul Izzah turut menyifatkan kenyataan Zahid sebagai suatu ugutan kepada para nelayan.

Tun M - 'Saya temui Hadi terang kesalahan Najib tapi...’

Posted: 11 Jun 2016 10:22 PM PDT

KUALA KANGSAR - "Saya sudah terang kepada Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) secara peribadi kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi dia nampak dedak sekarang," demikian kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Beliau mendakwa, pendirian Pas sekarang dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai jumlah wakil rakyat yang ramai dan sokongan rakan pembangkang.

‎"Parti Pas tidak boleh jadi kerajaan apabila Pas dahulu keseorangan yang punyai bilangan wakil rakyat yang amat kecil, tetapi apabila dia (Pas) bersama Pakatan barulah bilangan wakil rakyat Pas meningkat tetapi kurang daripada rakan-rakan Pakatan maknanya Pas tidak mungkin boleh jadi kerajaan tidak usah cakap pasal nak tadbir.‎

"Pas sekarang sudah ketinggalan seorang satu parti sahaja, jadi Pas perlu sokongan daripada orang lain, dia nak pilih nak dapat sokongan Datuk Seri Najib,” katanya dalam forum 1MDB dan Najib yang diadakan di restoran Chun Ji, Taman Suria Kuala Kangsar hari ini.‎

Namun ujarnya, beliau tidak pasti sama ada Abdul Hadi termakan dedak Najib buat masa ini.

"Jadi saya tidak pasti makan dedak atau tidak. Tetapi nak kata dia tidak tahu kesalahan najib itu tidak mungkin kerana saya sudah memberi penjelasan yang mendalam berkenaan kesalahan Najib.

“Berkenaan dia tunduk kepada kuasa asing, kes 1MDB dan sebagainya, semua ini membazirkan duit rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata dalam pertemuan itu Abdul Hadi mengakui bahawa ada kebenaran yang telah dituturkannya itu.‎

"Inilah sebab perkara yang saya jelas kepada Hadi dan dia mengaku bahawa ada kebenaran.

"Tetapi akhirnya kerana dia sudah keseorangan, tidak ada kawan lagi dan sudah berpecah serta membenci Amanah, itu dia berjuang memihak kepada Najib. Perjuangan Pas ini adalah untuk membantu Najib," katanya.

Kepada PAS & UMNO.. Sudah-sudahlah menyalahkan orang lain, walhal yang bermasalah kita

Posted: 11 Jun 2016 09:31 PM PDT

TIDAK HABIS-HABIS MENYALAHKAN ORANG LAIN, WALHAL YANG BERMASALAH KITA, UMNO-PAS

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Tidak habis saya fikir, kenapa apabila b erlaku kekecohan dalam politik Melayu, baik itu dalam UMNO atau PAS, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan?Pada saya, cukuplah kita menyalahkan kaum lain dengan masalah yang kita hadapi. Takkanlah masalah politik UMNO dan PAS hari ini adalah disebabkan oleh DAP dan kaum Cina?

Sepatutnya, jika kita orang Melayu bergaduh, kita muhasabah diri dan bertanya—apa puncanya? Adakah itu kerana terlalu mengejar kuasa, menjaga kuasa, memburu kekayaan, terlalu berpuak, atau adakah kerana terlalu sombong dan angkuh?

Selepas itu, tanya lagi diri kita. Sudah cukupkah kita membantu orang Melayu? Sudah cukupkah tindakan yang kita buat untuk menyatukan politik Melayu?

Dalam kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, elakkanlah dari terus bersikap denial syndrome dengan hanya menyalahkan kaum lain. Lihatlah pada integriti kita, komitmen kita dan perancangan kita dalam menyelesaikan masalah Melayu.

Yang perlu sekarang ialah kita memahami keresahan rakyat. Cukuplah kita melihat masalah politik orang Melayu sekarang dari aspek polarisasi kaum.

Yakinilah, masalah kita tidak akan selesai jika sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Dan ini harus dimulakan oleh pemimpin kita!

Politik Lama vs Politik Baru...!!

Posted: 11 Jun 2016 09:16 PM PDT

Kenyataan Media

POLITIK LAMA VS POLITIK BAHARU

AMANAH baru beberapa bulan di persada politik walaupun kebanyakan pemimpin tertingginya adalah otai dalam politik tanah aair semasa bersama PAS dahulu. Walaupun baharu dari segi penglibatan parti AMANAH, ia mendapat perhatian yang cukup meluas baik dari kawan mahupun lawan. Ada beberapa faktor yang membentuk suasana demikian;

1. Kehadiran AMANAH bukanlah secara solo, ia adalah sebahagian komponen Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR dan DAP. Kekuatan politik bersepakat inilah yang memberi kekuatan luarbiasa kepada AMANAH dalam kemunculannya. Parti pembangkang lain seperti PAS tidak mempunyai kekuatan ini kerana mereka lebih rela bersendirian walaupun pakatan PAS dengan parti IKATAN telah diisytiharkan sebagai Blok ke-3 namun ia langsung tidak memberi impak kepada erti sebuah politik kolusi.

2. AMANAH tidak membawa agenda sempit politik seperti sentimen perkauman atau dogma agama yang sempit, ia menyatakan komitmennya pada pembentukan sebuah negara yang progresif, peduli, amanah dan mengamalkan dasar pemerintahan kerajaan yang bertanggungjawab dan telus. Ini bermakna AMANAH menentang rasuah dari akar umbinya dan mahukan pemerintahan ditegakkan atas sendi Maqasid Al-Shariah. Nuansa politik ini menggegarkan fahaman lama politik yang dilaungkan oleh Barisan Nasional (BN) dan parti PAS menyebabkan serangan bertubi kepada AMANAH dan PH.

3. AMANAH tidak boleh berkompromi dalam usaha pembentukan sebuah politik baharu dengan bersikap perkauman sempit atau menggunakan doktrin agama sempit yang dogmatik untuk bermain dengan sentimen pengundi. Ketegasan ini menggugat mazhab politik lama di Malaysia yang cenderung kepada perkauman sempit dan ‘menggunakan agama’ untuk manifesto politik sedangkan prinsip besar agama yang menuntut erti keadilan, kemanusiaan dan kebebasan sepatutnya memandu parti politik menterjemahkannya dalam polisi pemerintahan. Ketegasan AMANAH dalam hal ini menyebabkan mazhab politik lama tergugat lalu menyerang usaha ini sebagai reaksi spontan mereka.

4. AMANAH melalui hasrat PH, mahu mendidik rakyat bahawa pilihan raya sama ada kecil atau umum adalah medan kepada kesaksian terhadap prestasi dasar pemerintahan dari sudut apakah pulangan dan manfaat pemerintahan kepada rakyat yang lebih ramai. Sebab itu AMANAH berbicara tentang isu 1MDB, ‘duit sumbangan’ dalam akaun PM sebanyak RM 4.2 bilion serta pembaziran dan pemborosan PM dan isterinya serta tatakelola kewangan yang pincang dan curang. Ini amat tidak disenangi oleh parti yang selama ini ‘menikmati’ atas kegagalan dasar pemerintahan yang telus dan bertanggungjawab.

5. AMANAH dan PH menolak kaedah salah-guna kuasa PM, Dato’ Seri Najib Razak yang menggugat integriti kebebasan institusi kerajaan yang berfungsi sebagai semak-imbang kepada perjalanan kerajaan seperti Parlimen, Pejabat Peguam Negara, SPRM, Polis dan Jabatan Audit Negara. Malah AMANAH menegaskan bahawa salahguna undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan, Akta Hasutan dan SOSMA adalah bahaya kepada negara kerana ia boleh membawa kepada pemerintahan kuku besi untuk selamatkan individu atau parti bukan untuk selamatkan negara. Kenapa laporan Audit Negara tentang skandal 1MDB di-akta rahsiakan? Suara lantang AMANAH mengkritik semua ini dibalas dengan politik sempit perkauman dan agama oleh PAS dan BN.

Akhirnya pengundi perlu membuat keputusan samada mahu mengundi mazhab politik lama Umno/BN dan parti lain yang sama waktu dengannya atau mereka mahukan dua pilihan raya kecil ini sebagai medan semacam pungutan suara (referendum) kepada kebobrokan dasar pemerintahan BN lalu memberi ruang kepada kemunculan politik baharu yang lebih progresif, peduli dan amanah terhadap kepentingan rakyat.

Undi politik baharu adalah undi kepada Selamatkan Malaysia dan Undi Undur PM Najib serta undi Reformasi Institusi Negara.

“Undur Najib, Selamatkan Malaysia”

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Parti Amanah Negara

11 Jun 2016

Slogan "Undi Amanah Adalah Undi DAP" Tidak Berkesan Di PRK Sg Besar Dan Kuala Kangsar.

Posted: 11 Jun 2016 08:35 PM PDT

Strategi kempen mengaitkan undi Amanah adalah undi DAP hanya memastikan ahli tegar parti tidak menganjak sokongan kepada Pakatan Harapan, kata Pengerusi Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar.

Menurutnya, sentimen berbaur perkauman itu bagaimanapun tidak banyak mempengaruhi majoriti pengundi yang tidak berada dalam jalur keras mana-mana parti.

"Sebaliknya, isu bebanan sara hidup, pendapatan hasil padi, pengangguran anak-anak mereka menjadi isu utama," jelasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline pagi ini.

Mengulas lanjut pola pengundi Melayu di kawasan luar bandar, beliau memberitahu isu nasional masih belum begitu menyentuh kesedaran politik mereka.

"Isu nasional seperti 1MDBGST dan lain-lain tidak memberi kesan dan menjadi perbualan pengundi Melayu berbeza dengan pengundi Cina," tambahnya lagi.

Minggu pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan wujud tohmahan mengaitkan undi Amanah untuk DAP.

Untuk rekod, terdapat 67.16 peratus pengundi Melayu di P.93 Sungai Besar daripada jumlah keseluruhan 42,655 pengundi.

Sementara itu di P.67 Kuala Kangsar, pengundi Melayu merangkumi 68 peratus daripada 32,949 pemilih.

OhDunia.My

Posted: 12 Jun 2016 07:09 AM PDT

OhDunia.My


Jadi Viral, Video PM Kanada Sertai Majlis Buka Puasa

Posted: 12 Jun 2016 05:15 AM PDT

PERDANA Menteri Kanada Justin Trudeau bukan sahaja digelar 'Perdana Menteri Paling Kacak di Dunia' malah dipuji atas sikap toleransi dan keprihatinan beliau terhadap masyarakat berbilang agama di sana.


Jadi Viral, Video PM Kanada Sertai Majlis Buka Puasa

Baca selengkapnya

beautifulnara

Posted: 12 Jun 2016 01:30 AM PDT

beautifulnara


Awi Rafael Syukur Masih Diberikan Peluang Untuk Terus Bernafas Selepas Kemalangan

Posted: 11 Jun 2016 10:47 PM PDT

Sekitar bulan lepas, penyanyi Awi Rafael terlibat dalam kemalangan apabila motosikal beliau dilanggar sebuah kereta berdekatan kawasan perumahannya di Kota Kota Damansara ketika Awi dalam perjalanan ke studio muzik. Awi mengalami kecederaan pada bahagian kakinya.

Mengingati detik-detik cemas berkenaan, Awi dalam satu kenyataan kepada portal Astro Gempak meluahkan rasa syukur kerana beliau masih lagi diberikan peluang untuk hidup dan semakin murah rezeki.

Selepas kejadian motosikal saya dilanggar sebuah kereta bulan yang lalu, saya sangat bersyukur masih diberi peluang untuk terus bernafas. Alhamdulillah, Allah SWT lindungi dan panjangkan umur saya lagi. Malah rezeki saya dalam bidang seni semakin melimpah ruah.

Saya juga diberi kepercayaan untuk menghasilkan karya-karya baru untuk program Hey Orang Kita dan kerjasama dengan penyanyi Ayu One In A Million untuk sebuah lagu tema berjudul Beauty Till Jannah.

Malah, lagu Kalau Aku Kaya  duet bersama Altimet yang cukup popular dan menjadi siulan ramai juga mendapat pengiktirafan baru-baru ini.

Terbaru lagu duet bersama Altimet iaitu Kalau Aku Kaya juga turut mendapat pengiktirafan selepas berjaya mencecah satu juta muat turun di laman internet. Semua ini seakan satu hikmah besar buat kehidupan saya yang semakin meningkat usia.

Itulah kata orang, setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Tidak sentiasa manusia ini diduga dan apa yang penting Awi Rafael jangan lupa untuk terus bersyukur atas nikmat yang diberi.

Sumber Berita : Astro Gempak

Saya Tidak Kisah Beli Baju Pasar Malam Asalkan Tidak Membazir Wang – Diana Danielle

Posted: 11 Jun 2016 10:27 PM PDT

Selalunya kita tahu golongan selebriti pasti mahu mengenakan pakaian berjenama dan sering tampak mewah serta memanjakan anak-anak mereka dengan kekayaan. Namun, tidak bagi Diana Danielle,  beliau hanya mahukan yang terbaik buat masa hadapan anak-anaknya, Diana tidak kisah jika beliau terpaksa membeli baju di pasar malam kerana ingin menyimpan wang untuk anak-anaknya.

Saya tidak kisah membeli baju di pasar malam asalkan tidak membazir wang. Saya sudah puas mengecapi apa yang dikehendaki ketika remaja dulu. Jika teringin baju baharu, saya akan mendapatkannya di pasar malam.

Saya simpan wang untuk masa depan anak kerana ingin membelikan setiap mereka rumah.

Buat Diana keutamaan beliau kini adalah untuk menjaga Muhammad dan Nur Aurora dengan baik. Malah, beliau juga sudah lama tidak keluar membeli-belah dan masih menggunakan beg tangan, kasut dan baju  lama yang masih elok sehingga kini.

Hari ini saya mencari rezeki untuk anak-anak. Jika dulu saya pakai barangan berjenama, tetapi ia kini bukan lagi keutamaan.

Selepas Muhammad lahir, saya tidak lagi keluar membeli-belah untuk diri sendiri. Baju, beg dan kasut yang dibeli dulu masih boleh digunakan, tidak perlu membazir.

Bagus prinsip Diana Danielle ni, iyalah untuk apa menghabiskan wang beribu ringgit untuk menggayakan baju berjenama sedangkan banyak juga baju pasar malam yang agak selesa untuk dipakai bukan? Kadang-kadang tidak perlu menunjuk sangat kemewahan yang ada.Heh..

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Tidak Mahu Peminat Bosan : Emma Maembong Ingin Kurangkan Berlakon Dengan Kamal Adli

Posted: 11 Jun 2016 09:53 PM PDT

Pernah beberapa kali berlakon bersama dan terbaru menerusi drama Assalamualaikum Cinta yang ditayangkan di Astro Ria, pelakon Emma Maembong merasakan beliau mahu kurang bergandingan bersama kekasih hatinya, Kamal Adli kerana tidak mahu penonton merasa bosan.

Namun, jika penonton tetap suka mereka berdua berlakon bersama, Emma tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja lagi dengan Kamal.

Terbaharu, kami kembali digandingkan dalam drama rantaian, #Assalamualaikum Cinta. Ia adalah drama kelima yang menggandingkan Emma dan Kamal.

 

Kadang-kala, terdetik juga di hati memikirkan penerimaan penonton kerana bimbang mereka bosan menonton gandingan kami.

Secara peribadi, Emma tidak kisah apabila kami sering digandingkan jika ia memenuhi kehendak penonton.

Kalau berbicara soal Emma dan Kamal, kami rasa memang ramai yang bertepuk tangan dan teruja dan anggap mereka sweet bila berlakon bersama, betul tak? Hehe…tapi tidak semua lah…Kadang-kadang kena jaga juga ciri-ciri eksklusif agar penonton tidak bosan bak kata Emma.

Sumber Berita : BH ONLINE

Toknek.com RSS Feed

Posted: 12 Jun 2016 01:09 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


10 Pembikinan Filem Palin Mahai Hollywood Sehingga 2016

Posted: 12 Jun 2016 12:02 AM PDT


Di Malaysia kos pembikinan sesebuah filem boleh ghamai dok kata tak tinggi pasai kebanyakkan filem tempatan selalunya menelan kos sekitaq RM1 5 juta saja tapi kalau dibandinkan kos pembikinan ...

Tak Mau Peminat Cemuih Emma Maembong Ingin Kurangkan Berlakon Dengan Kamal Adli

Posted: 11 Jun 2016 10:22 PM PDT


penah beberapa kali berlakon bersama dan terpalin baghu menerusi drama Assalamualaikum Cinta yang ditayangkan di Astro Ria pelakon Emma Maembong meghasakan beliau mau kughang bergandingan bersama ...

Prkkualakangsaq Cina Kola Kangsaq Dah Cemuih Jadi Alat Permainan Dap

Posted: 11 Jun 2016 10:10 PM PDT


kalau dilihat pada gaya depa boleh ghamai dok kata merekalah yang palin riuh rendah tak mengira bulan puasa atau tak siang malam depa memekak mempergunakan tempoh berkempen Pilihan ghaya kec...

Annuar Musa Frust Dituduh Sebagai Pemakan Dedak Oleh Mahathir

Posted: 11 Jun 2016 10:08 PM PDT


ura ura sebelum ni kata Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun ke Parlimen kola Kangsaq dan Sungai Besaq untuk berkempen bersama Parti Amanah Negara PAN bagi Pilihan ghaya kecik PRK Tun M jugak ...

Mahathir Kecewakan Peminat Pasai Masih Dok Tak Nampak Batang Hidung

Posted: 11 Jun 2016 10:06 PM PDT


Jam telah menunjukkan pukoi 12 30 minit Namun bekaih Perdana menteghi masih dok belum jengoi Kelewatan Mahathir ke forum amat dikesali pasai forum ni diadakan di kawasan terbuka dan hanya...

Maya Karin Akan Hangatkan Ombak Meghoyan 2

Posted: 11 Jun 2016 10:04 PM PDT


Filem Ombak meghoyan yang mendapat sambutan hebat dari penonton waktu di tayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada tahun 2011 Filem yang dihasilkan adaptasi dari novel bertajuk sama dan dila...

Wakil Pan Ngaku Parti Tu Adalah Parti Kayu

Posted: 11 Jun 2016 10:02 PM PDT


Patutlah marah sangat kalau oghang panggey Parti Amanah Negara dengan singkatan PAN dan bukannya dengan nama AMANAH Rupa rupanya PAN dalam bahasa cina bermaksud KAYU Kayu pun kayu laa...

Belanja Rumah Semua Cheq Tanggung Tapi Hanya Pasai Gheta Cheq Tak Bagi Pinjam

Posted: 11 Jun 2016 09:36 PM PDT


Di dalam alam bertumahtangga ghamai yang inginkan hubungan dibina gembira tapi bukan semua oghang bernasib baik untuk menjalani kehidupan gembira macam yang diimpikan tu dan akhiaqnya berakhiaq ...

Cara Praktikai Simpan Duit Teknik Paksa Rela Lelaki Ni Berjaya Simpan Rm3 700 Dalam Masa 6 Bulan

Posted: 11 Jun 2016 09:34 PM PDT


ghamai depa diluaq sana telah cuba try test try test untuk menyimpan duit dari duit gaji tapi ghamai tak berjaya melaku Pendapat admin sendiri simpan duit ni lebih kepada memerlukan pengorbanan ...

Soghang Lelaki Selamatkan Gadih Lebih Kughang Dicaboi Dalam Tren Ni Pesanan Lelaki Hat Sama Dok Habaq Tadi Untuk Semua P

Posted: 11 Jun 2016 09:32 PM PDT


ghamai rakyat Malaysia la la nih ni pilih untuk menggunakan perkhimatan bas awam komuter atau LRT untuk ke destinasi masing masin bukan je dapat elak dari terperangkap dalam traffic jammed malah m...

Gadih 13 Tahun Dicaboi Pasai Takmau Hantaq Gambaq Bogey

Posted: 11 Jun 2016 07:06 PM PDT


soghang remaja lelaki berumoq 17 tahun kena tahan polih pasai didakwa mencaboi teman wanitanya yang mau memutuihkan hubungan Ketua polih Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Nooq bagitau s...

Jambatan Manong Jadi Bukti Keprihatinan Najib Terhadap Rakyat

Posted: 11 Jun 2016 07:04 PM PDT


Penduduk Manong boleh menarik napaih lega dan mengukiaq senyuman di bibiaq apabila Perdana menteghi Datuk Seri Najib memaklumkan bahawa beliau telah meluluihkan serta merta peruntukan RM43 5 juta ...

Seberang Manong Jadi Kubu Kuat Bn Dan Ds Najib Di Prk Kola Kangsaq

Posted: 11 Jun 2016 07:02 PM PDT


Hasil tinjauan dan lawatan ke perkampungan Seberang Manong mendapati penduduk di situ menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasionai dan calonnya Datin Mastura Mohd Yazid Menurut penduduk Seberan...

Cerpen Raja Melawak

Posted: 11 Jun 2016 06:02 PM PDT


Perlahan lahan ayaq mata Adim jeronoih ke pipi Bukan pasai dia terharu tapi pasai malu Kalaulah ada dikalangan oghang oghang kampung tengok dia la la nih ni konfem akan gamat seluruh kampungny...

Diana Danielle Rela Beli Baju Pasaq Malam Demi Anak

Posted: 11 Jun 2016 04:44 PM PDT


Setiap mak pak konfem sanggup berkorban apa saja demi memastikan keperluan anak anak dipenuhi dengan sempurna pasai anak anak adalah anugerah Tuhan yang terindah Begitu jugak dengan Diana Daniell...

Awi Rafael Bersyukoq Selamat Selepaih Alami Kemalangan

Posted: 11 Jun 2016 04:42 PM PDT


Selepaih mengalami kemalangan jalan ghaya tempoh hari Awi Rafael melampiaskan ghasa bersyukoqnya apabila diberi peluang sekali lagi untuk teruih bernafaih dan melalui kehidupan sehari harian Pad...

Mufti Nasihatkan Peniaga Supaya Jangan Menipu Di Bulan Ramadan

Posted: 11 Jun 2016 04:04 PM PDT


Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Nooq menasihatkan supaya mana mana peniaga tak memberikan makanan yang tak habih dijuai kepada masjid ataupun surau Lebih lebih lagi sekiranya makan...

Remaja Malaysia Jahil Tentang Pasai Kehamilan Selepaih Adakan Seks

Posted: 11 Jun 2016 04:02 PM PDT


Pengetahuan tentang pasai kesihatan seksuai dan pembiakan SRH dalam kelompok remaja Malaysia kekai rendah dan depa teruih jahil tantang banyak aspek seks serta kehamilan Tinjauan yang dijalankan...

Donat Dengan Rekaan Macam Galaksi Yang Sangat Unik

Posted: 11 Jun 2016 01:34 PM PDT


Donat adalah kuih yang tak asin lagi di Malaysia walaupun kebiasaanya ia hanya di taboqkan dengan gula tapi terdapat jugak donat mahai yang mempunyai inti dan jugak krim dengan warna yang menarik...

Kayu Penggelek Unik Yang Dapat Menghasilkan Corak Menarik Pada Doh Hampa

Posted: 11 Jun 2016 01:32 PM PDT


walaupun tak sampai seminggu kita berpuasa tapi kami percaya ghamai yang dah mula membeli bahan bahan untuk membuat kek dan kuih ghaya nanti Antaranya barangkali kayu penggelek yang sangat brgun...

Awaih Dengan Ayam Tiruan Tak Halai Dari China

Posted: 11 Jun 2016 01:06 PM PDT


Umat Islam di negeri ni dinasihat supaya berhati hati masa membeli ayam proses di pasar pasaq ekoran rampasan bekalan ayam import 1 tan dari China menggunakan sijil halai muhung Satu sumber habaq ...

Pecah Kepala Ditaboh Gara Gara Kuat Berdengkoq

Posted: 11 Jun 2016 01:04 PM PDT


soghang pelajaq di China retak tempurung kepala dan kehilangan pendengarannya selepaih ditaboh akibat berdengkoq terlalu kuat masa tidoq di asrama Pelajaq berkenaan Ma Guorui 15 bagitau dia ke...

Restoran Bogey Halang Pelanggan Topui Masuk

Posted: 11 Jun 2016 01:02 PM PDT


Restoran bogey pertama di Tokyo Jepun yang bakai dibuka bulan hadapan akan mengenakan peraturan kejam iaitu hanya pengunjung dengan berat badan tertentu saja dibenaqkan masuk Difahamkan pengun...

Neelofa Jumpak Pengamal Perubatan Akibat Kena Sihiaq

Posted: 11 Jun 2016 10:04 AM PDT


Sekepin gambaq yang menunjukkan artis cun Neelofa sedang mendapatkan rawatan Islam la nih menjadi pergadohan dikalangan netizen Gambaq terlibat dimuatnaik oleh artis berkenaan didalam laman so si...

Abdullah Khairi Akhiaqnya Tewaih Ditangan Macai Mat Sabun

Posted: 11 Jun 2016 10:02 AM PDT


Ingatkan bila lantang berceramah pada hari penamaan calon mengutuk Parti Amanah Negara PAN ustat Abdullah Khairi boleh diangkat sebagai pahlawan Islam terakhiaq dibarisan hadapan ...

Rafizi Terdesak Buat Fitnah Pasai Makin Hilang Relevan Dalam Politik

Posted: 11 Jun 2016 07:06 AM PDT


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli la nih bergelut untuk kekai relevan dalam arena politik negara selepaih berdepan beberapa pertuduhan perundangan yang boleh jadi punca beliau hilang kelayakannya ...

Mahathir Fitnah Hadi Awang Sebagai Pemakan Dedak

Posted: 11 Jun 2016 07:04 AM PDT


Presiden Paih Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa cuba try test melamar Umno atau khususnya Perdana menteghi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menikmati sebanyak barangkali manfaat kata bekaih Pe...

Adun Dap Angkuh Dan Eksyen Halau Calon Pas Di Sungai Besaq

Posted: 11 Jun 2016 07:02 AM PDT


Adun Sekinchan Ng Suee Lim menasihatkan calon Pas bagi PRK kawasan Parlimen Sungai Besaq Dr Abdul Rani Othman supaya menarik diri daripada bertandin Katanya Abdul Rani tak diperlukan di Sungai ...

Kesilapan Yang Kerap Di Laku Masa Bulan Ramadhan

Posted: 11 Jun 2016 06:02 AM PDT


la nih bulan yang penuh keberkatan dan dijanjikan ganjaran yang tak ternilai oleh Allah SWT kepada seluruh umat Islam iaitu bulan Ramadhan dah tiba Bulan yang amat dirindui oleh depa yang beriman ...

Khalid Samad Dedahkan Dap Memang Mau Mat Sabu Bertandin Di Sg Besaq

Posted: 11 Jun 2016 04:06 AM PDT


Pakatan Harapan menggunakan prinsip hujah yang tepat dan baik dalam setiap perbincangan yang dilaku bagi mencapai kata sepakat secara bersama Bagi Ketua Penerangan Parti Amanah Negara Amanah ...

Lelaki Cina Kencin Di Mesin Parkin Jadi Viral Dilaman Sosial

Posted: 11 Jun 2016 04:04 AM PDT


Gejala kencin dan berak di tempat awam bukanlah keh pertama yang penah kita dengari Namun di Malaysia kita masih dok bersyukoq pasai gejala kughang sivik macam tu masih dok terkawai Namun apa ya...

Rafizi Makin Tak Bermoral Hina Isteri Oghang

Posted: 11 Jun 2016 04:02 AM PDT


Kenyataan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang menyerang isteri Perdana menteghi Datin Seri Rosmah Mansoq berhubung penggunaan kapai terbang peribadi untuk kegunaan rasmi dilihat semakin meghep...

5 Makanan Ringan Berkhasiat Untuk Anak Hampa

Posted: 11 Jun 2016 03:02 AM PDT


Tanpa tenaga yang mencukupi anak hampa barangkali keletihan sekali gus menempuh hari yang lembab dan tak bertenaga Oleh tu apabila di waktu pagi masa menjadi sangat berharga sama macam meranc...

myartis.com

Posted: 12 Jun 2016 01:05 AM PDT

myartis.com


FOTO & VIDEO - GELAGAT KELUARGA NORMAN HAKIM BERBUKA PUASA

Posted: 11 Jun 2016 07:25 PM PDT



Semalam Norman Hakim dan keluarga telah berbuka puasa bersama Abby Abadi dan suaminya, Jai Ezzany di kediamannya.

Alhamdulillah.. suka tengok Norman dan Abby yang masih menjalinkan hubungan kekeluargaan dan tidak melepaskan tanggungjawab terhadap anak-anak walaupun masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.

"Ya ALLAH... Satukan hati-hati kami. Limpahkan taufik dan hidayahMu agar kami sentiasa patuh dan taat kepadaMU. Kekalkan kemesraan antara hati-hati kami akan jalanMU. Penuhkan hati kami dengan cahaya rabbaniMU yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati kami dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU. Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma'rifat tentangMU. Lembut dan lunakkan hati-hati kami agar sentiasa berkasih sayang keranaMU...



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"SYUKUR SAYA MASIH BERNAFAS, ADA HIKMAH DISEBALIKNYA" - AWI RAFAEL

Posted: 11 Jun 2016 05:10 PM PDT



Awi Rafael yang baru-baru ini terlibat dalam satu kemalangan dimana dia diseret oleh kereta berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kaki beliau, meluahkan rasa bersyukurnya apabila diberi peluang sekali lagi untuk terus bernafas dan melalui kehidupan sehari-harian.

Dalam masa yang sama, Awi atau nama sebenarnya nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan, 30, turut akui kejadian malang yang berlaku ke atas beliau pada bulan lalu turut memberikan seribu satu hikmah buat dirinya.

Awi juga berkata Ramadan tahun ini lebih istimewa dan bermakna buat dirinya selepas melalui pelbagai perubahan dalam siri hidupnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

JANTINA ANAK - RAJA FARAH INGIN BERI KEJUTAN

Posted: 11 Jun 2016 03:44 PM PDT



"Kami sudah melakukan ujian imbasan, malah doktor juga memaklumkan jantina yang bakal dilahirkan. Cuma ketika ini, biar saya simpan sebagai rahsia hingga saya selamat bersalin nanti.," demikian kata Raja Farah Raja Aziz, 28, yang belum bersedia untuk berkongsi jantina bayi dalam kandungan kerana ingin memberi kejutan kepada keluarganya.

Dalam masa sama, Raja Farah berkata yang dia dan suaminya begitu teruja menunggu detik untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Di samping itu, Raja Farah juga berharap semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ROTIKAYA

Posted: 11 Jun 2016 07:33 PM PDT

ROTIKAYA


Diana Danielle Rela Beli Baju Pasar Malam Demi Anak

Posted: 11 Jun 2016 03:07 PM PDT

Setiap ibu bapa pasti sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan keperluan anak-anak dipenuhi dengan sempurna kerana anak-anak adalah anugerah Tuhan yang terindah. Begitu juga dengan Diana Danielle yang tidak kisah jika dirinya terpaksa memakai baju yang di beli di pasar malam sahaja demi ingin menyimpan wang untuk anak-anaknya.

BACA: Diana Danielle Perjelas Fitnah Halau Pelajar Tahfiz

"Saya tidak kisah jika terpaksa membeli baju di pasar malam asalkan saya tidak membazir wang. Ini kerana saya sudah puas mengecapi apa yang dikehendaki ketika zaman remaja dulu. Selepas ini jika teringin baju baharu, saya akan mendapatkannya di pasar malam sebab saya mahu simpan wang untuk masa depan anak-anak kerana ingin membelikan setiap mereka rumah."

"Hari ini saya mencari rezeki untuk anak-anak. Jika dulu saya pakai barangan berjenama, tetapi kini semua itu bukan lagi keutamaan. Selepas Muhammad lahir, saya tidak lagi keluar membeli-belah untuk diri sendiri. Baju, beg dan kasut yang dibeli dulu masih boleh digunakan, tidak perlu membazir,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara itu.

Pada masa yang sama, Diana berkata bahawa tumpuannya kini lebih berarah kepada kehidupan kedua anaknya. Terdahulu, Diana telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal, Farid Kamil pada penghujung 2012. Hasil perkahwinan selama empat tahun lalu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 3 tahun dan Nur Aurora yang berusia 7 bulan. (rkty/w)

1- Diana Danielle Rela Pakai Baju Pasar Malam Demi Anak - jpeg 2- Diana Danielle Rela Pakai Baju Pasar Malam Demi Anak - jpeg 3- Diana Danielle Rela Pakai Baju Pasar Malam Demi Anak - jpeg 5- Diana Danielle Rela Pakai Baju Pasar Malam Demi Anak - jpeg 6- Diana Danielle Rela Pakai Baju Pasar Malam Demi Anak - jpeg 7- Diana Danielle Rela Pakai Baju Pasar Malam Demi Anak - jpeg

Awi Rafael Bersyukur Selamat Selepas Alami Kemalangan

Posted: 11 Jun 2016 02:34 PM PDT

Selepas mengalami kemalangan jalan raya tempoh hari, Awi Rafael meluahkan rasa bersyukurnya apabila diberi peluang sekali lagi untuk terus bernafas dan melalui kehidupan sehari-harian. Pada masa yang sama, beliau juga akui kejadian malang yang berlaku ke atas beliau pada bulan lalu turut memberikan seribu satu hikmah buat dirinya.

BACA: Awi Rafael Stabil Selepas Kemalangan

"Selepas kejadian motosikal saya dilanggar sebuah kereta bulan yang lalu, saya sangat bersyukur masih diberi peluang untuk terus bernafas. Alhamdulillah, Allah SWT lindungi dan panjangkan umur saya lagi. Malah rezeki saya dalam bidang seni semakin melimpah ruah. Saya juga diberi kepercayaan untuk menghasilkan karya-karya baru”

"Terbaru lagu duet bersama Altimet iaitu Kalau Aku Kaya juga turut mendapat pengiktirafan selepas berjaya mencecah satu juta muat turun di laman internet. Semua ini seakan satu hikmah besar buat kehidupan saya yang semakin meningkat usia,” katanya kepada portal Astro Gempak berhubung kejadian malang yang menimpa baru-baru ini.

Terdahulu, Awi dikatakan mengalami kemalangan jalan raya apabila kenderaanya dilanggar oleh sebuah kereta kira-kira jam 1 pagi berdekatan dengan kawasan perumahannya di Kota Damansara. Kejadian malang itu turut menyebabkan Awi diseret oleh kereta berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kaki beliau.

Bagaimanapun menurut Bahagian Promosi Domestik Warner Music, Anne Mokhtar, Awi dikatakan stabil selepas dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan sekitar jam 3 pagi selepas kejadian berlaku. Sementara itu Awi akui, Ramadhan tahun ini dianggap lebih istimewa dan bermakna buat dirinya selepas melalui pelbagai perubahan dalam hidupnya. (rkty/w)

1- Awi Rafael Bersyukur Selamat Selepas Alami Kemalangan - jpeg 2- Awi Rafael Bersyukur Selamat Selepas Alami Kemalangan - jpeg 3- Awi Rafael Bersyukur Selamat Selepas Alami Kemalangan - jpeg 4- Awi Rafael Bersyukur Selamat Selepas Alami Kemalangan - jpeg 5- Awi Rafael Bersyukur Selamat Selepas Alami Kemalangan - jpeg 6- Awi Rafael Bersyukur Selamat Selepas Alami Kemalangan - jpeg

Emma Maembong Tak Pernah Rasa Diri Popular

Posted: 10 Jun 2016 10:29 PM PDT

Pelakon Emma Maembong memberitahu dia tidak pernah berasakan dirinya popular kerana pelakon ini percaya kepada rezeki dan ketentuan Tuhan selain tidak kisah jika selalu digandingkan bersama kekasih hati iaitu Kamal Adli.

BACA: "Dulu Pernah Diejek Emma Ikan Kembung"

“Saya tak pernah rasa diri di atas. Saya jenis yang relax, dan tak pernah untuk meletakkan apa-apa level. Kalau ada rezeki adalah,” katanya yang ditemui di Majlis Melodi Raya 2016.

Tambahnya lagi, walaupun telah memenangi Pelakon Drama Wanita Popular ABPBH baru-baru ini, dia tidak kisah atau memilih untuk berlakon dengan mana-mana artis atau syarikat produksi tersebut.

“Tak kisah pun untuk berlakon dengan sesiapa sebab saya menghormati produksi tersebut, sesiapa sahaja hero saya berlakon,” katanya kepada Rotikaya.

Sementara itu, Emma turut berkata dia tidak kisah untuk kerap kali berlakon bersama Kamal Adli ini kerana permintaan stesen TV terbabit. Bagaimanapun, dia mahu mengurangkan lakonan bersama Kamal Adli kerana risau akan penonton yang jemu melihat mereka di layar tv.

“Saya tak kisah berlakon dengan Kamal, lagipun ini permintaan stesen TV yang mahukan kami digandingkan, seingat saya sudah 5 drama lakonan saya bersama Kamal,” katanya yang akan bercuti selama seminggu sempena Hari Raya tahun ini. (rtky/h)

1- Emma Maembong Tak Pernah Rasa Diri Popular - ROTIKAYA 7- Emma Maembong Tak Pernah Rasa Diri Popular - ROTIKAYA 6- Emma Maembong Tak Pernah Rasa Diri Popular - ROTIKAYA 5- Emma Maembong Tak Pernah Rasa Diri Popular - ROTIKAYA 4- Emma Maembong Tak Pernah Rasa Diri Popular - ROTIKAYA 3- Emma Maembong Tak Pernah Rasa Diri Popular - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment