Saturday, 11 June 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


AMMBOI DOT COM

Posted: 11 Jun 2016 11:20 AM PDT

AMMBOI DOT COM


JADUAL DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN SERTA SENARAI PEMAIN MALAYSIA JELAJAH OCEANIA 2016

Posted: 11 Jun 2016 07:50 AM PDT

Jadual dan keputusan perlawanan serta senarai pemain Malaysia jelajah Oceania 2016 | Skuad Harimau Malaysia bakal mengharungi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa “A” dalam Jelajah Oceania 2016. Malaysia dijadualkan akan bertemu Papua New Guinea, New Caledonia dan Fiji. Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengekalkan kesemua 24 pemain yang menganggotai skuad Harimau Malaysia ketika dua […]

The post JADUAL DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN SERTA SENARAI PEMAIN MALAYSIA JELAJAH OCEANIA 2016 appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 11 Jun 2016 09:20 AM PDT

KedahLanie.info


Surat Terbuka Buat Pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar - Jangan Undi UMNO BN

Posted: 11 Jun 2016 04:23 AM PDT

Tuan/puan saudara dan saudari sekelian,

1. Beberapa hari lagi anda akan membuang undi dalam PRK kawasan anda. Pasti anda sudah mengetahui bahawa keputusan PRK ini tidak mampu mengubah kerajaan sedia ada.

2. Namun dengan perasaan rendah diri, GKCM ingin merayu kepada anda semua untuk merenung sejenak implikasi undi yang bakal anda berikan kali ini.

3. Sejak kebelakangan ini UMNO telah tergelincir dari landasan sebenarnya. Perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara telah ditingggalkan oleh para pemimpinnya.

4. Amalan rasuah, salahguna kuasa dan sikap berlumba lumba mencari kekayaan peribadi merupakan perjuangan pemimpinnya pada hari ini.

5. Mengisafi hakikat ini, kami akhirnya menubuhkan GKCM yang merupakan gabungan ketua-ketua cawangan UMNO bertujuan membetulkan keadaan dalam UMNO.

6. Kami sedar kami akan ditentang habis-habisan oleh mereka yang mempunyai kuasa ketika ini.

7. Namun kami ingin melihat pemimpin-pemimpin UMNO mengambil contoh kepimpinan Khulafah Al Rashidin dalam memimpin rakyat negara ini. GKCM tercari cari pemimpin-pemimpin yang menjadikan Saidina Umar sebagai ikon dalam amalan kepimpinannya. GKCM juga ingin melihat bagaimana para pemimpin UMNO menggunakan kekayaan peribadi mereka untuk berkhidmat ke jalan Allah dan kepimpinan mereka. Malangnya pemimpin UMNO yang ada pada hari ini lebih sibuk berebut rebut mencari kekayaan peribadi dan mengumpul harta melalui amalan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

8. Dalam beberapa hari ini kita akan berasa seronok dengan kunjungan serta hadiah hadiah daripada pelbagai pihak-pihak yang cuba mempengaruhi undi kita. GKCM berharap janganlah kerana hadiah hadiah ini akan menyebabkan kita menggadai masa depan anak cucu kita di mada hadapan.

9. Bila Najib beri 'hadiah' kerana niat mahu undi itu 'rasuah' namanya. Jika wang itu kita terima dan kerananya kita tidak beri undi yang diminta berertilah kita tolak malah 'menentang rasuah'. Sebaliknya kita berdo'a supaya Najib bertaubat dan berhenti dari jadi Perdana Menteri supaya tokoh Umno yang lain dapat mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan memulihkan Umno untuk menang dalam PRU ke 14.

10. Walaupun GKCM terdiri daripada orang-orang kuat dalam UMNO, kami ingin merayu kepada anda semua supaya jangan mengundi UMNO pada kali ini. Bukan kerana kita berpaling tadah tetapi atas dasar untuk memberi mesej bahawa kita menentang kemungkaran para pemimpinnya.

11.Yang paling penting ialah kita ingin menyatakan kepada Datuk Seri Najib bahawa perbuatan salahguna kuasanya tidak boleh dimaafkan dan beliau sepatutnya berundur.

12. Jika kita terus memangkah BN pada kali ini, maka hancurlah harapan anak cucu kita yang mengharapkan kita untuk memulakan perubahan.

Tanahair kita tanggungjawab kita

#saveMalaysia
#beranikeranabenar

Sekretariat GKCM

KENYATAAN MEDIA
JUMAAT 10 JUN 2016

Dok kalut MP DAP cina nak raikan kemenangan AMANAH dengan ARAK..!!!

Posted: 11 Jun 2016 01:56 AM PDT

RAIKAN KEMENANGAN AMANAH DGN ARAK


Ada walaunta lebai & umno serta sekutunya yg bersekutu sekonyong-konyong menyebar propaganda bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan dr DAP berkata mereka akan berpesta dgn arak jika calon Amanah bg Parlimen Sg Besar menang.

Walaunta pun kata :
"Undi PAN = Undi DAP"
"Undi DAP = Undi Arak"
"Jangan najiskan undi anda"

Aku nak bagitau walaunta & sesiapa yg baca & follow fb aku gini saja.

Nampak sangat walaunta ni lemau, bingai, ekstrem & angkuh...

Jika DAP yg bkn Islam nak meraikan kemenangan calon Amanah dgn makan sekandang babi pun ianya adalah hak mereka.

Jika DAP yg bkn Islam nak meraikan kemenangan calon Amanah dgn minum sekolam arak pun ianya adalah hak mereka.

Jika DAP yg bkn Islam nak meraikan kemenangan calon Amanah dgn makan tengahari di bulan Ramadhan pun ianya adalah hak mereka.

Makan babi, minum arak, makan tengahari di bulan puasa bkn suatu yg salah & haram bg org bkn Islam bkn saja dlm DAP malah bkn Islam dlm MCA, MIC, Gerakan, parti lebai mahu pun Umno.

Mereka minum arak, makan babi, makan tengahari di bulan Ramadhan tiada kena mengena dgn calon Amanah. Bukan calon Amanah @ Parti Amanah yg raikan tetapi mereka yg bkn Islam yg meraikan.

Islam tidak menghalang hak bkn Islam. Itu hak mereka. Apa masalahnya? Adakah jika ahli parti lebai di kalangan bkn Islam di dlm DHPP ingin meraikan kemenangan calon lebai nnt (boleh menang ke) dgn minum arak, mereka akan dilarang??

Inilah letak duduk beza parti lain spt Amanah dgn parti lebai. Lebai kata mereka meraikan hak org lain tetapi bila org lain hendak menggunakan hak mereka, mereka dihina, dipersoal?

Jika RUU Persendirian Marang meminda Akta 355 diluluskan & hudud di Kelantan dilaksanakan, adakah hukuman hudud minum arak dikenakan kpd org bkn Islam???

Jawapannya tidak kerana kesalahan minum arak hanya melibatkan org Islam.

Justeru apa masalahnya jika ada kalangan ahli DAP yg bkn Islam hendak meraikan kemenangan calon Amanah dgn minum arak?

Cuma jangan merayakan kemenangan dgn arak & pesta itu sehingga mengganggu ketenteraman & keselamatan org lain. Jika ianya menyebabkan gangguan ketenteraman & keselamatan org lain, bkn sahaja Islam melarang malah agama lain & undang2 sivil juga melarang.

BERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH
Bersama DAP & Pakatan Harapan Selamatkan Malaysia
‪#‎UndiCalonAmanah‬

Aku ahli DAP - Aku tak minum arak.

ZULHAZMI SHARIFF
Ahli Biasa DAP
Cawangan Taman Tun Dr Ismail
11 Jun 2016
6 Ramadhan 1437

Najib jangan janji tinggal janji – AMANAH

Posted: 11 Jun 2016 01:10 AM PDT

 Asmuni-Awi_najib_600
KUALA KANGSAR: AMANAH hari ini mengingatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan negeri Perak supaya mengotakan janji mereka bagi menyiapkan jambatan Manong.

Pengerusi AMANAH Perak Asmuni Awi berkata peruntukan sebanyak RM43.5 juta untuk pembinaan jambatan itu juga diharap bukan sekadar janji manis daripada BN dalam PRK Kuala Kangsar kali ini.

"Apa yang saya nak nyatakan ialah penegasan yang kami minta, bukan mengenai peruntukan tetapi bila nak buat dan bila boleh siap. Peruntukan itu dia boleh bagi begitu saja. Tetapi akhirnya kita tidak nampak apa-apa.

"Jadi ini satu lagi politik. Masih tidak dijawab bila jambatan itu nak dibuat. Sebab ini isu lama. Bila jambatan itu nak dibuat. Bila peruntukan itu diluluskan dan datang daripada Rancangan Malaysia yang mana?

"Dan ini saya nyatakan ia satu cara BN untuk meredakan suasana di Manong di mana rakyat sedar mereka sentiasa ditaburi janji manis tetapi di peringkat akhir pelaksanaan tidak dilakukan.

"Dan ini hanya untuk meredakan keresahan yang berlaku di bawah sana," katanya di Ibu Pejabat AMANAH Kuala Kangsar, pagi ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Najib semalam yang mengumumkan kelulusan projek pembinaan Jambatan Manong dengan peruntukan RM43.5 juta.

Berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Noorul Huda, Manong malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkannya sebagai hadiah Ramadan kepada penduduk Kuala Kangsar.

Sementara itu, Asmuni turut menyelar kerajaan BN yang menafikan wujudnya majlis pecah tanah sebanyak lima kali di kawasan pembinaan jambatan itu.

Katanya, perkara itu memang sudah berlaku dan telah dilaksanakan ahli Parlimen terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz.

"Yang bercakap tidak tahu dan perdana menteri tak tahu. Saya nak beritahu yang buat pecah tanah ini calon yang terdahulu. Yang sudah tidak jadi lagi ahli Parlimen di sini. Jadi Najib tidak tahu mengenai ini. Jadi calon ataupun petugas dan pegawai BN tidak tahu perkara ini.

"Tetapi kita tegaskan bahawa, seperti jambatan ini, setiap kali pilihan raya, setiap kali itu hanya dibina selepas lima penggal. Sejak Tan Sri Rafidah Aziz," katanya.

Jika PH menang PRK, petanda rakyat tolak Najib

Posted: 11 Jun 2016 12:29 AM PDT

mahathir_amanah_spr_600
SEKINCHAN: Sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi dua PRK ini, ia akan menjadi isyarat jelas untuk membuktikan betapa rakyat menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian walaupun keputusan PRK ini tidak akan menukar kerajaan.

"PRK bukan untuk menukar kerajaan atau dasar kerajaan. Ini melibatkan dua wakil. Kita masih tidak dapat majoriti kalau menang kedua-kedua PRK, sebaliknya Najib akan terus menjadi kerajaan.

"Tetapi ia usaha menunjukkan kepada Najib rakyat menolaknya. Jadi kita ingin mendapatkan kemenangan kepada calon kita (Azhar Abdul Shukur) dan juga di Kuala Kangsar," katanya pada sidang media di Restoran Hao Xiang Chi, hari ini.

Katanya, kemenangan dalam PRK ini juga akan membuktikan rakyat benci Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

"Ini kerana mereka menyalahgunakan duit untuk kegunaan PRK," katanya di depan kira-kira 500 pengundi yang majoritinya berbangsa Cina.

Sebelum itu, Mahathir dan beberapa pemimpin PH seperti Lim Kit Siang, Tan Sri Mohamad Mohamad Taib, Anuar Tahir menyaksikan calon AMANAH di Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur menandatangani Deklarasi Rakyat.

"Kalau saya tidak menjadi calon pun, saya tetap akan sokong Deklarasi Rakyat," kata Azhar.

Panggil Mereka PAN, Bukan Amanah - Muslimat PAS Selangor

Posted: 10 Jun 2016 10:44 PM PDT

SUNGAI BESAR: Parti Amanah Negara (Amanah) tidak layak dipanggil ‘Amanah’, demikian dakwa Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan.

Katanya, parti serpihan PAS itu telah mengkhianati perjuangan ketika bersama PAS sebelum ini, justeru ia lebih sesuai dipanggil PAN.

“Kenapa perlu sebut Amanah? Mereka khianati perjuangan sebelum tubuhkan parti PAN, mereka bongkarkan kerahsiaan parti PAS dengan melarikan kerusi-kerusi yang mereka tandingi atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Tak layak panggil  Amanah. Kalau ada ‘mata-mata’ PAN di sini balik dan beritahu sendiri bos masing-masing sebab apa nak panggil Amanah?” katanya dalam ceramah di Kelimpok di sini, malam Jumaat.

Beliau memberi contoh kerusi-kerusi PAS yang didakwa dibawa lari oleh beberapa ahli Parlimen dan Adun Selangor yang kini bernanung di bawah Amanah.

Jelas beliau, kerusi-kerusi tersebut adalah Parlimen Sepang (Hanipa Maidin), Parlimen Kota Raja (Dr Siti Mariah Mahmud), Shah Alam (Khalid Samad) serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang (Saari Sungip) dan Morib (Hasnul Baharuddin).

“Buktikan kalau betul-betul mereka amanah kosongkan kerusi tersebut dan bertanding atas tiket PAN. Kalau menang bererti rakyat betul-betul sokong mereka dan inginkan mereka terajui kerusi tersebut.

“Tapi bawa lari kerusi atas tiket PAS dan tengok samada rakyat sokong mereka disebabkan mereka ambil kerusi Adun dan Parlimen yang ada sekarang ini, itu tidak amanah,” katanya.

Mahathir isytihar sokong calon AMANAH dari PAKATAN HARAPAN

Posted: 10 Jun 2016 09:48 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan sokongannya kepada Parti Amanah Negara dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Ia selepas Azhar menandatangani Deklarasi Rakyat hari ini untuk menyokong gesaan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sambil menegaskan bahawa beliau bukan lagi ahli mana-mana parti, Dr Mahathir berkata beliau berada di situ sebagai seorang warganegara yang prihatin.

Kerana sebab itu, tambahnya, beliau datang untuk menyokong ahli AMANAH yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.

Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya di forum anjura DAP mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion di Sekincan. MK

Rafizi dedah penyokong parti mana yang rajin menyerang beliau di fb

Posted: 10 Jun 2016 08:46 PM PDT

Rafizi Ramli

Kebelakangan ini yang paling kuat serang saya di FB ini bukan lagi penyokong Umno tetapi penyokong PAS. Seolah-olah kerja menyerang itu telah di sub-contract kepada PAS.

Malah bila saya dedahkan pembaziran nyata melibatkan penggunaan jet peribadi yang menggunakan wang rakyat oleh DS Rosmah Mansor, saya tetap diserang oleh penyokong PAS.

Ada pemimpin mereka yang mempersendakan kerja-kerja mendedahkan rasuah dalam melawan rasuah. Ada yang menulis kepada saya menuduh saya sesat dan meminta kembali kepada Islam. Ada yang kata saya sering terkedepan mendedahkan rasuah kerana saya juga turut rasuah dan datang dari lubuk yang sama iaitu Umno (sedangkan tidak ada seorang pun dari keluarga saya yang pernah menjadi ahli Umno) - maka sebab itulah saya lebih tahu mengenai rasuah berbanding pimpinan PAS yang tidak pernah tahu rasuah. Yang nyata, sebarang tindakan yang melemahkan Umno dan mendepankan Pakatan Harapan turut dilihat sebagai sesuatu yang perlu dimusuhi.

Saya tidaklah terkesan dengan serangan begini. Setakat ini jika dilihat di laman Facebook saya ini, jumlah yang menolak politik label melabel ala PAS ini dan menyokong usaha kami meletakkan keutamaan kepada isu-isu rakyat adalah lebih tinggi. Saya anggarkan 20% yang secara tegar membuat komen (dan pengikut yang "LIKE") adalah tegar PAS. Yang lain-lain menumpukan kepada isu-isu rakyat yang saya bawa.

Malangnya sikap dan pendekatan begini membawa nama buruk kepada "tarbiah PAS" yang selalu disebut-sebut. Saya sertakan satu contoh di bawah. Saya juga telah semak profail beliau dan saya percaya ia bukan dibuat-buat oleh musuh PAS untuk merosakkan nama baik PAS.

Saya sepatutnya gembira kerana dengan cara begini, penyokong PAS sendiri yang menyebabkan rakyat atas pagar makin jauh dari PAS. Tetapi saya sedih kerana PAS ini membawa nama Islam dan jika akhlaknya itu tidak melambangkan akhlak Islam, ia tidak berlaku adil kepada label "Islam" yang cuba dipamerkan.

Semoga kita sentiasa berada di dalam limpah hidayah Allah SWT.

Nik Abduh akui parti Islam itu kini giat mendekati Umno untuk meyakinkan bahawa dua parti Melayu Islam itu boleh bersatu

Posted: 10 Jun 2016 07:30 PM PDT

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti Islam itu kini giat mendekati Umno untuk meyakinkan bahawa dua parti Melayu Islam itu boleh bersatu kerana dasar kepentingan Islam, khususnya menerusi Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355.

Beliau berkata, penyatuan Umno dan Pas hanyalah satu kepalsuan dan tidak boleh kekal lama, melainkan jika kesatuan itu berlandaskan kepada kefahaman dan nama agama.

"Pas cuba faham elok-elok Umno, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), kalau mereka tumpu di atas jalan ini (agama), akan sampai satu masa kita boleh bersatu. Kita buat perbincangan, kita akui kita dekati Umno, untuk fahamkan mereka, bukan hanya rakyat, bahawa ada benda yang kita bertengkar (khususnya) soal politik dan nak tukar pemimpin.

"Ada benda kita kena kongsi bersama, iaitu agama. Setakat mana Umno faham agama yang boleh kita yakinkan mereka, kalau mereka terima alhamdulillah, itu baik," katanya eksklusif kepada Sinar Harian pada satu pertemuan.

Beliau berkata, Pas bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah untuk menyatukan umat di atas jalan yang betul termasuk penyatuan parti politik.

"Memang Pas ditubuhkan untuk menyatukan ummah, bukan hanya niat, dia niat, azam, ada belaka. Jadi tiada sebab kita nak berpisah dengan PKR, nak balas dendam dengan DAP.

"Islam suruh menyatukan umat manusia, bukan umat Islam saja, tapi saat ini kita berpecah. Suatu hari nanti, kita tak tahu. Itu kita usahakan sebab memang manusia ini memang tidak akan maju kalau tak bersatu," ujarnya.

Bersatu bukan atas landasan politik

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, penyatuan Umno dan Pas bukan berlandaskan politik, tetapi ia lebih kepada memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.

"Ia arahan agama termasuk RUU Persendirian Akta Mahkamah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016," jelasnya.

Beliau menyifatkan perbalahan Pas dengan PKR dan Pakatan Harapan kerana pertembungan tiga penjuru pada PRK kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai isu sesama dan ia tidak kekal lama.

"Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita pernah bersatu masa dia bersama Abim. Bila dia masuk Umno kita berbalah.

"Lepas itu dia masuk balik, kita bersatu. Hari ini kita bising pula, tak tahu nak bersatu atau tidak. Kita cuba usaha, kalau dapat kita bersatu, alhamdulillah. Tapi kalau kita tumpu matlamat asal, Insya-ALLAH kita boleh kembali," ulasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ahli-ahli Pas yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) akan kembali kepada parti Islam itu selepas kemarahan mereka itu reda dan tenang semula.

"Kita harap masa ini menyejukkan mereka, tenang balik, mereka boleh kembali. Ramai ahli Pas hari ini aktif, ada jawatan besar, dulunya mereka keluar Pas. Tapi bila sejuk, mereka datang balik dan istiqamah.

"Macam Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali keluar, sekali masuk balik Umno," katanya.

SAYANG SEKALI, MENTALITI KJ DAH SAMA MACAM PEMIMPIN PAS

Posted: 10 Jun 2016 06:45 PM PDT

Shahbudin Husin,

Kalau pemimpin Pas seperti Hadi Awang atau Mustaffa Ali yang mengatakan mengundi Amanah sama macam memberi undi kepada DAP, barangkali tidak ada sesiapa hairan dengannya.

Begitu juga, jika pemimpin UMNO seperti Ahmad Maslan, Fuad Zarkashi atau Salleh Said Keruak yang menyatakan demikian, orang mungkin masih boleh menerima seadanya apa yang ada dalam otak mereka.
 
Tetapi, apabila Khairy Jamaluddin yang selama ini selalu tampil dengan pemikiran berbeza dan kononnya mengamalkan politik baru, juga didapati sama seperti  mereka, tentu ramai yang geleng kepala.

Tak sangka KJ pun rupa-rupanya sama mentaliti dengan mereka. KJ dan Hadi Awang sudah tak berbeza lagi sekarang ini.

Tidakkah KJ sedar bahawa PKR, DAP dan Amanah adalah parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan dan oleh yang demikian, mereka berhak saling bantu membantu antara satu sama lain? 

Kenapa KJ tidak melawan perjuangan Pakatan Harapan yang selalu membangkitkan isu berkaitan masa depan negara, tata kelola, rasuah dan sebagainya dengan idea bernasnya atau hujah lawan dengan hujah?

Kenapa tak habis-habis dengan pemikiran sempit, perkauman dan rasis untuk menang pilihanraya? (SH 10/06/2016).

Bagaimana rakyat masih sokong Najib? Kisah Ramadan Mahathir

Posted: 10 Jun 2016 06:02 PM PDT

http://mk-cdn.mkini.net/906/d327b0514153931884e396eca19a4bf6.jpg

ULASAN l Seperti biasa saya ke bazar Ramadan untuk membeli aneka jenis masakan yang hanya terdapat di bulan puasa.

Hari pertama saya ke bazar di Putrajaya. Lokasi bazar telah dipindah tetapi pelanggan ramai seperti biasa.

Hari kedua saya ke Kampung Baru. Saya kagum dan gembira kerana pihak berkuasa sudah mendirikan bumbung untuk melindungi gerai dari hujan dan panas.

Kain berwarna-warni menghiaskan siling yang juga mengurangkan panas matahari.

Tanpa dirancang saya bertemu dengan pegawai yang bertanggungjawab menghiaskan bazar Ramadan Kampung Baru dan saya ucap tahniah kepadanya.

Katanya tahun hadapan keselesaan dan keindahan pasar itu akan diperbaiki lagi. Sekali lagi saya ucap tahniah kepadanya.

Sebelum saya masuk kereta, dia menyatakan kegembiraannya bahawa dia diberitahu saya tidak akan pergi ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Saya terpaksa jelas bahawa saya akan berkempen di kedua-dua tempat. Bulan puasa bukan masanya untuk kita bersikap kasar. Saya akan cuba elak dari menggunakan perkataan yang kasar.

Sesungguhnya saya tidak faham bagaimana ada orang yang masih sokong Najib.

Di Brazil dan Kenya dan beberapa negara lain, tidak banyak bukti yang menunjukkan pemimpin mereka terlibat dengan rasuah atau salah guna kuasa.

Tetapi tuduhan masih dibuat terhadap mereka. Presiden Brazil digantung jawatannya oleh hakim besar supaya tidak mengganggu siasatan terhadapnya.

Di Malaysia juga Presiden Umno dan Perdana Menteri pernah meletakkan jawatan apabila ternampak rakyat tidak lagi sokong mereka.

Tetapi bukti salahlaku Najib adalah jelas dan didedah secara terbuka sehingga ke seluruh dunia dan tidak dapat dinafikan olehnya.

Berpuluh akhbar dan TV negara-negara asing menyiarkan laporan yang dilengkapi dengan gambar dan dokumen dan surat berkenaan salah guna kuasa oleh Najib dan kehilangan berbillion duit 1MDB dan wang beribu juta berada dalam akaun peribadi Najib.

Benar di Malaysia akhbar arus perdana tidak pernah siar perkara-perkara ini. Tetapi media sosial menunjukkan rakyat mengetahui akan kesalahan Najib dan sudah tidak percaya padanya.

Rakyat menuntut supaya dia berhenti dari menjadi Perdana Menteri.

Di bawah Najib parti Umno ditolak dan dikecam oleh orang Melayu dan ramai ahli; Umno sudah jadi lemah dengan pencapaian yang terburuk dalam PRU 13.

Besar kemungkinan Umno akan kalah dalam PRU 14, jika Najib memimpinnya. Semua ini berlaku semasa kepimpinan Najib.

Rakyat Malaysia berasa amat malu apabila berada di negara lain kerana ditanya apa sudah jadi kepada negara kamu. Ada orang asing yang berkata "rasuah" apabila mereka ketahui kerakyatan pelawat dari Malaysia.

Ada rakyat Malaysia, apabila ditanya di luar negara dari mana mereka datang enggan menyebut Malaysia kerana malu.

Demikianlah malunya mereka dengan keadaan di negara mereka. Najib sendiri melarikan diri apabila akhbar asing cuba menemuinya. Amat memalukan apabila dia terpaksa guna jalan belakang bagi mengelak di soal akhbar.

Tetapi di Malaysia masih ada ahli dan pemimpin Umno yang mempertahankan Najib, yang cuba menunjuk kebaikan Najib. Walaupun mereka gagal namun mereka terus menyokong Najib.

Saya tidak menjadi ahli mana-mana parti sekarang. Parti saya Umno sudah tidak mencerminkan Umno yang ditubuh pada 1946 di Istana Besar, Johor Bahru.

Ia sudah dirampas oleh Najib dan diguna untuk mempertahankan dirinya. Saya tinggalkan parti Najib ini untuk jadi rakyat biasa.

Demikianlah perbezaan parti milik Najib dengan Umno sehingga apabila perwakilan dilarang menyebut atau membahas 1MDB dan 2.6 billion dalam akaun Najib semasa mesyuarat agung dan di luar, mereka akur. Tidak ada bantahan. Sebaliknya dahulu perbahasan terbuka tidak pernah dilarang.

Semangat kebangsaan Umno yang berjaya menolak Malayan Union, memerdekakan Malaya dan Malaysia, membangunkan negara sehingga dihormati dunia sudah tidak lagi ada pada ramai ahli dan pemimpin Umno.

Saya tidak ada parti. Namun sebagai rakyat Malaysia saya tidak boleh mengasingkan diri daripada gerakan rakyat untuk menyingkir Najib.

Mereka sudah lancar Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib. Saya sokong Deklarasi ini dan sudah tandatanganinya. Hakikatnya pilihanraya kecil ini bukan untuk menukar Kerajaan atau dasar Kerajaan. Jika BN kalah pun Kerajaan Najib tidak akan jatuh.

Tetapi kekalahan BN akan memberi mesej kepada Najib secara jelas bahawa rakyat menolak kepimpinannya.

Penyertaan saya hanya untuk menerang dan mendesak pengundi akan pentingnya Najib ditolak dan deklarasi rakyat disokong. Jika Najib menang maka ia akan terus menekan rakyat kerana mempercayai rakyat bersetuju dengan segala perbuatannya .

Selamat berpuasa.

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Toknek.com RSS Feed

Posted: 11 Jun 2016 01:52 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Ketahui 8 Makanan Harian Yang Mampu Mencegah Kanser

Posted: 11 Jun 2016 01:34 AM PDT


Kanser merupakan penyakit pembunuh nombot 1 di Malaysia Penyakit ni la nih dihidapi tak kira jantina mahupun umoq konfem yang tau bahawa kanser adalah penyakit yang payah diubati malah biasanya ...

Pembantu Rumah Campoq Ayaq Kencin Dalam Susu Anak Majikan Tak Puas Hati Ditengkin Mentua Majikannya

Posted: 11 Jun 2016 01:32 AM PDT


Gara gara tak berpuas hati selepaih ditengkin mentua majikannya soghang pembantu rumah tergamak mencampoqkan ayaq kencin ke dalam susu anak majikannya yang berumoq empat tahun tak cukup dengan ...

Mahathir La Nih Jadi Jurucakap Lim Kit Siang Dan Pan

Posted: 11 Jun 2016 01:04 AM PDT


Mahathir la nih menjadi jurucakap kepada parti DAP apabila dipergunakan oleh Lim Kit Siang untuk berkempen di Pilihanraya kecik Sungai Besaq Mahathir yang mai di satu majlih pagi tadi bagitau bel...

Mahathir Kutuk Hudud Yang Cuba Try Test Dibawak Pas Di Sungai Besaq

Posted: 11 Jun 2016 01:02 AM PDT


Pas la nih berseorangan setelah meninggaikan Pakatan Rakyat sanggup mendokong perbuatan salah soghang pemimpin negara semata mata mau mendapatkan sokongan peribadi daripada Datuk Seri Mohd Najib R...

Salahguna Lorong Kecemasan Denda Rm2000 Penjara 1 Tahun

Posted: 11 Jun 2016 12:44 AM PDT


kola SELANGOR Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ menegaihkan pihaknya tak akan berkompromi dan akan teruih mengheret mana mana individu yang menyalahgunakan lorong kecemasan ke mahkamah serta merta...

Masjid Bukan Tempat Beri Makanan Tak Habih Juai

Posted: 11 Jun 2016 12:42 AM PDT


GEORGETOWN Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Nooq menasihatkan supaya mana mana peniaga tak memberikan makanan yang tak habih dijuai kepada masjid ataupun surau Lebih lebih lagi se...

Blog Torrrbaek Malaysia April Dan Mei 2016

Posted: 11 Jun 2016 12:02 AM PDT


Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan memba blogger Akhiaqnya sempat jugak menyenaraikan blog dan blogger torrrbaek di Malaysia bagi bulan April dan Mei 2016 di blog ni N...

Komen Mencerca Berdasaqkan Tajuk Tanpa Tengok Berita Sebenaq

Posted: 10 Jun 2016 11:32 PM PDT


Si mangkaq yang komen berdasaqkan tajuk tanpa membaca berita sebenaq Kejadi di Denmark tapi kerajaan Malaysia yang dicaci maki sampai suruh hakim Denmark tu masuk Tanjung moqtan Kah kah kah k...

Emma Maembong Tak Penah Ghasa Diri Terkenai

Posted: 10 Jun 2016 10:42 PM PDT


Pelakon Emma Maembong habaq dia tak penah berasakan dirinya terkenai pasai pelakon ni percaya kepada rejeki dan ketentuan Tuhan selain tak ceghita kalau selului digandinkan bersama buah hati iaitu...

Rafizi Perlu Bawak Bukti Lengkap Isu Tuduhan Terhadap Rosmah Idris Ahmad

Posted: 10 Jun 2016 10:08 PM PDT


PAS bagitau ia sedia membangkitkan isu jet peribadi yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansoq tapi mau maklumat lengkap berhubung isu tu Kalau ada maklumat lengkap kita akan suarakan pas...

Ni Bukti Kukuh Pan Adalah Proksi Dap Di Dalam Negara

Posted: 10 Jun 2016 10:06 PM PDT


Dah berbuih dah mulut habaq kalau undi calon Parti Amanah Negara PAN sama dengan memberi undi kepada DAP Tapi hampa semua masih dok tak percaya hampa semua kata tu semua fitnah dari U...

Nora Danish Tutup Cafe Pasai Tak Mampu Bayaq Sewa

Posted: 10 Jun 2016 10:04 PM PDT


Beberapa hari lepaih pelakon Nora Danish telah dedahkan bahawa terpaksa tutup kafe Kopi XOXO miliknya yang terletak di Bangsaq pasai kadaq sewa yang dikenakan agak tinggi dan tak mampu nak bayaq...

Pan Terdesak Hingga Sanggup Hina Ulamak

Posted: 10 Jun 2016 10:02 PM PDT


Selepaih isu billboard berbentuk provokasi semakin redha Pas yang bertandin dalam Pilihan ghaya kecik PRK kola Kangsaq dan Sungai Besaq dikejutkan dengan poster muka presiden parti Islam tu di...

Ternak Ayam Kalau Mau Menjadi Kaya Bill Gates

Posted: 10 Jun 2016 09:42 PM PDT


Bilionaiaq palin kaya dunia agih 100 000 ekoq anak ayamNEW YORK 10 Jun Ternak ayam kalau mau menjadi oghang kaya Demikian ucapan pengasaih Microsoft yang jugak bili onaiaq palin kaya dunia Bi...

Doktoq Ambik Risiko Pertaruh Nyawa Tauk Bom Hidup Yang Melekat Di Muka Tentegha

Posted: 10 Jun 2016 09:32 PM PDT


Pakaq bedah telah berjaya mengeluaqkan satu bom hidup dari muka soghang tentegha dalam satu operasi pembedahan yang dijalankan di kawasan letak gheta sebuah hospitai selepaih bom tu kena tembak kea...

Eina Azman Teruja Sambut Ghaya Bersama Anak Kembaq

Posted: 10 Jun 2016 07:42 PM PDT


Pelakon Eina Azman habaq pada tahun ni dia begitu teruja untuk menyambut Aidilfitri pasai perayaan tu akan turut disambut bersama sama dengan suami tersayang serta anak kembaq depa bersama BACA ...

Ceghita Hidup Keluarga Mualaf Hidup Dalam Pondok Kecik Dalam Kebun Getah

Posted: 10 Jun 2016 07:32 PM PDT


Dibesaqkan dalam keluarga yang susah kematian bapak ibu sejak masih dok kecik menjadikan pengalaman sebelum Islamnya agak payah Setelah mendapat hidayah memeluk Islam lelaki muallaf ni atau d...

Saksikan Euro 2016 Tang Mana Saja Dengan Aplikasi Stadium Astro

Posted: 10 Jun 2016 07:22 PM PDT


Pejam celik pejam celik kita dah pun dok ada di bulan Jun Dah separuh dah tahun ni berlalu Pantaih sungguh Selain gembira dapat menyambut kedatangan Ramadhan kali ni toknek jugak sedang exc...

Najib Utamakan Pendidikan Bila Umumkan Statuih Universiti Islam Di Kola Kangsaq

Posted: 10 Jun 2016 07:06 PM PDT


Perdana menteghi Datuk Seri Najib Razak mai ke Masjid Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah KUISAS di kola Kangsaq telah menyampaikan berita gembira buat warga kolej berkenaan Najib yang mai...

Dua Artis Lelaki Tolak Jemputan Di Bulan Ramadhan Pasai Mau Beribadat

Posted: 10 Jun 2016 07:04 PM PDT


ni baghu ghamai dok kata pentinkan keluarga dari segalanya walaupun di bulan Ramadhan ni artis tempatan boleh buat banyak duit dengan terima tawaran Penyanyi Black Hanifah pulak menolak sebara...

Kepala Budak 5 Tahun Tersekat Pada Paip

Posted: 10 Jun 2016 07:02 PM PDT


baghu baghu ni kepala soghang lelaki tersangkut pada mesin basuh Kali ni kepala soghang budak lelaki berumoq lima tahun pulak tersekat pada paip penyambung berbentuk L di wilayah Zhejiang pa...

Misteri Kaum Kenit Hobbit Pupuih Mengejut Di Kepulauan Flores

Posted: 10 Jun 2016 06:02 PM PDT


Satu kajian terbaharu mendapati spesies oghang kenit femes di pulau Flores yang jugak digelaq sebagai Hobbit telah pupuih lebih lama daripada yang boleh agak oleh ghamai saintis antarabangsa sebelu...

Ni Reaksi Mat Salleh Bila Cuba Try Test 9 Snek Dari Malaysia Salah Satunya Adalah Haw Flakes

Posted: 10 Jun 2016 05:32 PM PDT


Apa jadi kalau mat salleh cuba try test try test snek snek dari Malaysia soghang vblogger Youtube Matthew Santoro memuat naik video dia cuba try test try test pelbagai snek dari Malaysia dan ia ...

Radin Tak Ngaku Tumpang Populariti Ayda Jebat

Posted: 10 Jun 2016 04:44 PM PDT


gosip cinta diantara penyampai radio Radin dan Ayda Jebat bukanlah sesuatu yang baghu didengaq serin mai memakai baju sedondon menguatkan lagi dakwaan oghang ghamai bahawa depa sedang bercinta ...

Hafiz Hamidun Selamat Jalani Pembedahan Paru Paru

Posted: 10 Jun 2016 04:42 PM PDT


Selepaih mengalami demam kerap baghu baghu ni Hafiz Hamidun terpaksa dimasukan ke hospitai akibat penyakit pneumonia dan menjalani pembedahan bagi membuang ayaq didalam paru parunya Dan menerusi...

Website Yang Menyenaraikan Ribuan Servih Penjagaan Diri Pada Ghega Terendah

Posted: 10 Jun 2016 04:32 PM PDT


Ada banyak produk dan servih penjagaan diri yang boleh kita beli secara ataih talian tapi tak banyak website menawaqkan lambakan baucer dan tawaran bagi depa yang mahukan senarai pelbagai servih ke...

Gadih Khunsa Bangga Ada Dua Perwatakan

Posted: 10 Jun 2016 04:06 PM PDT


Tuhan menciptakan sesuatu tu dah cukup baik tapi masih dok ada yang suka mengubah sesuka hati untuk memuaskan diri sendiri Mana tak dah dilahiaqkan sebagai lelaki tapi nak menjadi pompuan ...

Pompuan Berbulu Macam Lelaki Menarik Perhatian Ghamai

Posted: 10 Jun 2016 04:04 PM PDT


pompuan yang bernama Rose Geil 39 berasai dari Oregon ni terpaksa berdepan dengan masalah badan berbulu hinggakan dia terpaksa mencukoq mencabut dan menjalankan rawatan laser untuk mengatasi masa...

Gadih Meninggai Dunia Selepaih Cium Boipren

Posted: 10 Jun 2016 04:02 PM PDT


ceghita yang Miss nak ceritakan ni tak macam ceghita Sleepin Beauty Si puteri dapat hidup kembali selepaih si putera menciumnya tu tak berlaku kepada soghang gadih yang mengalami alahan ...

10 Negara Penduduk Palin Ghamai Tinggi Dan Rendah Di Dunia

Posted: 10 Jun 2016 03:02 PM PDT


Setiap oghang mengimpikan mempunyai tubuh badan yang tinggi dan lampai Tapi tahukah hampa negara mana mempunyai ghamai penduduk palin tinggi mendahului kebanya negara negara yang lain baghu baghu...

Pemandu Pemandu Yang Tak Reti Nak Hormat Oghang Lain Dirakam Di Kuantan

Posted: 10 Jun 2016 01:32 PM PDT


ni video yang baghu baghu ni dirakam menunjukkan sesetengah manusia mementinkan diri sendiri tanpa mengira tempat Tak reti nak ikut undang undang Macam dorang je yang nak cepat sampai destinasi...

Pompuan Pengotoq Selamba Kencin Depan Kedai

Posted: 10 Jun 2016 01:06 PM PDT


ni mangkaq dah tahap dewa soghang pompuan di China dirakam selama membuang ayaq kecik secara terbuka di kawasan awam Kat China ni mesti ada ja benda pelik berlaku Sebelum ni soghang pompuan...

Tasha Manshahaq Harumkan Imej Artis Bakai Bergelaq Cikgu

Posted: 10 Jun 2016 01:04 PM PDT


Payah nak tengok penyanyi tempatan dah bergelaq cikgu kenai dengan pendatang baghu Tasha Manshahar Dah lebih kughang lama melanjutkan pelajaq la nih Tasha dah pun bergelaq cikgu syok budak b...

Ratusan Paku Ditemui Dalam Perut Remaja

Posted: 10 Jun 2016 01:02 PM PDT


soghang remaja di China membuat sekumpulan doktoq di sebuah hospitai di Ji an China tergempaq besaq bila menjumpai lebih 200 paku dalam perutnya Miss tengok paku terkumpoi banyak macam tu dala...

Calon Pas Hentam Dap Pasai Banner Provokasi Di Sungai Besaq

Posted: 10 Jun 2016 10:10 AM PDT


Calon PAS bagi pilihan ghaya kecik PRK Parlimen Sungai Besaq Dr Abdul Rani Osman menyelaq sikap politik tak matang bekaih sekutunya DAP berhubung tindakan menaikkan papan iklan bersifat tohmahan...

Che Ta Salah Peminat Pasai Beli Baju Tak Ikut Saiz

Posted: 10 Jun 2016 10:08 AM PDT


baghu baghu ni timboi bahawa koleksi baju keluaran Rozita Che Wan Che Ta yang dipasaqkan hanyalah indah khabaq dari rupa apabila kualiti baju hat sama dok habaq tadi ghamai dok kata tak macam yan...

Muslimah Tayang Gambaq Pilih Bra Dibantai Netizen

Posted: 10 Jun 2016 10:06 AM PDT


la la nih ni satu satu dunia mengalami satu penyakit berjangkit yang payah untuk dirawat rasanya hampa semua pun dah tau apa penyakitnya tu Apalagi kalau bukan penyakit selfie oghang la l...

Remaja 12 Tahun Diperkosa Oleh 21 Oghang Lelaki Secara Rela

Posted: 10 Jun 2016 10:04 AM PDT


soghang pelajaq pompuan di sebuah sekolah di Kota Semarang Jawa Tengah Indonesia mendakwa telah diperkosa secara bergilir giliaq oleh 21 lelaki mengakibatkan mangsa mengalami trauma Memetik lapo...

Guru Pompuan Dipenjara 6 Bulan Pasai Buat Lovebite Pada Pelajaq Lelaki

Posted: 10 Jun 2016 10:02 AM PDT


Mahkamah di Singapura menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke ataih soghang guru pasai berkelakuan tak senonoh termasuk membuat gigitan cinta terhadap pelajaqnya Guru pompuan berumoq 42 tahun ...

Oghang Kata Vs Islam Kata

Posted: 10 Jun 2016 09:34 AM PDT


Yang mana satu betoi Yang selului disebut sebutkan oghang ghamai atau yang disebut dalam Islam Maklumlah lain oghang lain ideologi Di sini ada satu artikel yang penah dikeluaqkan oleh Imuslims...

Bila Bangsa Lain Paham Penderitaan Trafik Sesak Bila Menjelang Bulan Ramadhan

Posted: 10 Jun 2016 09:32 AM PDT


Bila bangsa lain turut memahami penderitaan menghadap trafik sesak bulan puasa Bila menjelang bulan puasa automatik semua oghang tau yang trafik mesti sesak bila cecah pukoi 4 petang Maklumlah...

Pompuan Siam Potong Anu Suami Pasai Curang Dengan Memba Baik Sendiri

Posted: 10 Jun 2016 07:10 AM PDT


Lagi keh isteri potong anu suami kali ni berlaku di Thailand Gara gara menjalinkan hubunga sulit dengan memba baik isterinya sendiri soghang lelaki Thailand lebih kughang ja kehilangan kema...

Zairil Dap Tak Sokong Hudud Pasai Didakwa Tak Adil

Posted: 10 Jun 2016 07:08 AM PDT


Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khiaq Johari menegaihkan Rang undang undang yang dibawak oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah Bidang Ku...

Jangan Pilih Calon Yg Tak Pandai Uruih Ekonomi Rakyat Di Sungai Besaq Nurul Izzah

Posted: 10 Jun 2016 07:06 AM PDT


Pengarah Pilihan ghaya KEADILAN Nurul Izzah Anwar menegaihkan sekiranya rakyat mengundi calon Parti Amanah Negara Amanah dalam Piliharan ghaya kecik PRK Sungai Besaq bermakna depa memilih und...

Mujahid Rawa Seghang Abdullah Khairi Pasai Pertahankan Mat Sabun

Posted: 10 Jun 2016 07:04 AM PDT


Parti Amanah Negara Amanah mempersoai keseriusan Pas bertandin pada dua Pilihan ghaya kecik PRK ni memandangkan pemimpin parti tu dilihat lebih berminat menggunakan medan kempen untuk mengejek ...

Peserta Program So You Think You Can Dance Muntah Ataih Juri

Posted: 10 Jun 2016 07:02 AM PDT


first time dalam sejarah juri kena muntah dengan peserta program Kalau peserta marah sebab tak terpilih dan muntah ataih juri tu boleh la diterima akai Tapi soghang peserta program So You...

Cristiano Ronaldo Atlet Palin Kaya Dunia Tahun 2016

Posted: 10 Jun 2016 06:02 AM PDT


FORBES menyenaraikan Cristiano Ronaldo sebagai atlet palin kaya di dunia bagi tahun 2016 dengan nilai kekayaan mencecah RM355 juta USD88 juta Penyerang Reai Madrid tu sekaliguih memegang reko...

Gara Gara Miliki No Plat Gheta D3v1l Pemandu Ni Kena Tahan Polih

Posted: 10 Jun 2016 05:34 AM PDT


soghang penjawat awam kena tahan polih pasai menggunakan gheta bernombot pendaftara D3V1L yang tak wujud dalam sistem Lapoq The Staq lelaki yang berumoq 28 tahun tu kena tahan masa polih menjal...

Teghiak Sampai Jam 4 5 Pagi Sebab Nak Mummy Darwish Tak Mau Berenggang Peluk Ibunya Yang Dah Pergi

Posted: 10 Jun 2016 05:32 AM PDT


Sejak beberapa hari lepaih menjadi viral di laman so sial Facebook sebuah video yang memapaqkan soghang kanak kanak lelaki meratapi pemergian ibunya tersayang di sebuah hospitai di Aloq Setaq Vi...

5 Cara Untuk Jadi Pekerja Yang Disayangi Oleh Majikan

Posted: 10 Jun 2016 04:34 AM PDT


Untuk menjadi soghang pekerja yang di sayangi oleh majikan memenangi hati bos tak akan menjadi satu halangan buat hampa Sekiranya hampa tau cara caranya konfem ianya mudah untuk dilaku Namun ...

7 Wajah Terkini Normala Samsudin Pada Umoq 51 Bersama Anak Perempuannya

Posted: 10 Jun 2016 04:32 AM PDT


sapadia tak kenai dengan bekaih pengacara tersohoq yang bedighi pada kelaihnya tersendiri iaitu Normala Samsudin dah lama Normala tak jengoi ke tv selepaih kemunculan terakhiaqnya pada tahun 2004...

Gadih Melayu Berani Kelaq Tangan Pasai Cinta Monyet

Posted: 10 Jun 2016 04:12 AM PDT


Eiiiiiuuuu Miss ghasa nyilu dan nak pitam ja tengok darah mengaliaq keluaq macam tu Huhuuhu ni dah awat bengong sangat dok toreh tangan sampai macam tu sekali Dah awat nak meninggai dunia...

Abam Bocey Bakai Tamatkan Zaman Bujang Dengan Gadih Sabah

Posted: 10 Jun 2016 04:10 AM PDT


Pelawak terkenai yang menggunakan tagline topui Is Awesome iaitu Abam Bocey dah lama membujang Disebabkan faktoq bentuk fizikainya yang agak besaq Abam dah beberapa kali dikecewakan apabila ...

Anwar Setuju Pan Lawan Dengan Pas Di Kola Kangsaq Salahuddin Ayob

Posted: 10 Jun 2016 04:08 AM PDT


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kena tahan di Penjara Sungai Buluh masa ni turut bersetuju Amanah mewakili Pakatan Harapan bagi bertandin dalam pilihan ghaya kecik PRK kola kangsaq d...

Naib Presiden Pas Ghimbok Calon Pan Pasai Tak Sedaq Diri

Posted: 10 Jun 2016 04:06 AM PDT


Dalam kempen Pilihan ghaya kecik PRK kola Kangsaq dan Sungai Besaq yang akan diadakan serentak pada 18 Jun ni calon Pakatan Harapan iatu calon Parti Amanah Negara PAN dalam PRK kola Kangsaq m...

Zamani Dedahkan Kerinduan Terhadap Pusat Pemulihan Dadah

Posted: 10 Jun 2016 04:04 AM PDT


Tahun lepaih industri hiburan dikejutkan dengan berita vokalih kumpulan Slam iaitu Zamani Ibrahim telah pun ditangkap polih pasai didapati bersalah menggunakan dadah Tak lama selepaih ditangka...

Rafizi Tuduh Anak Pompuan Najib Guna Jet Peribadi Kerajaan Malaysia

Posted: 10 Jun 2016 04:02 AM PDT


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media mendedahkan anak pompuan Perdana menteghi turut menumpang jet peribadi yang disewa spesial kerajaan sehingga menimboikan tanda tanya sa...

Mcdonalds Jepun Tawaq Nugget Bersalut Emaih

Posted: 10 Jun 2016 03:44 AM PDT


JEPUN McDONALD S sungguh baq hang terkenai dengan simbol Gerbang Emas atau Golden Arches namun rangkaian makanan segera tu kali ni betoi betoi akan memberi emaih kepada para pelanggannya n...

Rafizi Dedah Video Pegawai Rosmah Bawak Puluhan Beg Dalam Jet

Posted: 10 Jun 2016 03:42 AM PDT


Untuk hari ketiga berturut turut Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli teruih mendedahkan pasai perjalanan isteri perdana menteghi Datin Seri Rosmah Mansoq menggunakan jet peribadi untuk ke Istanboi ...

Bayaran Br1m Ketiga 2016 Di Percepat Sempena Aidilfitri

Posted: 10 Jun 2016 03:02 AM PDT


Kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran peringkat ketiga Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016 bermula 15 Jun ni menteghi Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagitau keputusan...

Jangan Mudah Percaya Sangat Jalan Ceghita Kehidupan Arkitek Dalam Drama Pukoi 7 Malam Tu Arkitek

Posted: 10 Jun 2016 01:36 AM PDT


konfem ghamai sebenaqnya yang tertungu tunggu drama Melayu pukoi 7 malam yang keghap dok dengaq memapaqkan watak oghang kaya dengan projek berjuta juta dan berbilion ringgit Kehidupan depa dilih...

Jus Tembikai Cuma 0 50 Sen Sebungkuih Laris Terjuai 1 000 Bungkuih Sehari

Posted: 10 Jun 2016 01:34 AM PDT


Disebabkan ghega jus tembikai yang dijuai terlampau mughah 50 sen sebuah gerai buah buahan di Taman Mutiara Sungai Kob menjadi tumpuan para pelanggan Pemiliknya Norhanisah Ghazali 31 bagit...

Tak Sempat Lempaq Mercun Di Tangan Tapak Tangan Terbelah Dan Putuih 3 Jari Bahaya Mercun

Posted: 10 Jun 2016 01:32 AM PDT


soghang kanak kanak 11 tahun terbelah tapak tangannya manakala tiga jarinya pulak putuih akibat bermain mercun di Kampung Sayong Lembah dalam kejadian di sini petang kemarin Dalam kejadian yang ...

Falisha Crossley La Nih Dah Berhijab Sepenuhnya

Posted: 10 Jun 2016 01:22 AM PDT


Falisha Crossley nama yang semakin meningkat naik dalam industri lakonan tempatan penah membintangi filem Mat Moto bersama Pekin Ibrahim dan jengoi didalam drama Aku Bukan Bimbo dan Dia Semanih...

Mastura Maafkan Kebiadapan Nizar Pasai Hormati Bulan Ramadhan

Posted: 10 Jun 2016 01:12 AM PDT


Bekaih menteghi Besaq Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjelaihkan kenyataan ceramahnya di Lembah Sayong baghu baghu ni dipetik diluaq konteks sehingga jadi punca keluarga calon BN ter...

Artis Berhijab Saja-saja Nak Menunjuk Kekayaan Di Besday

Posted: 10 Jun 2016 01:10 AM PDT


Pada tanggai 4 Jun lepaih penyanyi Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fida dah menggempaqkan banyak pihak bila mededahkan ghega kek hari jadinya yang diberikan oleh kawak memba rapatnya b...

Netizen Tuduh Shaheizy Sam Dan Syatilla Tipu Pelanggan

Posted: 10 Jun 2016 01:08 AM PDT


manehh betoi pasangan artis Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin Sejak dah menikah ni bertambah mesra video dan gambaq yang dimuatnaik pasangan ni di akaun Instagram U olls semua mest...

Mustafa Ali Dedah Agenda Sebenaq Dap Melalui Pan

Posted: 10 Jun 2016 01:06 AM PDT


Mengulangi dakwaan bahawa calon PAN didalangi DAP Ketua Pengarah Pilihan ghaya PAS pusat Datuk Mustafa Ali mendedahkan lebih kughang kesemua strategi dan gerak gheja PAN dalam Pilihan ghaya kecik ...

Penyokong Pan Dan Dap Contiang Muka Ulamak Di Kola Kangsaq Sungai Besaq

Posted: 10 Jun 2016 01:04 AM PDT


Memang betoi betoi kughang ajaq macai Parti Amanah Negara PAN dan DAP Dorang sanggup mencontiang muka atau bahasa mudahnya membadutkan muka Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hampa...

Rakyat Sokong Huan Cheng Guan Saman Dap Pulau Pinang

Posted: 10 Jun 2016 01:02 AM PDT


Hasrat Presiden Parti Cinta Malaysia PCM Datuk Huan Cheng Guan yang berura ura mau menyaman Kerajaan DAP Pulau Pinang disambut baik oleh ghamai oghang di media so siall Datuk Huan yang sebelum...

myartis.com

Posted: 11 Jun 2016 01:52 AM PDT

myartis.com


SAMBUT AIDILFITRI BERSAMA SI KEMBAR - EINA AZMAN RASA TERUJA

Posted: 10 Jun 2016 07:05 PM PDT



Jika Aidilfitri sebelum ini, Eina Azman sambut biasa-biasa sahaja tetapi tahun ini berbeza kerana dia begitu teruja menyambut perayaan tersebut bersama-sama dengan suami tercinta, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet serta anak kembar sepasang, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

"Kalau saya raya biasa sahaja cuma tahun ini keterujaannya berbeza kerana raya tahun ini sudah ada baby. Tahun ini saya kena sediakan baju untuk baby lima pasang dan sedondon," ujarnya dipetik sebagai berkata.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

HIDAP PNEUMONIA - HAFIZ HAMIDUN SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN

Posted: 10 Jun 2016 04:15 PM PDT



"Selepas procedure! I am fine, ok, Alhamdulillah. Terima kasih bagi doa dan kata semangat!," demikian kata Hafiz Hamidun menerusi laman Instagram mengenai dirinya yang telah selamat menjalani pembedahan semalam bagi membuang air di dalam paru-parunya akibat penyakit pneumonia yang dihidapinya, baru-baru ini.

Untuk makluman, Hafiz dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara pada Ahad lalu selepas mengalami demam yang kerap, sejak 1 Jun lalu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ALHAMDULILLAH - FALISHA CROSSLEY KINI KEKAL BERHIJAB

Posted: 10 Jun 2016 03:30 PM PDT



Tiga hari sebelum Ramadan tiba, pelakon yang pernah membintangi filem 'Mat Moto' bersama Pekin Ibrahim dan muncul di dalam drama 'Aku Bukan Bimbo' dan 'Dia Semanis Honey', Falisha Crossley atau nama penuhnya Nur Falisha Crossley Faisal, 31, telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

"Tiga hari sebelum puasa saya mula pakai tudung. Tiba-tiba saja terdetik hendak pakai tudung. Alhamdulillah, apa yang saya mahu dan hajati setakat ini dalam kehidupan saya, semuanya sudah tercapai dan saya rasa sudah tiba masanya saya berubah lagipun ini satu kewajipan kita sebagai wanita Islam.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

beautifulnara

Posted: 11 Jun 2016 01:47 AM PDT

beautifulnara


Saksikan Euro 2016 Di Mana Sahaja Dengan Aplikasi Stadium Astro.

Posted: 10 Jun 2016 07:16 PM PDT

Pejam celik pejam celik kita sudah pun berada di bulan Jun. Dah separuh dah tahun ini berlalu. Pantas sungguh!!! Selain gembira dapat menyambut kedatangan Ramadhan kali ini, Abang Nara juga sedang excited serta teruja dengan Euro 2016 yang telah pun memulakan tirainya hari ini, pada jam 3 pagi dengan perlawanan pertama di antara Perancis menentang Romania.

stadium astro

Abang Nara pasti ramai peminat bola sepak yang lain juga sedang super excited mahu melihat aksi pemain kegemaran mereka seperti Cristiano Ronaldo, David Silva, Paul Pogba, Wayne Rooney dan ramai lagilah. Selaku seorang pelanggan Astro Sports Pass, Abang Nara akan dapat menikmati kesemua 51 perlawanan Euro 2016 secara live sama ada di televisyen atau pun menerusi applikasi Astro On The Go. Katakanlah lepas sahur terpaksa pergi ke tandas tapi game Perancis lawan Portugal dah masuk penalty shoot out, jangan risau bawak je phone korang dan sambung tonton di toilet dengan app Astro On The Go. Tiada satu detik pun yang akan kita terlepas.

stadium astro

siap boleh tengok lineup lagi tu

stadium astro

Lagi satu applikasi yang cukup menarik sempena Euro 2016 ini adalah Stadium Astro. Fuh canggih beb applikasi nie. Abang Nara dah try dah masa pergi launching baru-baru ini. Dengan applikasi Stadium Astro, kita boleh tengok segala highlight Euro 2016 menerusi pelbagai sudut kamera. Daripada belakang gol, daripada sudut tepi padang, daripada pandangan atas, pandangan pemain dan macam-macam lagilah.

stadium astro

dengan aplikasi Stadium Astro, anda memang boleh tengok permainan dari setiap sudut…perghhhh…

Selain itu applikasi Stadium Astro juga ada statistik yang membolehkan anda membuat perbandingan antara pasukan dan juga pemain. Bolehlah tengok siapa lagi power sebenarnya. Cristiano Ronaldo ke Zlatan Ibrahimovic? Semua fakta akan dikompilasikan secara terus di applikasi ini.

stadium astro

feveret Abang Nara so far, benda player comparison ni, boleh kita buktikan siapa yang lebih power.

stadium astro

dalam app ni tak dapat la awek dua orang tu…hehehe…

Anda bukan pelanggan Astro? Kat rumah memang tak pernah ada Astro? Tapi tak nak terlepas Euro 2016 kali nie? Ish, ish, ish. Lain kali tue langgan je lah Astro. Banyak benda best dalam tue. Tapi tak apa, walaupun anda bukan pelanggan Astro, anda masih boleh melayan perlawanan-perlawanan yang akan disiarkan secara percuma menerusi applikasi Astro On The Go. Tapi of courselah perlawanan tue limited.

stadium astro

berita-berita terkini tentang perlawanan Euro2016.

Namun kalau memang korang nak tengok perlawanan satu team je (contohnya Spain), boleh beli dengan harga RM6 setiap satu. Tapi cadangan Abang Nara, baiklah korang beli je terus Astro Sport Pass bernilai RM104.95. Dapat tengok kesemua 51 Euro 2016 punya perlawanan. Jimat banyak tue. Tak perlu jadi pelanggan Astro pun. Semua pembelian boleh dilakukan melalui aplikasi Astro on the Go.

stadium astro

Tunggu apa lagi? Langganlah Astro Sports Pass hari ini juga dan layan Euro 2016 sampai lebam. Yang penting, jangan sampai terlepas sahur. Kang tak pasal-pasal tak puasa pulak. Maklumat lanjut layari www.astro.com.my

ROTIKAYA

Posted: 10 Jun 2016 07:54 PM PDT

ROTIKAYA


Eina Azman Teruja Sambut Raya Bersama Anak Kembar

Posted: 10 Jun 2016 05:33 PM PDT

Pelakon Eina Azman memberitahu pada tahun ini dia begitu teruja untuk menyambut Aidilfitri kerana perayaan itu akan turut disambut bersama-sama dengan suami tercinta serta anak kembar mereka bersama.

BACA: Kehadiran Anak Ubah Hidup Eina Azman

“Kalau saya raya biasa sahaja cuma tahun ini keterujaannya berbeza kerana raya tahun ini sudah ada baby. Tahun ini saya kena sediakan baju untuk baby lima pasang dan sedondon,” katanya yang ditemani suaminya di Majlis Melodi Raya 2016.

Eina turut memberitahu bahawa dia begitu seronok sekali setelah bergelar seorang ibu walaupun kadang-kalanya dia penat melayan kerenah kedua-dua bayi kembarnya itu.

“Seronok tak terkata, sampaikan bila nak keluar tak sampai hati nak tinggalkan baby lama-lama. Alhamdulillah juga saya ada pembantu yang menolong saya menjaga mereka. Kalau saya seorang memang saya tak mampu,” katanya kepada Rotikaya.

Sementara itu, Eina turut memberitahu akan berlakon semula pada penghujung tahun ini setelah beberapa bulan ini. Semoga Aidilfitri kali ini akan lebih meriah dengan kelahiran cahaya mata tercinta buat pasangan ini. (rtky/h)

7- Eina Azman Teruja Sambut Raya Bersama Anak Kembar - ROTIKAYA 6- Eina Azman Teruja Sambut Raya Bersama Anak Kembar - ROTIKAYA 5- Eina Azman Teruja Sambut Raya Bersama Anak Kembar - ROTIKAYA 4- Eina Azman Teruja Sambut Raya Bersama Anak Kembar - ROTIKAYA 3- Eina Azman Teruja Sambut Raya Bersama Anak Kembar - ROTIKAYA 1- Eina Azman Teruja Sambut Raya Bersama Anak Kembar - ROTIKAYA

Radin Nafi Tumpang Populariti Ayda Jebat

Posted: 10 Jun 2016 03:49 PM PDT

Gosip cinta diantara penyampai radio, Radin dan Ayda Jebat bukanlah sesuatu yang baru didengar, sering hadir memakai baju sedondon menguatkan lagi dakwaan orang ramai bahawa mereka sedang bercinta. Namun, apabila ada pihak mengatakan beliau cuba menumpang populariti Ayda, Radin menafikan dakwaan itu sekerasnya.

BACA: Radin Tidak Tolak Jika Jodoh Dengan Ayda Jebat

"Isu menumpang populariti ini bagi saya hanyalah tohmahan biasa. Mereka adalah pihak yang tidak suka melihat saya berkawan dengan Ayda. Cakaplah apa sahaja, saya hanya berteman rapat dengan Ayda. Dan tidak lebih daripada itu. Tidak pernah walau sekali pun niat di hati saya ini untuk menumpang populariti yang dikecapi oleh Ayda”

“Kami tidak pernah merancang untuk berkawan, semua ditentukan oleh Tuhan. Saya ikhlas mencari rezeki dalam dunia seni. Bukan untuk popular sahaja namun, tujuannya adalah untuk membuktikan kemampuan saya. Sebab itu, saya tidak pernah ambil pusing kalau ada orang cakap saya kawan dengan Ayda sebab nak popular,” katanya kepada Utusan Online.

Sebelum ini Radin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menolak jika ada jodoh dintara dirinya dengan penyanyi Pencuri Hati itu. Radin akui dirinya mula rapat dengan Ayda apabila gadis itu menjadi tetamunya di konti. Selepas itu mereka mula berkawan rapat, malah peminat masing-masing juga sangat senang dengan hubungan mereka.

Namun begitu, setiap kali ditanyakan mengenai gosip cinta mereka yang hangat diperkatakan umum, masing-masing memilih untuk mendiamkan diri sahaja dan menafikan segala dakwaan yang dilemparkan. Apapun, mungkin mereka lebih selesa tidak mendedahkan hubungan mereka kepada orang ramai, doakan saja jika mahu mereka bersama. (rkty/w)

1- Radin Nafi Tumpang Populariti Ayda Jebat - jpeg 2- Radin Nafi Tumpang Populariti Ayda Jebat - jpeg 3- Radin Nafi Tumpang Populariti Ayda Jebat - jpeg 5- Radin Nafi Tumpang Populariti Ayda Jebat - jpeg 6- Radin Nafi Tumpang Populariti Ayda Jebat - jpeg 7- Radin Nafi Tumpang Populariti Ayda Jebat - jpeg

Hafiz Hamidun Selamat Jalani Pembedahan Paru-Paru

Posted: 10 Jun 2016 03:20 PM PDT

Selepas mengalami demam kerap baru-baru ini, Hafiz Hamidun terpaksa dimasukan ke hospital akibat penyakit pneumonia dan menjalani pembedahan bagi membuang air didalam paru-parunya. Dan menerusi akaun instagramnya, Hafiz turut berkongsi kegembiraan beliau apabila dirinya telah selamat menjalani pembedahan tersebut.

BACA: Buku Selfie Hafiz Hamidun Sudah Terjual 10,000 Naskhah

Screen Shot 2016-06-11 at 6.13.13 AM

Melalui perkongsian itu, beliau turut berterima kasih kepada peminatnya yang tidak putus mendoakan kesejahteraan beliau ketika menjalani pembedahan yang dijalaninya semalam. Pada masa yang sama, peminat rata-rata turut memberikan ucapan serta mendoakan penyanyi kesayangan mereka itu supaya cepat sembuh.

Terdahulu, menerusi Berita Harian Online semalam, Haifz dimaklumkan dimasukkan ke sebuah hospital Ahad lalu selepas beliau mengalami demam yang kerap sejak awal Jun lalu. Beliau dimasukkan ke wad selepas bacaan platelet darahnya mencatatkan penurunan sedangkan suhu badan beliau masih dalam keadaan panas.

Sementara itu, Hafiz ada berkongsi bagaimana beliau mendapat penyakit itu dimana, baru-baru ini beliau ada bercuti ke Afrika Selatan, ketika disana saya hanya memakai jaket biasa serta ambil mudah tentang pemgambilan makanan walaupun pada masa itu cuaca disana sangat sejuk ditambah dengan cuaca yang tidak menentu.

Sedikit gementar dengan pembedahan yang bakal beliau jalani, Hafiz membuat persiapan dengan menonton prosedur pembedahan terbabit di laman Youtube supaya dirinya lebih bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan. Malah katanya, sekurang-kurangnya boleh menambah pengetahuannya mengenai pembedahan itu. (rkty/w)

2- Hafiz Hamidun Selamat Jalani Pembedahan  - jpeg 3- Hafiz Hamidun Selamat Jalani Pembedahan  - jpeg 4- Hafiz Hamidun Selamat Jalani Pembedahan  - jpeg 5- Hafiz Hamidun Selamat Jalani Pembedahan  - jpeg 6- Hafiz Hamidun Selamat Jalani Pembedahan  - jpeg 7- Hafiz Hamidun Selamat Jalani Pembedahan  - jpeg

Yana Samsudin Bersederhana Sambut Kelahiran Bayi

Posted: 09 Jun 2016 09:07 PM PDT

Bakal menyambut kelahiran bayi pertama pada 26 Julai ini, Yana Samsudin akui tidak bernafsu untuk membeli belah barangan keperluan bayi mereka sejak berbadan dua. Dengan itu, mereka memutuskan untuk membuat persiapan menyambut cahaya mata pertama mereka itu secara sederhana sahaja dengan membeli barang keperluan penting.

BACA: Nama Anak: Yana Samsudin Serah Pada Suami

“Saya banyak beli baju bayi sahaja, barang-barang lain tidak beli lagi, setiap kali keluar untuk beli barang saya tidak tahu untuk beli apa dan akhirnya beli baju sahaja. Sejak hamil pun saya jarang menghabiskan masa untuk membeli belah sehingga suami saya pun pelik kerana dia tahu saya seorang yang suka shopping,” katanya kepada m Star Online.

Namun apabila ditanyakan mengenai jantina bayi comel mereka itu, Yana dan suami memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu kerana masih belum bersedia untuk mendedahkan berita itu kepada umum. Tambahnya lagi, biarlah perkara itu menjadi kejutan buat peminatnya dan orang ramai hanya mengetahuinya sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Sementara itu, Yana dalam masa yang sama turut memberitahu bahawa sehingga kini beliau masih belum membuat keputusan sama ada ingin bersalin di Kuala Lumpur atau pun di kampung halamannya di Yong Peng, Johor. Ini kerana menurut nasihat doktor jika beliau mahu bersalin di Kuala Lumpur, beliau tidak boleh pulang ke kampung untuk beraya. (rkty/w)

1- Yana Samsudin Bersederhana Sambut Kelahiran Bayi - jpeg 3- Yana Samsudin Bersederhana Sambut Kelahiran Bayi - jpeg 4- Yana Samsudin Bersederhana Sambut Kelahiran Bayi - jpeg 5- Yana Samsudin Bersederhana Sambut Kelahiran Bayi - jpeg 6- Yana Samsudin Bersederhana Sambut Kelahiran Bayi - jpeg 7- Yana Samsudin Bersederhana Sambut Kelahiran Bayi - jpeg

Aeril Zafrel Elak Berlakon Dengan Wawa Zainal

Posted: 09 Jun 2016 07:49 PM PDT

Industri hiburan sering kali melihat ramai pasangan selebriti suami isteri yang bergandingan berlakon bersama didalam sesebuah drama atau filem. Namun berbeza bagi Aeril Zafrel, beliau lebih selesa untuk tidak bergandingan bersama isterinya, Wawa Zainal bagi mengelakkan ada yang berjauh hati kerana sikapnya yang suka menegur dan cerewet.

BACA: Gambar Sekitar Majlis Akikah Anak Kedua Wawa Zainal, Aeril Zafril

"Saya tidak pernah halang Wawa untuk berlakon kerana itu adalah minatnya. Baru-baru ini pun dia ada membintangi drama bersiri Duda Terlajak Laris untuk slot Akasia TV3. Lagipun rasanya Wawa dan pihak produksi lebih tahu watak sesuai untuknya. Cuma, kami tak betah jika digandingkan bersama kerana bimbang nanti saling menegur antara satu sama lain”

“Wawa tak suka berlakon dengan saya memandangkan saya agak cerewet. Silap gaya dia boleh merajuk di lokasi. Bagi saya teguran bagus untuk perbaiki kekurangan yang ada, tetapi dalam keadaan saya dan Wawa, rasanya tidak sesuai. Ia bukanlah masalah besar kerana kami ada pilihan,” katanya kepada Harian Metro Online berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, pada masa yang sama Aeril turut berkongsi tentang sikapnya yang terbuka untuk menerima teguran daripada pihak pengarah jika terdapat sebarang kesalahan atau kekurangan dalam lakonannya. Malah katanya, beliau sendiri berasa tidak selesa jika tidak ditegur oleh pengarah dan mula mempersoalkan mutu lakonannya adakah baik atau sebaliknya. (rkty/w)

1- Aeril Zafrel Elak Berlakon Dengan Wawa Zainal - jpeg 2- Aeril Zafrel Elak Berlakon Dengan Wawa Zainal - jpeg 4- Aeril Zafrel Elak Berlakon Dengan Wawa Zainal - jpeg 5- Aeril Zafrel Elak Berlakon Dengan Wawa Zainal - jpeg 6- Aeril Zafrel Elak Berlakon Dengan Wawa Zainal - jpeg 7- Aeril Zafrel Elak Berlakon Dengan Wawa Zainal - jpeg

Fida Ibrahim Terima Kek Hari Jadi Bernilai RM50,000

Posted: 09 Jun 2016 07:08 PM PDT

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Apo Kono Eh Jang bersama Dato' Ac Mizal, Fida Ibrahim baru-baru ini telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 30. Namun apa yang menjadi bualan, beliau dikatakan menerima sebiji kek hari jadi yang bernilai RM50,000. Malah beliau menerusi instagramnya turut berkongsi mengenai itu.

BACA: Fida Ibrahim Akui Kini Rapat Dengan Syah Iskandar

Screen Shot 2016-06-10 at 9.54.52 AM

“Nilai kek RM50,000 itu adalah termasuk dengan harga jam tangan yang dihias di atas kek tersebut, jam jenama Rolex itu hadiah istimewa daripada kawan-kawan rapat dan rakan kongsi bisnes saya. Manakala kek istimewa seberat 20 kilogram yang dihasilkan oleh Datuk Fazley Yaakob khas untuk saya itu juga agak mahal dan eksklusif”

“Pada asalnya saya agak terkejut dan marah apabila mereka beritahu majlis tersebut cecah RM100,000 tapi bila mereka jelaskan tujuan sebenarnya saya terpaksa akur. Mereka hanya mahu saya gembira pada hari jadi ke 30 ini setelah penat bekerja menguruskan perniagaan,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, beliau turut berkongsi tentang sambutan hari jadinya itu dimana, sambutan besar-besaran hari jadinya itu dibuat tanpa pengetahuannya kerana pada asalnya beliau hanya diberitahu untuk menghadiri majlis pertunjukan fesyen sahaja. Dalam sambutan itu hampir 100 tetamu hadir memeriahkan majlis hari jadinya itu termasuk kumpulan 6ixth Sense.

Sambutan hari jadi yang dirancang secara besar-besaran itu telah diadakan di The Row dan mula menjadi kontroversi dan bualan orang ramai apabila Fida menerima sebiji kek hari jadi yang sangat mahal. Walau apapun, rasanya belum terlambat untuk ucapkan selamat hari jadi yang ke 30 kepada Fida. Semoga diberi kesihatan dan kehidupan yang lebih baik. (rkty/w)

1- Fida Ibrahim Terima Kek Hari Jadi Bernilai RM50,000 - jpeg 2- Fida Ibrahim Terima Kek Hari Jadi Bernilai RM50,000 - jpeg 3- Fida Ibrahim Terima Kek Hari Jadi Bernilai RM50,000 - jpeg 5- Fida Ibrahim Terima Kek Hari Jadi Bernilai RM50,000 - jpeg 7- Fida Ibrahim Terima Kek Hari Jadi Bernilai RM50,000 - jpeg 8- Fida Ibrahim Terima Kek Hari Jadi Bernilai RM50,000 - jpeg

Zamani Slam Rindu Berpuasa Di Rumah Pengasih

Posted: 09 Jun 2016 06:01 PM PDT

Selepas lama menghabiskan masa di Rumah Pengasih tahun lalu, Zamani Slam akui kadang kala beliau merindui kemeriahan menyambut bulan Ramadhan ketika mendapatkan rawatan pemulihan dadah disitu. Kerinduan itu bertambah apabila mengenangkan saat-saat penghuni pusat itu bersama-sama berbuka puasa, terawikh dan melakukan aktiviti keagamaan.

BACA: Zamani Slam Akui Rancang Tamatkan Zaman Bujang

“Sudah lama saya tidak merasai keindahan dan kemeriahan Ramadan dalam erti sebenarnya dan pengalaman menyambut bulan puasa di pusat pengasih banyak memberi saya kenangan manis. Malah ketika disana, kami banyak melakukan semua aktiviti yang diaturkan bersama-sama dan sekaligus tidak pernah meninggalkan solat berjemaah serta sola sunat terawih.

“Apabila saya sudah keluar dari sana, sambutan Ramadan tahun ini membuatkan saya terkenang suasana di Rumah Pengasih. Jujurnya saya belum sempat melakukan solat terawih di masjid tetapi akan cuba mencari peluang untuk berbuat demikian,” katanya kepada m Star Online mengenai suasana Ramadhan pada tahun ini yang memberi kelainan pada dirinya.

Selain itu, beliau turut meluahkan rasa syukur kerana merasakan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan ini kerana pengalaman di Rumah Pengasih banyak mendisplinkan beliau. Malah pada masa yang sama, Zamani turut merancang untuk meluangkan masa bersama penghuni disana dalam sebuah majlis berbuka pusa dalam masa terdekat ini. (rkty/w)

Nora Danish Menutup Kafe Kerana Sewa Mahal

Posted: 09 Jun 2016 12:45 AM PDT

Berpunca daripada kadar sewa kedai yang agak tinggi, pelakon Nora Danish mengakui bahawa kafe Kopi & XOXO miliknya yang terletak di Bangsar akan ditutup. Tambah Nora, keputusan untuk menutup kedainya di situ tidak ada kaitan dengan masalah dalaman.

BACA: Nora Danish: Terima Kasih Doakan Saya Untuk Berkahwin

"Sebenarnya kami menumpang perniagaan butik Rumoda, jadi bila mereka tidak berada di sana lagi, sukar bagi kami untuk menampung perbelanjaan lokasi tersebut disebabkan nilai sewa yang agak tinggi”

"Dalam masa yang sama juga kami turut membuka sebuah kafe di TTDI dan Bangi, yang baharu saja beroperasi dalam waktu terdekat ini. Kedudukan kafe dan butik itu bersebelahan sahaja dan akan dibuka pada awal bulan Ramadan ini. Saya sudah dapat lihat yang sepanjang Ramadan ini saya akan berada di Bangi bagi menguruskan perniagaan saya”

"Kenapa saya pilih Bangi? Saya dapat lihat pasaran di sana amat menggalakkan," katanya dipetik daripada Utusan Online. Tambah Nora, peluang perniagaan yang muncul kini membuatkan dia komited terhadap bidang tersebut malah turut berhasrat untuk memiliki produksi sendiri. (rtky/s)

6- Nora Danish Tutup Kafe Kerana Sewa Mahal - ROTIKAYA 5- Nora Danish Tutup Kafe Kerana Sewa Mahal - ROTIKAYA 4- Nora Danish Tutup Kafe Kerana Sewa Mahal - ROTIKAYA 3- Nora Danish Tutup Kafe Kerana Sewa Mahal - ROTIKAYA 2- Nora Danish Tutup Kafe Kerana Sewa Mahal - ROTIKAYA 7- Nora Danish Tutup Kafe Kerana Sewa Mahal - ROTIKAYA

Uqasha Senrose Akui Sukar Bangun Sahur

Posted: 09 Jun 2016 12:23 AM PDT

Seringkali terlibat di dalam penggambaran drama yang memakan masa lama, pelakon Uqasha Senrose mengatakan bahawa dia sememangnya merupakan seorang insan yang susah untuk bangun sahur namun dalam masa yang sama membuat persiapan sebaiknya untuk berpuasa.

BACA: Hanya Dapat RM5000, Perniagaan Tudung Uqasha Senrose Lingkup

“Untuk macam Sha dah besar ni, macam tak sahur pun takpe tapi macam maybe dalam pukul 2, Sha akan makan kurma dan minum air masak banyak-banyak, tu je. Sebab kadang-kadang shooting pukul 8, nak tidur lagi, nak sembahyang subuh lagi so Sha akan awalkan sahur”

“Sha jujur, bila dah tidur memang susah sangat nak bangun,” kata Uqasha kepada mStar Online. Selain itu, Uqasha juga menjelaskan apabila sudah berkahwin nanti, pastinya perkara itu akan berubah demi kebaikan bersama.

Apa pun, semoga pelakon wanita ini dapat mengharungi ibadah puasa dengan sempurna. Dalam perkembangan lain, Uqasha tekad untuk membangunkan semula jenama tudugnya yang kini sudah lingkup kerana terlalu percayakan rakan. (rtky/s)

7- Uqasha Senrose Akui Liat Bangun Sahur - ROTIKAYA 6- Uqasha Senrose Akui Liat Bangun Sahur - ROTIKAYA 4- Uqasha Senrose Akui Liat Bangun Sahur - ROTIKAYA 3- Uqasha Senrose Akui Liat Bangun Sahur - ROTIKAYA 2- Uqasha Senrose Akui Liat Bangun Sahur - ROTIKAYA 1- Uqasha Senrose Akui Liat Bangun Sahur - ROTIKAYA

Janna Nick Lebih Berhati Hati Ketika Bercakap

Posted: 09 Jun 2016 12:06 AM PDT

Setelah terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, Janna Nick menjelaskan bahawa pengalaman lalu banyak mengajar beliau untuk lebih berhati-hati ketika sebelum melakukan sesuatu perkara. Malah sedikit sebanyak perkara-perkara negatif yang terjadi sebelum ini telah membuka matanya tentang siapakah musuh dan kawan.

BACA: Janna Nick: Saya Tidak Hirau Orang Nak Cakap Apa

“Kontroversi yang berlaku menjadikan saya insan yang lebih baik, ia banyak mengajar saya untuk berhati-hati dan menyedarkan saya siapa kawan dan siapa musuh. Sekarang saya banyak berfikir sebelum bercakap sama ada apa yang saya perkatakan itu disukai atau tidak oleh orang yang mendengar. Tidak semua orang yang sukakan kita”

“Kalau dia sudah beritahu kepada media bahawa dia sudah maafkan saya dan saya sudah maafkan dia maka selesailah. Setakat ini kami belum pernah bertemu dan tidak tahu apa rasa hati masing-masing,” katanya kepada m Star Online mengenai hubungan beliau dengan Ruhainies selepas pergaduhan yang pernah timbul diantara mereka.

Sebelum ini, Janna pernah dihimpit dengan pelbagai kontroversi antaranya kerana bersikap acuh tidak acuh dengan seorang pengacara berpengalaman, kemudian belum lagi reda perkara itu, tidak lama selepas itu beliau dituduh menghasut seorang pengarah drama terkenal untuk mengugurkan nama pelakon Ruhainies di dalam sebuah filem pula.

Pada masa yang sama, Janna sebelum ini pernah menjelaskan bahawa dirinya lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura serta menghiraukan kata-kata negatif orang ramai terhadapnya. Baginya lebih baik beliau menumpukan perhatian kepada perjalanan kerjaya seninya berbanding terlalu ambil pusing terhadap kritikan orang. (rkty/w)

1- Janna Nick Lebih Berhati Hati Ketika Bercakap - jpeg 2- Janna Nick Lebih Berhati Hati Ketika Bercakap - jpeg 3- Janna Nick Lebih Berhati Hati Ketika Bercakap - jpeg 4- Janna Nick Lebih Berhati Hati Ketika Bercakap - jpeg 5- Janna Nick Lebih Berhati Hati Ketika Bercakap - jpeg 6- Janna Nick Lebih Berhati Hati Ketika Bercakap - jpeg

No comments:

Post a Comment